Israel umum gencatan senjata kemanusiaan 7 jam di Gaza
BAITUL-MAQDIS: Tentera Israel mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan selama tujuh jam di Semenanjung Gaza hari ini, tindakan terbaharu selepas hampir empat minggu konflik Israel-Palestin berlangsung.
Menurut kenyataan tentera Israel, gencatan senjata akan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) dan berakhir pada 1400 (10 malam waktu Malaysia).
Ia akan dilaksanakan di semua bahagian kecuali di timur bandar Rafah dengan alasan masih ada pertempuran yang berlangsung dan wujud kehadiran tentera rejim di situ.
Bagaimanapun pemimpin tentera rejim Israel di Tebing Barat dan Gaza Yoav Mordechai memberikan amaran yang pihaknya akan membalas sebarang serangan sekiranya dilancarkan sepanjang gencatan senjata itu dilaksanakan.
Mordechai juga menggesa dua penduduk perkampungan di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira di wilayah Khan Yunis ke selatan Gaza untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia).
Sementara itu tentera Israel dilaporkan mula mengundurkan sebahagian anggota tenteranya termasuk sejumlah kereta kebal dari Gaza.
Bagaimanapun ia masih melancarkan beberapa serangan udara ke atas wilayah Palestin itu.
Pengunduran dilaksanakan ketika perdana menteri rejim, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan ke atas Gaza walaupun mengambil tempoh lama dan menggunakan sebanyak mana kekuatan yang diperlukan.
Katanya, tentera rejim zionis mencapai kejayaan besar dalam memusnahkan infrastruktur milik Hamas.
Bagaimanapun jurucakap Hamas, Fawzi Barhum berkata Netanyahu keliru terhadap krisis sebenar yang dihadapinya.
Hamas juga kata Fawzi tidak akan mengalah dan meneruskan penentangan terhadap penjajah Yahudi sehingga misi tercapai.
Angka kematian di pihak Palestin kini melebihi 1,775 nyawa dengan mangsa kebanyakkannya adalah orang awam. ~Agensi
Hamas Sangsi Pengumuman 7 Jam Gencatan Senjata Israel
Setelah empat minggu membedil bumi Gaza dan menyebabkan ribuan nyawa tidak berdosa terkorban, tentera Israel secara tiba-tiba mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata selama 7 jam. Gencatan senjata yang akan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) sehingga 1400 (10 malam waktu Malaysia) disifatkan tentera Israel sebagai “gencatan senjata kemanusiaan” .
Namun, media melaporkan bahawa mereka akan melancarkan serangan jika mereka diserang sepanjang gencatan senjata tersebut dilaksanakan.Pemimpin tentera rejim Israel di Tebing Barat dan Gaza Yoav Mordechai juga turut menggesa dua penduduk perkampungan di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira di wilayah Khan Yunis ke selatan Gaza untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia).
Pengumuman itu bagaimanapun diterima dengan perasaan syak dan kesangsian oleh tentera Hamas. Menurut jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan, genjatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Israel adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada pembunuhan beramai-ramai Israel
“Kami tidak percaya kepada gencatan senjata ini, dan menyeru orang-orang kami untuk berhati-hati,” katanya.
Walaupun media melaporkan tentera Israel telah mula mengundurkan sebahagian anggota tenteranya termasuk sejumlah kereta kebal dari Gaza, mereka masih lagi melancarkan beberapa serangan udara ke atas wilayah Palestin.
Pegawai-pegawai perubatan di Gaza berkata lebih 1,800 rakyat Palestin dibunuh oleh kebakaran Israel sejak awal Julai 8 daripada konfrontasi.-wanista
Israel cabul gencatan senjata
Gaza: Gencatan senjata selama 72 jam yang dipersetujui musnah beberapa jam selepas dikuatkuasakan semalam apabila Israel membedil bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza dan kawasan sekitarnya, menyebabkan lebih 50 penduduk Palestin terbunuh.
Pegawai kesihatan Gaza Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 200 penduduk juga cedera dalam serangan rambang Israel itu yang dilancarkan kira-kira dua jam selepas gencatan senjata dikuatkuasakan pada jam 8 pagi (1 petang waktu Malaysia) yang diumumkan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurutnya, angka kematian mungkin meningkat memandangkan usaha mencari mereka yang tertimbus dalam runtuhan beberapa apartmen yang dibedil tentera Zionis masih dilakukan.
Dia bagaimanapun tidak menyebut sama ada mangsa orang awam atau pejuang.
Israel mula melancarkan keganasannya dengan serangan udara ke atas Gaza 8 Julai lalu sebelum mengerahkan tentera daratnya memasuki wilayah berkenaan, kononnya untuk memusnahkan terowong dan kawasan yang digunakan Hamas untuk melancar roket ke wilayahnya.
Kekejaman Israel sehingga semalam sudah meragut lebih 1,500 nyawa penduduk Palestin, hampir semuanya orang awam sementara lebih 60 Yahudi, hampir semuanya askar, juga mati.
Sekurang-kurangnya empat gencatan senjata kemanusiaan diumumkan sejak keganasan Israel itu bermula tetapi semuanya bertahan hanya beberapa jam.
Gencatan senjata sementara yang sepatutnya dilaksana semalam adalah yang paling panjang pernah diumumkan setakat ini.
Menurut gencatan senjata itu, tentera darat Israel yang berada di Gaza hanya boleh memusnahkan terowong di kawasan belakang garisan pertahanan mereka tetapi mereka melanggar persetujuan berkenaan, menyebabkan pejuang Hamas bertindak melancarkan serangan ke arah Israel.
Menurut pegawai Kementerian Kesihatan di Gaza, beberapa jam sebelum gencatan senjata dilaksanakan, 17 rakyat Palestin termasuk 10 orang daripada keluarga yang sama terbunuh dalam serangan yang dilancarkan tentera Yahudi.
Pegawai itu berkata, keluarga itu terbunuh selepas kediaman mereka di Khan Younis dibedil melalui serangan udara. - AFP
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI