23 Okt 2014

Fitnah & Ancaman Bunuh Penganjur Program Anjing Keterlaluan


Murshid: Jangan melenting kempen sentuh anjing

SHAH ALAM - Penganjuran program 'I Want To Touch A Dog' yang menjadi kontroversi pada minggu lalu disifatkan cuba mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

Namun, para ilmuan, pihak berkuasa dan masyarakat dinasihatkan tidak melenting dan terlalu emosi ketika berdepan dengan perkara tersebut sehingga ada yang membuat ugutan kekerasan kepada penganjur berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak serta berhemah.

"Para ilmuwan dan orang ramai yang mengecam walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.

"Para ilmuwan dan pihak berkuasa sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. Sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang berdepan perbezaan pendapat dalam masyarakat awam kerana pandangan selain mazhab Syafie boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini.

"Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah-olah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat,"
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan pihak penganjur membuat permohonan maaf kepada pihak berkuasa dan masyarakat atas tindakan kurang bijak tersebut.

"Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.

"Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam penganjuran hingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru itu, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka," katanya.

Menurutnya, meskipun tujuan program itu baik namun pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.

Menyentuh soal penganjuran tersebut, beliau berpendapat jika program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing ia wajar dilaksanakan namun menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan jelas itu sudah tentu mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

"Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program yang menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie atau sebagainya, program sebegitu adalah boleh dibuat dan wajar diterima.

"Namun jika program menggunakan tema 'saya mahu sentuh anjing' dan seolah-olah majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas kemudian diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dalam kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

"Walaupun mazhab Maliki menganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira.

"Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkannya sentuhan tanpa sebab yang syarie. Mazhab Hambali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie," katanya. -SH

Penganjur program ‘sentuh anjing’ terima ancaman bunuh di media sosial

Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.

Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.

Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.

Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.

“Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut rejam sampai mati. He he,” tulis Ghas Ku.

“Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu,” tulis Hafizzulnaim Samsuddin.

Seorang lagi pengguna Facebook Yusoff Ashaari mengatakan selain daripada mengambil tindakan terhadap Syed Azmi, orang ramai seharusnya mencari wanita-wanita yang mengambil gambar bersama anjing dalam acara tersebut, menarik tudung mereka untuk melihat sama ada mereka menggunakan kalung salib atau menyembunyikan tatu.

“Ustaz, penganjur ni benar-benar anjing,” tulis Han Khalief.

Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.

Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.

Kebanyakan yang hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya.

Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yang melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.

Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.

Di blog popular Sirap Limau, seorang pangguna internet Salsaparila menulis: “Memang celaka bangsat penganjur sial ni. Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap-harap nanti mamat sial ni mati la kena gigit anjing.”

Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.


Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.

“Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.

“Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau,” tulis mesej tersebut.

Pengguna Facebook Terompah Besi memuat naik mesej sama akan tetapi tidak menyatakan ianya daripada Majlis Agama Putrajaya.

Beliau juga menyelitkan sebaris ayat mengatakan “berkemungkinan ini sebahagian agenda Yahudi untuk mengkristiankan orang-orang Islam di Malaysia dengan cara halus dan menggunakan laluan dari pemimpin DAP.”

Sekurang-kurangnya dua laporan polis dilakukan terhadap acara tersebut menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim.

“Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan.

“Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan.
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes sentuh anjing dibicarakan ikut Mazhab Syafie,

Kes liwat Anwar tu bicara ikut mazhab sape ?

Tanpa Nama berkata...

yg biasa buat kerja mengugut dan memfitnah ini x lain cybertrooper umno dan kumpulan pro-ulama dalam pas spt geng gagak hitam dan fadil.

Tanpa Nama berkata...

Apb kita mmbaca kisah surah AL-KAHFI

disana..
dizaman itu..
ada pemuda2 brIMAN brsama dgn ANJING
pemuda yg brIMAN bersama dgn ANJING,
mrk dgn ANJING itu br"sama2" sembunyi ddlm gua

FIKIRkan lah..
betapa "INDAH"nya hubungan IMAN dgn mahluk2 TUHAN trmasuklah ANJING..
ALLAH sendiri yg menceritakan hal2 IMAN itu yg intim/suci dgn ANJING..

RENONGkan lah..
adakah IMAN pemuda2 yg kaseh/intim dgn Anjing itu tak sama dgn IMAN nabi SAW trhadap ALLAH?

bukankah itu NAS drp Quran yg power nya "obsolute" yg mengatasi nas2 lain yg maseh ada "khilaf"??

bukan kah surah AL-KAHFI itu sendiri dgn khndak ALLAH..khndak ALLAH.. khndak ALLAH telah mengangkat secara "khas" lagi sgt ISTIMEWA mahluk yg brnama ANJING???

....INSAFlah bhw org2 melayu trmsuk yg dah pon mengaku sbg setan2 yg diKENALI,,telah sgt2 jauh terSASAR drp CAHAYA Quran,,lalu masuk kdlm lobang GELAP yg sgt2 DALAM!!?





Tanpa Nama berkata...

Kisah Ahli Sufi

Orang Kampung hairan lalu bertanya kepada orang yang duduk di dalam gua tersebut "Kami memberi makanan kepada tuan hamba untuk tuan hamba tidak kelaparan Tapi mengapa tuan hamba berikan makanan tersebut kepada anjing anjing ini?"

"Apa jua yang datang dari kampung Kekasih di sana ada lah kekasih ku juga"

Tanpa Nama berkata...

Ada pun kes liwat Anwar di bicarakan mengikut mazhab Umno Al-Rasuahie

In respond to

Anonymous said...
Kes sentuh anjing dibicarakan ikut Mazhab Syafie,

Kes liwat Anwar tu bicara ikut mazhab sape ?

October 23, 2014 at 6:01 PM

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ramai yg cuba brhujjah dgn kesah IBARAT @ perUMPAMAAN yg ALLAH ceritakan pd surah AL-A'ARAF(7:176) yg seolah2 hinanya ANJING itu..

bukan
BUKAN..
BUKANN!!!

ddlm AL-A'ARAF(7:176) itu yg sbnr2 sbnr2 sgt7 HINA & keji adalah ularrrMAK2 yg seolah2 TIDAK berAKAL yg sentiasa WALAQ setia "menyalak" membela TUAN2 yg memberi mrk "UMPAN" & sggup memutar2 Quran &hadis,,& TAK peduli langsung NILAI2 suci sbnr2 HAQ/KBNARAN dr TUHAN!!

NOTA:
NOTA:..ciri2 ISTIMEWA Anjing yg TIDAK ber"AKAL" yg diciptakan ALLAH,,, adalah taat-SETIA kpd tak kira ssiapa sja TUAN yg mmberinya MAKAN!

...SEBALIKnya,
ularrrMAK2 "BAJINGAN" akan sentiasa MENYALAK menjelirkan lidah penoh WALAQ-taat-SETIA memBABI buta kpd Tuan2 pmberi "UMPAN"/makan..seolah2 biol-BEBAL ibarat anjing/BINATANG yg TIDAK memiliki AKAL!!?



Tanpa Nama berkata...

Dalam konteks berilmu, org Islam di Malaysia terlalu berhukumkan sesuatu berdasarkan selera dan kebiasaan, bahkan ilmu mereka juga berasaskan indoktrinasi dan amat susah menerima khilaf dan sebarang perbezaan adalah permusuhan. Situasi ini telah mengakar dlm pola pemikiran masyarakat setelah ketaksuban yg melampau menjadi gaya berfikir masyarakat. Sebab itulah masyarakat kita lemah berfikir kerana cara menerima ilmu hanya berbentuk sehala dan prejudice kpd pandangan yg bertentangan dgn ilmu yg dia miliki.