3 Sep 2014

Setelah Dibelasah Parti Gerakan, Zahid Hamidi Pusing Tuduh DAP Pula


Kenyataan bukan Melayu ‘angkuh’ dituju kepada DAP, kata Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan golongan ‘bukan Melayu’ yang disebut olehnya bukanlah masyarakat bukan Melayu keseluruhan tetapi hanya merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan kenyataannya bukan Melayu semakin angkuh, menghina kaum Bumiputera, institusi raja dan Islam disalah tafsir sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Menurut menteri dalam negeri itu, beliau sebaliknya berkata, "bukan Melayu" yang beliau maksudkan merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP.

"Tetapi tidak boleh dinafikan penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan keangkuhan mereka dalam politik," kata naib presiden Umno itu seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Zahid berkata, ini terbukti dalam kenyataan yang dikeluarkan parti pembangkang dan penyokong mereka, terutama yang disiarkan di laman portal pro-pembangkang dan media sosial.

Hari ini akhbar The Sun memetik beliau sebagai berkata, kaum Melayu terpaksa membayar harga kerana terlalu baik dan golongan bukan Melayu semakin angkuh di negara ini.

Beliau dilaporkan berkata penghinaan dibuat atas alasan demokrasi, kebebasan bersuara dan globalisasi.

Menurut Zahid, beliau tidak akan menyokong mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina masyarakat Melayu dan mahu polis mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut. -TMI

Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut


Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghasut kerana kenyataannya yang mendakwa orang bukan Melayu kini angkuh kerana diberi muka oleh orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong membuat perbandingan di antara kenyataan Zahid itu dengan tuduhan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.

Menurut Andy, kenyataan Zahid itu menepati maksud "kecenderungan menghasut" yang dijelaskan dalam seksyen 3(1)(e) akta yang sama.

Kecenderungan menghasut dalam seksyen itu didefinisikan sebagai "mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia".

"Walaupun saya tidak menggemari undang-undang itu, saya tak nampak sebarang sebab tindakan yang sama tidak boleh dikenakan terhadap Zahid," katanya dalam kenyataan hari ini.

Portal TheSunDaily semalam melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu.

Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.

Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.

Menurut Andy, Zahid sama sekali tidak perlu mengeluarkan kenyataan demikian sama ada di depan sekumpulan orang Melayu atau pun dengan tujuan menjadikan orang bukan Melayu secara keseluruhannya sebagai sasaran.

"Malah, kenyataan demikian menggalakkan lagi kebencian antara kaum dan mempolitikkan dominasi kaum yang tidak sihat dalam negara ini," katanya.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



15 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Begitu lah bila sudah lupa diri ..
menjadi begitu angkuh...
Saolah olah kuasa yg ada tidak ada siapa yg.bolh mengatasi...

Hari ini sementara kuasa di tangan boleh buat apa saja..kata lah apa yg.suka pusing lah selagi mampu mana...

Tapi kuasa x akan kekal selama lama nya... x kan x mati satu hari...

Masa tue baru sedar..ada kuasa yg lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

angkuh dan sombong itu lah BN

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul lah apa yg di katakan oleh dsza ..sapa ya.yg.perintah malaysia sejak merdeka..selama.ni...pas ke dap ke atau pkr

Tanpa Nama berkata...

Patut lah saluran pengundi kampong sendiri kalah. Orang Sg Tiang tahu sangat perangai dia. Jangan angkuh dan sombong, itu semua pakaian syaitan. Tambah lagi cakap berbelit- belit. Ialam tidak mengajar sedemikian.

Tanpa Nama berkata...

kadang2 bila dah lupa diri, macam2 masaalah dalam diri timbul tanpa di paksa, cukup lah bermain dengan api perkauman, rakyat sudah lali dengan tindakan mencari populariti diri, sepatutnya bila kita berada di atas hendaknya menyeru kepada kebaikan dan menjadikan rakyat mempunyai jati diri negara yang di naungi. Cukup2 lah memainkan sentimen begitu...rakyat sekarang berada dalam keaadaan kesempitan hidup, dengan harga barang melambung, inflasi menjadi2. bela lah rakyat seperti mana janji2 pilihanraya yg BN buat. cukup2 lah menjadikan rakyat taruhan kepada sokongan untuk berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas mulia bersama menteri cerdik, maka dakwah kpd cina akan berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Zahid kata kat sapa sebenarnya, dalam DAP orang bumiputera pun ada... dia kata kat MCA dan MIClah tu... hanya dua parti tu je yang perjuangkan bangsa bukan Melayu.

Zahid pun buat U-Turn macam puak tu dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Amaln bsikp sedrhna kpd yg mpuyai kuada amt dsukai dn dhormti olh msyarkt. kta dpt liht sndri apbila sesorg itu x lgi brkuasa smada dlm krjya politk atu peg krjaan akhrnya scra x sdr dpingrkn olh msyrkt yg myedihkn ktika itu trlntr pulk dhosptl atu drumh x spa yg dtg mlwtnya. ini trbukti rami kta liht blku sblum dn ktika itui amt myedhkn.

Tanpa Nama berkata...

Dzh mungin tidak guna mata dan telinganya bahawa ramai orang melayu dan bumiputera memilih dap sebagai parti politik yang tidak resis.. dan dzh ini nampaknya seorang yang tidak berkualiti kepimpinannya untok rakyat malaysia berbilang kaum.

Tanpa Nama berkata...

Cakap baru berfikir,amat berbeza dengan fikir baru bercakap. Ada cakap yg bolih ditarik balik ada yg tidak. Sudah banyak kali berlaku. Amat merbahaya jika selalu berlaku.Terutama dari pemimpin yg punyai kuasa. Bolih mendatangkan mudarat kepada negara.Berfikirlah.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada kelas

Tanpa Nama berkata...

Sombong dan angkuh mcm menongkat langit gayanya

Tanpa Nama berkata...

Inilah jenis pemimpin berkualiti sampah. Bila ada pemilihan parti sibuk nak promosi diri kononnya akulah pemimpin yg hebat dan pembela melayu. Sebab itulah org bukan melayu tak sokong umno/bn lagi kerana sikap rasis pemimpin umno. Segala keburukan/kesalahan diletakkan kpd org cina & pembangkang. Siapa yg perintah negarani sejak merdeka hah?

Siapa yg jual tanah rizab melayu?
Siapa yg jual hartanah kpd rakyat asing( singapura & china)?

Jenis pemimpin pemakan bangkai( rasuah).

Anti Fitnah berkata...

Yang angkuh tu PUAK BN. Bila dah lama berkuasa, depa ingat Malaysia ni harta mak bapa depa. Nak tuduh orang ikut dan saja. Bukan perlu bukti pun. Inilah kesan bila terlampau lama berkuasa dan dah banyak kedarah benda-benda HARAM. Last-last jadi anak haramjadah.
Yang depa dok tuduh DAP tu pasal apa? DAP bukan rasis pun. Perlembagaan DAP tidak menunjukkan rasis pun. Yang dok asyik tuduh DAP tu Cina pasal apa. Sedangkan dalam DAP tu ada India, ada Melayu, ada Singh, ada Siam, ... Yang rasis tu hanya UMNO, MCA, MIC dan sewaktu dengannya.
Kadang-kadang aku naik kesian dengan puak orang bawah UMNO ni walaupun depa ni keluar universiti. Otak lembam, tak boleh membeza dan menaakul. Jangan-jangan darah dah penuh dengan bahan-bahan HARAM kot.
Patutlah Najib dok sebut, HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH. Rupa-rupanya dok tuju kat geng depa.

Tanpa Nama berkata...

serupa UMNO dan Hadi, bila kena belasah U turn