7 Nov 2014

[BERGAMBAR & VIDEO] Hakim Tangguhkan Keputusan Di Hari Lain -updated


Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula hari ini di Mahkamah Persekutuan. Ketua pasukan pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menyambung hujahnya yang dijangka memakan masa selama kurang 30 minit dan kemudian diikut dengan jawapan balas oleh pihak pendakwa, Shafee Abdullah yang menurutnya beliau akan mengambil masa kira-kira 10-15 minit untuk memberikan penekanan di beberapa sudut pendakwaannya.

Selepas itu 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes ini akan membuat keputusannya. Namun belum dipastikan samada keputusan itu akan dibuat petang ini atau pada hari yang lain.


LAPORAN LANSUNG

3.48pm: Shafee membangkitkan satu kes mahkamah berhubung ikatan dokumen yang hilang

Gopal berkata pasukan pembelaan tidak akan membalas.

Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama.

Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.

3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan".

Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan.

3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi.

Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998.

Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1.

Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza.

Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan.


Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya.

3.48: Hakim Ariffin berkata keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

3:30pm : Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar.

Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful.

Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima.

"Tidak perlu dipanggil pembuat (gambar),” kata Gopal.

Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan (tanpa kerelaan).

3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat.

Katanya, melihat kepada bahasa yang digunakan ke atas Anwar, serta keadaan kes tersebut, elemen motif dan tuduhan berkenaan boleh dipatahkan dengan mudah.

"Saiful sememangnya seorang saksi yang mana keterangannya perlu ditahkik.

"Sekiranya ada keraguan serius jika kesalahan itu berlaku, beliau adalah individu dengan kewibawaan yang disangsikan.

“Sekiranya tiada kewibawaan, pentahkikan tidak lagi relevan,” katanya.

3:20pm: Gopal mempertahankan keterangan Dr Osman yang konsisten dengan kenyataan kepada polis dan tidak perlu dicabar.

Ini menunjukkan Dr Osman jujur dan berwibawa, katanya.

3.14pm: Persidangan mahkamah bermula.

Gopal mengemukakan hujahan mengenai kewibawaan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid kerana (dikatakan) memberi keterangan tidak konsisten.

3.07pm: Anak perempuan Anwar, yang juga MP Lembah Pantai dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut hadir.

2.55pm: MP Bukit Katil dan naib presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin, barisan exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Shuhaimi Shafiei, MP Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan MP Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy San.

2.48pm: MB Selangor Azmin Ali turut hadir.

Shafee tiba di mahkamah dengan barisan pasukan pendakwaan.

Mahathir memberitahu pemberita bahawa beliau duduk berdekatan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika solat Jumaat.

2.38pm: Gopal Sri Ram tiba bersama pasukan pendakwaan, dengan R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, J Leela dan Latheefa Koya.

2.10pm Anwar bersama 30 orang penyokong berarak ke Istana Kehakiman sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Setibanya di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Anwar bersalaman dengan penyokongnya sebelum masuk ke mahkamah.


Tiada keputusan hari ini, Mahkamah Persekutuan perlu masa timbang kes Anwar

Selepas tidak sampai satu jam ucapan penutup dibuat pihak pembelaan dan pendakwaan dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan mengumumkan ia akan membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Setelah 7 hari mendengar hujah kedua-dua pihak, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata panel 5 hakim perlu mempertimbangkan isu dan fakta yang dikemukakan.

"Memandangkan fakta yang dikemukakan, kami akan memerlukan sedikit waktu. Kami akan tangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian," kata Arifin, yang mengetuai panel.

Perbicaraan maraton rayuan Anwar terhadap sabitan kesalahannya yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula pada 28 Oktober.

Mengikut jadual asal, ia akan berlangsung selama dua hari sahaja tetapi mahkamah kemudiannya memanjangkan jumlah hari perbicaraan kerana terdapat banyak keterangan.

Selepas pembelaan, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram selesai dengan ucapannya petang ini, mahkamah bertanya ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah jika beliau mempunyai sebarang perbalahan.

Shafee berkata, beliau mahu membangkitkan kes undang-undang membuktikan beberapa hujah pendakwaan tetapi Arifin memintanya menyediakan citation untuk rujukan panel.

Arifin kemudian berkata mahkamah akan menangguhkan penghakimannya dan menetapkan satu tarikh kemudian untuk membuat keputusan.

Ikat jamin Anwar dilanjutkan mengikut syarat yang sama dikeluarkan Mahkamah Rayuan, yang sebelum ini membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada Mac tahun ini.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas memohon hukuman penjara Anwar ditingkatkan jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan. Ia akan didengar kemudian bergantung kepada keputusan.

Salah seorang peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata kepada pemberita di luar mahkamah, perbicaraan ini mungkin rayuan yang paling lama dalam sejarah Mahkamah Persekutuan.

Termasuk hari ini, ia berlangsung selama 8 hari.

"(Kami) berterima kasih kepada panel hakim kerana mereka sangat sabar. Kami harap keadilan akan menang akhirnya," katanya.

Abangnya, peguam Gobind Singh Deo berkata baik bagi panel mengambil masa mempertimbangkan fakta dalam kes itu.

"Kami yakin akan berjaya."

Ini tuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pertama pada 1998, selepas beliau dipecat daripada kerajaan ketika masih memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Ketika itu, beliau dituduh meliwat bekas pemandu isterinya dan dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Shafee juga memberitahu media di luar mahkamah, "sangat normal" bagi panel menangguh penghakiman dalam kes berprofil tinggi supaya dapat "memikirkan kes tersebut dengan baik dan membaca semua dokumen yang dikemukakan."

Beliau menegaskan walaupun pihak pembelaan mendakwa pegawai penyiasat Supt Jude Pereira mengusik bukti dengan memotong beg bukti, tiub di dalamnya yang mengandungi sampel tidak pernah dibuka.

Shafee juga menafikan membuat sebarang kenyataan bertujuan menjatuhkan Anwar dengan lebih teruk, menjawab aduan Anwar yang pendakwaan bersikap "tidak profesional dan berdendam." –
-tmi
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang haq akan bediri dan yang batil pasti runtuh

Tanpa Nama berkata...

Nak pusing apa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa panel hakim perlu masa yg lama untuk penghujahan dan mendedahkan keputusan? Seolah-olah ada kong-kali-kong dlm perencanaan pihak tertentu.. Boleh jadi twin tower disasarkan untuk runtuh dirempuh oleh MH370, supaya fokus rakyat dapat dialihkan.

Tanpa Nama berkata...

sama-sama kita doakan jika anwar dizalimi, somoga allah hancurkan pihak yang menzalimi, amin

Tanpa Nama berkata...

Semua hakim orang Islam.Kalau mereka bertuhankan ALLAH,Anuar selamat.Tetapi kalau mereka mereka bertuhankan duit,pangkat dan takut pada manusia,tidak tahu hendak cakap.DiMalaysia ini kalau bersangkut paut dengan pemerintah,satengah hakim boleh dipermain saperti anak patong.

Tanpa Nama berkata...

Lagi 2 hakim akan mempengaruhi hakim2 itu......hakim segala hakim ia itu.. RM & N

Tanpa Nama berkata...

eh... saiful si kaki hadas besar tu pergi semayang jumaat x?

Tanpa Nama berkata...

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Tanpa Nama berkata...

kalau mau bonus 500/- kena fikir jauh jauh lah tu.....

mamak , teh tarek mari satu !!!!

Tanpa Nama berkata...

amin ya allah!!! amin ya allah!!! amin ya allah!!!

Tanpa Nama berkata...

Selain Deepak, Shafee Abdullah telah menyelamatkan Najib dlm kes Altantuya. Deepak hidup senang lenang memeras ugut Najib termasuk kes Bank Rakyat.

Shafee Abdullah mecapai taraf melebihi Lingam yang boleh menulis penghakiman bagi pihak hakim. Shafee boleh memborong semua kes untuk dan lawan BN, UMNO, NGO UMNO/BN, kes lembu, PERKASA semua dengan kos bukak file saja RM1 juta.

Najib dan Gani memerlukan kekotoran Shafee untuk mengenakan Anuar buat kali terakhir dan mengakhiri igauan UMNO/BN.Duit rakyat pembayar cukai digunakan.

Diandaikan keputusannya yalah 3-2, Anuar kalah. Hakim Ramli Ali yalah Hakim yang menolong UMNO jatuhkan kerajaan PR Perak dulu. Ramli Ali adalah link man Shafee untuk mengalahkan Anuar.

Tanpa Nama berkata...

Hakim hakim ni pun satu jugak
Kita ulas dan bagi hujah kat sini panjang lebar untuk membantu hakim hakim buat keputusan masih jugak ambik berhari hari nak dedah keputusan

Kalau boleh guna google jadi apasalah nya guna maklumat dan jawapan balas dari penguna internet

Tak payah pergi detail detail sangat Ambil satu dua hujah pembela dah cukup Kalau nak ambil hujah dari dubur untuk buat keputusan tu yang lama nak dedah

Tanpa Nama berkata...

Hakim tak berani buat keputuan dah kecut perut pasai mahadet p tujuk muka kat putrajaya. Baru tujuk muka ja belum cakap lagi, terus tangguh keputusa mahkamah. Mausia masih takut pada mausia, tidak pada Allah taala.

bat8 berkata...

Tuan

Sebenarnya Anwar lebih merbahaya jika di penjarakan.Ini memberi masa terluang yang banyak untuk Anwar berfikir dan berstrategi tanpa gangguan. Kita kena faham walaupun Anwar dipenjarakan, beliau akan ditempatkan ditempat khas, tidak bersama2 penjenayah tegar. Kerajaan perlu memastikan Anwar selesa kerana jika apa-apa yang buruk berlaku kepada Anwar di dalam penjara pasti akan menyusahkan Najib. Kita masih ingat cerita kecederaan tulang belakang dan cubaan membunuh mennggunakan arsenik semasa Anwar di penjarakan dulu cukup berkesan untuk menimbulkan masaalah kepada Mahathir dan Paklah.

Sebenarnya Anwar telah lama membuat persedian jika dia ditakdirkan dipenjarakan atau sesuatu yang terjadi kepadanya. Beliau sudah menyediakan barisan pelapis dari golongan muda untuk meneruskan perjuangan. Kualiti barisan pelapis iini amat baik dan berkemampuan untuk melaksanakan perancangan Anwar dari penjara. Anwar merancang strategi dari penjara, manakala barisan pelapis melaksanakan. Apatah lagi dalam PRU 14 nanti, 60% pengundi adalah golongan muda.

Percayalah Anwar berada 2 langkah di hadapan. Malah perbicaraan di mahkamah federal pun sudah rancang oleh Anwat untuk memberi kelebihan kepada beliau dari segi persepsi rakyat, tak kira samada beliau dipenjarakan atau di bebaskan

Tanpa Nama berkata...

Bila tenguk muka Anwar di Putrajaya dan dalam gambar ini macam Anwar merindui keadaan dan suasana meriah yang pernah di kecapi semasa dari universiti sehingga di pecat dari UMNO Dan sekarang Anwar sedang melaluinya sekali lagi dan kali ini menikmatinya kerana Anwar betul betul redha apalagi tak sama seperti dulu kerana kali ini perancangan jahat ke atas Anwar tak menjadi Fitnah kali ini telah mengangkat mertabat Anwar

Kalau Anwar di penjara tak ada kebaikannya kepada UMNO seperti apa yang bat8 katakan tetapi lebih bahaya Dan kalau tak dipenjarakan pun parah jugak sebab si bahalul tu ngaku dia datang mohon biasiswa Dia kena pertahankan ego dia kalau tak apa punya ketua tak bijak merancang Dan dari awal yang punya dubur pun tak yakin dengan ketua komplot

So antara penjara dengan di bebaskan pilihan selamat ialah dibebaskan kerana rakyat Msia dah lali dengan sikap suka menipu pemimpin negara nombor satu Di Malaysia je kalau berpolitik mesti menipu dan terlepas begitu saja

Dia tak letih dan malu dengan menipu dan fitnah

Tanpa Nama berkata...

Susah sangat nak buat keputusankah? Saran i lu buatlah keputusan yang adil biarpun lu akan hilang jawatan lu sebagai Hakim sebab hukuman di hari akhirat adalah lebih teruk jika anda buat keputusan yang berat sebelah. BERINGATLAH.

bat8 berkata...

Desperado Najib dan UMNO bukan lagi disebabkan Anwar dan penolakan rakyat terhadap UMNO sahaja sekarang. Ia sudah berjangkit kepada masaalah pengurusan ekonomi dan kewangan negara. Yang sudah menjadi carca marba bukan sahaja politik UMNO. Yang terbaru kita mula melihat kecelaruan dalam pengurusan kewangan negara.

Apa makna apabila harga minyak d ipasaran dunia semakin menurun, kerajaan Najib dok sebok menaikkan harga minyak ron95/diesel. Semakin menurun, kerajaan Najib masih berkeras tidak akan menurunkan harga minyak.Malah jika harga minyak terus kekal pada harga rendah, menurut Ahmad Maslan, kerajaan mungkin akan mengenakan cukai supaya harga dipasaran tempatan tetap kekal RM 2.30/liter untuk ron 95. Ahmad Maslan kata ia bertujuan untuk mendapat balik belanja subsidi petrol yang dibelanjakan bagi tahun 2013 dan 2014. Kerajaan berniaga ke? Apa makna subsidi? Subsidi adalah belanja hangus dan jumlah untuk hangus ini telah diperuntukkan didalam setiap bajet yang diluluskan oleh parlimen. Bila s3but subsidi, tidak timbul untuk dapat balik jumlah subsidi itu.

Tidakkah logik Ahmad Maslan dan kerajaan tidak masuk akal bila dis3but subsidi? Apa tandanya? Pertama ia tanda keadaan desperado, keadaan meruncing kewangan negara! Soalnya kemana pergi wang yang dipinjam oleh Najib, kemana perginya wang yang diperuntukkan oleh bajet 2014? Situasi ini jika bagi individu, bermakna indivifu tersebut sudah pokai sedang gaji lambat lagi.

Minggu depan Rafizi akan dedah fakta berkenasn 1DMB. Bagaimana kerajaan sebenarnya menjamin hutang 1DMB yang sudah mencecah RM 40 Billion sedang 1DMB semakin tenat apabila mencatatkan kerugian bersih RM 600 juta. Ahmad Maslan dan kerajaan baru minggu lepas sudah kelentong tentang status hutang dan jaminan kerajaan.

Banyak sangat fakta-fakta yang tak betul dikeluarkan oleh kerajaan s3karang apabila segala masaalah sudah mula dikesan. Dah sampai tahap mendekati perbuatan berbohong dah!