31 Okt 2014

Bhgn Ini Bakal Jadi Berita Besar Utusan & TV3


Pendakwa sensasikan hujah untuk TV3, Utusan, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pihak pendakwaan dalam rayuan liwatnya sengaja mensensasikan hujah di Mahkamah Persekutuan untuk media pro kerajaan.

Bercakap di akhir sesi mahkamah, Anwar berkata, ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengaitkan hal sensasi dalam hujahnya supaya akhbar pro-kerajaan dapat memainkan isu berkenaan.

"Timbalan Pendakwa Raya memetik perkara sensasi dalam hujahnya untuk Utusan dan TV3," katanya selepas meninggalkan mahkamah yang masuk hari keempat perbicaraan.

Shafee seharusnya menjawab isu fakta yang dibangkitkan pihak pembelaan, kata Anwar.

"Pasukan pembelaan melakukan tugas yang mengagumkan terutamanya mewujudkan keraguan munasabah," katanya.

Shafee, yang mewakili Umno dalam beberapa kes, dilantik kerajaan mengetuai pasukan pendakwaan.

Dalam hujahnya hari ini, Shafee menceritakan bagaimana Anwar dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau turut menggunakan perkataan yang didakwa digunakan Anwar kepada Saiful dalam nada seksual.


Sementara itu, Shafee berkata 20% hingga 30% hujah pendakwaan hari ini selesai dan fakta kes dirujuk dalam konteks yang betul.

"Ini dilakukan sebagaimana tuduhan liwat itu berlaku," katanya kepada wartawan di luar mahkamah.

Shafee yang diberikan lesen sementara oleh Peguam Negara untuk membuat pendakwaan kes ini berkata, beliau turut membawa isu sampel di mahkamah yang sebelum ini dipertikaikan pembelaan.

Shafee berkata teori konspirasi yang diketengahkan pihak pembelaan tidak masuk akal.

Katanya, Umno, media, doktor perubatan kerajaan, dua ahli kimia dan hakim diheret ke dalam dakwaan konspirasi Anwar apabila kenyataan kepada mahkamah diberikan.

Shafee berkata kepada mahkamah pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima gangguan seksual yang membawa kepada liwat.

"Jika wanita boleh dilindungi, kenapa tidak lelaki," katanya.

Shafee berkata isu kredibiliti pengadu akan dibahaskan pada Isnin dan hal lain yang dibangkitkan pembelaan.

Panel hakim yang diketuai Tun Arifin Zakaria turut memanjangkan sesi perbicaraan sehingga Selasa.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Bahan Materi Tidak Rosak Walau Bungkusannya Telah Diganggu?


Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pihak pendakwa, mengapa sabitan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat - yang kedua dalam tempoh 10 tahun - adalah 'selamat'.

LINTAS LANSUNG

Persoalannya ialah kenapa plastik sampel yang menjadi bahan bukti utama itu diganggu?

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, pada tahun 2012 yang membebaskan Anwar adalah tepat dan benar.

Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful," kata hakim. -Ulasan GB


12.10pm: Shafee berkata Jude tidak mendapat apa-apa keuntungan sekiranya mengganggu sampel berkenaan.

Pendakwa itu berkata, Jude berterus terang mengenai hal tersebut sejak awal, dan IO itu juga mengaku memasang penyaman udara di tempat simpanan sampel selama 24 jam untuk memastikannya dalam keadaan dingin.

Hakim Ariffin menangguhkan persidangan mahkamah untuk hari ini, dan menambah persidangan akan disambung semula pada hari Isnin dengan hujah pendakwaan.

Persidangan pada hari Isnin mungkin hanya berlangsung setengah hari kerana satu urusan hakim Ariffin. Ini bermakna, persidangan mungkin akan berterusan pada hari Selasa.

12pm: Shafee membangkitkan bahawa pendakwaan tidak meminta Jude menjelaskan perkara itu ketika saksi berkenaan memberi keterangan – berhubung kemungkinan bahawa sampel tersebut diganggu.

Sebaliknya, pendakwaan hanya membuat dakwaan tersebut kemudian, ketika Jude tidak dapat mempertahankan dirinya.

Shafee seterusnya mengulangi hujah bahawa tiada gangguan dilakukan ke atas bahan bukti tersebut, seperti didakwa.

"Tuduhan ke atas IO (Jude) adalah tindakan memperolok-olokkan undang-undang yang serius,” katanya.

11.55am: Shafee berkata tindakan Jude bukanlah gangguan ke atas sampel, dan menyatakan beberapa kes untuk membuktikan sebab sampel tersebut perlu diterima.

Beliau seterusnya bertanya bagaimana seseorang boleh mendapatkan sampel spermatozoa Anwar untuk membolehkan sampel itu diganggu.

