10 Dis 2014

Mashitah Disiasat: Apakan Peguam Negara Akan Kata "Tiada Niat" Juga?


Polis siasat Mashitah dakwaan bakar al-Quran

Polis sudah menyoal siasat pemimpin Wanita Umno Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berhubung dakwaannya terdapat orang bukan Islam membakar al-Quran di Kedah.

Ketua Wanita Umno Baling itu memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada petang Ahad, lapor Agenda Daily.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilapor ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar.

Bagaimanapun, lapor portal itu, Dr Mashitah yang dihubungi enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Dua wartawan Malaysiakini turut disiasat berhubung laporan berkaitan perkara itu pada 4 Disember lalu.

Ia berkaitan kenyataan Mashitan yang dibuat semasa perhimpunan agung Umno lalu.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.

Beberapa perwakilan termasuk Mashitah dalam perhimpunan itu menggesa perwakilan Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi 'majoriti senyap' apabila kewibawaan Islam tercabar.

Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Sementara itu, anggota parlimen DAP Teo Nie Ching juga menulis di Facebook bahawa beliau juga disiasat polis ekoran laporan polisnya terhadap Mashitah. -mk

ULASAN GB

Seluruh negara sedang enunggu hasil siasatan polis.

Dan jika polis nmendapati ada kes terhadap Mashitah, apakah peguam negara akan mengheret bekas Timbalan menteri itu ke mahkamah? Atau beliau akan memberi alasan bahawa Mashitah tiada niat sepertimana alasan yang diberikan untuk tidak mendakwa Ibrahim Ali?

Selama ini Akta Hasutan terpakai untuk mendakwa ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, tetapi tidak untuk pemimpin UMNO BN.

Jika hal demikian berterusan hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan, kerajaan UMNO BN akan dihumban keluar dari Putrajaya!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ambil tindakan ke atas Ibrahim Ali tak berbaloi Kita pun tahu perangai Ibrahim

Tapi Mashita ni kalau kena tindakan berbaloi Padan muka !

Mashita memang ada niat tapi niat Mashita ialah nak duduk kerusi Ketua wanita ganti shahrizat

Kalau Mashita kata tak berniat maka Mashita sendiri telah menghina Islam kerana maksud kata kata Mashita sebenarnya telah bertukar menjadi biarkan orang bakar Al Quran

Tanpa Nama berkata...

a. Diharuskan menyundal jika dlm darurat
b. Pencuri diberikan kerja adalah lebih baik drp dipotong tangannya
c. Merosakkan rumput halaman rumah jiran tanpa rasa bersalah

Betina manakah yg berkaitan dgn penyataan di atas?

Tanpa Nama berkata...

dia ada niat tapi dah terbatal sebab dia dah kentut

Tanpa Nama berkata...

Dia berniat supaya harga Kangkung jatuh

Tanpa Nama berkata...

x sabr nk mnuggu kputsan mhkmah bgi kes ni. harp2 kes yg ada fakta ni akn jd kyataan yg positif. sama2lh kta tunggu..

Anti Fitnah berkata...

Niat? Tiada Niat?
Bercakap di Perhimpunan ... tanpa niat?
Bolehkah aku ter"tidur" dengan seorang perempuan tanpa niat?
Bolehkah aku ter"ambil" rasuah tanpa niat?
Bolehkah aku ter'bunuh" seseorang dengan C4 tanpa niat?
Kalau bincang pasal niat, maka buang saja PERLEMBAGAAN tu sebab yang buat PERLEMBAGAAN tu pun tanpa niat.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.
Ingat wahai manusia bahawa kerosakan sudah berlaku akibat tinndakan kita dan apakah dengan istilah "tanpa niat", maka selamatlah kita.

Tanpa Nama berkata...

Aaa..Abby Abadi ?..atau Jihan Maharaja Lawak?..atau mungkin juga jiran Mashitah? Takde hadiah ke pada jawapan yg betul.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah..amno mmg haramjadah bangang abadi..