Oct 22, 2014

Zahida Rafik "Berpurdah" Semasa Hadir Di Mahkamah


Polis, AG didakwa ganggu bekas pemandu artis

Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis dan Jabatan Peguam Negara yang mahu menahan dan mendakwa anak guamnya, yang sedang memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan seorang pelakon dan menteri Umno.

Latheefa Koya yang mewakili seorang bekas pemandu Noor Azman Azemi berkata anak guamnya secara sukarela pergi ke balai polis Bukit Indah semalam.

Ini berlaku selepas polis cuba menahannya semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana beliau memberi keterangan dalam samannya terhadap bekas majikan dan pelakon Zahida Mohamed Rafique.

Latheefa berkata, Noor Azman dimaklumkan polis bahawa beliau akan dituduh di mahkamah seawal-awalnya pada Khamis atas tuduhan lain yang tidak mereka ketahui.

“Noor Azman direman empat hari oleh polis dua tahun lalu ekoran dakwaan dia mencuri RM200,000.

“Bagaimanapun polis dan pendakwaan tidak bertindak ketika itu tetapi memilih semalam dan mahu mendakwanya hari ini ketika beliau memberikan keterangan dan ini gangguan terhadap saksi untuk melindungi menteri,” katanya selepas prosiding.

Sebelum itu, hari ini, Noor Azman, yang juga pemimpin Pemuda Umno sebuah bahagian terus memberikan keterangan hari ini.

Zahida hadir memakai jubah hitam dan bertudung.

Di luar mahkamah, beliau turut memakai purdah dan beberapa perempuan lagi bergaya sama.


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng mengarahkan polis untuk tidak menahan Azman.

Hue berkata perbicaraan dan pemandu itu tidak patut diganggu sehinggalah dia selesai memberikan keterangan.

Noor Azman memberi ketengan dan mendakwa terdapat hubungan antara Zahida dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga naib presiden Umno.

Shafie dan Zahid dilapor telah menafikan dakwaan itu.

Pada 2012, Zahid memberitahu media bahawa Noor Azman mencuri RM200,000 daripadanya.

Noor Azman juga menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman terhadap Zahida tahun lepas. -mk


ULASAN GB

Pelik juga ya, Zahida Rafik yang selama ini terkenal dengan imej seksi tetapi bertudung malah berpuurdah semasa hadir di mahkamah.

Sudah bertaubatkah atau sekadar tidak mahu dikenali dan diganggu oleh wartawan?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 comments:

Anonymous said...

Ada 2 Pemikiran saya
1) Positif : Sudah dapat Hidayah ALLAH SWT (Alhamdulillah)

2) Negatif : Bibir macam belon sebab Botox.

Sekian.

Dang Anum said...

sgt jelas penyalahgunaan kuasa polis utk membela pesalah politik menteri.

bagi yg teraniaya, teruskan berdoa dn munajat... Allah mendengar doa org dizalimi.

mohon binasa utk penguasa yg zalim dan gundek2 mereka jg yg tidak sedar diri, yg bakal merempat ditepi jalan selepas madu dijilat licin.

karat ijau said...

Kalau sudah berubah... Alhamdulillah..

Anonymous said...

Tutup aurat krn malu lawan perintah allah or malu pada orang??

Anonymous said...

Silap mahkamah ni

Kalau berpurdah pergi lah mahkamah yang sahkan samada ada atau tidak kaitan sbg suami isteri

Sanggup berpurdah se mata mata nak nafikan ada hubungan

Anonymous said...

mmg perlu bersangka baik
tetapi tiba2 pakai purdah mmg lakonan
kita jgn tergolong dlm spesis yg boleh dibodoh2kan oleh artis sendu ni
eeee rasa nak lempang laju2 muka dia ni

Anonymous said...

Lakonan semata - mata. Kalau betul dia berubah, bukan sahaja mahkahmah lu kena berpurdah tetapi lu kena berpurdah beb.

Walahualam hati orang i tak boleh judge hanya Allah sahaja boleh menilai hati seseorang.

Anonymous said...

Dalam gaji elaun MP tak cukup terpaksa di naikkan Kena ikat perut ada juga cerita macam ni

Jangan kawan kawan terkejut selepas ini si menteri datang berserban di iringi empat orang kawan dari kumpulan ug

Anonymous said...

Pakai la apa pun reality nya ALLAH swt tahu kebejatan anda...disana nanti u terima la habuan nya..wallahualam.

aliff said...

Nak ketawa guling2 lakonan ni.... rugi laa sebab tak dapat tengok hidung mancunggggg Che Da kita tu....