"Sekiranya seseorang berpendapat (bahawa DNA tersebut) boleh dimasukkan daripada sampel yang diambil daripada sel Anwar, ia tidak boleh dilakukan kerana ia berlangsung dalam tempoh masa berbeza,” katanya.

Samep Saiful dihantar pada 30 Jun manakala sampel Anwar diambil dan dihantar kepada ahli kimia pada 17 Julai.

11.45am: Shafee berkata tindakan doktor HKL, Dr Siew Sheue Feng yang menandatangani sampul spesimen dan juga mendapatkan tandatangan Saiful adalah memadai untuk mengelakkannya daripada diusik.

Katanya, sampel itu seterusnya dimaterai dengan materai polis.

11.35am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Jude hanya menanda sampel "intim” dan polis hanya mematuhi IGSO.

"Ringkasnya, ketika Seah menerima sampel tersebut beliau ditanya sama ada materai HKL masih utuh di sampel berkenaan, dan beliau menjawab ia masih utuh,” katanya.

11.20am: Shafee membacakan sebahagian daripada IGSO yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus berasingan dan setiap sampel perlu disertakan dengan borang Polis 31.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat (IO) adalah memotong plastik, meletakkan sampel berasingan di dalam sampul dan meletakkannya di dalam beg.

"P27 ini dijadikan isu dan ini menyebabkan tertuduh bebas,” katanya.

Shafee menegaskan bahawa IO tidak mengusik sampel tersebut tetapi hanya meletakkannya berasingan.

"Sampel intim ini dihantar kepada Seah pada 30 Jun, manakala sampel kedua (Anwar) dihantar pada 17 Julai dan diberikan kepada seorang lagi ahli farmasi ((Noraidora Saedon).

"Dari mana IO boleh dapatkan sampel mani di antara (30 Jun dan 17 Julai) untuk mengubah (sampel pertama)?,” soalnya.

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan tidak ada niat yang tidak diingini.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"

"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.05am: Bapa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di mahkamah bersama dengan cucunya, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Mahkamah bersedia untuk menyambung pendengaran.

10.50am: Di tengah-tengah hujan lebat, kira-kira 200 penyokong Anwar Ibrahim dibenarkan berlindung di khemah sementara di depan Istana Kehakiman.

Makanan dan minuman disediakan oleh pegawai PKR. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di situ.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

(Hujjah ini tak masuk akal. Luarnya sudah rosak, tetapi meterai d dalam tetap utuh. Mahukah anda membeli apa-apa barang yang pembukanya sudah rosak? seperti air mineral yang penutup botolnya sudah dipecahkan? - GB)

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

10.33am: Shafee berhujah bahawa Anwar bukan seorang perayu biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.

Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat.

Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

10.28am: Shafee berkata Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya.

Walaupun Karpal menegaskan kepada Saiful bahawa kejadian itu tidak berlaku, saksi pendakwa tetap berkata yang ia berlaku.

10.25am: Shafee berkata Saiful menunjukkan (perbuatan fizikal) di tempat kejadian apabila hakim perbicaraan melawat kondominium itu.

Beliau selanjutnya menceritakan insiden liwat itu, dengan memperincikan bagaimana Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya di mana dia telah memakai beberapa bahan pelincir.

Shafee memetik Saiful sebagai berkata Anwar sangat kasar dan dia sembur (air maninya) ke dalam Saiful.

10.15am: Shafee seterusnya membaca apa yang didakwa berlaku pada hari itu untuk menunjukkan Saiful tidak dapat mereka keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemeriksaan balas oleh Karpal (Singh) di mana sebelum meninggalkan kondominium tersebut, mereka (kedua-dua Anwar dan Saiful) minum Nescafe tiga dalam satu dan karipap.

"Saiful berkata pintu ke kondominium itu terkunci dari dalam apabila mereka melakukannya. Saiful berkata dia mempunyai peluang untuk lari, tapi dia tidak boleh."

"Dia mengakui dia mempunyai peluang untuk lari. Anda tidak dipaksa, Karpal bertanya, tetapi Saiful menjawab dia tak rela."

Shafee berkata, kejadian itu berlaku atas permaidani di tepi katil.

Shafee menjelaskan kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

10.15am: Shafee berkata selepas cuba untuk mengatur jadual hari itu, Anwar bertanya kepada Saiful, "Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Saiful, katanya, keberatan dan Anwar marah dan mereka pergi ke bilik tidur utama dan di sanalah mereka melakukannya.

10.10am: Shafee menjelaskan tugas Saiful sebagai pembantu Anwar.

Katanya, Saiful ikut ke mana-mana bersama tertuduh, Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun, di mana dia mengikut tertuduh.

Semua ini, Kata Shafee, walaupun Saiful tidak habis belajar di universiti.

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada. Mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang demikian (dengan Saiful)," soalnya.

10am: Shafee berkata adalah lebih mudah bagi pihak pendakwa untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan, daripada bukan dengan kerelaan.

Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan ada banyak kebenarannya.

Beliau menambah bahawa Saiful bukan rakan subahat.

9.54am: Walaupun kritikan Anwar terhadap hakim, Shafee berkata, hakim yang sama yang membebaskan beliau.

Beliau berkata kejadian liwat didakwa berlaku adalah jam 3 petang dan 4.30 petang di kondominium Desa Damansara.

Shafee berhujah bahawa apabila Saiful berkata, dia tidak berbuat demikian secara sukarela, ia berbeza dengan kerelaan.

"Ia adalah kawasan kelabu (grey area) di mana hati saya berkata tidak, tetapi apa yang hendak saya lakukan apabila majikan saya dominan sepenuhnya? Ia tidak ada kaitan dengan kerelaan."

9.50am: Pendakwa Shafee berkata Anwar juga mengkritik kredibiliti mahkamah perbicaraan yang memanggilnya membela diri.

"Pendek kata, skandal ini lebih buruk dari skandal di Monaco seperti yang dikatakan oleh (hakim) Eusoffe Abdul Kadir," kata Shafee berseloroh dalam menggambarkan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

"Namun begitu, bagaimana anda menjelaskan air maninya di bahagian sulit Saiful," kata beliau.

9.35am: Shafee berkata Anwar membuat keributan dengan memberi keterangan di kandang tertuduh yang hakim 'pre-judged' beliau.

Beliau berkata, kita tidak boleh lupa bahawa terdapat 60 penangguhan dan terdapat banyak permohonan yang benar-benar tidak dalam undang-undang seperti di sini dan Komanwel.

Anwar, katanya, juga menyerang badan kehakiman,termasuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Katanya, Anwar seterusnya mendakwa penglibatan Najib, Rosmah, Rodwan dan juga IGP Musa.

Shafee seterusnya menyentuh kenyataan Anwar dari kandang tertuduh mengadu bagaimana dia boleh memberi keterangan di kandang saksi kerana mendakwa wujudnya apa yang dikatakan diskriminasi terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan bahawa dalam pengalamannya sebagai seorang peguam, pihak pembelaan tidak pernah dibenarkan memperolehi dokumen seperti kenyataan saksi yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Kata Shafee, Anwar membayangkan yang sampel telah sengaja diletakkan oleh pihak polis.

Ini, tegas Shafee, adalah tuduhan yang jelas terhadap IO (pegawai penyiasat) bahawa dia telah mengenakan Anwar.

Menurutnya, DNA 'Lelaki Y' ditemui di tempat sulit Saiful. Malah, tegasnya, DNA 'Lelaki Y' yang sama ditemui di sel IPK KL.

'Bagaimana anda mendapatkan air mani segar dari tertuduh yang mana sudah kira-kira 60 jam lamanya dari pengadu?"

9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Anwar, katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu

Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.

9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.

Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.

9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.

Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

9.16am: Mahkamah memulakan persidangan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin mengetui lima anggota panel Mahkamah Persekutuan.

8.55am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba di mahkamah. Mahkamah bersedia untuk mulakan prosiding.

8.53am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kelihatan Anwar memeluk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

8.50am: Keadaan di luar perkarangan Istana Kehakiman tenang dan terkawal. Kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar mahkamah.

Kesemua penyokong hanya duduk dan berbual sementara menanti pendengaran kes rayuan liwat II selesai untuk hari ini.

8.30am: Peguambela utama, Tan Sri Gopal Sri Ram memasuki dewan mahkamah bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Turut berada mahkamah ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Prosiding dijangka bermula pada pukul 9 pagi.

8.15am: Wartawan dan pemerhati antarabangsa dibenarkan masuk ke dalam dewan mahkamah.

Peguam Zamri Idrus, yang mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilihat di mahkamah dengan Timbalan Ketua Pendakwaan (Operasi) Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.

Peguambela N Surendran, Eric Paulsen, Sangeet Kaur Deo dan Latheefa Koya juga sudah bersedia untuk prosiding hari ini.


Seluar dalam Saiful peningkan pendakwa? – Mohamed Hanipa Maidin

PubSaya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan. Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan, tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor, satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful. Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14, iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna (forensically useless) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh!

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani!

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian!!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[MENGEJUTKAN] Air Mani Saiful Disimpan Di Dalam Laci Polis Ini...!!


Rantaian bukti, peranan Jude Pereira jadi tumpuan peguam Anwar

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.

Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu.

Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya.

Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku.

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun.

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal.

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku.

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar".

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya.

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal .

Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian.

Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa.

Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala.

Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah.

Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI