7 Sep 2014

Kecewa Dengan PAS Terutama UG, Penyokong PR Tanggalkan Lambang PR Dari Keretanya


Seorang penykong Pakatan Rakyat hari ini telah mengoyak dan menanggalkan pelekatr Pakatan Rakyat yang berlambang tiga komponen parti PR dari cermin belakang keretanya kerana kecewa dengan sikap angkuh Parti islam SeMalaysia.

Menurut catatan di media sosial penyokong PR berkenaan:

Maka, akibat segelintir sikap ANGKUH Parti Islam SeMalaysia, especialy Team UG, pada hari ini, 07/09/2014 - ku tanggalkan semua simbol "PAKATAN RAKYAT" - Rashid Xxxxxxx.

Beliau dipercayai begitu kecewa dan terkilan dengan sikap Presiden PAS bersama penyokong-penyokong taksubnya yang tidak lagi menghormati malah mencemuh parti rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Ramai yang menykong tindakannya dan dikatakan akan mengikut jejak langkahnya.

Di dalam ruangan komennya juga, beliau menambah:

Even, my members yg 'ahli' dlm PR sendirik tahu, den tinggalkan UMNO bukan atas nama Haji Hadi, bukan atas nama Nasrudin Hassan, bukan pula atas nama Nik Abduh, tetapi atas rasa Hormat, Simpati dan Terima Kaseh den keatas individu bernama Anwar Ibrahim - yg membuka minda pemikiran Rakyat!!!

Sementara itu, terdapat laporan menyatakan seorang ahli baru Pas telah mengisytihar keluar dari menjadi ahli PAS ...

Lebih malang lagi, menurut laporan berkenaan, beliau merupakan saudara baru (Cina) yang sebelum ini yakin PAS sebuah parti yang bukan perkauman.

Mesej beliau telah tersebar melalui perisian Whatsapps.

Di dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz dalam kenyataannya mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi yang memperlekehkan kebolehan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sambil menegaskan pengalaman, kredibiliti dan kelayakannya sudah cukup melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Siapa dia untuk mengatakan bahawa Dr Wan Azizah tidak mampu?” soalnya.

Katanya, tindakan Abdul Hadi juga disifatkan mengkhianati kepercayaan sekutu Pakatan Rakyat (PR) setelah membelakangi persetujuan sebelum ini. Malah katanya, pendirian PAS yang tidak tetap juga tidak boleh diterima oleh PR.

“Dia cuba meletakkan pencalonannya daripada tiga nama daripada PAS dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat Pakatan Rakyat.

“Jika dia tidak berpuas hati dengan gabungan PR, dia harus meninggalkan parti,” katanya.

Jelasnya lagi, integriti Abdul Hadi selaku Presiden parti Islam juga dipersoalkan kerana kejutan pusingan-U yang dibuat Abdul Hadi pada saat akhir.

“Hadi menipu kita semua, termasuk ahli-ahli partinya sendiri dan ini adalah benar-benar mengecewakan,” ujarnya,

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini turut meminta Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Menurut ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan itu dilihat tidak mencerminkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi ia daripada presiden sebuah parti komponen kepada presiden parti komponen yang lain.

"AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah telah memimpin PKR sejak 1999, dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2008.

"Beliau telah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang telah memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

AMK turut kesal dengan kenyataan berkenaan dan mahu Abdul Hadi agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan yang meletakkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.


‘Hadi deceived all of us’

Wanita PKR information chief Azura Aziz has accused PAS President Abdul Hadi Awang of deceiving not only his coalition partners, but members of his own party.

Her sentiments were echoed by PKR Youth chief Nik Nazmi Nik Ahmad, who said Hadi’s recent statements were “putting to test the friendship of the Pakatan coalition.”

The two said this in reference to Hadi’s opinion that PKR president Wan Azizah was not qualified to be the Menteri Besar of Selangor.

“Hadi is just being a chauvinist. In terms of experience, credentials and qualifications she has what any right-thinking person would consider as being qualified,” Azura said, citing Wan Azizah’s academic qualifications and her political leadership not only as the founder of the Reformasi Movement but her work as the ADUN for Kajang.

Azura also said PAS’s flip-flop stance “cannot be tolerated” as it was not in the spirit of being a coalition partner.

“If PAS cannot toe the line of the coalition, he should use the same advice he gave his own party members which is to leave the party if they are dissatisfied,” she said.

“The trust has been broken” because Hadi’s “surprise U-turn” showed he didn’t honour his word and lacked integrity.

“Hadi deceived all of us, including his own party members and this is utterly disappointing.”

Nik Nazmi meanwhile said Hadi’s statement about Wan Azizah’s lack of leadership qualities to effectively govern Selangor as the Menteri Besar was “not appropriate” and “uncalled for.”

The Seri Setia assemblyman also urged Hadi to respect the decision made by the PAS Central Leadership and Pakatan Leadership Council, adding that Hadi’s inappropriate statements were putting to test the friendship in the Pakatan coalition.
-FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami menyeru Dewan Muslimat semua .... sila letak jawatan dan keluar dari PAS . PAS tidak lagi memandang Wanita itu mempunyai hak untuk bersama-sama meminpin rakyat . Wanita PAS tiada harga diri dalam PAS ... hanya alat untuk merayu undi ..... begitu juga NISA'. Kami tidak sokong PAS lagi .... semua bahan-bahan PAS yang ada dalam simpanan , telah kami tong sampahkan !!!!

Tanpa Nama berkata...

PKR lawan PAS, DAP tepuk tangan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah Hj. Hadi kerana pada pandangan beliau Azizah tidak layak jadi MB. Bagi Presidoon PAS org yg layak adalah orang yg boleh bercakap berdegar-degar sehingga tumbang microphone tapi isinya habuk, itulah org yg layak baginya dan yg seangkatan dengannya.

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu wan azizah layak atau taj layak buka lah balek rakaman ucapan beliau dalam apa apa majlis. Adili sendiri. Hidup Hj. Hadi.

Putra IJ80 berkata...

Mereka yang berjuang atas nama PAS dan mendokong prinsip perjuangan nya tidak semudah itu melongkangkan PAS...

Kita terima apa jua yg.berlaku itu sebagai Qada n Qadar ketentuan Ilahi...

Kita yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

Kita merancang Allah juga lebih baik perancangan nya...

Kita tanya diri kita menyokong PAS..ada kah kita sendir bernar benar menghayati Islam..atau hanya sekadar atas nama?

Kalau solat ikut sempat Alquraan sekadar di lihat ke surau ke Masjid..x nampak kelibat...

Tak payah mengaku Ahli PAS...kerana orang yg berjuang atas Agama(salah satu cabang nya syasiah/Politik) kuat Aqidah iman dan percaya ketentuan Tuhan...

Jadi jangan cari alasan dangkal...utk keluar dari PAS atau meninggalkan PAS..dan jagan menipu org.lain bahawa diri itu Ahli PAS...

Kami org PAS sudah banyak belajar dari sejarah nya...dari PAS cap tangan ke bulan Bintang ke bulan penuh....berbagai bagai dugaan kami hadapi...kami x akan berubah dari menyokong PAS In sya Allah.

Tanpa Nama berkata...

anon 6:13

ini bukan soal ahli tak ahli pas.
tetapi kita sebagai sebuah parti politik selain sebagai sebuah jemaah.
kita masuk bertanding dlm pilihanraya, kita perlukan juga penyokong, terutama mereka yg diatas pagar. mereka membentuk kumpulan yg ramai. kita perlu peka dan sensitif dgn pendapat dan pendirian mereka.

Tanpa Nama berkata...

Macai 2 umno dah mula nak asut musilmat 2 pas

Tanpa Nama berkata...

Pandai ugama tidak menunjukan iman tinggi.Oleh itu janganlah kita tertipu dengan orang yg pandai bercakap ugama.Islam yg hendak tegak melalui politik demokrasi sudah nak sampai kapenhujong nya.Islam tidak mengajar,banyak tu betul dan sedikit tu salah.Banyak tu kuat,sedikit tu tak kuat.

Tanpa Nama berkata...

Muslimat PAS yang betul betul komited dengan perjuangan menegakkan negara Islam janganlah terpengaruh dengan hasutan supaya meninggalkan perjuangan PAS dengan alasan anda tiada harga diri dalam PAS....ingatlah kalau anda keluar dari PAS dan menyertai UMNO lagilah anda tiada harga diri dan akan diperalatkan selama - lamanya sebagai tukang sorak, tukang pegang gunting dan macam macam lagilah ...........

Tanpa Nama berkata...

Kita pun tak pasti kenapa PAS sokong Anwar selama ini. Kemungkinan besarnya sebab PAS dan Anwar berkongsi musuh iaitu kerajaan pimpinan BN. Bila Anwar memaksa semua sokong isteri beliau sendiri Azizah jadi MB, ramai sangsi dengan pegangan MORAL Anwar, serta muslihat jahat disebalik istilah keramat NEPOTISMA / KRONISMA yang sering jadi laungan.......

Amboxx

Tanpa Nama berkata...

Mcm le mng piliharanraya semua atas undi ahli parti...perasan....walhal pengundi dan penyokong lg ramai dri ahli...

Tanpa Nama berkata...

kalau lah dirasakan wan azizah itu tak layak kenapa masa mesyuarat dalam PR tak dinyatakan dengan jelas sebab kenapa beliau tak layak menduduki jawatan MB...kenapa pula setelah dah bersetuju dalam mesyuarat tiba-tiba selepas tu di luar menentang keputusan yang dipersetujui. adakah sikap dan perbuatan seumpama orang munafiq ini layak dan dibenarkan dalam islam. Minta kepada yang masih nak sokong perbuatan yang batil ini tolong jawab.?

Tanpa Nama berkata...

Umno dah lama menanti jawapan tuan presiden, tunngu apa lagi puak ug.

Berpuluh puluh tahun berpolitik tapi bengap.

Jangan malu2 pinangan dah dibuat..jejaka umm sedang menanti.

Tanpa Nama berkata...

saya malu kpd rakan2 non-muslim lain yg selama ini telah menganggap PAS tidak membezakan bangsa di negara ini dan menjadikan agama sebagai panduan hidup tapi malangnya tuan presiden sendiri sudah menunjukkan belang kemelayuannya yg pekat sama spt parti cap keris..Kini ramai antara mrk sudah pandang serong atas tindakan tgha...Saya mohon jgnlah PR berpecah utk hadapi pru 2018 nanti..Kami mahu Malaysia yang baru..tolonglah!

rli79 berkata...

Pandai agama x semestinya pandai berpolitik. Kecewa dgn keputusan flip flop tuan presiden. Kalo ceramah ni diorg panggil munafik bila tang depa nak paggil apa? Nti diorg akan pusing.

Tanpa Nama berkata...

Umur PAS bukan baru macam PKR, dah bermacam perit jerih dah dilalui. Siapa anwar ibrahim yg nak menentukan hala tuju dan mengarah pas? Pas ditubuhkan oleh ulama dan majlis syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Hanya setelah majlis syura ditubuhkan baru golongan bukan pendidikan agama boleh menjawat jawatan sehingga timb. presiden. Jika tidak, mat sabu, khalid samad, husam musa dll hanya setakat ahli biasa saja.

sitimunirah berkata...

saya suka blog ini. kita sokong parti, bukan taksub kpd individu. dan kritikan kpd presiden pun dilakukan dengan baik, tiada maki-maki dan caci-hina. teruskan GB. you have our full support.

Tanpa Nama berkata...

Saya takut hadi akan mati terhina dalam politik tanah air kerana kemunafikannya.

Tanpa Nama berkata...

Kelakar gila. Presiden PAS berbangga PAS Kelantan dpt memerintah 20 tahun. Tetapi beliau tak sentuh lansung pemerintahnnya sendiri di Terengganu hanya bertahan satu penggal. Kalau royalti jadi masalah kenapa PAS Kelantan boleh survive, Terengganu tidak? Berkebolehan sgt ler tu.......

Tanpa Nama berkata...

PRK Pengkalan Kubor..... apakah PKR akan membalas dendam secara senyap dgn tidak keluar mengundi. Kita tengok nanti betapa peritnya perayu2 undi PAS dgn muka tak tahu malu merayu undi kepada golongan atas pagar yg selama ini lansung tidak diambl peduli.

non berkata...

