23 Jul 2014

PM Korea Letak Jawatan Bila Feri Karam, MH17& MH370- Bila Lagi Najib Mahu Letak Jawatan?


Tragedi MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?

MENGAPA ujian datang bertimpa-timpa ketika rakyat masih lagi menikmati erti keamanan? Selepas 57 tahun merdeka ramai berhujah baru sekarang Malaysia diuji bertalu-talu.

Selepas tragedi 13 Mei dan Memali yang mengorbankan banyak nyawa, kini episod baru pula menimpa MAS dan Sabah. Ia ternyata lebih dahsyat lagi.

Belum sempat makna di sebalik slogan 1Malaysia dituai, tiba-tiba negara kita diheret ke persada dunia dengan imej buruk yang disentap dalam sekelip mata.

Terbaru pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines (MH17) sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diyakini pakar ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.

Pesawat kebanggaan negara itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

Sedangkan tragedi kehilangan pesawat MH370 juga milik MAS pada 8 Mac masih diselubungi misteri.

Nasib 239 penumpang dan anak kapal tidak tahu di mana kesudahannya. Biar pun Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 menyebut MH370 telah berakhir di Lautan Hindi, namun sehingga detik sekarang tiada sebarang penemuan fizikal.

Ketika sedu keluarga mangsa MH370 masih bersisa, tiba-tiba direntap pula sebuah lagi pesawat negara terhempas dan hancur berkecai di Ukraine.

MH17 menerbangkan 298 penumpang termasuk anak kapal terhempas akibat ditembak. Apakah malang yang berganda itu kerana pemimpin negara yang ada sekarang kurang memiliki tuah (keberkatan).

Mengambil kira dua tragedi tersebut sebanyak 537 nyawa sudah melayang. Lebih mendebarkan lagi sebahagian besarnya ialah rakyat negara asing. Rakyat China dan Belanda paling ramai dilaporkan terbabit dalam dua episod nahas tersebut.

Ramai mempersoalkan di mana sikap kebertanggungjawaban sebenar pemimpin negara ketika kedua-dua ujian menimpa dalam tempoh begitu hampir.

Sedangkan pada 27 April lalu Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won meletak jawatan ekoran tragedi feri karam yang juga mengorbankan ratusan penumpang.

“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian itu daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan,"
katanya dipetik media asing.

Ketika insiden tersebut Sewol, feri penumpang terbesar karam bersama 476 penumpang ketika dalam perjalanan menuju ke pulau peranginan Jeju, 16 April lalu. ~m.faqih/HD









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Polis Buru Suspek Rogol Beramai-ramai


Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah

KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[11 GAMBAR] Tol Sunway KESAS Terbakar, Beberapa Kenderaan Turut Musnah


Gambar kebakaran yang berlaku di plaza tol Sunway – Seafield, KM40.1 Lebuhraya KESAS yang berlaku petang tadi.

Sebuah lori yang membawa muatan tanah merah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.

Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan termasuk sebuah Estima. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Pemandu Lori yang melanggar tol berkenaan dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir dua kilometer.

Seorang perempuan yang bekerja sebagai petugas tol mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Pusat perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI