Nov 14, 2014

SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda


Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal.

Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an.

Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka.

"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu.

Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek.

Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM.

Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk seks. -mstar









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



13 comments:

Anonymous said...

macam-macam pesyen manusia ni.

Anonymous said...

Saya berfikir mengapa Negeri Kedah sering dilanda ribut dan taufan lani, ada yang menyalahkan petani yang tak mau bayar zakat. Apabila membaca kisah ini barulah saya sedar diKedah maasiat besar sedang berlaku disana.

Anonymous said...

BN menang Kedah senang.

Unknown said...

Terbaekkkk mukhriz...

Anonymous said...

Betul-betul zalim, dah orang tu susah, minta layan nafsunya pula, patutla BALA datang melanda baru-baru ni, Tak mustahil ada ramai lagi, "Setan" dalam jabatan kerajaan ni. Mereka patut dipecat serta-merta.

Anonymous said...

Kesian pd anak & isterinya, yg ditanggung saraan hidup mereka oleh iblis ini.

Anonymous said...

No wonder la puting beliung kerap la ni... kasi hukuman maksimum la tuan hakim wei...

Anonymous said...

....jika saya MB Kedah saya londehkn seluarnya pastu hantar salinan kpd smua jab kjaan negeri

Anonymous said...

itu saja yang pandai orang orang melayu nih. hgentot - itu saja, baik menteri , PM , ulamak , cikgu semua makan gaji cukai rakyat dengan otak otak bahalol.

kechik kechik belajar agama , bila dah besar hidup lagi lahanat dari setan.

bahalol punyea manusia !

Anonymous said...

Nak selamat pegawai tersebut ikut cara umno ajar sialfol dan persoal mengapa Anwar tidak buat seperti sialfol buat

SUMPAH LAKNAT !

Anonymous said...

Tanya perkasa n isma....pegawai ni cina dap ke ?

Anonymous said...

Dlm parlimen nik abduh soal menteri kesihatan apa kem. kesihatan buat utk mengatasi kes hiv tinggi di kelantan.

Menteri kesihatan jawab nik abduh kenalah didik oghe kelantan jgn pergi ke golok.

Kan dah kena.

Anonymous said...

Anon 5:31 pm...mulut tu jangan celupar seperti babi...bukan semua staff kerajaan berperangai mcm tu...kalau yg pro BN tu mungkinlah...