25 Sep 2014

[LIVE] PRK Pengkalan Kubor - Gambar & Video


Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.

Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

LINTAS LANSUNG
dari pelbagai sumber, MSTAR, mkini, TMI, harakahdaily, mutaligat dll

4.00 petang - Peratus keluar mengundi, 72 peratus

3.00 petang - Peratus keluar mengundi, 69 peratus (16,530 pengundi)

2.00 petang - Peratus keluar mengundi, 64 peratus (15,443 pengundi)

1.00 petang - Peratus keluar mengundi, 60 peratus (14,578 pengundi)

12.30 tengahari - Ketegangan belaku di kawasan daerah mengundi Geting yang merupakan kawasan ‘panas’ setiap kali pilihan raya berikutan tindakan segelintir penyokong fanatik parti-parti bertanding.

Caci maki dan kata-kata kesat mewarnai hari pengundian apabila mereka saling melemparkan fitnah kepada parti lawan dengan pelbagai jolokan seperti ‘PAS parti barua’, ‘BN parti fitnah’, ‘BN bodoh’, ‘PAS celaka’ dan ‘hancur BN’. -FMT

12.15 tengahari - Calon Bebas beliau sudah 'menang' kerana semua pengundi menggunakan pen. Beliau menggunakan lambang pen dalam pilihan raya kali ini.

-mstar 12.15 tengahari - Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata proses pengundian berjalan secara tenang dan terkawal. Beliau yakin keadaan ini akan berterusan sehingga proses pengundian tamat pada pukul 5 petang.

12.00 tengahari - Peratusan keluar mengundi, 54 peratus (12,945 pengundi).

11.45 pagi : Menurut SPR, sebanyak 43 peratus atau 10,367 pemilih telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi.

10.45 pagi : Kira-kira 27 % pengundi telah membuang undi di kesemua 11 pusat pengundian pada PRK Pengkalan Kubor. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR.

9.15 pagi : Cuaca di Pengkalan Kubor di awal pagi ini kelihatan baik dan cerah. Ini membolehkan para pengundi keluar membuang undi tanpa masalah. SPR menjangkakan 70 % pengundi akan membuang undi hari ini.

8.58 pagi - Calon BN, Mat Razi Mat Ail tiba di SK Simpangan untuk membuang undi. Beliau keluar dari pusat mengundi. Beliau berkata keadaan tenang dan terkawal.

8.20 pagi - Keadaan di SK Simpangan masih tenang dan terkawal walaupun kehadiran pengundi semakin ramai.

8.12 pagi - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim selesai membuang undi awal pagi ini.

8.02 pagi - Calon PAS hadir ke pusat mengundi diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Siti Zailah.

8.00 pagi - Semua pusat mengundi dibuka untuk proses membuang undi.

7.55 pagi - Keadaan di SMK Simpangan masih tenang. Ramai petugas dan media sedang menunggu ketibaan calon.

7.50 pagi - Pengundi yang datang awal dan telah membuat semakan daftar pemilih dibenarkan masuk ke perkarangan pusat mengundi dan beratur sementara menunggu proses pengundian bermula.

7.35 pagi - Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yusof tiba untuk memberi sokongan kepada calon PAS. 7.30 pagi - Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemantau mula memasuki perkarangan tempat mengundi. Polis mengawal di bahagian luar pusat pengundian.






akan dikemaskinikan setiap 15 minit. Harap refresh







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

prk peng.kubur sbenarnya refrendum buat pas,kalo kalah maknanya pas perlu mengantikn kepimpinan .krisis mb slangor memperlihat wajah sbenar pemimpin pas.kita asyik salahkn org lain atas kekalahan termasuklah jatunya terengganu.kepeutusan flip flop tak pgg janji inilah yg menghakis imej islamic pas dek kerna sgelintir pmimpin pas yg myebabkn jatuhnya negeri2 yg diperintah.ayuh pengundi hantarlah msj kpd pas,tukarlah pemimpin anda.

Tanpa Nama berkata...

Insyallah pas akan menang.sekiranya rakyat pkl kubor faham perjuangan pas

Tanpa Nama berkata...

Anon.1004 Batu api

Tanpa Nama berkata...

Pengkalan Kubur, adalah kubur bagi kumpulan UG dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

Kubor bagi UG, Kami Pas tak undi Pas

Tanpa Nama berkata...

pas mcm boleh menang, persoalannya bolehkah menang?

Tanpa Nama berkata...

Memang benar apa yang di tuis olah Anonymous 1004.bukan bagi abtu api tapi nasihat orang Pas supaya ajar sikit peminpin tak pandai meminpin

Tanpa Nama berkata...

12:06 macam sebelah Sana aja.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bagi alasan Allah belum nak bagi menang. Seolah olah menyalahkan Tuhan tanpa berusaha & memikirkan sesuatu macam mana nak menang? Boleh dgn air jampi aje ke!

Amuraria berkata...

pas pakai dengak la ! ayak duabelas daa !ABU !

bat8 berkata...

Orang tak faham perjuangan bukan isu utama. Yang menjadi k3bingungan ramai orang melayu sekarang ialah bentuk Islam yang dibawa oleh PAS sejak isu MB Selangor ini timbul.

Ini kerana Islam yang dibawa oleh PAS melalui ikonnya TGNA sejak 2008 dulu nampak jauh berbeza dengan Islam yang dibawa oleh TGHH semenjak krisis MB Selangor timbul. Islam PAS yang dibawa oleh TGHH nampak lebih banyak persamaannya dengan Islam versi UMNO.

Ini isu yang lebih p3nting. PAS bukan tiket pasti ke syurga. Tetapi Islam dalam keadaan sebenar seperti yang dibawa oleh Rasullullah saw adalah jalan yang pasti.