3 Jan 2015

[PANAS] Jet Rasmi Kerajaan Bawa Rosmah Keliling Dunia (?)


Najib pulang, jet masih keliling dunia

Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air sejak Sabtu lalu.

Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.

Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.

Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.

Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.

Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari Honolulu.

Rekod Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat eksekutif Boeing 737 tiba di Kota Bharu pada masa yang sama dengan ketibaan Najib, seperti dilaporkan.

Pada masa tersebut, jet asal yang digunakannya sudahpun berada di Indianapolis, Amerika Syarikat, selepas persinggahan singkat di Los Angeles.

Pesawat itu berada di Indianapolis selama enam hari sehingga 31 Disember, dan kemudiannya berlepas ke Long Angeles, dan seterusnya ke New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok – dengan perhentian singkat sehingga beberapa jam di setiap lapangan terbang sehingga ia tiba di Bangkok.

Pesawat tersebut mendarat di Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 2.11 petang ini selepas perjalanan semalam 41,900 kilometer dan masih berada di destinasi tersebut ketika berita ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjalanan pesawat tersebut namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.

Pesawat 9M-NAA merupakan antara beberapa jet orang kenamaan yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan tahun lalu, PMO menyatakan bahawa jet itu masing-masing melibatkan sebuah pesawat Boeing Business Jet, Global Express, a Falcon 900, dan terbaru sebuah pesawat Airbus.

Menurut kenyataan tersebut, pesawat berkenaan bukan untuk kegunaan eksklusif Najib tetapi juga untuk Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua negeri, anggota kabinet, tetamu kerajaan dan pegawai tinggi serta orang kenamaan.

Menurut PMO, ia bagi membolehkan individu tersebut membuat perjalanan dengan selamat dan membantu melicinkan tugas mereka. -mk


Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi kerajaan ‘keliling dunia’, kata PKR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA dipercayai diterbangkan ke beberapa kawasan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Thailand dalam tempoh beberapa hari sejak 31 Disember hingga semalam.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata semakan menggunakan aplikasi 'Flightradar' mendapati pesawat itu terbang ke New York dari Indianapolis, dan ke New York dari Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember, manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai, dari London dan Bangkok dari Dubai.


"Nampaknya jet misteri tersebut akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

"Yang menarik perhatian saya ialah 'misi misteri' ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?" soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu itu berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.

"Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.

"Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan 'VIP misteri' untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat," katanya.

Beliau sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau boleh balik dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api.

Lee berkata, wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.

Beliau juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini.

"Saya turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan gambar 'VIP misteri' yang menggunakan jet tersebut supaya membekalkan informasi kepada PKR dan saya untuk pendedahan lanjut," katanya. – 2 Januari, 2015.
-TMI




16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah banyak dah malapetaka menimpa rakyat malaysia. Ada ambil ikthibar dari malapetaka tersebut? Rakyat 1st class tak akan buat kesilapan kali kedua jadi ambilah beberapa peistiwa gelap 2014 sebagai guideline kepada sejauh mana kerajaan kita ambil serius akan kebajikan rakyat, melainkan rakyat malaysia sanggup biarkan diri menjadi masyarakat 3rd class yg sanggup biarkan diri diperbodohkan oleh kerajaan.

"JANGAN PERCAYA DENGAR KHABAR ANGIN DI MEDIA SOSIAL" INI YANG SELALU DIKATAKAN OLEH ASTRO AWANI TETAPI SELAGI MEDIA MASSA BERSIKAP BERAT SEBELAH SELAGI DAN TIDAK NEUTRAL SELAGI ITU RAKYAT TETAP AKAN AMBIL MAKLUMAT DARI MEDIA SOSIAL WALAUPUN KEBERANGKALIAN FITNAH ADALAH TINGGI.

Tanpa Nama berkata...

Pegawai kerajaan dan rakyat disuruh berjimat cermat.

Pegawai kerajaan dan rakyat disuruh tidak melakukan rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa.

Lihatlah apa dah jadi sekarang?

Tanpa Nama berkata...

Jangan percaya sangat berita Astro Awani dan semua media marus perdana.

mohd shahran berkata...

tak baik betul tuan tanah. macai the keyboard warrior da beritahu kapal terbang isi minyak. kapal terbang pakai engin kancil 660

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,

Bagaikan takde hati perut, takde terdetik LANGSUNG perasaan kesal, takde langsung tercetus rasa bersalah.

Di saat rakyat Malaysia sedang kesusahan kapal terbang ni dok melangut ke sana ke mari dengan duit rakyat. Boleh bayangkan tidak kos minyak kapal terbang ini berapa jumlahnya. Bukankah lebih baik diberikan pada rakyat yang sedang menderita.

Seolah dia akan hidup selama-lamanya. Seolah dia tak akan mati. Dia lupa Allah Maha Melihat dan Allah sangat melihat akan setiap inchi perbuatannya. Balasan Allah akan tiba jua. Nantikan saja. Yang paling saya rasa kesal kenapa sebahagian rakyat masih buta dan tuli dalam melihat kebejatan yang dilakukan gerombolan ini.

Moga dijauhkan kita dari Bala bila Allah menurunkan balasan atas perbuatan mereka nanti. Aaminn.

-RSM-

Tanpa Nama berkata...

Enjoylah keliling dunia...takut air banjir kot...Hujung2 tahun banyak Year End Sell dimerata dunia....

Tanpa Nama berkata...

ada kemungkinan jet yg membawa najib dan rosmah, sedang mengalami proses penyelengaraan sehingga menyebabkan jet berkenaan tidak pulang bersama PM.. apa pun biar rosmah sendiri menjawab, sperti mana Anwar memberi jawapan tiada pesawat untuk balik ke Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Yg sy tahu lah bila suami nya batal kan cuti semua kemudahan dan keistimewaan percutian suami terbatal Kalau tak lain kali di masa hadapan si isteri beranggapan yang kelayakan tersebut ada lah secara automatik dimana tanpa cuti suami atau tanpa suami mengambil cuti si isteri boleh guna kemudahan dan keistimewaan percutian sedangkan si isteri tak perlu mengambil cuti atau layak di beri cuti

Tanpa Nama berkata...

Bercuti ke luar negara dan bershopping ada lah menjadi satu kegilaan kepada isteri pemain golf yang baru bermain secara professional Percutian dan bershoping semasa krismas memang telah di rancang setiap tahun Si suami pun bukan tak tahu segala kelayakan keistimewaan dan kemudahan untuk bercuti sebagai PM terbatal apabila cuti nya di batalkan Dan se isteri pun bukan tak tahu apa yang dilakukan akan di ketahui umum Ada dia kesah?? Semua barang yang telah di beli nya tak melalui pemeriksaan dan masuk dalam sistem kargo

Kalau suami kecut dan sanggup guna penerbangan komersial siapa lah lagi yang berani nak melarangnya Bagitahu pun tak guna Orang dah kena rasuk dengan bau aroma shopping komplek Si isteri sepatutnya mendapatkan rawatan pakar psycology untuk di pulihkan Kalau tak tahun depan di tetap bercuti dan dia tetap bershopping sekalipun Msia di serang burung raksaksa

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat, suami pun takutkan isteri

Tanpa Nama berkata...

utk berlaku adil kpd semua pihak, satu siasatan yg telus perlu diadakan. jika terdapat unsur salah guna kuasa, pihak yg bersalah harus dihukum. masalahnya bolehkah siasatan yg telus dan adil dapat dilaksanakan. lihat keputusan kes altantuya sudah

Tanpa Nama berkata...

Tu lah bila suami buat kerja PM dia pun sibuk sama Tu sebab orang tanya sekarang ni suami redah banjir dia kat mana a?

Dia pun sama masuk TV masuk paper muka depan

Tragedi MH 17 dia pun sama mengalir air mata Tapi kalau dah plan cuti shopping masa tu dia tetap belah punya

Bila dia smp airport tetap ada yang cium tangan bila bersalam dengan dia

Tanpa Nama berkata...

kita bertemu di mahkamah Allah nanti, duit royalti dikebas, belanja bini terbang bebas, apa jenis manusia macam ini? Rakyat mangsa banjir hidup menderita. Meletuplah hendaknya kapal terbang yang dinaiki oleh bini ......

Tanpa Nama berkata...

Dua minggu pesawat memgelilingi dunia Lama betul cuti PM yg ini Macam ni mampos kita sebab cuti lama lah dia dan isteri boleh merayau rayau dengan pesawat yang kos nya dibayar dengan duit cukai dari rakyat

Dia nak cuti sebulan ke dua bulan ke tak jadi hal tapi kita mesti tetapkan yang dia cuma boleh mendarat satu airport/satu tempat percutian atau kita tetapkan jumlah pakej percutian dia untuk setiap tahun

Kira najib masih ada cuti sebab cuti dia dah dibatal kerana banjir Macamana kalau selepas ini najib ambil cuti tersebut tak kan nak main golf dengan ketua cawangan di Pekan

Tang pengahabeh duit ni najib lah PM yang hebat antara PM PM lain

Tanpa Nama berkata...

PM -perdana menteri
PM- pembawa malapetaka
PM- pada malaysia

Tanpa Nama berkata...

Minta penjelasan Ustaz Fathul Bari: Apakah hukum pihak pemerintah salah guna wang negara atau harta rakyat?