Guru berpolitik hanya rugikan BN
GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.
"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.
"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.
"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi. -SH
Menteri gesa guru kembali pada BN
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan untuk menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan menggesa para penjawat awam tersebut kembali ke pangkuan BN.
“Mari bersama Umno, MIC, MCA atau BN. Guru sebenarnya pengerak (dalam parti). Barangkali kita sudah buat kesilapan 10 hingga 12 tahun lepas, tidak benarkan guru memegang jawatan dalam politik.
“Maka guru terpaksa letak jawatan sebagai setiausaha cawangan bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian dan seterusnya.
“Tetapi baru-baru ini kita telah benarkan guru aktif semula, jadi saya merayu kalau boleh guru kembali semula kepada kami, bantulah kami,” katanya dalam Majlis Penghargaan Guru di Kuala Lumpur, hari ini.
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno dan BN, menghadiri majlis makan tengah hari bersama Yayasan Pendidikan Cheras selaku Menteri Wilayah Persekutuan.
Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Bahagian Timbalan Menteri Pelajaran II P Kamalanathan dan ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang merupakan pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.
Tengku Adnan juga berkata guru yang tidak menyertai politik boleh melemahkan BN kerana golongan itu sejak awal lagi merupakan penggerak parti.
“Barangkali itu juga yang melemahkan kita. Ia kerana kita tidak mempunyai penggerak di kalangan guru, guru besar dan pengetua,” katanya.
Sekatan penglibatan guru dalam politik ditarik balik pada tahun 2010, namun kakitangan awam lain masih dihalang bergiat aktif dalam dunia politik.
Tengku Adnan berkata demikian susulan kenyataan seorang guru yang ditegur oleh seorang pegawai khas di Kementerian Pendidikan kerana menyiarkan poster kempen DAP Dyana Sofya Mohd Daud di akaun Facebooknya.
Seorang pegawai Kementerian Pendidikan didakwa meminta guru tersebut menutup akaun Facebook berkenaan dan memberi amaran untuk terus mengawasi tindakan guru wanita berkenaan. -mk
ULASAN GB
Nampaknya Mahathir telah sedar bahawa jika kaum guru dibenarkan berpolitik, UMNO BN akan berdepan masalah kerana beliau mengetahui bahawa kaum bijak pandai termasuk para guru, tidak akan memilih untuk menyertai UMNO BN, sebaliknya akan memilih untuk menyertai PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat.
Bukan saja kaum guru, penjawat awam divisyen A pun jika dibenarkan aktif berpolitik mereka tidak akan menyertai UMNO BN.
Jika sebelum ini Mahathir sendiri yang menggesa UMNO supaya "berlapang dada terima profesional sertai Umno kerana menurutnya Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS, dan akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya", tetapi kini Mahathir mengubah nadanya untuk membantah saranan supaya kaum guru aktif berpolitik.
Yang nyata, perubahan sikap Mahathir mendedahkan fakta bahawa biarlah UMNO BN terus didominasikan oleh golongan yang bodoh-bodoh. Dan ini akan memudahkan Mahathir untuk mempastikan kelansungan survival politik anaknya Mukhriz di Kedah yang bakal terancam jika menerima tentangan hebat jika golongan profesyenal dibenarkan berpolitik kerana ia akan menyebabkan PAS akan bertambah kuat di Kedah.
Juga bererti mengesahkan kata-katanya dulu, UMNO hanya untuk mereka yang bodoh-bodoh, bukan untuk yang pandai-pandai seperti golongan profesyenal dan para guru. Yang profesyal dan yang pandai-pandai akan memilih PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI