15 Feb 2015

Mejar Zaidi: Kenapa Aku Pilih PAS...


Bekas mejar Zaidi akan sertai PAS kerana berminat tegakkan Islam

Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang mula menimbulkan isu mengenai dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan menyertai PAS sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa.

Bercakap kepada The Malaysian Insider pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya hari ini, beliau mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu menegakkan Islam.

"Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

"Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya merujuk kepada nama penuh parti pembangkang yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat (PR) itu.

Zaidi dipecat dari TUDM kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Beliau didapati bersalah melanggar protokol dengan membuat pengumuman terbuka mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 tetapi boleh dibasuh dengan mudah, menimbulkan persoalan mengenai integriti PRU.

Selepas dibebaskan, Zaidi menyuarakan hasratnya memberi ceramah dan meningkatkan kesedaran politik di kalangan orang ramai.

Hari ini beliau menyatakan harapan memainkan peranan menyatukan PR yang ketika ini dilihat seperti berada di ambang perpecahan kerana beberapa isu dan konflik dalaman sesama tiga ahlinya – PAS, PKR dan DAP.

"Saya ni 'middle ground' (pertengahan)... Saya bukan ustaz, insyaAllah saya cuba main peranan untuk satukan PR untuk menghadapi PRU14.

"Cabaran itu memang besar, terutamanya dengan ketiadaan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kita terpaksa menghadapinya, harap-harap pemimpin baru akan muncul," katanya.

Katanya, rakyat memerhatikan tindakan Putrajaya dan dasarnya, dan ini akan menentukan bagaimana mereka akan mengundi dalam PRU berikutnya.

"Apa saja yang mereka lakukan diawasi rakyat. Rakyat tahu siapa benar, siapa salah.

"Apa saja yang kerajaan mahu lakukan, biarkan mereka lakukan. Di pihak kami, kami akan terus berjuang. Kita mohon pertolongan Allah. InsyaAllah, pada PRU14, akan ada perubahan."

Zaidi juga mengulas mengenai pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkannya satu kehilangan besar.

Beliau yang sepatutnya melancarkan buku Zunar bertajuk "ROS in Kangkongland" yang menampilkan kartun isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor itu berkata, kartunis satira itu tidak sepatutnya dihukum kerana hasil karyanya.

Sejumlah 200 naskhah buku itu dirampas polis ketika ia sedang dalam perjalanan di bawa ke lokasi majlis pelancaran.

"Zunar seorang yang unik, kerana beliau berjuang melalui kartun. Secara tidak langsung beliau membantu perjuangan kami menegakkan keadilan," katanya. -TMI

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setugu sangat lah kerana pilih Pas

Ridd berkata...

Tahniah

Tanpa Nama berkata...

Yang amat penting adalah menjalin hubungan antara 2 kem yg dah bertelagah berabad-abad hingga spesies melayu berpolarisasi, saling kafir-mengkafir, tuduh menuduh, dendam mendendam, benci membenci dll yg berkaitan dgn penyakit PhD. Ditambah pula dgn percambahan berbagai ideologi serong ciptaan manusia yg kian membengongkan sebilangan besar kelompok blind faith muslim...muslim ikutan. Leaders come & go, tapi setakat ini tidak nampak kelibat pemimpin yg milikki kesungguhan utk merapatkan bonding/reconciliation dikalangan malay spesies. NATION AT RISK

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah semoga perjuangan mej. Zaidi diberkati Allah. Bersatu dlm pakatan rakyat demi utk mengubah politik 1malayasia. ALLAHUAKBAR.

Anti Fitnah berkata...

Anon Feb 15, 1.38 AM,
Cuba bagi tahu bagaimana nak menyatukan Melayu yang hala tujunya tak sama? Melayu yang mana satu dikatakan Islam? Yang perjuangkan Islam atau yang perjuangkan Kebangsaan.
Kalau pegang pada Islam, sanggupkah Melayu membuat fitnah? Sanggupkan Melayu perjuangkan Melayu semata-mata? Sanggupkan Melayu mengambil rasuah? ....

Hamba allah berkata...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA


UMRAH PERSENDIRIAN APPL TELEGRAM

Asalnya menggunakan whatsapp (rengkasnya UP) di wujudkan pada awal 05 jun 2014, kini keahlian melebehi 400 org. Disebabkan group UP telah melebihi bilangan 50 yang dapat di tampung melalui satu group whatApp, UP mewujudkan perantara perhubungan "telegram" yg membolehkan lebih ramai ahli UP di add dlm satu group dgn nama yang sama iaitu Umrah Persendirian. Satu group telegram boleh tampung 200 pax. Kini dah ada group 3.

Apapun yg di gunakan tidaklah di kesahkan salkan matlamat dan tujuan tercapai. tujuan menyampaikan pengalaman individu atau kumpulan dari kalangan ahli yang telah menunaikan umrah cara persendirian ataupun UMRAH DIY kepada bakal jemaah yang bercadang menunai umrah cara ini. Di dalam kumpulan, terdapat beberapa orang yang telahpun menunaikan UMRAH cara UP sebelum group ditubuhkan dan ada ahli group yang menunaikan ibadah umrah selepas UP ini di tubuhkan.


Perbincangan group hanya memfokoskan pada cara hendak mendapatkan visa umrah bagi bakal jemaah persendirian, penempahan tiket dan hotel, serta cara melaksanakan ibadah umrah dan lain-lain perkara berkaitan umrah. Bagaimana pun berlaku juga muatnaik perkara lain seperti hal haji semasa musim haji ini.


UP group memang telah membantu memberi penerangan bagi bakal jemaah umrah cara persendirian dari mula sampailah kepada perlaksanaannya.

Semangat dan keinginan yang bagitu membara di kalangan ahli terhadap UP telah membawa kepada satu perjumpaan tidak formal yang telah berlangsung pada 14 sept 2014 bertempat di Dewan Mesyuarat DBKL bersebelahan Padang Merdeka Kuala Lumpur. Kehadiran dari pelbagai daerah di Malaysia, ada dari Kelantan, Johor bahkan ada yang sanggup terbang dari Sarawak selain dari lembah Klang termasuk Seremban dan Melaka. Kebetulan juga ada tiga orang yang hadir adalah ustaz yang pernah belajar di Pakistan, Mesir dan Jordan dan tinggal di Jedah menguruskan perniagaan termasuklah menguruskan para jemaah umrah persendirian. Dalam sesi taaruf memang banyak pengalaman dari para hadirin, sebelum ini kurang terdedah kepada pengetahuan umum khasnya rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah.

Dindalam group UP terdapat juga penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidil Haram iaitu Ustaz Aswadi yg sering memberikankan maklumat semasa di Mekkah dan beberapa pelajar lain di Mekkah. Dua pelajar Universiti Islam Madinah dan beberapa orang petugas Meccametro (ERL ARAFAH-MINA) dimusim haji yg lepas.

Jika pembaca di sini berhajat menyertai group telegram ters3but dgn syarat seorang berugama Islam dan berumur melebihi 18 tahun, bolehlah menghubungi dgn memberikan no telegramnya ke email, umrahsenang@gmail.com. Tuanpuan juga boleh menghubungi terus ke ID telegram saya @umrahpersendirian bagi yg arig sistem telegram.


Tiada apa kewangan terlibat oleh itu tiada apa bayaran di kenakan oleh UP.

Terima kasih semua pembaca dan terimakasih tuan rumah

Tanpa Nama berkata...


"Saya ni 'middle ground' (pertengahan)... Saya bukan ustaz,

Tapi saudara 10 kali lebih baik dari ustad ustad UG

Tanpa Nama berkata...

Lepas ini nak tanya
Mengapa aku pilih PASMA?

Tanpa Nama berkata...

ko menyelit iklan panjang2 ni rase2 ade ke otg nak bace? hehe