25 Okt 2014

[VIDEO] Syed Azmi Tampil Mohon Maaf, Pembelajaran Untuk Hormat Makhluk Allah


Syed Azmi : Tiada niat memesongkan akidah

Penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’, Syed Azmi Alhabshi tampil beri penjelasan bahawa tujuan program tersebut hanya untuk mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara membantu anjing jikalau ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks Islam.

Menurut beliau, penganjuran program tersebut tiada niat untuk memesongkan akidah, menukar hukum-hakam agama dan mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.

“Niat saya ikhlas dan saya memohon maaf dan tiada niat menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak,” katanya dalam satu sidang media di Kelab Golf Persiaran Selangor.

Setelah hampir seminggu, Syed Azmi hari ini tampil beri penjelasan dan memohon maaf di atas sebarang perasaan tidak senang yang berbangkit disebabkan oleh program ‘I Want To Touch A Dog’.

Tegasnya, program tersebut tidak sama sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan.

“Kenyataan ini kami telah nyatakan di dalam laman sosial program ini semenjak 11 September yang lalu.

“Mengenai kelulusan-kelulusan rasmi bagi menganjurkan program ini, kami telah bertemu dan berbincang dan kami diberikan surat menerangkan garis panduan pengendalian anjing menurut Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk melaksanakan program ini,” katanya.

Tambah beliau, program tersebut adalah proses pembelajaran untuk menghormati makhluk Allah SWT yang kian dipandang hina dan didera oleh masyarakat kita.

“Segala pencerahan mengenai hukum-hakan pengendalian anjing telah diterangkan semasa program tersebut.

“Ingin saya tekankan program ini adalah proses pembelajaran dan kaedah juga telah diterangkan dan amali telah dikendalikan,” jelasnya.

Katanya, beliau mengakui program tersebut ada kelemahan tersendiri.

“Terima kasih juga atas komen-komen yang diterima.

“Ini adalah proses pembelajaran bagi saya juga. Saya dengan sejujurnya tidak mempunyai mana-mana niat untuk menguris sensitiviti rakyat Malaysia,” ujarnya. -FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[MENARIK] Itik Pulang Ke Reban Setiap Kali Azan Asar


Tumpat: Setiap kali azan Asar berkumandang, 1,800 itik milik Nawi Latiff, 61, akan mula bergerak masuk ke dalam reban terletak berhampiran rumahnya.

Seperti sudah dididik, semua itik milik warga emas yang mesra dikenali sebagai Pok Wie itu berbuat demikian tanpa arahan daripadanya.

Nawi berkata, selewat-lewatnya jam 5 petang, semua itik berkenaan yang mula dipelihara sejak tujuh tahun lalu akan memenuhi reban tanpa seekor pun tertinggal di luar.

Menurutnya, ada tekniknya untuk mengajar itik berkenaan berdisiplin hingga begitu.

"Sebagai permulaan setiap kali azan Asar berkumandang, saya akan mengumpan semua itik ini dengan meletakkan dedak dalam reban. -HM



ULASAN GB

Menarik bukan?

Setiap ali azan Asar berkumandang itik-itik ini pulang ke reban.

Annehnya terdapat juga manusia yang beragama Islam, sekalipun azan Maghrib telah berkumandang tapi masih sibuk di pusat membeli belah atau tengah mentekedarah di restoran....







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Kepada Yang Mengutuk Syed Azmi, Mampukah Anda Lakukan Seperti Beliau?


Syed Azmi Anjur Banyak Aktiviti "I Want To Touch A Heart"

Kepada Yang Berkenaan,

Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.


Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.





Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda. 

Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil. 




Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.

  1. Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
  2. Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan) 
  3. Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
  4. Ramadhan Box
  5. Kursus Pengurusan Jenazah
  6. Kursus Penyembelihan Ayam
  7. Sukan Rakyat
  8. Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
  9. Kutipan Pakaian Untuk Syria
  10. Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
  11. Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
  12. Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
  13. Suspended Meal (Free meal for the poor)
  14. Kempen Zebra Crossing
  15. Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah. 



Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.

Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.

Apa Pendapat Anda ?

Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.

Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.

-fb AAK71







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI