28 Dis 2014

[GAMBAR & VIDEO] Tak Isytiharkan Darurat Supaya Mangsa Boleh Klaim Insurans?


Najib: K'jaan takkan isytihar darurat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak mengisytiharkan darurat di kawasan yang teruk dilanda banjir bagi membolehkan mangsa membuat tuntutan insuran atas kerugian.

"Walaupun begitu, kerajaan persekutuan telahpun bertindak seperti berada dalam darurat dengan semua aset dikerah untuk bantu mangsa banjir," katanya di Twitter.

Tulisannya di Twitter itu bagi menjawab tuntutan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua agar kerajaan mengisytiharkan darurat.

"Sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi...dan ganti rugi disebabkan kerosakan harta benda serta kenderaan adalah tinggi.

"Sebab itu kalau kita declare (isytihar darurat), bererti ini termasuk dalam kategori forced measure, dan syarikat insurans tak perlu jelaskan pampasan," katanya lagi, lapor Bernama.

Najib juga berkata, usaha telah ditingkatkan sepenuhnya seperti dalam keadaan darurat sebenar, dan agensi-agensi berkaitan telah diarah menggiatkan lagi usaha menyelamat dan menambahkan bantuan.

Ditanya mengenai anggaran kemusnahan di seluruh negara akibat bencana ini, beliau berkata, penilaian masih belum dapat dilakukan selagi banjir masih belum reda sepenuhnya.

Dalam sidang media sama, Najib turut berkata beliau amat berbangga dan berterima kasih atas komitmen tinggi dan pengorbanan yang ditunjukkan semua anggota pasukan keselamatan dan penjawat awam di waktu bencana sebegini.

"Memang mereka bertungkus lumus, berkorban besar untuk membantu mangsa banjir. Kerajaan amat menghargai sumbangan yang telah dan sedang dilakukan mereka," tambahnya.


INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.

Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.

Ini pandangan saya:

+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah.

KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014
– FB Afyan Mat Rawi









ULASAN GB

Terlalu mudah untuk Najib memberikan jawapannya untuk tidak mengisytiharkan darurat.

"Sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi...dan ganti rugi disebabkan kerosakan harta benda serta kenderaan adalah tinggi.

"Sebab itu kalau kita declare (isytihar darurat), bererti ini termasuk dalam kategori forced measure, dan syarikat insurans tak perlu jelaskan pampasan," katanya lagi, lapor Bernama.

Jawapan tersebut mendedahkan sendiri "kejahilan" Najib mengenai insuran, mengenai perjanjian, mengenai undang-undang.

Tahu kah Najib bahawa di dalam perjanjian jual-beli kenderaan sudah dinyatakan dengan jelas:


Nampaknya rakyat terus ditipu. Sudahkan menderita ditimpa musibah banjir, kini diberikan harapan palsu oleh PM kononnya mereka boleh membuat tuntutan insurans kerana darurat tidak diisytiharkan.

Nanti bolehlah mereka yang terlibat membawa Najib dan kenytaannya yang disiarkan BERNAMA itu kepada pihak insurans dan mahkamah.

Sedangkan sebenarnya PM cuba mengalihkan "tanggungjawab pembiayaan bantuan dan pemulihan" daripada kerajaan Persekutuan kepada pihak lain.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alasan dangkal kerajaan pusat untuk lepas tangan dari tanggungjawab kepada mangsa banjir. Dalam keadaan banjir besar pun masih lagi nak berpolitik sempit. Letak jawatan sajalah!

Tanpa Nama berkata...

Aduh siksa nya Ini bukan jatuh di timpa tangga Ini sekali dengan tin cat masuk dalam kepala

Sebelum ni ramai yang kereta tenggelam dalam air Seperti kereta yang di parking di bawah bangunan bangunan di KL tenggelam sebelum ini Tahu tahu lah kalau KL hujan lebat lama sikit dah tenggelam

Yang sakit hati orang melayu ni mudah di tipu bila suara sumbang Tok imam dan yang bergelar ustad kata Bersyukur lah kerana anak bini kita selamat Harta benda boleh cari

Memang selama lama nya melayu kena jadi bagang untuk di tipu

Tanpa Nama berkata...

"Walaupun begitu, kerajaan persekutuan telahpun bertindak seperti berada dalam darurat dengan semua aset dikerah untuk bantu mangsa banjir," katanya di Twitter

Kalau dah 'seperti berada dalam dharurat' apa masalah istiharkan dharurat !!

Alasan taraf kangkong!

Insuran kereta berapa ramai yang pakai kereta mahal dan kalau servis di baiki pun jumlah nya tak seberapa dengan jumlah yang di perolehi oleh setiap isi rumah jika dharurat

Mangsa banjir perlu mulakan hidup baru Walaupun insuran sanggup bayar kerajaan tetap bertanggung jawab membantu dari segi kewangan Jangan fikir kan siapa untung siapa yang rugi

Tanpa Nama berkata...


Haramjadah ni ingat org melayu dah berpedapatan tinggi dan membeli pelbagai insuran spt insuran peralatan rumah, kebakaran, barangan letrik, rumah, kecurian dan sbgnya.

Haramjadah ni tak tau pasal insuran kot. Dia tak tau kah dlm insuran ada terma insuran tidak meliputi 'act of god'.

Jumlah org melayu yg membeli insuran terlalu kecil di Malaysia kerana berpendapatan tinggi mcm haramjadah ni dan RM.

Tanpa Nama berkata...

Sememang nya ini PM HARAMJADAH

Tanpa Nama berkata...

Syabas kepada mb selagor yang di nampak jauh lebih aggressive di urusan Banjir berbanding dengan mb kelantan dan tengaggu.

Saya harap satu hari masa depan beliau diberi jawatan PM.

Dato husam pun agak proactive. Kalau beliau keluar pas maka juga berharapan sebagai PM/TPM.

Tanpa Nama berkata...

Setuju anon 4.58. MB kelantan rasa seronok pulak dapat keluar bersama-sama PM. Tak seronok kalau keluar sorang2.

Tanpa Nama berkata...

Haramjadah yang sebenar..pengkhianat bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Tak tahu pasal insurans nak cakap insurans. Woi Najib if lu ada ambil test PCEIA untuk jadi agent insurans chapter 1 dalam buku nota PCEIA sudah terang dan bersuluh insurans tidak akan menangung kerosakaan akibat dari malapetaka. Kerugian yang dialami disebab oleh malapetaka haruslah ditangung oleh KERAJAAN I SEKALI NAK KATAKAN SINI KERAJAAN bukan syarikat insurans. Saya yang ambil test agent insurans diaorang akan tahu.

YANG KALI JANGAN NAK MAIN - MAIN DENGAN PERKATAAN INSURANS KERANA RAMAI DI SINI TAHU MENGENAI ILMU INSURANS. LU HARUSLAH TANGGUNG RISIKO AKIBAT DARIPADA KEMUSNAHAN DARI BANJIR BUKAN SYARIKAT INSURAN DAN INI SUDAH JADI SATU PERATURAN DALAM BANK NEGARA MALAYSIA.