8 Nov 2014

[PENGAJARAN] Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah

Penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar nyaris disamun oleh dua orang penunggang motosikal yang cuba memecahkan cermin keretanya ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Astro, Bukit Jalil dekat sini pada Jumaat.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, berkata, individu dipercaya sudah melihat beg mekap yang diletakkan pada kerusi hadapan penumpang lalu cuba memecahkan cermin keretanya jenis Mitsubishi ASX ketika dia sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah di satu persimpangan jalan di Bukit Jalil.

"Saya sedang berhenti kerana lampu merah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat. Pada mula saya sangka ada berlaku kemalangan dan selepas saya lihat sebelah kiri cermin kereta saya sudah retak.

"Selepas itu, mereka cuba sekali lagi untuk mengetuk cermin tetapi gagal, mereka terus melarikan diri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Feeya berkata, dia bernasib baik kerana tiada sebarang barang miliknya berjaya diambil oleh penjenayah tersebut.

Keadaan cermin kereta milik Feeya yang cuba dipecahkan penjenayah.

Dalam pada itu, Feeya mengakui beg alat solek yang diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang menjadi punca kejadian tersebut.

"Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah, nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil barang-barang saya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kejadian itu, Feeya berkata, dia terkejut dan mengigil ketika berhadapan situasi berkenaan. Dia juga masih trauma kerana pertama kali berhadapan dengan keadaan tersebut.

"Saya sangat terkejut dan menggigil takut kerana saya seorang sahaja dalam kereta dan di jalan raya pun tidak banyak kereta ketika kejadian itu. Mujur mereka terus berlalu selepas gagal pecahkan cermin kereta.

"Saya terpaksa keudara lambat sedikit hari ini sebab buat laporan dulu di Balai Polis Sungai Besi, ini pun masih lagi terkejut dan menggigil," ujarnya.

Feeya ke udara setiap hari pukul 3 hingga 7 petang di slot Santai Sinar, Sinar FM. -MSTAR

ULASAN GB

Ada pengajaran di sana.

Jangan letakkan beg tangan atau apa-apa benda yang berharga di kerusi hadapan atau di tempat yang boleh dilihat dari luar. Ia mengundang perhatian penjenayah bermotorsikal.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amankah Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

Anon 9:56 PM

Aman lah tu. Kalau nak dibandingkan dengan Afrika Selatan dan Nigeria, Malaysia jauuhhhhh lebih aman. Itulah kehebatan kerajaan Barisan Nasional. PAS yang menyertai Barisan Nasional menjanjikan gandingan mantap di antara Presiden PAS dan Presiden UMNO.

pak maun berkata...

Kalau tinted gelap betul, perompak tidak la tahu. Ni kang undang2 Msia, ntah apa2. Nasib kita la dipimpin oleh orang2 bongok. Ada ke saiz no plat punca kemalangan?

Tanpa Nama berkata...

Betul kata pak maun

Tanpa Nama berkata...

Beb kalau rasa susah sangat i sarankan lu tak payah bawa apa - apa beg just bawa dompat sudah. Senang dan Flexible. Kalau nak Make Up, Make Up siap - siap di rumah.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak rembat
rembat lah beg kak ros
kalau dalam kosong pun
berbaloi

Tanpa Nama berkata...

Kurangnya sekatan jalanraya oleh pihak polis punca penjenayah rasa selamat kemana saja walaupun membawa senjata untuk tujuan jenayah tidak seperti di era 90an dahulu penjenayah rasa takut kerana kerapnya sekatan jalanraya oleh polis merasakan mereka tidak selamat berada dijalanraya demgan peralayan jenayah