18 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Banjir Di Kelantan & Terengganu Bertambah Buruk


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus bertambah sehingga 10 pagi ini dengan 8,397 mangsa membabitkan 2,294 keluarga ditempatkan di 139 pusat pemindahan manakala lapan laluan ditutup.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 4,128 mangsa membabitkan 1,119 keluarga sehingga 10 pagi ini berbanding 3,283 mangsa sehingga 12 tengah malam tadi.

Menurut portal ebanjir Kelantan sebanyak 55 pusat pemindahan kini dibuka di lapan jajahan di negeri ini.

Jajahan Kota Bharu dan Bachok menjadi jajahan terbaru dinaiki air apabila 372 mangsa membabitkan 77 keluarga didipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir sejak 1 pagi tadi.

Jajahan Tanah Merah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,220 mangsa yang ditempatkan di 24 pusat pemindahan banjir.

Jajahan lain turut mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi termasuk Jeli (663), Pasir Mas (651), Kuala Krai (663) dan Pasir Puteh (520).

Sementara itu, enam laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12 Jalan Chiku-Aring, Gua Musang, KM4 Jalan Sungai Durian/Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/ Kuala Nal, Kuala Krai, KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan di Machang dan KM45 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Pasir Puteh.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu juga meningkat kepada 4,269 orang hingga 10 pagi ini berbanding 812 orang, 7 malam tadi.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Hulu Terengganu mencatatkan daerah tertinggi mangsa banjir dengan 1,746 orang daripada 527 keluarga ditempatkan di 33 pusat pemindahan.

Kemaman mencatatkan 957 orang daripada 264 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan.

Di Besut seramai 814 orang daripada 181 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan diikuti Dungun seramai 478 orang daripada 135 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Sementara di Setiu seramai 256 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan dan di Kuala Terengganu seramai 18 orang daripada empat keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Dua jalan ditutup kepada kenderaan ringan di Kemaman iaitu Jalan Kampung Ibok dan Jalan Air Putih-FELDA Seberang Tayor.



Gambar dari fb. Kredit untuk semua pemilik gambar berkenaan.


Harga Tambang Bas Sekolah Naik, Lagi Hadiah UMNO BN Untuk Rakyat...


Tambang baharu bas naik Januari 2015

KUALA LUMPUR - Tambang baharu bas sekolah akan dikenakan menjelang Januari 2015 dan jumlah kenaikan akan dibuat oleh pengusaha bas sekolah secara individu.

Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, pengiraan tambang baharu itu akan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang dibuat pada tahun 2009.

"Kami terpaksa menerima regulasi yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),tetapi SPAD tidak ada garis panduan untuk tetapkan tambang bas sekolah, maka kita akan guna pakai panduan yang pernah dibuat LPKP 2009.

"Kadar itu akan ditetapkan secara individu oleh pengusaha sendiri disamping mengambil kira Seksyen 4 Akta Persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)," katanya pada sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Tahunan kali ke-42 semalam.

Amali menegaskan pihak persatuan tidak akan campur tangan berapakah jumlah kenaikan yang akan dikenakan itu nanti.

"Persatuan tiada kuasa untuk tetapkan berapa peratus kenaikan itu kerana ia tertaluk dibawah Akta Persaingan.

"Namun apa yang boleh kita tegaskan berdasarkan keadaan semasa kadar tambang bas sekolah akan naik tahun depan," katanya.

Beliau berkata, peningkatan itu bukan tujuan untuk menekan ibu bapa tetapi keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pengurangan subsidi diesel yang dibuat kerajaan terhadap pengusaha perkhidmatan bas sekolah.

Menurutnya lagi, peningkatan itu juga berdasarkan kenaikan harga bagi kos penyelenggaraan bas dan belanja pengurusan yang lain.

"Namun paling terkesan adalah pengurang subsidi diesel kerana kos itu melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan kos perkhidmatan ini," katanya.

Jelas beliau, tindakan SPAD untuk tidak meletakkan siling harga bagi tambang bas sekolah juga menyukarkan pihak mereka menetapkan tambang baharu itu. -SH

ULASAN GB

Satu demi satu "hadiah" UMNO BN untuk rakyat.

Kini tambang bas sekolah akan naik. Lebih malang apabila SPAD tidak menetapkan harga siling kenaikan tersebut. Ini bererti tiada had bagi kenaikan tersebut.

Rakyat terus tertekan dan terus terhimpit selagi UMNO BN memerintah negara!

[BERGAMBAR] Meloyakan: Ada Benda Asing Dalam Kotak Milo...


Bberapa hari yang lalu, seorang individu telah memuat naik dilaman facebooknya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau menjumpai objek bendasing di dalam minuman milo kotak yang diminumnya

Beliau, Teh Suan Sim Shirley, nyata amat terkejut kerana air tersebut telah diminum oleh anaknya. Beliau menyedari perkara ini apabila anaknya tidak dapat menghabiskan air tersebut kerana tersekat dan meminta tolongnya

Pada mulanya Teh mencuba minum air yang masih tinggal lagi 3/4 kotak tersebut dan berasa pelik dengan air tersebut. Beliau membuat keputusan untuk menebuk kotak tersebut dan terkejut besar apabila menjumpai objek itu.

Beliau meminta pendapat orang ramai apa yang harus dilakukannya dan amat bimbang akan kesihatan anaknya kerana telah meminum air yang telah dicemari tersebut.

Bagaimanapun perkara ini telah pun mendapat maklum balas dari pihak Nestle dari bahagian Consumer Services. Beliau telah meminta maaf bagi pihak Nestle dan meminta nombor konteks Puan Shirley supaya mereka dapat menghubunginya secepat mungkin.

Perkembangan terkini Puan Shirley dikatakan akan membawa perkara ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk tindakan lanjut.

ULASAN GB

Kita di Malaysia ini amat malang kerana mempunyai sebuah kementerian yang LANSUNG TAK BERGUNA untuk pengguna. Nama kementerian itu ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, seorang menteri cap ayam bernama Hassan Malek, yang tidak meempertahankan hak-hak pengguna tetapi mempertahankan kedudukan dan hak-hak peniaga dan kerajaan yang ada. Perhatikan saja kenyataan-kenyataannya dii dalam isu-isu kenaikan harga barang, harga petrol dan seumpanya. Anda akan akui apabila GB menyatakan tadi kementerian itu kementerian yang LANSUNG TAK BERGUNA. Yang dia tahu ialah untuk membodek Najib dengan mencium tangan Rosmah Mansor supaya beliau terus dapat jadi menteri lagi di masa muka.


Ini diperburukkan lagi dengan persatuan-persatuan pengguna yang lemah. Tetapi bukan salah mereka. Lemahnya mereka adalah kerana dilemahkan oleh kuasa-kuasa politik yang lebih mempertahankan golongan peniaga, tidak seperti di negara-negara maju dimana persatuan pengguna amat kuat dan amat ditakuti oleh golongan peniaga, malah pemerintah juga.