9 Jun 2014

Kes Paksa Bogel, UPM Sapu Sampah Ke Bawah Karpet?


Kes buli paksa bogel pelajar UPM selesai

Serdang – Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan.

Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain.

Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.

Beliau menafikan wujud kejadian ‘ragging’ memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa.

Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.

UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya.

“Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.

Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti.

“Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar,” katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

“UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya,” katanya.

Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu.

Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.

Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan.


ULASAN GB

Kesalahan yang begitu serius, tiba-tiba dikatakan "selesai dengan permohonan maaf". Tiada tindakan disiplin diambil ke atas para pelajar senior yang melakukan ragging ke atas pelajar junior.

Tidak mustahil para junior itu akan lebih trauma apabila menerima "tindakbalas" dari pelajar senior kerana terbongkarnya kejadian tersebut dan tidak mustahil juga kes tersebut akan berulang di semester-semester mendatang.

Pihak universiti tidak sepatutnya memikirkan hal "reputasi"nya yang tercemar akibat insiden tersebut dengan menyapu sampah ke bawah karpet.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Parasit apabila dibiarkan akan terus membiak dan ketika dah terhantuk baru nak tengadah?









IKLAN BERBAYAR



Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Lihat 'Pesawat Terbakar' Dipecat


Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Lihat 'Pesawat Terbakar' Dipecat

Akhbar harian New Zealand Sunday Star Times melaporkan bahawa warga New Zealand, Mike McKay, yang mendakwa melihat sebuah pesawat sedang terbakar terbang di perairan Vietnam pada bulan Mac, telah dipecat dari pekerjaannya berikutan dakwaan itu.

McKay, yang bekerja di pelantar minyak Songa Mercur telah menghantar e-mel dengan nama penuhnya dan nombor pasport New Zealand kepada pihak atasan pada bulan Mac selepas melihat sebuah kapal terbang terbakar yang dipercayai pesawat Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370 yang hilang.

E-mel tersebut yang dibocorkan kepada media terkandung maklumat yang dikenalpasti sebagai pengendali pelantar, Idemitsu dan kontraktor McKay, Songa Offshore, maklumat yang membawa kepada petunjuk bahawa komunikasi kedua-dua syarikat itu disekat kerana dibanjiri pertanyaan.

Ekoran apa yang berlaku, pegawai-pegawai Vietnam telah menemuramah McKay dan bersedia untuk bertindak ke atas maklumat yang diberikannya sebelum usaha carian beralih ke laut Andaman dua hari selepas temubual dijalankan.

McKay juga telah membuat kenyataan untuk Interpol kepada polis New Zealand setelah kembali ke negaranya, di mana dia kini sedang menunggu kontrak Asia Tenggara yang baharu.

Sunday Star Times memetik McKay sebagai berkata bahawa dia dilepaskan dari pelantar lima hari lebih awal, tetapi dibayar sehingga akhir tempoh kerja.

Walau bagaimanapun, sub-kontraktor di bawah tempat dia berkerja, M-I Swaco berkata McKay telah dilepaskan awal kerana mereka telah menemui seorang jurutera tempatan untuk menggantikan tempatnya.

McKay, seorang pekerja veteran yang telah berkhidmat selama 35 tahun di Asia Tenggara menambah bahawa 'kontrak mempunyai makna yang kecil dalam kerjayanya' tetapi menegaskan bahawa dia percaya pesawat terbakar yang dilihat pada altitud tinggi itu adalah MH370.

"Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines sedang menjunam. Masanya sesuai," kata McKay, yang menambah pesawat yang didakwa dilihat adalah di luar laluan penerbangan biasa, berdasarkan pemerhatian hariannya.

Dalam e-melnya, McKay, yang telah bekerja di perairan Vietnam secara konsisten sejak tahun 2008, memasukkan butiran tertentu seperti lokasi tepatnya di Songa Mercur, bearing kompas berkaitan apa yang dilihatnya dengan pelantar, permukaan semasa dan arah angin.

McKay bukan satu-satunya individu yang telah tampil dan menyatakan melihat pesawat yang terbakar, tetapi pelaut British, Katherine Tee juga dilaporkan melihatnya pada awal Mac.

Tee, 41, berkata dia telah belayar dari Cochin, India ke arah Phuket, Thailand dengan suaminya Marc Horn, 50, apabila dia melihat sesuatu seperti kapal terbang terbakar melintasi langit malam pada 7-8 Mac.

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. Itulah yang saya terfikir pada masa itu. Kemudian, saya berfikir tentangnya dan saya akan menjadi gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan cahaya oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya mengenainya," katanya kepada Phuket Gazette.

Pada malam itu, dua pesawat lain dengan lampu navigasi biasa telah bergerak ke arah yang bertentangan.

"Saya masih ingat ketika itu saya berfikir jika apa yang saya lihat adalah kapal terbang terbakar, pesawat lain akan melaporkannya," tambahnya.

Tee tidak berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sehingga mereka tiba di Phuket pada 10 Mac.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca









IKLAN BERBAYAR



Non Muslim Tercengang Melihat Seorang Pemuda Islam Solat Di Airport....


Apabila sampai waktu, kita mesti terus solat. Tidak perlu tangguh-tangguh walaupun dalam keadaan menunggu di airport mahupun berada di dalam kapal terbang.

Pada awalnya sekalian mereka yang berada di airport itu tercengang dengan apa yang dilakukan oleh seorang sang muslim yang berkopiah di kepala itu, entah "Taliban" mana yang hendak melakukan sesuatu terhadap penerbangan mereka, mungkin demikian soal hati mereka.

Apa yang berlaku kemudiannya ialah gerak geri pemuda berkopiah itu diikuti pula oleh seorang yang lain yang tidak dikenali yang mengikut gerak-geri sang muslim yang pertama itu dari sisinya (sebagai makmum).

Ia seperti satu senario yang aneh bagi mereka, kemudian mereka melihat kedua-duanya walaupun tidak mengenali di antara satu sama lain (imam & makmum) itu saling berbalas senyuman dan saling berpelukan selepas "acara" itu.

Dan kedua-duanya pun menuju ke arah non-muslim yang tercengang-cengang itu sambil bersalaman dan menyebabkan sekalian non-muslim itu rasa kaget dengan sikap sang-Muslim itu.

Tingkah laku solat berjemaah yang dipamerkan oleh kedua-dua muslim itu sekalipun belum mengenali di antara satu sama lain menyerlahkan dan menterjemahkan makna bahawa kaum muslimin itu bersaudara, tanpa mengira warna kulit atau bangsa atau negara asal mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu.... kerana masa masih ada untuk menunggu penerbangan, kelihatan seperti sang Muslim yang berkopiah itu menyampaikan "tazkirah" kepada mereka yang menunggu di airport berkenaan dan sekalian para non-muslim seperti begitu tekun dan khusyuk sekali mendengar apa yang disampaikan oleh sang muslim berkenaan.

Muga lebih ramai diantara kita kaum Muslim yang boleh mengikut contoh teladan pemuda berkopiah itu, menyampaikan risalah Islam kepada yang belum mengetahuinya.










IKLAN BERBAYAR