Mahkamah pilih kasih, kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan
Mahkamah tiada pendirian kerana menerima rayuan penangguhan peguam Muhammad Shafee Abdullah membabitkan kes bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo sejak 2009, namun menolak rayuan Karpal Singh berhubung kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penangguhan itu berlaku hanya kerana Shafee dikatakan menghadiri seminar di Jepun, sekaligus memperlihat sikap mahkamah yang ‘double standard’.
“Kes Anwar tidak boleh ditangguhkan langsung walaupun mendiang Karpal ada urusan lain.
“Tapi kes Khir Toyo sejak 2009 mahkamah boleh menangguhkan dengan mudah atas alasan Shafie mempunyai urusan kepentingan negara.
“Keadaan ini menunjukkan mereka bukan badan yang bebas dan masih lagi dicengkam oleh pihak kerajaan.
“Jadi dimana keadilan untuk kita, dimana keadilan untuk kes Datuk Seri Anwar? katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Terdahulu, rayuan terakhir Mohamad Khir terhadap hukuman penjara 12 bulan yang sepatutnya didengar 15 April ini oleh Mahkamah Persekutuan ditangguhkan ke tarikh lain.
Mohamad Khir merayu terhadap hukuman itu atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.
Sebelum ini, mendiang Karpal mengemukakan rayuan penangguhan kes Fitnah II berikutan terdapat kes lain yang perlu diselesaikan pada 6 dan 7 Mac lalu.
Namun rayuan tersebut ditolak pihak mahkamah dan berkeras menetapkan pendengaran kes pada tarikh tersebut. -KD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI