6 Sep 2014

Prof Agus Dan Dr. Mazlee Tegur Cara PAS Berpolitik


Penganalisis: Cara politik Pas 'ketinggalan'

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti,"
katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu
. -SH


LAPORAN SEBELUM INI



Isu MB: Pas perlu elak ubah keputusan

SHAH ALAM – Pas perlu tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat, 17 Ogos lalu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, Pas perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan dilihat sebagai parti yang tidak tetap pendirian.

“Pas perlu berhati-hati dalam membuat cadangan kerana setakat ini mereka dilihat seolah-olah tidak tetap pendirian.

“Ini akan memberi perspektif negatif kepada rakyat dan pengundi di atas sikap Pas yang tidak konsisten,” katanya.

Beliau berpendapat keputusan parti yang tidak konsisten bakal memberi kesan kepada kepercayaan pengundi.

“Kita mengingatkan kembali mereka (Pas) terhadap persepsi negatif yang bakal dilihat oleh rakyat dan para pengundi.


Pertengahan bulan ini, Pas telah mengemukakan satu lagi nama sebagai calon Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, PKR telah menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang disokong DAP.

Semalam, PAS dilaporkan menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada PAS sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ia dikatakan keputusan Majlis Syura Ulama.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.


ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah mengulas. PAS perlu Belajar untuk terima kritikan orang yanhg tiada kepentingan di dalam parti seperti Dr. Muhammad Agus dan Dr.Mazlee di atas, wahai pemimpin-pemimpin PAS.

Yang GB khuatir akan bangun pemuka-pemuka yang menamakan diri mereka Geng Ulama ala PERKASA menempelak kenyataan dan memaki hamun kedua-dua tokoh akademik di atas, sedangkan kumpulan Geng Ulama inilah juga yang menyebabkan PAS sering membuat U-Turn.

Hal ini pernah berlaku di dalam tahun 2009 dahulu apabila Prof Abd Aziz Bari dimaki dan dicemuh di dalam satu wacana yang mengkritik pedas kepemimpinan Abdul Hadi.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





46 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lagi hebat Terengganu, ada kerajaan langit ayah pin, ada penghancur kerajaan bumi diketuai Presiden UG

Tanpa Nama berkata...

PAS perlukan pemimpin yang lebih berwibawa. Presiden sekarang sama macam zaman UMNO di bawah Tun Abdullah Badawi. Presiden yang flip flop...tidak konsisten dan kurang peka dengan permasalahan isu lokal...Tidak ada makna gah di luar tetapi lena dalam menangani isu dalaman. PAS perlukan Presiden baharu yang lebih berwibawa untuk mengembalikan kemantapannya. MSU juga perlukan individu yang benar2 berwibawa.

Tanpa Nama berkata...

aku tak heran untuk dengar "ceramah penjelasan" Hadi Awang lg.

Tak ingatkah beliau juga pernah memberi "penjelasan" tentang isu calon PAS bertanding di tempat2 yg telah diputuskan rakan2 dari calon PR bertanding?

Di dalam cermaha penjelasannya beliau membangkitkan isu pil kuda dan komunis TANPA BUKTI atau ertikata lain, MEMFITNAH.

So, apa aku heran dgn penjelasan isu semasa oleh Presiden PAS itu lagi? Sarat dengan pembohongan dengan fitnah belaka.

Tanpa Nama berkata...

Anon:10:20

jangan lupa ada presiden yg mempunyai anak2 buah yg telah menghancurkan negeri perak dgn menjadi katak... dan kini anak buah yg dilantiknya menjadi MB jugalah kononnya ada masalah..betul2 PKR ni penuh dgn pemimpin yg jenis TANGKAP MUAT... dan disalahkan PAS...

kalau ditanya apasal tak bagi Azmin... nanti ada yg kata Azmin pun sama... banyak masalah...

kalau timbalan PKR banyak masalah... jangan cakap ler anak2 buah...
puihhh...

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:25

PKR tuduh Khalid Ibrahim tu dah TERBUKTI ke?

atau cara PKR tuduh Khalid sama cara UMNO tuduh Dato seri Anwar....

hahahahhahaha

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:31 AM tulis:

Anon 10:25 PKR tuduh Khalid Ibrahim tu dah TERBUKTI ke? atau cara PKR tuduh Khalid sama cara UMNO tuduh Dato seri Anwar.... hahahahhahaha
************

Dulu PAS pecat Hassan Ali ada bukti ker? Ada panggil Hassang tu bela diri? So apasal skrg sibuk nak belas TSKI? kahkahkah


Tanpa Nama berkata...

Sebagai penyokong ABU sy yakin bkn sy shj, malah ramai lg yg akn menolak sokongan kpd PAS dlm PRU yg akn dtg sekiranya pemimpinnya tdk bersikap jujur dlm perjanjian pakatn. Malah drp tnda2 yg ditunjukkn kepimpinannya nmpak lbh berpihak kpd nasionalis melayu dn bkn kpd perjuangn sbnr Islam iaitu menyokong keadiln sejagat. Jgn pula menyalahkn rakyat yg tdk menyokong parti islam krn pemimpin yg bijaksana spt TGNA tdk ada lg dlm parti tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Bila cerdikpandai dan intelektual juga sudah kritik pemimpin PAS, ini bererti memang betullah pemimpin PAS terutama TGHH kini bermasalah.

Sewajarnya TGHH lepas jawatan sebelum lebih banyak musibah menimpa PAS.

Tanpa Nama berkata...

penyokong Hadi ni ramai yg taksub membuta tuli. syahadah2 memali dulu berpegang pd amanat Hadi berjihad menentang umno kafir. tp skrg tuanpunya amanat dah konar baring.. jilat ludah sendiri. sedarlah siapa pun di bumi ini adalah insan biasa tk lari dari silap dosa termasuk ulamak dan ularmak. Buat dialog pun sehala bagi peluanglah pihak lawan bertanya.

Tanpa Nama berkata...

Anon: 10:35

Isu Hassan Ali... bukan tuduhan rasuh ... salah guna kuasa ke... atau tuduhan kononnya duit berjuta dlm bank dah dibayar org lain...

isunya adalah isu dalaman parti .. dimana seorg ahli yg tidak patuh dgn keptusan parti... so dia di pecat ler...kalu tk nak dengar cakap aprti ko buat parti lain ler... dan benda ni tak menggoyangkan selangor..malah menguatkan lagi pakatan...

aparaaaaaa.... PAS pun tak menyusahkan atau melibatkan DAP & PKR dalam ni...

isu TSKI pulak.. dia MB..MB kepada semua parti...dia jadi hari tu pun...pasal semua setuju walaupun kerusi PAS lebih...

dan bila suruh Datin Wan Azizah jadi MB ... caranya tak betul... mula dari kajang...dah elok2 kerusi PKR... dipertandingkan semula... menyusahkannn rakyat...membazir..... lepas tu... turun kan MB pulak menyusahkan lagi.... aparaaa...

Tanpa Nama berkata...

Nak kritik TG tak ada masalh... tapi biar beradab & berakhlak... tapi bila maki hamun dan pakaian di permainkan... memang kurang hajar....

Ibn Sabil berkata...

tergelak aku baca komen anon 10:46
nak menegakkan benang basah
katanya:"isunya adalah isu dalaman parti .. dimana seorg ahli yg tidak patuh dgn keptusan parti... so dia di pecat ler...kalu tk nak dengar cakap aprti ko buat parti lain ler... dan benda ni tak menggoyangkan selangor..malah menguatkan lagi pakatan... "

macamtu lah TSKI, isu dalaman parti. So dia dipecatlah. kalu tk nak dengar cakap aprti ko buat parti lain ler...

tambahan: dulu semasa Hassang Ali nak dipecat, wah komain golongan geng ulama dalam pas cuba pertahankan. skrg keadaan serupa jgk. Gol geng ulama ini juga cuba pertahan TSKI. tup-tup terbongkar rahsia TSKI seorang yang tidak mengambil berat bab solat. Bila dikritik oh itu hal peribadi, jgn sentuh... apa baranglah perjuangan geng ulama ni....

org biasa berkata...

Mereka yg berusaha mengikut islam yg bepaksikan alquran & sunnah sering dilabel ketinggalan..itu lumrah, apakah redha allah yg dicari atau redha dsai? Pkr yg bermasalah, ehsan diberikan pas+ dap utk terus tadbir negeri melalui khalid utk 2nd term,khalid pula disngkirkan..namun mengapa wan azizah?boneka dsai?ini benar2 mengikis kepercayaan org pas terhadap dsai dan menampakkan yg beliau kuku besi dan gilakan kuasa walhal ramai exco sedia ada yg layak.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya semua bengong & buang masa. Pegi kamu semua baca Quran lagi bagus..

Tanpa Nama berkata...

Ibn Sabil

YB Yakub Safari... jenis sembyg jemaah kat surau seksyen 8 tak tinggal... apasal tak pilih dia...? pasal dia bukan BINI Anwar? ...hahahhaa..

susah nak remote control dari jauh?

Tanpa Nama berkata...

Bongkar lagi takkan tu aje..

in response to Parti Ayam Semalasnya. Ramai dok cabar aku kata aku berani layang saja tak berani sebut nama siapa ahli Majlis Syura Ulamak yang jadi jurucakap syarikat besar deal projek..... Maka dengan ini aku umumkan di sini bahawa insan mulia tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din. Dato' Dr Haron Din telah berjumpa dengan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada suatu ketika sekitar tahun 2009 untuk meminta YB Nurul Izzah tidak membantah projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi yang dimajukan oleh Syarikat Amona Group. Aku juga dimaklumkan bahawa menantu Dato' Dr. Haron Din telah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin. Apa kepentingan Dato' Dr Haron Din dengan Amona Group? Siapa pemilik Amona Group? Apa hubungan Amona Group dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin? Sila...... bujur Lalu Melintang Patah.... silap-silap melintang pukang. ~Zulhazmi At-Takanan, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous..11.08

2009...
sekarang 2014... 5 tahun.... senyap je.... kasi bising ler kat midia kalau betul...susah apa...

nak sorok pasal apa... MB ke. TG ke... salah tetap salah... bukan jenis simpan... bila nak jatuhkan org baru keluarkan isu atau ugut... ini UMNO... hahha... memang sah PKR ni produk UMNO...huhuh

mohd shahran berkata...

Mb slngr da diberi keadiln . apa hak pas campur tgn. Masalahnya 17 putus keadiln pnya tmpt . hntr nama kak wan n azmin, azmin trk diri itu hak dia. Hak pkr .. Tetiba ntar nama pas pulak .. Apa dalam islam org awam mungkir janji dapat dosa. Ulmk mungkir janji allah bg ganjaran. Ulamak tak pernah baca ke sirah atau kata2 raaulullah kalau fatimah mencuri aku yg akan potong tangannya. . ulamak atau bukan ulamak tetap munafik

in response to Mereka yg berusaha mengikut islam yg bepaksikan alquran & sunnah sering dilabel ketinggalan..itu lumrah, apakah redha allah yg dicari atau redha dsai? Pkr yg bermasalah, ehsan diberikan pas+ dap utk terus tadbir negeri melalui khalid utk 2nd term,khalid pula disngkirkan..namun mengapa wan azizah?boneka dsai?ini benar2 mengikis kepercayaan org pas terhadap dsai dan menampakkan yg beliau kuku besi dan gilakan kuasa walhal ramai exco sedia ada yg layak., by org biasa.

mohd shahran berkata...

Mb slngr da diberi keadiln . apa hak pas campur tgn. Masalahnya 17 putus keadiln pnya tmpt . hntr nama kak wan n azmin, azmin trk diri itu hak dia. Hak pkr .. Tetiba ntar nama pas pulak .. Apa dalam islam org awam mungkir janji dapat dosa. Ulmk mungkir janji allah bg ganjaran. Ulamak tak pernah baca ke sirah atau kata2 raaulullah kalau fatimah mencuri aku yg akan potong tangannya. . ulamak atau bukan ulamak tetap munafik

in response to Mereka yg berusaha mengikut islam yg bepaksikan alquran & sunnah sering dilabel ketinggalan..itu lumrah, apakah redha allah yg dicari atau redha dsai? Pkr yg bermasalah, ehsan diberikan pas+ dap utk terus tadbir negeri melalui khalid utk 2nd term,khalid pula disngkirkan..namun mengapa wan azizah?boneka dsai?ini benar2 mengikis kepercayaan org pas terhadap dsai dan menampakkan yg beliau kuku besi dan gilakan kuasa walhal ramai exco sedia ada yg layak., by org biasa.

