12 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Malaysia 4 Vietnam 2, Penyokong Vietnam Pamer Semangat Kesukanan


Pasukan Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki selepas empat tahun dengan mengetepikan tuan rumah, Vietnam secara agregat 5-4 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam malam Khamis.

Skuad bimbingan Dollah Salleh bangkit meraih kemenangan 4-2 sekaligus melakarkan rekod ketiga mara ke final kejohanan dwi tahunan ini selepas tahun 1996 dan 2010.

Selepas mempamerkan aksi tidak kemas di Stadium Shah Alam pada saingan separuh akhir pertama Ahad lalu, skuad Dollah menunjukkan belang di laman lawan melalui Safiq Rahim menjaringkan gol seawal minit keempat permainan melalui sepakan penalti.

Penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha yang dikritik kerana gagal menyumbang sebarang gol sebelum ini akhirnya membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan menambah gol kedua negara pada minit ke-16.

Tensentak dengan dua jaringan itu, Vietnam menyamakan kedudukan agregat 3-3 melalui sepakan penalti pada minit ke-22 oleh Le Cong Vinh.

Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam Dinh Tien pada minit ke-29 menjadikan Malaysia mendahului dengan jaringan 3-1.

Penampilan kapten pasukan Shukor Adan yang tidak beraksi pada Ahad lalu kerana digantung satu permainan memberi nafas baharu aksi baik skuad Harimau Malaya malah turut menjaringkan gol keempat pada babak pertama pada minit ke-44 permainan.

Bersambung ke babak kedua, Vietnam cuba mengatur serangan dengan menguasai posisi bola dan cuba mencari gol penyamaan.

Skuad Harimau Malaya dilihat lebih banyak bertahan dan cuba menghalang gerakan pantas pemain-pemain Vietnam daripada menjaringkan gol.

Minit ke-68 penjaga gol negara, Farizal Marlias melakukan sedikit kesilapan walaupun cuba mengeluarkan bola sehingga di luar kotak penalti, namun mujurlah kesalahan pemain tuan rumah menyelamatkan kedudukannya.

Minit ke-78 Cong Vinh menjaringkan gol kedua Vietnam selepas terlepas daripada benteng pertahanan Malaysia.

Malaysia berjaya mendahului kedudukan 4-2 sehingga tamat permainan.

Menunggu Malaysia pada aksi final nanti ialah juara tiga kali, Thailand (1996,2000,2002).

Kali terakhir Malaysia bertemu Thailand di pentas akhir pada tahun 1996 yang menyaksikan Thailand menang 1-0 sekaligus menjulang trofi kejohanan buat kali pertama.

Pusingan akhir pertama pada 17 Disember manakala aksi timbal balik pada 20 Disember di Kuala Lumpur.

SKUAD PEMAIN

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Zubir Mohd Azmi, Fadhli Mohd Shas, Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mohamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar), Azamuddin Mohd Akil, Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha

VIETNAM: Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien, Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan), Nguyen Huy Hung

PENGADILl: Toma Masaaki (Jepun)






13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Secara moralnya vietnam menang kerana penyokongnya x macam penyokong malaysia yg bertindak gila dan hina. Maruah makaysia tergadai dgn tindakan golongan tiga suku ni..

Tanpa Nama berkata...

PENYOKONG VIETNAM MEMPAMERKAN SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI DAN BERMORAL WALAUPUN PASUKAN MEREKA KALAH.TABIK KEPADA PENYOKONG PASUKAN VIETNAM.TIDAK ADA KEKEOHAN YANG BERKALU SELEPAS PERMAINAN

air gunung berkata...

Memang moral mereka sgt tinggi.pasal tuh america dgn segala kehinaannya terpaksa cabut lari dr bumi vietnam.sanggup wat fulem konin mcm dia menang.malaysia dok tiru perangai tu laaa.itu pasai bendera sama jer kah kah kah.bukan org vietnam x ley siku kepala fans kita.sajer jer x nak.pasal diaorg taw memang diaorg lg power dr kita.itu pasal dia x layan bende bodo mcm geng2 tiga suku tuh.padahal sekali dia ludah bocor kepala bebudak melayu geng 3 suku bodo tuh.apa pon salute arr vietnam.walau kao kapir tp practice apa yg islam anjurkan.harap melayu

Tanpa Nama berkata...

Malunye...lepasni HARAMkan barbarian dpd masuk mana2 stadium khusus game bola...

Tanpa Nama berkata...

Penyokong Malaysia yang buat hal malam tu didikan dari UMNO yang melahirkan gangster2 muda dari kalangan PUTERA UMNO BANGANGGGGG...

Tanpa Nama berkata...

Jika Vietnam tidak sedekahkan satu gol itu, Malaysia dah tentu kalah! Apa hebatnya menang kerana dapat gol yg disedekahkan itu?

Tanpa Nama berkata...

lihat la penyokong vietnam..walaupun kalah..tapi kalah yang bermaruah..sebab nila setitik rosak susu sebelanga..harap penyokong malaysia yang buat dajjal tu dikenakan hukuman setimpal..

cikgu berkata...

Pengalaman saya di Hadnyai menunjukkan kemanusiaan mereka amat tinggi. Kawan saya kna ragut beg berduyun mereka hulur bantuan wang. Petang2 di Songkhla nampak beberapa org peniaga tepi jln beri mkn pd monyet. Di sini ada ke!

air gunung berkata...

Anon 11:54.
X bley haramkan kalo diaorg pemegang kad keahlian united malay national organisation.
kalo dia pemegang kad keahlian PAS,DAP,PKR bkn setajat kena haram.silap2 hilang kerakyatan kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

umno kena fikir semula pertentangan sifat nafsu materialis mrk dgn ajaran islam yg suci. kenapa ajaran islam suci gagal menghasilkan manusia murni spt Rasulallah saw

Tanpa Nama berkata...

Hadyai? Vietnam?

Tanpa Nama berkata...

Nilai islam mereka tinggi berbanding penyokong Malaysia...malu jadi penyokong malaysia yg pergi stadium...baik tgk tv kat rumah je

Tanpa Nama berkata...

Begitulah tindakan puak puak menok jika kalah praya umum

Pemimpin menok lah yang berulang ulang kata kalau pembangkang memerintah negara huru hara

Jangan terpedaya bila menteri kata negara kita maju dan rakyat kita bertuah