25 Jan 2015

[VIDEO] MasyaAllah.. Keajaiban Yang Berlaku Ke Atas TGNA Semasa Di ICU -updated


Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

Doktor meminta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu seda, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik.

Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر.

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya.

Di dalam keadaan sakit yang sangat kritikal, tapi masih membangunkan hambaNya yang dikasihi untuk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

Menurut doktor yang merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum daripada ini... Sumber asal: Kerabu Bersuara Group..



13 ulasan:

mr berkata...

subhanAllah...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah sentiasa memelihara tok guru...

Tanpa Nama berkata...

Yang lebih memerlukan doa ialah kita Orang seperti saya yang susah nak kerjakan solat fardhu Doa pun sambil sambil tenguk komputer

Kalau macam ni lah Tuan Guru tunjukkan macamana para sahabat dan Nabi saw

Anti Fitnah berkata...

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Allah swt dah tunjuk dan beri isyarat kepada kita agar kita kembali kepada syariatNya yang akan dan dapat menyelamatkan kita, bukan saja dari gondaan dunia malahan oleh syaitan laknatullah.
Marilah kita semua bertaubat dan kembali ke jalan Allah swt. Allah swt telah memberi kita satu PERMATA yang begitu BERSINAR (TGNA) yang mana mungkin akan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Sedih dan pilu hati aku bila mengenangkan kemungkinan yang memang akan berlaku. Di mana akan ku cari ganti?????
Berbaliklah kita wahai saudara2 aku. Jangan tertipu dengan dakyah perkauman yang dipermainkan oleh munafikun yang menyesatkan. Tak akan hilang Melayu di dunia kalau tanpa izin daripada Allah swt. Begitu juga kuasa yang dipinjam olehNya.

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan artikel 'MasyaAllah.. Keajaiban Yang Berlaku Ke Atas TGNA Semasa Di ICU...', saya berpendapat bahawa Allah sayang pada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru nik Aziz mendapat petunjuk Allah:

Sabda Rasullullah yang bermaksud:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya Ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan
kepercayaan yang kukuh, Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, Ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya baik/mulia dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat yang baik"(diriwayatkan oleh Abu Syeikh dari Abi Zam)

Tanpa Nama berkata...

Memang hebat TGNA..tak mustahil dia ni wali Allah..itupun ramai yg kata dia macam2

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah

Moga2 Tok Guru sehat dapat nasihat anak nik abduh boleh jadi orang.

Tanpa Nama berkata...

Kisah ini tidak tepat bahkan mirip kepada mengagungkan manusia dgn kisah palsu. Orang yang membawa kisah ini tidak layak menjadi perawi hadis. Yang patut dibesar dan diagungkan adalah perjuangan TG yang mengikut sunnah nabi, memperjuangkan Islam serta sifat negarawannya tanpa mengenal penat kelah, kesakitan dan penderitaan kanser. Itu yang patut dilakukan bukanya membawa kisah palsu begini yang akan mencemarkan TG yang kita sayangi.

Tanpa Nama berkata...

anon 1:02 AM

itu persepsi anda. masing-masing boleh menilai dgn persepsi masing2.

apa yg kita lihat tidak ada satu pun unsur yg menjurus kpd pendewaan. Ia hanya mengisahkan apa yang berlaku di hospital berkenaan.

Sifat terpuji TGNA wajar dicontohi sehingga walaupun sdg terlantar di ICU beliau tetap ingat tentang kewajipan terhadap Allah swt.

Tidak ada maklumat palsu seperti yg aanda tuduhkan.

Tanpa Nama berkata...

anon 1 02 AM

Tidak tepat dan kisah palsu ada lah kerana bukan semua orang yang berada di situ dapat melihat 'keajiaban' ini

Badan zahirnya tak memungkin kan Tuan Guru berbuat atau melakukannya Yang di perjuangkan selama ini adalah dengan mwngunakan badan zahir nya Yang di amalkan solatnya zikirnya puasanya ialah badan batinnya dengan hati nya


Faqirulkhoir berkata...

Ya Allah ya tuhan kami, sembohkanlah Tok Guru Nik Aziz. Amin. Allahuma soli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad, walhamdulillahirobbil 'alamin.

Tanpa Nama berkata...

Aku juga salah seorg yg mnyanjungi tok guru. Tapi tolonglah jangan taksub dengan tok guru sampai cerita2 palsu direka.. Memalukan..

Tanpa Nama berkata...

Sedara aku warga hospital. Memang dia ada bagitau benda yang sama kat family aku.