Tanpa Nama berkata...

Pas skrg sudah terlalu sarat akibat drp permainanan politik pemimpin teratas. Utk menjadikn pas kembali semula dilandasan sebenar pucuk pimpinan hendaklah segara ditukar sebelum keadaan akan menjadi lebih parah.

Tanpa Nama berkata...

Dalam Pas dah banyak Ular Dlm Semak

bat8 berkata...

Anon 10:46

"aparaaaaaa.... PAS pun tak menyusahkan atau melibatkan DAP & PKR dalam ni..."

Tak melibatkan DAP & PKR kerja Hassan Ali. Jika Hassan Ali berjaya kerajaan n3geri Selangor ialah kerajaan perpaduang PAS + UMNO ! bukan kerajaan Pakatan Rakyat.

PAS menang atas platform PR. Tengok s3jarah kemenangan PAS bila bertanding sendiri di Selangor. Sekali PAS menang 1 kerusi je melalui Hassan Ali. K3mudian menang juga 1 kerusi melalui Ustaz Solehan Muhyi. Rekod yang ada jika PAS bertanding sendiri hanya menang xlebih dari 1 kerusi. Sepanjang sejarah PAS menyertai PRU di Selangor bersendirian l3bih banyak dapat telor ayam dari menang.

Apa lagi alasan cai UMNO?

Tanpa Nama berkata...

anon 11.17

ko ingat langkah kajang PKR bagitau pemimpin PAS ke perancangan tu...

ko ingat nak tukar MB tu hak total PKR ke?

apa keadilan yg ko beri kat MB? ...

nam je parti keadilan... bila mamat tu tak nak letak jawatn baru heboh pasal salah guna kuasa beliau konon... apasal.. dari dulu tak cerita salah guna kuasa dia... apasal bila dia melwan baru nak dedah... kalau MB tak melawan... nak sorok bawah tikar ke semua kesalahan dia? hahahhaha...

macam cara Tun mahathir je....

aparaaa...

Tanpa Nama berkata...

anon 11.24..

sebelum suruh PAS tukar pimpinan ... baik suruh PKR tukar dulu... sarat dengan pemimpin bermasalah, berkepentingan, & kroni........

Tanpa Nama berkata...

semua di atas betul belaka tapi isu asasnya Nak memerintah dgn saudara seislam/sebangsa UG kah atau nak memerintah dgn DAP/Yahudi dan pegang prinsip keadilan hak samarata?tak kiralah apa pun kena pegang tali Allah dan kalimah allah kerana itulah menafaat yang terbaik, yang lain2 tu masalah sampingan.Tuhan tak tolong bangsa/kaum tu melainkan bangsa/kaum tu menolong diri dia sendiri.

Tanpa Nama berkata...

semua di atas betul belaka tapi isu asasnya Nak memerintah dgn saudara seislam/sebangsa UG kah atau nak memerintah dgn DAP/Yahudi dan pegang prinsip keadilan hak samarata?tak kiralah apa pun kena pegang tali Allah dan kalimah allah kerana itulah menafaat yang terbaik, yang lain2 tu masalah sampingan.Tuhan tak tolong bangsa/kaum tu melainkan bangsa/kaum tu menolong diri dia sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa PAS juga dari UMNO.

in response to Anonymous..11.08 2009... sekarang 2014... 5 tahun.... senyap je.... kasi bising ler kat midia kalau betul...susah apa... nak sorok pasal apa... MB ke. TG ke... salah tetap salah... bukan jenis simpan... bila nak jatuhkan org baru keluarkan isu atau ugut... ini UMNO... hahha... memang sah PKR ni produk UMNO...huhuh, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

TGNA & TGHH x gaduh pun, kau APA hal?

in response to kami bersama ulama yang betul macam TGNA, bukan ulamak auta macam UMNO atau UG, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

TGNA & TGHH x gaduh pun, kau APA hal?

in response to kami bersama ulama yang betul macam TGNA, bukan ulamak auta macam UMNO atau UG, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Jgn nak sama kan nabi dan ulamak yg di maksudkan nabi dgn Ular dlm Semak

in response to Aku bersama ulamak.., nabi pun kena tuduh mcm2, inikan ulamak.., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Benar Sekali komen anda....setuju 200%

in response to Ulamak pewaris nabi, tapi ular dalam semak dan alamak pewaris siapa? ulamak bukan maksum......, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya selepas PRU14, tiada ADUN PAS dlm DUN Selangor.

Semua ADUN PAS sekarang termasuk persuruhjaya menang kerana sokongan drpd golongan profesional dan pengundi bukan Melayu.

Tindakan berbobalik balik ni akan menyebabkan golongan berkenaan akan hilang keyakinan dan kembali mengundi UBN.

Medan pertempuran di SGOR dan Terengganu atau Kelantan tidak sama.

Di T'Ganu, pertembungan adalah antara Islam dengan Nasionalisme @ Sekular.

PAS melalui kempen mempamerkan UBN sebagai parti sekular @ Nasionalisme yg mesti di tolak oleh majoriti Islam Melayu.

Di S'Gor, medannya ialah pertembungan antara amalan tadbir urus sifar rasuah, profesionalisme dengan kerajaan yang rasuah dan tadbir urus yang tidak beramanah.

Tanpa Nama berkata...

nk sangt brpakatan..tp trlalu naif nk politik campur..camne nnti nk tadbir malaysia yg berbagai agama dn bangsa..sbb tu pas xpas2..tuhan maha mengetahui..masa yg trbuang nk buat keputusan ptt digunakan utk perkuatkn tarbiah dan tazkiyah ahli..nampaknya tipu helah dajjal hampir brjaya..muhasabah la pas...

Tanpa Nama berkata...

simpati pada Pas dan ahli bawahan yg kebanyakannya org-org yg ikhlas brjuang termasuk Sdr Saari Sungip, tapi ana tak hairan sbb semenjak presiden dan pimpinan atasan Pas tak tegas dan jelas menentang syiah yg merupakan kanser pembunuh macam-macam krisis dan bala datang, semua ni berlaku bukan kebetulan tapi memang sunnatullah bila hal wajib diabai hal- hal lain juga akan turut berserabut tanpa ada sudahnya

bat8 berkata...

Anon 10:15

Terima kasih kerana upload video diatas. Semua patut melihatnya kerana ia adalah penjelasan TGHH sendiri. Kita kena beri peluang kepadanya memberi penjelasan atas tindakannya. Setelah itu kita kaji penjelasan itu berdasarkan perlembagaan PAS. Itulah yang sebaik-baiknya.

Adalah l3bih baik sambungan video tersebut diupload supaya kita boleh mendengar penjelasan beliau sehingga habis.

Reaksi pertama saya kepada video yg berdurasi +- 15 minit ini tidak menjelaskan tindakan-tindakan TGHH buang kelaut ilmunya dan perlembagaan PAS dan bertindak unilateral atau ikut kepala dia. Dia patut menjelaskan bahagian mana perlembagaan PAS yang digunakan dalam setiap tindakan-tindakan dia. Mungkin ianya ada didalam video yang masih belum diupload, harapnya. Namun dari cara yang saya tonton setakat ini, ia lebih kepada hendak menegak benang basah je.

Kita kena faham satu perkara penting tentang perl3mbagaan PAS. Ia meletakkan rujukan utamanya 4 perkara: KITABULLAH,SUNNAH,IJMAK & QIAS.

Dengan pengetahuan yang sedikit kita nampak tindakan-tindakan TGHH tidak selari dengan rujukan utama PAS. Tektik yang kita bol3h perasan adalah s3mua jahat PKR. Itu bukan alasan untuk buang kelaut ilmu yang melaut dan perlembagaan PAS.

Jika kita lihat tindakan-tindakan TGHH dan geng Ganunya melanggar setiap peraturan berorganasasi yang utama didalam perlembagaan PAS. Yang terbaru dalam menghantar s3narai te4baru calon MB kepada Tuanku Sultan Selangor, beliau membelakangkan AJK PAS Pusat dan menggunakan nama MSU didalam fungsi diluar fungsi MSU.

Itu persepsi dan pemahaman awal saya menonton video penjelasan TGHH bahagian 1 ini.

Yang membuat saya ketawa sendiri, TGHH telah menceritakan p3lbagai pergolakan yang dilalui oleh PAS sejak tahun 1955 tetapi tidak mengulas cerita dia menjadi MB Ganu sepenggal dan kejatuhan kerajaan sepenggal PAS Kedah.

Bagi mempertahankan tindakan Khalid yang bersih beliau membandingkan dengan kerajaan TGNA. Itu kerajaan orang lain. Sepatutnya dia bandingkan dengan kerajaannya dan kerajaan PAS. Ini kes sendiri punya r3kod sorok ambik orang punya track record. Saya mendapati benda ini mengelikan hati.

bat8 berkata...

Nko tak faham bahawa jawatan MB tu jawatan parti. Ia bukan macam jawatan dalam perkhidmatan awam -personal to beholder. Kalau pakai logik nko, buat apa UMNO tukar MB Terengganu dari Mat Said kepada Raziff. Kekallah Mat Said sampai habis penggal. Ni le mentaliti cai UMNO. Orang semua tak betul. Yang tak betul dia buat dia kata betul. Kalau nak sokong PAS pun jangan kena ikhlas. Semua penindasan kepada PAS kena hentikan. Bagi balik duit royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kerajaan PAS Kelantan. Laksanakan segera hudud di Kelantan yang sisuper genius Nik Amar dah serah kepada UMNO. Kalau setakat sokong kemudian masih dok menindas PAS,bukan sokong namanya. Itu nak menjahanamkan PAS.

in response to anon 11.17 ko ingat langkah kajang PKR bagitau pemimpin PAS ke perancangan tu... ko ingat nak tukar MB tu hak total PKR ke? apa keadilan yg ko beri kat MB? ... nam je parti keadilan... bila mamat tu tak nak letak jawatn baru heboh pasal salah guna kuasa beliau konon... apasal.. dari dulu tak cerita salah guna kuasa dia... apasal bila dia melwan baru nak dedah... kalau MB tak melawan... nak sorok bawah tikar ke semua kesalahan dia? hahahhaha... macam cara Tun mahathir je.... aparaaa... , by Anonymous.

BaDiN berkata...

PAS berkeras sebab mahu penuhi Kehendak Sultan dan dalam masa yg sama Mahu Kekal dalam PR.Dilema yg melanda PAS sebab buat keputusan mahu TSKI kekal MB mendahului sebab munasabab PKR pecat TKSI.Kemelut ini tak pernah berlaku dlm sejarah Demokrasi malaysia.Demokrasi belum mendeka lagi sbb ada org lain yg boleh menyekat kehendak demokrasi.siapa ???

BaDiN berkata...

Kemelut ini mungkin akan lebih parah lagi yg tak boleh diubat lagi Seandainya Sultan Pilih YB PAS jadi MB dan PKR,DAP tetap dgn keputusannya.Dari kalangan Yb mana mahu mengisi jawatan exco sekiranya PKR,DAP tak sokong MB ini.Yg jelas DAP akan berontak & mungkin PKR boleh berubah.DAP sanggup hilang kawan berbanding PKR sebab sejarah telah membuktikannya.PAS 13(tolak 2 yg telah sokong DSWA),PKR 13 & DAP 15 serta BN 12,1 Bebas.Tak mungkin berlaku 13 PAS+12 BN sebab terikat dgn Keputusan Muktamar mahu bersama PR.Mustahil akan berlaku PAS+PKR tanpa DAP.Jika PAs terkeluar dari PR maka dlm DUNS ada 4 kumpulan PAS 13,PKR 12,DAP 15,BN 12 dan Bebas 1.Formula kerajaan apa nak dibentuk.PAS tak dpt sokongan majoriti begutu juga dgn yg lain.Kemelut ini mungkin menyebabkan Sultan membubarkan DUNS dgn nasihat MB sekarang.PAS tak mungkin dapat balik kerusinya sebanyak itu sekiranya berlaku PRN.Pengundi PR mungkin ada yg boikot PRN ini dgn secara matematiknya BN dpt bentuk kerajaan semula.Selepas itu mungkin PAS akn hilang kawan dan kembali dagang bersaorangan.PAS akan berpecah kpd 4 kumpulan.1 PAS,2 Pro PR , 3 Pro Umno(nauzubillah) & 4 Neutral.

Tanpa Nama berkata...

Tak semua janji perlu ditepati. Petang ni kita janji nak pergi berkelah dengan kawan2. Bila hujan, kita batalkan janji. Mengelakkan mudarat yang lebih besar. Orang yang rapat dengan Allah akan diberi panduan dalam membuat keputusan. Pergilah solat subuh di masjid dulu baru layak menilai diri.

Tanpa Nama berkata...

Bagus la PKR dan PAS gaduh... kami dari UMNGOK gumbira melihat perkara ini berlaku... Usaha UMNGOK hasut PKR untuk salahkan PAS dan pujuk PAS rebut jawatan MB telah berjaya... UMNGOK akan terus berjaya menjahamkan Malaysia untuk 57 tahun lagi...

Yang Benar,
President KEDEPAN

KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:53

TG adalah pengiktirafan yang mulia dan tinggi yang diberikan oleh masyarakat kepad individu yang memileki ilmu ugama yang tinggi dan mengamalkan ilmu tersebut sebagai contoh untuk menjadi ikutan masyarakat.

Jika ilmu ugama yang melaut dibuang kelaut dalam tindakan seorang bertaraf TG, masih kekal kah taitel TG itu? Apa lagi kita lihat tindakan membuang ilmunya kelaut itu bukan sekali tetapi berkali2. Itu jawapan kepada soalan sdra.

Tanpa Nama berkata...

Segalanya sudah terlambat. Tak perlulah untuk buat 'back up' dan 'cover' sana-sini.
MSU bersuara...presiden bersuara...yang ain2 bersuara...sudah tidak ada makna selepas tindakan membabi buta dan mengetepikan keputusan majlis mesyuarat JK Pusat tempoh hari...
PAS jangan ingat sekarang zaman rakyat berharap pada ceramah seperti dulu2...Tak perlu rakyat sudah celik maklumat...Tak perlu bicara fasal perlembagaan, tidak perlu bicara fasal pengalaman memerintah...hanya Kelantan saja yang PAS kuasai lama...lainnya ternyata 1 penggal bukti kegagalan PAS dalam mentadbir, bukan disebabkan oleh parti tetapi MB yang dipilih tidak pandai politik pentadbiran.
Sekarang timbul isu PASMA...apa sebenarnya yang cuba dibawa oleh MSU? Sudah berbat tindakan menyanggah perlembagaan PAS dan JK Pusat serta keputusan Muktamar, cuba pula mencari kambing hitam untuk menjaga kreadibiliti...

Hakikatnya, apa yang disandiwarakan oleh PResdiden, SU Agung, MSU dan beberapa kerat orang di sekeliling Presdiden ternyata membawa PAS jauh kembali kepada zaman PAS dilihat begitu jumud dan tidak pandai memerintah...Nah sekarang bayangan itu kembali, emperlihatkan wajah buruk, sebagai parti yang tidak boleh diajak berpakat dan suka menikam rakan demi kepntingan peribadi.

Moga PAS akan diselamatkan daripada puak-puak yang cuba menghura-harakan organisasi ini, dan kembali kepada landasan asal. Jika Presiden sudah tidak berupaya menunjukkan kematangan memimin dan bertindak, apalagi mahu ditunggu, eloklah ditolak daripada menjadi bonek yang akhirnya akan menjatuhkan kreadibiliti sebagai Naib Presiden Ulama Sedunia....Amin.

Tanpa Nama berkata...

respone 12.47

Aku setuju..Pekung sendiri tutup. Apa cerita pil kuda plak..

Yang membuat saya ketawa sendiri, TGHH telah menceritakan p3lbagai pergolakan yang dilalui oleh PAS sejak tahun 1955 tetapi tidak mengulas cerita dia menjadi MB Ganu sepenggal dan kejatuhan kerajaan sepenggal PAS Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah.begitulah berakhirnya kisah tiga abdul...sorang tamak harta, sorang tamak kuasa berselindung demokrasi raja berpelembagaan, sorang bijak mengatur stategi politik....

D'BETA berkata...

Byk sangat musyakahnye...bubar lah...kasi lawan...mana yg rakyat mahu...

Tanpa Nama berkata...

hadi mesti berani beri penerangan di Selangor. masalah diselangor bukan di rusila kubu kuat dia. puak2 rusila taksub kat hadi. semua hadi kata benar belaka pada mereka.

orang Selangor ada banyak pertanyaan yang nak dikemukakan pada hadi. sila datang ke Selangor dan buat sesi soal jawab.