Setuju dgn kenyataan saudara... kalau diri atau hati. kita jauh dari surau atau masjid ... Jgn bicara soal Islam... Jgn ingat senang nak pengaruhi ahli PAS

in response to Mereka yang berjuang atas nama PAS dan mendokong prinsip perjuangan nya tidak semudah itu melongkangkan PAS... Kita terima apa jua yg.berlaku itu sebagai Qada n Qadar ketentuan Ilahi... Kita yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku... Kita merancang Allah juga lebih baik perancangan nya... Kita tanya diri kita menyokong PAS..ada kah kita sendir bernar benar menghayati Islam..atau hanya sekadar atas nama? Kalau solat ikut sempat Alquraan sekadar di lihat ke surau ke Masjid..x nampak kelibat... Tak payah mengaku Ahli PAS...kerana orang yg berjuang atas Agama(salah satu cabang nya syasiah/Politik) kuat Aqidah iman dan percaya ketentuan Tuhan... Jadi jangan cari alasan dangkal...utk keluar dari PAS atau meninggalkan PAS..dan jagan menipu org.lain bahawa diri itu Ahli PAS... Kami org PAS sudah banyak belajar dari sejarah nya...dari PAS cap tangan ke bulan Bintang ke bulan penuh....berbagai bagai dugaan kami hadapi...kami x akan berubah dari menyokong PAS In sya Allah., by Putra IJ80.

Tanpa Nama berkata...

Pihak dah gatal tangan nak bertepuk pa dan nak mula berpecah...pakat gila pangkat dan kuasa dan tak ingat kesedihan dahulu ditekan oleh sapa...dan hari ini serenok berebut kuasa sampai lupa matlamat perjuangan...dulu ...siapa yg nak kita lawan....

Tanpa Nama berkata...

Yg nak sokong Pas keluar ke PR lebih baik isi borang masuk BN... senang cite

Tanpa Nama berkata...

harong ding keluar berita tv3.

teringat kata almarhum: musuh bila dia sokong kita, mesti ada yang tak kena..

Tanpa Nama berkata...

Setuju anon 12.11am.

non berkata...

Dah mmg dasar pemimpin... mesti pandai berkata kata...

Tanpa Nama berkata...

Anon 9.07pm
Kala tak tau sejarah PAS yg sebenar,tak usahlah buat orang gelak-ketawa.Dato Asri bukan ulamak,Majlis Syura Ulamak ujud zaman Tuan Hj.Yusuf Rawa jadi YDP.

Tanpa Nama berkata...

Ciri-ciri ulamak munafik:

AMANAT HADI


SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

PERCAYALAH,

KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.

KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TAK PERLU MASUK HINDU, KITA TAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN `POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.

Tanpa Nama berkata...

Pas kena keluar pakatan? No hal. Susah? Pas dah biasa susah. No hal punya. Pkr & dap yg takut kot.

Unknown berkata...

Orang x kuat iman gitu ler..
X fikir hikmah setiap ketentuan Allah..

Penghasut x der telor yg berselindung balik anonymous tu yg patut masuk longkang..

Ada brani..

Ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

anda menampakkan diri anda buta sejarah dan bercakap semberono, khalid samad, mat sabu dan yg lain disebut adalah wira pas, yg berjuang dlm pas dr zaman muda mereka hingga ke tua, pemimpin yg kami sayangi dan yg sangggup masuk tahanan ISA demi pas, jgn sesekali menghina mereka -
sbg respond kpd:

Anonymous said...

Umur PAS bukan baru macam PKR, dah bermacam perit jerih dah dilalui. Siapa anwar ibrahim yg nak menentukan hala tuju dan mengarah pas? Pas ditubuhkan oleh ulama dan majlis syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Hanya setelah majlis syura ditubuhkan baru golongan bukan pendidikan agama boleh menjawat jawatan sehingga timb. presiden. Jika tidak, mat sabu, khalid samad, husam musa dll hanya setakat ahli biasa saja.

September 7, 2014 at 9:07 PM

Tanpa Nama berkata...

Semua nih macai politik. Baik PR or BN. Bila disokong, sanjung nak rak. Bila bercanggah, hamun tak henti-henti.

Dulu apa saja jadi, salahkan UMNGOK, janji menang. Bukak segala keburukan dan kesilapan UMNGOK, janji orang benci. Sekarang? apa saja jadi, salahkan MSU dan mereka yang bantah.

Dulu PAS angguk saja pada PKR n DAP cakap, puji sebab setia kawan. Bila PAS bantah, kianati kawan.

PKR n DAP saja ke ada kuasa bersuara? PAS tukang angguk saja? Janji dapat join berkuasa? PAS banyak beralah, bertolak ansur dengan PKR n DAP bahkan terus ditekan, dipaksa angguk ikut apa cakap PKR n DAP.

Kini alasan auta, u-turn, tak amanah, menipu n pembelot dijaja sebab PAS bertindak bertentangan. Bila PKR n DAP cakap tak serupa bikin, PAS juga disalahkan.