21 Jul 2014

[NAHAS MH17] Kotak Hitam Hilang, Mayat Pula Dilarikan Orang


Suruhanjaya Negara Ukraine bagi siasatan MH17 tidak tahu lokasi kotak hitam

Wakil Suruhanjaya Negara Ukraine bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, tidak tahu lokasi kotak hitam pesawat itu, menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Krisis Media Ukraine semalam.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun disyaki kotak hitam itu mungkin berada dalam tangan puak pemisah.

Sementara itu, Naib Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman dalam kenyataannya berkata, 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawan.

Bagaimanapun, Groysman berkata, mereka melakukan kerja itu di bawah kawalan ketat pasukan puak pemisah bersenjata.

Groysman mengetuai Suruhanjaya Negara bagi Penyiasatan berhubung keadaan yang membawa kepada MH17 terhempas.

"Setakat hari ini (Ahad) kami berjaya mengumpul dan menempatkan 192 mayat dan lapan bahagian tubuh mangsa penerbangan MH17 di dalam tren khas. Tren ini berada di Torez dan ia dikunci," katanya.

Penerbangan MH17 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada Khamis.

Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di timur Ukraine.

Grosyman berkata, mereka selesai menjalankan tugas itu pada pagi Ahad, tetapi sehingga Ahad malam, tren itu masih belum beredar dari stesen kerana kumpulan puak pemisah menghalang jalan.

"Kami sedang berunding dengan mereka berhubung penghantaran mayat mangsa," katanya.

Selain itu, katanya, dalam beberapa jam lalu, 27 mayat dan 20 bahagian tubuh dijumpai dan masih berada di tapak kejadian.

"Saya percaya untuk mencari mayat setiap orang yang tidak bersalah dan terbunuh menjadi tugas utama kami," katanya.

Berhubung pakar teknikal dan pakar dari pelbagai negara yang bersedia menyertai penyiasatan di tapak nahas, Grosyman berkata isu utama adalah memastikan keselamatan mereka terjamin.

"Malangnya, kami tidak dapat memastikan keselamatan mereka pada ketika ini, dan kerajaan Persekutuan Rusia, walaupun diminta banyak kali, tidak memikul sebarang tanggungjawab itu dan tidak dapat memberikan jaminan.

"Oleh itu, keputusan untuk hadir di tapak pesawat itu terhempas menjadi hak pakar saja dan negara masing-masing. Kami, dalam pada itu, bersedia menyediakan kemudahan pesawat dan menghantar mereka ke kawasan selamat paling hampir pada bila-bila masa," katanya.

Berhubung ketibaan anggota keluarga mangsa di Ukraine, beliau berkata tiada maklumat rasmi pada ketika ini dan Kementerian Luar Ukraine akan menyelaraskan proses itu berdasarkan permintaan dan dengan kerjasama kedutaan negara masing-masing.

Sementara itu, jurucakap misi pemantauan khas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) di Ukraine Michael Bociurkiw, berkata beliau dimaklumkan sebanyak 167 mayat disimpan dalam tren berhawa dingin di stesen kereta api di bandar Torez.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jumlahnya atau sama ada mayat berkenaan sebenarnya dibawa dari tapak nahas.

Katanya, berdasarkan perbualan dengan puak pemisah proRusia, tren kreta api itu akan dibiarkan menunggu di situ sehingga ketibaan pakar-pakar antarabangsa dan pada ketika itu saja akan diputuskan untuk dibawa ke mana.

Bociurkiw dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh Pusat Krisis Media Ukraine juga berkata, tren itu kemungkinan akhirnya akan dibawa ke kawasan dikawal kerajaan Ukraine, dan ketika ini ia dikawal 24 jam oleh puak pemisah.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan mereka pada Ahad, petugas mencari dan menyelamat telah mengambil alih tugas sukar dan rumit mencari mayat dan bahagian tubuh mangsa dalam serpihan pesawat yang berkecai itu.

Pasukan 24 anggota misi pemantauan khas OSCE merupakan yang pertama tiba di tapak nahas MH17 itu pada Jumaat lepas dan dikawal ketat oleh puak pemisah proRusia yang bersenjata. – Bernama




Pemberontak ambil 196 mayat

Hrabove (Ukraine): Pasukan tentera pemberontak pro-Russia sudah mengambil 196 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ditemui di kawasan nahas ke lokasi yang tidak diketahui, kata pasukan perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Wartawan Associated Press (AP) sendiri menyaksikan tentera pemberontak memasukkan mayat mangsa yang dibungkus dengan plastik ke dalam lori sebelum membawa keluar dari kawasan nahas.

Pada pagi Ahad, wartawan AP mendapati tiada mayat di kawasan nahas dan pasukan perkhidmatan kecemasan dilihat menyelusuri padang gandum untuk mencari anggota badan dan tentera pemberontak yang bersenjata juga gagal dikesan di kawasan berkenaan.

Jurucakap Menteri Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, pekerja sukarela di wilayah yang dikawal tentera pemberontak itu dipaksa untuk menyerahkan semua mayat yang ditemui kepada pemberontak bersenjata.

"Kami tidak tahu ke mana mereka membawa mayat itu," kata Bystro.

Seorang pekerja perkhidmatan kecemasan, Alexander Pilyushny, berkata, tentera pemberontak itu mengambil masa beberapa jam untuk membawa semua mayat itu keluar dari kawasan nahas.

Katanya, dia bersama rakan kerja yang lain tiada pilihan selain akur pada arahan kumpulan pemberontak untuk menyerahkan mayat kepada mereka.

"Mereka bersenjata dan kami tidak. Mereka (tentera pemberontak) datang, memasukkan mayat ke dalam lori dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui," katanya.
- AP


Pemberontak jadikan mayat mangsa MH17 sebagai tawanan, lapor akhbar

Pemberontak pro Rusia di kawasan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas menjadikan mayat penumpang pesawat malang itu sebagai ‘tawanan’ untuk mendapatkan wilayah mereka, lapor akhbar.

Media kyivpost.com dilaporkan berkata, pemberontak di kawasan nahas berkata, hanya mereka saja yang boleh memasuki kawasan nahas ketika pesawat itu terhempas di Ukraine.

"Kami isytiharkan dan kami beri jaminan keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik saja Kiev memutuskan gencatan senjata," kata pemimpin pemberontak kepada kumpulan yang menuntut Republik Rakyat Donetsk Andre Purgin.

Media BBC melaporkan mayat penumpang yang disimpan dalam ruangan sejuk beku itu di dalam keretapi pula tidak didedahkan lokasinya.

Kiev berpendapat insiden itu mengakibatkan politik radikal dengan ‘rundingan aman’ menjadi istilah baru untuk ahli politik Ukraine.

Pemimpin mereka mahu memenangi perang ini di medan perang dan bukannya di meja rundingan, kata media memetik Maxim Erestavi.

Pemimpin dari Ukraine, Rusia, dan Amerika Syarikat menuntut gencatan senjata, yang memberikan masa kepada pemberontak menutup jejak mereka. -TMI











IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




2 Kes Pramugari Semacam Sudah Beri Bayangan Tragedi MH15

Dora Shahila dan anak tunggalnya Nurliyana.

Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya - kapal terbang ditembak - sejak sebulan dahulu lagi.

"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak," imbas abangnya, Don Shahidan.

"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan," ujar Don sambil menahan sebak.

Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370.

Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

"Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej Tunku Kursiah, Seremban untuk jemputnya dari asrama," katanya.

Tambah memilukan, Don bercerita apa yang berlaku pagi semalam, ketika ibunya mahu jemput Nurliyana dari asrama tidak lama selepas mereka mendapat maklumat mengenai tragedi yang meragut nyawa Shahila di Ukraine.

"Liyana tak mahu ikut neneknya balik. Dia tak percaya ibunya sudah tak ada. Katanya, dia nak tunggu ibunya datang sendiri jemput dia," imbas Don sebak.

Pemergian Dora Shahila memang begitu dirasakan.

"Dia adik yang sangat baik, suka bergurau. Kalau dia ada, meriah suasana, semua orang happy," katanya lagi.

Ditanya bagaimana dia dan keluarganya mula tahu tragedi yang menimpa Dora Shahila, kata Don, mereka tahu daripada laporan media asing tetapi masih tidak begitu yakin.

"Kami hubungi telefon dia tetapi tak dapat," kata Don ketika ditemui di rumah Dora Shahila di Taman Tun Dr Ismail.

Adik bongsu mereka, Darlina Kwan yang juga pramugari MAS berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh kawan-kawan sekerjanya.

"Mereka dapat maklumat awal, selepas itu barulah keluar berita," katanya.

Darlina akui, hubungan dengan kakaknya itu memang sangat akrab.

“Setiap kali jumpa kami selalu kongsi pengalaman,” katanya.

Bagi Darlina, Dora Shahila adalah contoh seorang pramugari yang sangat komited dengan kerjayanya.

"Kawan-kawan selalu puji komitmen dan sikap profesionalnya," katanya.

Apa yang paling menyentuh hati Darlina apabila teringat Dora Shahila yang bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti percutian keluarga bulan lalu.

“Jadual kami selalu tidak sama, jadi dia beberapa kali cakap, ‘Jomlah ikut ke Bali ni mungkin percutian terakhir dengan keluarga,” katanya.

Menurut Darlina, walaupun berita itu amat memilukan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH. ~SH

KES 2

Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas

"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali."

Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.



Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."

Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."

Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.

"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana."

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.~plbgaimacam










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[GAMBAR] 20 Lagi Gambar SekitarTragedi MH17


Beberapa koleksi gambar Tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Gambar dan kapsyen ikhsan astro awani & Berita Harian.
Mayat telah dikumpulkan namun ditinggalkan di tepi jalan - amat panas di sini

@BBCWillVernon juga memuat naik foto ini dengan kapsyen bermaksud "OSCE telah bersetuju untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Wakil OSCE/wartawan/militan berjalan di sepanjang jalan, 'memerhati' / menyoal orang-orang di lokasi

Seorang lagi wartawan yang menggunakan Twitter @maxseddon berkata, "Mayat-mayat telah ditanda dan ditutup sebegini.

Satu lagi muat naik @maxseddon yang menulis "Mereka ini 'pakar' daripada polis temparan. Tidak kelihatan apa-apa tanda pakar penerbangan sebenar di sini.

Seorang penyelam mencari kotak hitam pada 18 Julai 2014 di lokasi nahas berhampiran bandar Shaktarsk. - AFP PHOTO/DOMINIQUE FAGET

Sekumpulan pelombong Ukraine membantu operasi mencari mangsa di sebuah ladang gandum berhampiran lokasi nahas. Puak pemisah pro-Rusia dan pegawai-pegawai di Kiev masing-masing saling tuduh menuduh siapa yang bertanggungjawab di atas nahas terbabit, yang mana pesawat itu dipercayai ditembak. - AFP PHOTO / DOMINIQUE FAGET

Beberapa pakar sedang mencari serpihan pesawat MH17 yang terhempas pada 17 Julai lalu. Pesawat malang itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal ketika kejadian. - EPA/ROBERT GHEMENT EPA/ROBERT GHEMENT

Pasukan pencari dan penyelamat menyusun beg-beg hitam berisi mayat mangsa-mangsa nahas. - EPA/ANASTASIA VLASOVA

Petugas membawa beg-beg berisi mayat berhampiran lokasi nahas. Usaha sedang dilakukan untuk membawa keluar mayat dari lokasi kejadian dengan secepat mungkin.- EPA/ANASTASIA VLASOVA

Seorang pegawai tempatan (kiri) memerhatikan dua warga Ukraine memindahkan mayat yang ditemui. Tony Abbot pada Sabtu mengingatkan mengingatkan bahawa proses membawa pulang mayat mungkin mengambil masa berminggu-minggu. - EPA/ROBERT GHEMENT

Seorang wanita berjalan melintasi mayat yang ditutup dengan plastik di sebuah kawasan perkampungan berhampiran Rozsypne, Ukraine pada 18 Julai. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan penyiasat Malaysia kini sedang mengurus aturan akses ke lokasi kemalangan. - AP Photo/Dmitry Lovetsky

Seorang lelaki menutup mayat yang ditemuinya dengan plastik pada 18 Julai. Dalam pada itu, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk keluarga dan waris mangsa serta membawa balik jasad rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat. -AP Photo/Dmitry Lovetsky

Pelombong warga Ukraine membantu untuk mencari serpihan dan mayat berhampiran lokasi nahas. - AP Photo/Dmitry Lovetsky

Para penyelamat, polis dan pelombong yang sedang bercuti membantu mencari mayat dan serpihan pesawat malang terbabit. - AP Photo/Dmitry Lovetsky

Seorang lelaki mencari mayat di celah-celah serpihan pesawat MH17. Para pemimpin dunia kini mendesak puak pemisah pro-Rusia untuk memberikan laluan kepada penyiasat bebas untuk menyiasat siapa dalang yang menembak jatuh pesawat terbabit. -AP Photo/Vadim Ghirda

ANGGOTA Kementerian Kecemasan Ukraine mengusung mayat penumpang yang terkorban dalam kejadian pesawat MH17 ditembak di Grabovo, Donetsk, awal pagi ini. - Foto Reuters

AHLI keluarga menunjukkan foto Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin (kiri) yang dipercayai terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di timur Ukraine, tengah malam tadi. - Foto L Manimaran

HABIBAH Ismail, 65, ibu kepada kru kabin nahas MH17, Azrina Yakob, 41, (gambar kecil) tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui pesawat MH 17 yang dinaiki anaknya terhempas di Ukraine, tengah malam tadi ketika ditemui di Alor Setar hari ini. - Foto NSTP

GAMBAR kenangan Ketua Pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, (berdiri kiri) bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) dan rakan sekerja ketika dalam penerbangan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Wan Amran Wan Hussin, Kapten Pesawat MAS MH17 yang terhempas

Kapten Choo Jin Leong Eugene, 45.

GAMBAR yang diambil dari album keluarga Ariza Ghazalee, (dua dari kanan) di mana kesemua mereka terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine. - Foto BERNAMA

AHLI keluarga memeluk Jamilah Noriah Abang Anuar,72, (kanan) ibu kepada Ariza Ghazalee, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, di kediaman mereka di Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA








IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI