25 Dis 2014

Putrajaya Mahu Undang Bala Lagi, Batalkan Segera Konsert Tahun Baru 2015!


RRata-rata pengguna media sosial hari ini mempersoalkan tindakan Perbadanan Putrajaya yang masih belum membuat sebarang keputusan pembatalan Konsert Ambang Tahun Baru 2015 yang ditaja oleh AMBANK ,bertempat di hadapan bangunan Kementerian Kewangan pada 31 Disember ini.

Mereka mendesak Perbadanan yang dipengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Aseh Che Mat, dapat membuat keputusan segera untuk membatalkan acara berkenaan, memandangkan hampir 60 ribu mangsa banjir diseluruh negara masih dalam keadaan yang tidak menentu.

Keadaan banjir yang masih tidak nampak akan surutnya khususnya di negeri pantai timur mengundang rasa simpati keseluruhan rakyat Malaysia dari didalam dan luar negara.

Walaupun konsert berkenaan tidak mengunakan duit kerajaan, memandangkan ia ditaja sepenuhnya oleh AMBANK, akan tetapi pihak penganjur serta Perbadanan Putrajaya harus menjaga sensitiviti mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam banjir buruk yang luar biasa kali ini.

Difahamkan konsert AMBANK Ambang Tahun Baru 2015 jika diteruskan akan menelan belanja RM3 Juta ia peningkatan dari tahun pertama yang berjumlah RM1.5 juta.

Penganjur turut menyasarkan 500,000 ribu pengunjung akan hadir di malam 31 Disember berkenaan dimana 100,000 adalah penduduk Putrajaya manakala selebihnya hadir daripada penduduk sekitar . - Orangmuda.tv


RM3 juta kos sambutan Ambang 2015 di Putrajaya

PUTRAJAYA 15 Disember: Kira-kira 500,000 pengunjung disasarkan menghadiri sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya yang dianggar akan menelan kos mencecah RM3 juta pada malam 31 Disember nanti.

Kebanyakan pengunjung yang akan hadir dijangka adalah pengunjung dari luar Putrajaya dengan pertanyaan mengenai sambutan berkenaan semakin popular diajukan, kata Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, hari ini.

“Seakan sudah menjadi satu trend di Putrajaya semua orang berminat nak tanya pasal program ini.

“Di Putrajaya dianggarkan ada 100,000 penduduk selebihnya yang mungkin akan datang memeriahkan Ambang 2015 nanti adalah penduduk sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Antara tarikan utama ialah pertunjukan bunga api selama kira-kira 10 minit selepas kiraan detik 12 malam dan sebelum itu konsert Ambang 2015 Putrajaya yang membabitkan persembahan seramai 10 artis tersohor tempatan.

Antara yang akan tampil mengegarkan pentas Ambang 2015 Putrajaya ialah Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Datuk David Arumugam, Amy Search, kumpulan Sweet Charity, Hafiz, Adira, Suki dan Goldkartz.

Pada 31 Disember tahun lalu, ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka disambut tanpa percikan bunga api, malah konsert yang sedang berlangsung ditamatkan lebih awal sebelum detik 12 malam apabila peserta demonstrasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (TURUN) merempuh masuk ke padang dataran dan mengganggu perjalanan majlis.

Ditanya mengenai sama ada kos kira-kira RM3 juta agak mahal untuk sambutan detik ambang tahun baru yang hanya beberapa jam, Aseh berkata ia tidak sepatutnya menjadi isu.

“Kepuasan manusia tidak terbatas. Tahun pertama RM1.5 juta tahun kedua RM2 juta dan tahun ketiga kemungkinan RM3 juta.

“Kita mahu persembahan yang menarik dan dalam situasi semua naik harga, tiap tahun takkan kurang perbelanjaan yang ditanggung,” ujarnya dalam sidang media sempena pra-Pelancaran Ambang 2015 Putrajaya di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Isnin.

Untuk tahun ke-10 sejak 2003, Kumpulan AmBank terus menjadi penaja utama sambutan ambang tahun baru, termasuk kali ketiga yang bakal diadakan di Putrajaya hujung tahun ini.

Turut hadir pada sidang media pada Isnin ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim yang berkata, beliau berharap konsert Ambang 2015 Putrajaya kali ini dapat memupuk semangat perpaduan dan muhibbah di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Objektif utama Ambang 2015 Putrajaya ini bagi menyokong semangat muhibah antara rakyat sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya tanpa mengira bangsa dan agama.

“Matlamat lebih besar bagi mempersembahkan konsert untuk menggalakkan keharmonian dan semangat muhibah melalui muzik selain menarik kehadiran lebih ramai pelancong dan warga asing yang menetap di negara ini,” ujarnya.

Konsert Ambang 2015 Putrajaya nanti juga merupakan cara kumpulan AMBANK mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggannya, serta sebagai satu daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat daripada pihak pengurusan Kumpulan AMBANK.

“Saya dan pengurusan AMBANK baru semalam balik dari Penjara Pokok Sena untuk tujuan CSR (Corporate Sosial Responsibility) dan konsert Ambang 2015 ini adalah salah satu tanggungjawab sosial kami dengan hasrat untuk jalinan muhibah antara semua kaum melalui seni hiburan,” ujarnya.
-therakyatpost



Adakan solat hajat, batalkan acara hiburan, titah Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Susulan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke sesi taklimat situasi banjir di negeri Perak dan lawatan Baginda berdua ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir, Baginda telah menitahkan tiga perkara untuk diambil tindakan.

Baginda bertitah agar kesemua masjid di negeri Perak mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada 26 Disember 2014 bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk meringankan tanggungan dan ujian agar situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala

Selain itu, sebarang acara konsert atau acara berunsur hiburan sekiranya ada dirancang menjelang sambutan tahun baru, termasuk acara-acara seumpamanya yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi Kerajaan Negeri, hendaklah dibatalkan.


Baginda juga memberi perkenan untuk Yayasan Sultan Azlan Shah mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar dari kalangan mangsa banjir.

Kenyataan media dari Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Kuala Kangsar itu dikeluarkan dengan titah perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melalui Setiausaha Sulit Baginda, Toh Demang Perwira Mohd Rasid Hussin Shah.
-astro awani










Tatkala Negara Sedang Ditimpa Bencana, Najib Boleh Main Golf dengan Obama


Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sedang berada di Hawaii tatkala rakyat negara ini sedang menderita akibat dilanda banjir dibeberapa buah negeri.

Ini dilaporkan oleh lamanweb thewashingtonpost.com dimana dinyatakan Obama yang sedang bercuti di Hawaii menemui beberapa rakan dan para petugas di Rumah Putin dan pada hari semalam, pertemuan itu disertai oleh "orang baru" iaitu PM Malaysia Najib Razak.

Ikuti laporan asalnya:


In Hawaii, Obama golfs with Malaysian Prime Minister Najib Razak


HONOLULU — President Obama has generally refrained from mixing business and pleasure on the golf course. On vacation here in Hawaii, he has mostly hit the links with the same circle of longtime friends and White House aides he usually pals around with. Until Wednesday, when a newbie joined the First Foursome — Malaysian Prime Minister Najib Razak.

The White House said Najib, along with aides Joe Paulsen and Mike Brush, was playing with the president on the course at the Marine Corps base at Kanehoe Bay. Turns out Najib was in town on his own getaway, and it is not unprecedented for Obama to do a golf summit with a world leader. Last year in Hawaii, he played with New Zealand Prime Minister John Key. (In 2011, Obama famously played a round with House Speaker John A. Boehner at Andrews Air Force Base that did not exactly lead to a good working relationship off the course.)

Obama has established perhaps a better working relationship with Najib, after making the first visit by a sitting U.S. president to Malaysia in nearly half a century last spring. It was unlikely they discussed their foreign policy agendas on the course, however, but perhaps focusing instead on trying to avoid the sand traps.

On the 18th hole, reporters were allowed onto the course briefly. Obama missed a putt to the left off the hole, then tried to tap in but "picked the ball up before it missed again," according to a pool report. Razak also missed a second putt, but Obama consoled him with a pat on the shoulder.

Wall Street Journal reporter Carol Lee asked Obama if he planned to watch "The Interview," the Sony movie that will be released on Christmas after the studio initially canceled the release in the wake of the company being hacked, allegedly by North Korea.

"I'm glad it's being released," replied Obama, who had criticized the studio last week for its initial decision.

The president wished the reporters a Merry Christmas, according to Lee, then offered: "Be careful about those fruity drinks. You never know they might have a little kick."

Lee reports that she asked him if he'd been drinking fruity drinks, but he didn't respond.
-washingtonpost



Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

KUANTAN 24 Dis. - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat kepada 10,825 orang daripada 2,768 keluarga di lapan buah daerah hari ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga, Maran (2,542 orang, 623 keluarga), Lipis (722 orang, 177 keluarga) dan Pekan (553 orang, 123 keluarga).
Di Jerantut seramai 487 orang daripada 89 keluarga dipindahkan, Rompin (268 orang, 63 keluarga) manakala dua lagi daerah baharu mula dilanda banjir iaitu diTemerloh yang melibatkan 14 orang daripada tiga keluarga dan Bera (lapan orang daripada satu keluarga).
-UM



Banjir: Penonton Astro AWANI rayu bantu selamatkan ibu dan adik

KUALA LUMPUR: Sejak awal pagi, Astro Awani tidak henti-henti menerima panggilan daripada penonton bagi mendapatkan berita terkini mengenai banjir.

Bagaimanapun, ada juga penonton yang buntu tidak tahu pihak mana harus diminta tolong untuk mencari orang tersayang yang terjejas kerana musibah ini.

Antaranya adalah Mohamad Nizam Ghazali dari Machang, Kelantan yang terputus hubungan dengan ibu dan adiknya yang berada di Kuala Krai.

Kata Nizam, waktu terakhir dia bercakap dengan ibunya adalah pada jam 2 petang dan sehingga jam 7 petang tadi masih belum diketahui status di mana ibunya, Nafisah Mustafa dan adiknya, Muhamad Hafiz Ghazali di tempatkan.

Dalam perbualan awal dengan Nizam, Astro AWANI difahamkan bahawa begitu ramai mangsa banjir ditempatnya berebut menaiki bot mahu diselamatkan.
astroawani


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Najib yang sering menghamburkan kata-kata "haramjadah" dan "bangsat" ...

Kini terbukti kata-kata itu kembali kepada dirinya... siapa sebenarnya yang haramjadah dan bangsat kini?

Tatkala rakyat sedang tiga suku mati berjuang untuk menyelamatkan diri dari bencana banjir di beberapa buah negeri termasuk di negeri kelahirannya, Pahang, beliau begitu bersahaja bercuti untuk bertemu Obama bermain golf...

[VIDEO & GAMBAR] Banjir Semakin Buruk, Rakyat Semakin Menderita, Darurat Belum Diisytiharkan


Jumlah mangsa banjir terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi.

Di Kelantan jumlah mangsa banjir kini mencecah 26,137 orang berbanding 24,765 yang dicatat pagi tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mereka yang dipindahkan membabitkan sebanyak 7,468 buah keluarga yang ditempatkan di 117 pusat pemindahan berbanding 7,493 keluarga di 114 pusat sebelumnya.

Jajahan paling teruk terjejas ialah Gua Musang membabitkan 6,947 penduduk dipindahkan, meningkat 1,688 orang berbanding pagi tadi.

Peningkatan jumlah mangsa banjir turut dicatatkan di Tanah Merah (801), Kota Baru (276), Jeli (557) dan Machang (178).

Di jajahan Pasir Mas jumlah mangsa sedikit menurun kepada 7,776 orang berbanding 8,754 pagi tadi. Penurunan turut direkodkan di Tumpat dengan kini 3,794 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 4,146 pagi tadi.

Sementara mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 602 orang.

Di Terengganu, 720 orang lagi penduduk dipindahkan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir kepada 22,326 orang berbanding 21,606 pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 13,039 orang diikuti Dungun (4,971), Kuala Terengganu (3,082) orang, Hulu Terengganu (685), Besut (426), Marang (115) dan Setiu (lapan), kesemuanya ditempatkan di 116 pusat pemindahan.

Di Kuantan situasi banjir semakin buruk menyebabkan angka penduduk yang dipindahkan bertambah kepada 12,832 orang berbanding 10,825 orang pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan.

"Di Maran 2,542 dipindahkan, Jerantut(2,513), Lipis (703), Pekan (553) Rompin (268), Temerloh (14) dan Bera (lapan)," katanya.

Di Perak jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar tidak berubah iaitu seramai 1,030 orang dari 252 keluarga yang masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir setakat tengah hari ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Jasimi Zeniol Abdin ketika ditemui di Kuala Kangsar berkata seramai 823 mangsa berada di 10 pusat pemindahan banjir manakala di Hulu Perak seramai 207 mangsa berada di tujuh pusat pemindahan.

Di Sabah, keadaan banjir di daerah Beaufort yang terletak kira-kira 97 kilometer dari bandar raya Kota KInabalu, bertambah baik selepas kesemua mangsa di pusat pemindahan akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang ini.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata kesemua 336 mangsa dari 128 keluarga yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru akan dibenarkan pulang selepas pukul 2 petang ini.

"Air mulai surut sejak pagi tadi, kesemua mangsa dari sembilan buah kampung akan dibenarkan pulang, namun kita masih memantau situasi banjir termasuk akan membuka pusat pemindahan di Kampung Suasa sekiranya kawasan berkenaan dinaiki air," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir daerah berkata kesemua jalan-jalan di kampung terjejas banjir dibuka kepada semua kenderaan sejak pagi tadi.

Di Perlis pula, walaupun keadaan banjir tidak menunjukkan perubahan ketara, tetapi terdapat peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan daripada 143 orang pagi tadi kepada 175 orang tengah hari ini. –


Sungai Kelantan melimpah, banjiri kawasan rendah

KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat jam 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter).

Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.

Sementara itu, peniaga peralatan elektrik Leong Khoon Seng, 52, berkata pada banjir 2004, beliau mengalami kerugian besar apabila sebahagian besar alatan elektrik musnah.

"Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya.

Khoon Seng berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas.

Sementara itu beberapa penduduk yang tinggal di rumah rakit di tebing sungai itu juga sudah membuat persiapan awal dengan mengikat kukuh rumah masing-masing bagi mengelak dihanyutkan arus deras.

"Rumah, kami sudah ikat dengan tali yang kukuh, tetapi apa yang kami bimbang adalah batang balak yang hanyut dalam keadaan arus deras ini yang boleh merempuh rumah kami," kata Ali Shahbudin, 56.

Jirannya, Mek Minah Ali, 52, berharap air sungai akan cepat surut kerana khuatir air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalir turun ke sungai ini dan mengakibatkan keadaan banjir lebih buruk.

Paras air di Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai juga dilaporkan terus meningkat dengan masing-masing melepasi paras bahaya.

Bacaan di Sungai Galas kini ialah 45.65 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir 36.13 meter (paras bahaya 36 meter) dan Tangga Krai 32.36 meter (paras bahaya 25 meter).

Tinjauan Bernama juga mendapati kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah meminta ibu bapa mengawasi anak mereka daripada bermain air kerana khuatir boleh mengundang bahaya.

"Kita bimbang ada yang terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik selain membahayakan kesihatan berikutan air berlumpur," menurut jurucakap bomba.
-BERNAMA