5 Jan 2015

"Najib Diserang Kuman E-Coli" - Tweet Dari Pejabat Perdana Menteri


PM diserang kuman e coli

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkena jangkitan bakteria e-coli semasa lawatan ke kawasan banjir sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Twitter rasmi sebentar tadi.

“Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin,” menurut tweet itu.



Apakah Maksud E.coli?


E COLI yang berlaku di Eropah, baru-baru ini benar-benar mengejutkan kerana tidak kurang 16 negara dilanda wabak berkenaan. Bahkan, ia juga menular ke negara lain, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Sejumlah 4,137 kes cirit-birit berdarah direkodkan dan 50 daripada penghidapnya meninggal dunia.

Wabak seperti itu biasanya berlaku di negara mundur dan sedang membangun, tetapi yang menghairankan ia terjadi di negara maju yang lengkap dengan sistem pengawasan wabak serba canggih, seolah-olah masyarakatnya mula mengamalkan kehidupan kuno membuang najis merata-rata.

Persoalannya, bagaimana E Coli begitu berbisa dan mampu mencetuskan kemelut agresif? Ia dikatakan dicetus oleh sejenis bakteria spesies E Coli paling degil dan ganas iaitu daripada sub-spesies 0104:H4.

Risiko buruknya dikatakan hampir 10 kali ganda berbanding E Coli biasa. Ini kerana toksin E Coli daripada jenis ini sangat toksik.

Dikatakan apabila saja E Coli memasuki tubuh, mangsa segera mengalami gejala keracunan makanan. Antaranya cirit-birit bercampur darah, sakit perut memulas keterlaluan, disertai muntah-muntah dan letih lesu.

Dalam masa singkat, seluruh sistem tubuh mengalami kacau ganggu yang hebat dan dalam beberapa hari saja mangsa mungkin maut akibat kegagalan beberapa sistem tubuh yang penting. Semua ini disebabkan dehidrasi melampau, termasuk perdarahan dalaman dan kegagalan ginjal akut.

Profesor Promosi Kesihatan dan Pakar Perubatan Tingkahlaku, Dr Khalib Abdul Latiff berkata, wabak E Coli bukan semata-mata terletak kepada manifestasi klinikal, tetapi lebih kepada fenomena sampingan yang turut tercetus.

Apabila panik, pelbagai perkara turut berlaku. Lebih banyak pertelagahan berbanding penyiasatan dan kawalan. Justeru, tuding menuding berlaku kerana tidak mempercayai wabak sebegini masih berlaku di negara maju seperti Eropah.

Ini ketara pada permulaan wabak apabila beberapa negara dituduh sebagai punca wabak, manakala bahan makanan tertentu dikatakan membawa kuman E Coli yang menyebabkan malapetaka ini.

Akibatnya beberapa industri teruk terjejas. Import eksport barangan makanan dan sayur-sayuran yang dikatakan tercemar terhenti dan industri pertanian terjejas.

Menurutnya, meskipun wabak berpunca daripada najis manusia dialami berkali-kali, ternyata ia tidak dapat menafikan kelemahan akal manusia.

Jika tidak, masakan kejadian wabak penyakit seperti kolera (taun), amebiasis atau disentri (jangkitan trek usus menyebabkan cirit-birit), keracunan makanan dan E Coli masih terus dibincangkan di seluruh dunia.

“Menangani wabak bukan semata-mata terletak kepada peningkatan ilmu serta teknologi pencegahan dan pengawalan. Tidak juga dalam penyediaan sistem pengawasan serba canggih atau menambah bilangan pakar yang berpengalaman dalam hal ehwal penyakit.

“Sebaliknya, ia hendaklah diasaskan oleh rasa tanggungjawab dan tugasan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap rantaian makanan antara najis dan mulut tidak mengalami pencemaran. Semua sumber yang ada digerakkan seoptimum mungkin untuk memerhati dan menjaga kualiti bahan makanan yang akan dimakan,” katanya.

Beliau berkata, apabila tanda ancaman wabak dianggap hal kecil dan data pelik daripada aktiviti pengawasan tidak dipandang serius kerana kepentingan industri, ia menunjukkan kepincangan ketara dengan tugasan diamanahkan.

Wabak kolera yang membunuh lebih 5,500 nyawa di Tahiti susulan gempa bumi (yang juga meragut puluhan ribu nyawa) tahun lalu ialah satu contoh jelek yang mendukacitakan.

Akibat kecuaian melakukan saringan kesihatan dan profilaksis (tindakan diambil bagi mencegah penyakit) terhadap kolera ke atas petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Nepal, seluruh Tahiti hancur akibat malapetaka berganda kerana kerja ‘cincai’ pertubuhan yang dianggap pakar.

Sama juga dengan isu E Coli di Eropah. Meskipun ia dibuktikan kerana sayur tauge, mesti ada sesuatu yang menjadikan E Coli meledak dan mengganas.

Adakah kerana keghairahan mencari keuntungan dan kesibukan menyediakan bekalan bagi memenuhi permintaan yang tidak henti-henti, komitmen terhadap biokualiti dan bebas pencemaran najis di sepanjang rantaian pengeluarannya tidak diutamakan.

Adakah kerana kegagalan mengenalinya dari awal dan kegagalan memutuskan rantaian kehidupannya, komitmen terhadap pengawasan berterusan tidak diendahkan? Yang membingungkan ialah bagaimana tauge boleh tercemar najis? “Wabak hendaklah dirasakan besar sebelum ia terjadi. Justeru, jentera pengawasannya perlu efisien dan ketat. Sentiasa turun ke padang memantau menggunakan kecekapan akal dan pengalaman yang ada. Bukan bersembang kosong.

“Isu kualiti, terutama membabitkan nyawa manusia, tidak seharusnya ‘cair’ akibat tekanan dan kepentingan tertentu. Ia adalah komitmen dalam urusan kerja, memastikan risikonya sifar dan kecuaiannya juga sifar,” katanya.

Meskipun wabak yang menyerang Eropah ini tidak menular ke Malaysia, pengajaran paling berharga daripada peristiwa itu ialah bagi penggemar hidangan mentah atau kurang masak seperti urap dan char kuetiau.

Harus diingat, cara tauge diproses mungkin tidak jauh beza antara negara ini dengan Eropah, tetapi melihat dengan mata kepala sendiri caranya dikendali dan dipasarkan, risiko untuknya berlaku di negara ini tidak mustahil. Justeru, sesuatu perlu dilakukan.
-HM


11 ulasan:

  1. Maaf, Saya nak bergurau ni.

    Kena E-Coli ke atau nak cover bagi rakyat simpati atau pun kena Lempang dengan kak Semah sebab tak reti Cover Kakak Semah Enjoy keliling dunia ni?

    Cer citer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah merajuk so nak minta kena pujuk ..sayang nama penyakit tak kena dgn suasana bengang rakyat...nasib baik Coli je..tak bawak mati pun ..nak lawak je ..rosmah pun ada tapi tak mati mati pun bertambah seksi ada lagi..

      Padam
    2. E-Joli and E-Geli

      Padam
  2. Alah-alah keciannya.....dia...maklumlah anak bangsawan mana pernah pijak lumpur dan harung air banjir.....patut
    nya macai-macai dukung dia....

    BalasPadam
  3. cakap la mana pun saya takkan percaya e coli ka ebola ka semua tu nak tutup kes jet bawa kak semah keliling dunia,ada pegawai yang bersekongkol ngan pok jid,kak semah dan keluarga,jet tu ada kerosokan teknikal.cover lah wahai penjilat tumpang boleh jilat kat 'sana' sok jawab la.ataih dunia tak pa lidah tak bertulang boleh cakap apa saja.spin la selagi boleh.

    BalasPadam
  4. Standard pekerja2 Melayu ; sudah enjoy sakan holiday huna habis duit rakyat sekarang ambik MC.

    Apa apa pun rakyat yang rugi dapat keldai macam ini .

    BalasPadam
  5. Hairan bin ajaib
    Mangsa banjir yg lain tak kena pun ecoli?
    Nampak sangat nak cover line.

    BalasPadam
  6. Well i memang menyampah dengan PM yang selalu Auta belaka.

    SEMOGA KESIHATAN PM KEMBALI SEPENUHNYA JIKA PERKARA INI ADALAH FAKTA BUKAN AUTA.

    BalasPadam
  7. Pandai pula kuman ecoli pilih mangsanya ya....spt penyakit angau puteri sibujur sirih puteri soltan shahrul nizam, kah kah kah kah kah....

    BalasPadam
  8. Sultan Kelantan redah air Berhari kena hujan alih alih Najib yang naik bot turun bot kalau ada masuk dalam air sebab nak ambil gambar yang kena e-coli

    Beratus ribu mangsa banjir Dan berpuluh puluh pembodek yang sama ikut Najib Kalau Najib masuk dalam air pembodek pun masuk dalam air

    Tapi Najib sorang yang kena e-coli

    Dulu Isteri Perdana Menteri bernama Mahathir dalam satu temubual utusan berkata Mahathir kalau tak sihat orang tak tahu Sebab kalau orang tahu saham jatuh walaupun kena selsema Tu sebab sakit sikit sikit dia tetap pergi pejabat

    BalasPadam
  9. Kuman tak mungkin dari air minuman sebab najib minum air dalam botol

    cuma satu kemungkinan iaitu kuman masuk melalui lubang ketika berendam dalam air apa lagi kalau dia tak memakai seluar dalam

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.