25 Jun 2014

Ini Dia Muka-muka Tak Tahu Malu Jadi Menteri & Timbalan Menteri


Liow, Mah, Wee dilantik menteri penuh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM
Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM
Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.

"Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti GERAKAN," katanya.

Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti dinyatakan dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu. ~mk

ULASAN GB

MCA & gerakan TELAH DITOLAK oleh kaum Cina untuk mewakili bangsa mereka di dalam PRU13 yang lalu. Tetapi Presiden kedua-dua parti begitu mendesak untuk dipilih juga sebagai menteri kabinet.

Bukankah itu dasar tak tahu malu?

Lebih menganehkan Chiew Mei Fun, kalah di dalam PRK Kajang yang baru lalu, pun dilantik juga sebagai Timbalan Menteri.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Mereka akan dikalahkan dengan lebih hina di dalam PRU yang akan datang.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Apasal PERKASA Tak Mahu Pancung Mereka Di Putrajaya?


Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Benarkan Gereja Guna Kalimah Allah

Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya mengekalkan keputusan tidak membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas bagi memperjelaskan lagi keputusan mahkamah itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu menyebut bahawa keputusan itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja, tetapi penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja. Diulang, penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja.

Menurut kenyataan itu, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu dan meminta semua pihak mematuhinya, namun penghakiman itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja.

Lihat betapa lemah-lembut, toleransi dan talam dua mukanya kerajaan. Dalam sejak sekian lama mengatakan kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam dan meminta NGO serta banyak pihak lain menjerit dan bersama dengannya mempertahankan kalimah Allah, sekelip mata saja pendirian kerajaan boleh berubah.

Kenyataan itu hanya menyebut ianya sebagai pendirian kerajaan atau Putrajaya, tetapi tidak pula mengaitkan dengan mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan sebagainya. Namun demikian, oleh kerana ia disebut mewakili kerajaan atau Putrajaya, sudah tentulah kenyataan yang memperjelaskan bahawa keputsan mahkamah hanya berkaitan dengan majalah Herald dan penganut Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan, turut mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri.

Tidak mungkin ia dikeluarkan tanpa mendapat restu atau lampu hijau daripada Najib selaku Perdana Menteri.


Kenyataan yang dilihat amat melukakan hati NGO dan pejuang-pejuang Islam seperti Perkasa, Isma dan lain-lain ini bagaimanapun hanya mendapat tempat di portal berita dalam talian saja, namun tidak disiarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana. Dengan demikian, pendirian "double standard", talam dua muka dan secara jelas membenarkan kalimah Allah digunakan di gereja, tidak diketahui oleh orang-orang Melayu di kampung atau makcik-makcik di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Dengan Perkasa, Isma dan lain-lainnya meraikan keputusan mahkamah semalam seolah-olah suatu kejayaan kepada Islam dan kemudian berhimpun pula di Istana Kayangan, Shah Alam menuntut agar Bible bahasa Melayu yang dirampas Jais sebelum ini tidak dipulangkan, pengundi Melayu yang tiada kemudahan internet tentulah menyangka bahawa kerajaan pimpinan Najib juga benar-benar mempertahahkan kalimah Allah itu.

Lebih menggerunkan lagi apabila seorang pemimpin Perkasa juga memberi amaran mahu memenggal kepala mana-mana pihak yang enggan menghormati Islam di negara ini.

Malangnya, Islam akhirnya dikhianati oleh mereka yang sering melaungkan mahu mempertahankan Islam itu sendiri.

Nah, sekarang siapa yang mengkhianati kedaulatan Islam? Bukankah kerajaan, Putrajaya, anggota kabinet pimpinan najib sendiri yang menjadi pengkhianatnya? Apa lagi, penggallah....


Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam jelas menyebut gereja-gereja boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan. Ia nampaknya tidak hanya untuk Sabah dan Sarawak, bahkan kenyataan terbaru ini memberi gambaran bahawa semua gereja di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah.

Terbukti bahawa keputusan mahkamah itu hanya menampakkan lagi wajah talam dua muka kerajaan mengenai Islam. Kepada pengundi Melayu dan Islam, mereka menonjolkan wajah Islam tetapi dalam masa yang sama berwajah lain semata-mata kerana bimbangan kehilangan sokongan serta undi daripada penganut agama lain.

Yang sedihnya, selain orang Melayu di kampung, makcik dan pakcik peneroka Felda dijual hidup-hidup oleh sikap talam dua muka UMNO dan kerajaan ini, beberapa NGO Islam seperti Perkasa, Isma juga turut terpedaya. Malah, ramai juga pemimpin UMNO sendiri yang turut terpedaya dengan lakonan UMNO dan kerajaan ini di mana mereka juga turut menyambut dan meraikan seolah-olah suatu kejayaan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Hakikatnya, tiada kejayaan apa pun kepada Islam daripada keputusan mahkamah itu, kecualilah jika Perkasa segera berubah fikiran dan menunaikan ikrar mahu memenggal kepala seperti yang dilafazkannya dengan garang sebelum ini. Jika tidak, semua ini poyo belaka. ~shahbudindotcom

Putrajaya hormat keputusan mahkamah, Kristian boleh guna kalimah Allah di gereja

Kalimah Allah masih boleh digunakan di gereja oleh penganut Kristian kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, kata Putrajaya.

Kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan Putrajaya hari ini berkata, kerajaan turut menghormati keputusan mahkamah tersebut tersebut.

“Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja," kata kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, di Kuala Lumpur.

"Kerajaan kekal komited dengan Penyelesaian 10 Perkara. Malaysia merupakan negara berbilang agama dan penting kitab menguruskan perbezaan dengan aman, berdasarkan peruntukan undang-undang, dialog, rasa hormat dan kompromi."

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.

Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, The Herald.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Gereja Katolik bagaimanapun kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

"Empat hakim tersebut yang tidak membenarkan permohonan kami bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang The Herald, Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.

Beliau berkata, peguam gereja akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut.
-TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Kalau Bukan C4, Altantuya Diletup Guna Bom Apa?


Pendengaran rayuan kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang memasuki hari kedua hari ini dikejutkan apabila Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa wanita Mongolia itu mati bukan akibat letupan C4.

Mengikut laporan Malaysiakini, Timbalan Peguam Cara Negara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menyalahkan media kerana menggelar letupan yang digunakan terhadap Altantuya sebagai ‘C4′.

“Kami tidak pernah kata ia C4, ia dibuat akhbar, ia bukan C4,” katanya dipetik.

Abdul Majid berkata, Unit Tindakan Khas tidak pernah menggunakan letupan C4 tetapi tertuduh boleh menggunakan sebarang bentuk letupan hasil latihan mereka.

Pendengaran rayuan itu dibuat terhadap pembebasan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Chif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013, membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 2009. Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara jam 10.00 malam 19 Oktober dan 1.00 pagi pada 20 Oktober 2006, dipercayai menggunakan bom C4.

Kematian Altantuya berkait dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia daripada Perancis melibatkan komisen lebih RM500 juta.

Bagaimanapun, hari ini, bom C4 yang digunakan untuk meletupkan wanita itu lapan tahun lalu diseleweng dengan dinyatakan ia bukanlah C4. -KD

Selipar berdarah tumpuan mahkamah

Pendengaran rayuan terhadap pembebasan Chf Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas pertuduhan membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu memasuki hari kedua hari ini.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara II Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad, J Kuldeep Kumar sementara Sirul diwakili oleh Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Rezua Merican dan Ahmad Zaidi Zainol.

Rayuan akan didengar di hadapan lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria.

Hakim terlibat adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Abdull Hamid Embung, Suriyadi Halim Omar dan Ahmad Maarop.

Semalam, pihak pendakwaan membangkitkan beberapa penyalaharahan, termasuk rekod balai Bukit Aman, selipar dengan kesan darah dalam kenderaan Sirul dan rekod telefon bagi mengesan lokasi Azilah semasa pembunuhan berlaku.

Laporan langsung

2.45pm: Kamarul berhujah, kesan darah yang dikatakan milik Altantuya dan didakwa ditemui di selipar dalam kenderaan Sirul adalah tidak relevan.

Katanya, kematian Altantuya disebabkan “kemungkinan kecederaan berkaitan letupan” dan penyiasat tidak menemui setitik pun darah di lokasi jenayah.

Tambahnya, ujian menunjukkan bahawa tidak meyakinkan ia berasal daripada Altantuya.

“Jadi jika darah ditemui... ia ada kaitan dengan apa? Sebab kematian bukan daripada tembakan senjata api atau ditikam yang menumpahkan darah,” katanya.

Hakim Arifin bagaimanapun berkata:

“Ia mengukuhkan beberapa kaitan... Bagaimana terdapat selipar dengan darah, dia (tertuduh) mesti jelaskannya,” katanya.

Kamarul kemudiannya berkata, kenderaan Sirul berada di tangan rakan polisnya antara 3 hingga 6 Oktober 2006, lebih kurang sama masa ketika keraguan pada Sirul muncul.

Selipar berdarah itu kemudiannya ditemui dalam kenderaan itu pada 9 Oktober, katanya.

3pm: Hakim Arifin bertanya jika Kamarul berkata Sirul dianiaya, yang mana peguam itu menjawab positif.

Arifin kemudian meminta Kamarul merujuk mahkamah kepada bahagian-bahagian relevan pembelaan yang hujah itu dibuat ketika perbicaraan.

Kamarul setuju melakukannya esok. Mahkamah ditangguhkan.

1.41pm: Kamarul membangkitkan mengenai hujah pendakwaan bahawa polis tidak dapat meletakkan bukti di rumah Sirul kerana tidak mempunyai kunci.

Katanya, kunci tersebut diserahkan oleh Sirul kepada ACP Mastor Mohd Ariff.

Mastor membuat perjalanan ke Pakistan untuk menahan Sirul yang sedang bertugas sebagai salah seorang dalam pasukan pendakwaan perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kamarul berkata Mastor menyerahkan kunci tersebut kepada seorang pegawai yang mengunjungi rumah Sirul.

Bagaimanapun, kata Kamarul, Mastor memberi keterangan bahawa kunci yang digunakan untuk memasuki rumah Sirul bukan kunci sama yang diserahakn kepada pegawainya.

"Beliau berkata kunci yang diserahkan itu sudah lusuh, yang ini masih baru.

"Terdapat satu lagi set kunci, dari mana kunci ini datang?," soalnya.

"Jika polis sudah mempunyai kunci dan sudah mengunjungi rumah tersebut dan hanya pada masa itu barang kemas tersebut ditemui di rumah tersebut, maka ia bahan bukti yang tidak selamat," katanya.

Kamarul berkata pihak pendakwaan mengabaikan fakta berhubung kewujudan satu lagi set kunci.

1.20pm: Kuldeep menamatkan penghujahannya.

Kamarul Hisham seterusnya memulakan penghujahan bagi Sirul, tertuduh kedua.

Kamarul membangkitkan mengenai barang kemas Altantuya yang didakwa ditemui di rumah Sirul.

Katanya, Sirul tidak membawa polis ke rumahnya untuk menunjukkan kedudukan barang kemas tersebut, dan menganggap seluruh proses tersebut "dirancang".

Kamarul berkata Sirul hanya dipanggil masuk ke rumah tersebut selepas polis menemui barangan berkenaan ketika tertuduh menunggu di luar.

"Selepas dia dipanggil masuk, hanya selepas itu dia diminta beraksi untuk rakaman gambar," katanya.

12.35pm: Sesi pendengaran bersambung.

Azilah dan Sirul mengambil tempat selepas memasuki mahkamah melalui pintu sisi.

Jurugambar setakat ini gagal mengambil gambar baru kedua-dua mereka.

Kuldeep memulakan penghujahannya.

11.35am: Kuldeep mengemukakan hujah bahawa diari balai tersebut menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

"Kedudukannya adalah, diari balai ialah bukti kukuh dan menimbulkan keraguan munasabah. Sama ada ia diterima atau tidak, ia menimbulkan keraguan munasabah," katanya.

Persidangan mahkamah ditangguhkan untuk rehat selama 30 minit.

Sementara itu, Manoj Kurup ketika diminta menjelaskan mengenai letupan yang digunakan ke atas si mati berkata, letupan yang digunakan adalah pentaerythritol tetranitrate (PETN) dan Research Department explosive (RDX).

Ditanya mengapa penghakiman Mahkamah Rayuan menggunakan istilah "C4", Tun Abdul Majid menjawab:

"Mereka (hakim) tidak baca rekod, mereka baca akhbar".

11.16am: Kuldeep memetik kes di mana buku rekod polis diterima sebagai bukti bersama-sama pendaftaran lokap. Arifin berkata mereka menerimanya bersama-sama dan dibaca sebagai satu.

“Buku rekod stesen (polis) tidak diterima secara sendiri,” kata ketua hakim.

11.09am: Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embung mencatat bahawa Kuldeep menyerang bukti pendakwaan berhubung log panggilan telefon dan bertanya tentang alibi Azilah.

Kuldeep membangkitkan tentang buku rekod Bukit Aman yang ditunjukkan Azilah semasa berada di ibu pejabat polis semasa pembunuhan Altantuya.

Untuk itu, Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria membangkitkan bahawa pihak pendakwaan berhujah bahawa dokumen itu hanya khabar angin.

“Kami setuju ia relevan tetapi kebolehterimaannya satu isu,” katanya.

Bagaimanapun, Kuldeep membangkitkan kes sebelum ini, dengan berhujah bahawa ia adalah rekod awam dan boleh diterima sebagai bukti dalam keadaan-keadaan tertentu.

10.21am: Kuldeep berkata log panggilan telefon yang digunakan untuk mengenal pasti kedudukan Azilah tidak dalam bentuk asal dan diekstrak serta disusun semula oleh eksekutif syarikat komunikasi daripada data mentah sebenar.

“Apa yang lebih penting adalah kesalahan teknikal dan kesalahan penskripan dalam proses mengekstrak data,” katanya.

Katanya, testimoni pakar juga mengakui kesalahan boleh berlaku semasa proses itu.

10.05am: Pihak pendakwaan mengakhiri penghujahan.
Kuldeep, yang mewakili Azilah, mengambil tempat.

Kuldeep berkata, Mahkamah Tinggi gagal mengambil kira alibi Azilah.

“Mahkamah Tinggi tidak pernah memutuskan dalam isu alibi, sama ada dia (Azilah) berada di lokasi jenayah atau tidak,” katanya.

Ini, kata Kuldeep, kecacatan serius dalam kes.

9.56am: Tun Abdul Majid berhujah, jika terdapat sebarang penyalaharahan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan mensabitkan kesalahan tertuduh, ia masih tidak menyebabkan kesalahan mahkamah yang substansial.

“Jika kami kembali kepada laporan, terdapat bukti cukup (untuk sabitan kesalahan),” katanya.

9.52am: Tun Abdul Majid berkata, pembantu Najib Musa Safri tidak dipanggil sebagai saksi kerana peranannya hanya memperkenalkan Abdul Razak kepada pegawai polis bagi menjaga keselamatannya. Katanya, pihak pendakwaan juga menawarkan Musa sebagai saksi pasukan pembelaan tetapi tidak diterima.

9.42am: Tun Abdul Majid menyalahkan media kerana menggelar letupan yang digunakan terhadap Altantuya sebagai “C4”. “Kami tidak pernah kata ia C4, ia dibuat akhbar, ia bukan C4,” katanya.

Katanya, Unit Tindakan Khas tidak pernah menggunakan letupan C4 tetapi tertuduh boleh menggunakan sebarang bentuk letupan hasil latihan mereka.

9.23am: Pendengaran kes rayuan di Mahkamah Persekutuan bermula.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Makhluk Yang Kita Makan Tanpa Sedar Setiap Hari...


Tahukah anda yang kita selalu termakan atau tertelan sesuatu makhluk secara sedar atau tidak?

Kira makhluk ni memang wajib la masuk dalam badan.. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. woow

Mungkin kalau boleh tengok dengar mata kasar, memang tak sanggup la untuk menelannya. Makhluk ini telah di zoom hingga berpuluh-puluh kali untuk memperlihatkan rupa yang sebenar! Nak tahu mahkluk apa? jom usha entri ni..

1. Bakteria atau Kutu Debu 


Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Andai kata kita dapat melihat mereka, memang tak tidur malam lah nampak gayanya!isk3 

2. Bakteria di Bulu Kucing dan Anjing.


Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.Memang menyeramkan! Nampak macam makhluk asing pun ada..haha 

3. Bakteria di Dalam Roti 


Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.Oleh itu, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas. 

4. Larva Lalat Hijau 


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Bayangkan bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita? macam dalam cerita kartun je..



Sumber: Kitabantai

ULASAN GB

ada yang memberitahu GB bahawa gambar-gambar di atas bukan gambar bakteria sebenar. Kita mengakuinya kerana bakteria mempunyai pelbagai spesies dan pelbagai bentuk dan rupa.

Ia adalah makhluk yang amat seni yang tidak dapat dilihar dengan mata kasar. Walaubagaimana pun ia tetap ada.

Yang utama ialah pengamalan kehidupan yang sihat dengan sentiasa membasuh tangan dengan bersih sebelum makan, menjaga makanan-makanan supaya tidak terdedah dan tercemar, membersihkan kawasan persekitaran agar tidak kotor dan tidak memudahkan pembiakan bakteria dan seumpamanya.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI