6 Sep 2014

Calon MB: PAS Melaka Mahu Penjelasan Mengapa AJK PAS Pusat Dipinggirkan

PAS Melaka kesal keputusan parti tak dituruti

Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor, demkikian lapor malaysiakini.

Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.

"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada penglibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan bahawa nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali tiada dalam senarai itu.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin sahaja.

Majlis Syura PAS mengaku bertanggungjawab dalam memutuskan nama calon PAS sahaja untuk pertimbangan istana.

Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.

"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.

"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar,"
katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengelak daripada mengulas kenyataan Adly.

"Keputusan terakhir (siapa menjadi MB) PAS serahkan kepada budi bicara Tuanku.

"Saya fikir siapa pun nama yang akan naik itu adalah pilihan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Shah Alam pagi ini.

Tegas Sallehen, sesiapa sahaja yang dipilih nanti perlu mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Beliau juga menolak spekulasi bahawa krisis ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Di dalam perkembangan berkaitan, PAS Bukit Katil meminta pihak tertinggi parti supaya sentiasa berhati-hati dalam menguruskan jemaah kita. Segala keputusan yg diambil mestilah mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Yang dipertuanya, Sdra Sofi Wahab yang juga salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka di dalam kenyataannya menyatakan PAS Kawasan Bukit Katil menunggu dengan sabar perkembangan seterusnya mengenai isu MB Selangor.

"Kepimpinan bertanggungjawab memurnikan parti dengan semaksima mungkin. Kesilapan lalu jika ada mesti diperbetulkan dengan segera," tambahnya.


KENYATAAN PAS MELAKA

Merujuk kepada Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa PAS menghantar 3 nama kepada Sultan.

1. PAS Melaka merasa amat terkejut dengan tindakan tersebut.

2. Saya juga merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor

3. PAS Melaka akan meminta penjelasan lanjut dari pimpinan tertinggi dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 7 September 2014.

4. PAS Melaka merasakan tindakan menghantar 3 nama ( 2 PKR dan 1 PAS) akan:-

i) Menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS
ii) Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar.

Haji Adly bin Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka



ISU MB SELANGOR : HATI2 URUSKAN PARTI

PAS Kawasan Bukit Katil menunggu dengan sabar perkembangan seterusnya mengenai isu MB Selangor.

Pada masa yang sama PAS Bukit Katil mengharap pihak tertinggi parti supaya sentiasa berhati-hati dalam menguruskan jemaah kita. Segala keputusan yg diambil mestilah mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Kepimpinan bertanggungjawab memurnikan parti dengan semaksima mungkin. Kesilapan lalu jika ada mesti diperbetulkan dengan segera.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asas
Menurut Fasal 8(9) Majlis Syura perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8 (10).

(Nota: Jumlah keseluruhan ahli Majlis Syura adalah 16 orang)

Isykal:
1. Bilakah Majlis Syura Ulamak (MSU) bermesyuarat dan menamakan tiga nama calon Menteri Besar Selangor, sebagaimana didalih Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

2. Bilakah notis panggil mesyuarat dikeluarkan? (tunjuk bukti hitam putih surat itu)

3. Namakan sekurang-kurangnya 9 ahli Majlis yang terlibat berbuat keputusan tersebut, jika mesyuarat MSU itu rasmi?

Tiga soalan ini perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Hakikat
Yang pasti pengakuan Nik Zawawi seperti berita di atas jika dibuat sekalipun, jelas tidak sah kerana disertai 4 orang sahaja (tidak cukup korum).

Tanpa Nama berkata...

Saya respect dgn anda...ini contoh pemimpin dimasa akan dtg bukan jadi yes man.

bat8 berkata...

Anon 3:53 am

Kena t3ngok dan baca alasan TGHH bila memberi sebab mengapa dia buat senarai terbaru sendiri menggunakan budibicara dia sorang. Dia kata ada peruntukan didalam perlembagaan PAS yang presiden boleh bersikap diktator. Timbalan presiden ke,naib presiden ke sesiapa sahaja kena ikut. Dan dia guna kuasa ni untuk buat senarai sendiri mengenai nama calon MB Selangor yang te4baru. Ini te4masuk surat yang seb3lum ini yang dia hantar 3 nama Adun PAS.

Rujukan

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-guna-budi-bicara-dan-perlembagaan-pas-namakan-calon-mb-kata-hadi

Masuk akal ke tak? Saya tak tahu samada peruntukan itu ada atau tak. At-takanan mungkin boleh jelaskan. Tapi takkan lah kuasa diktator itu meliputi perkara sebesar ini dan kepada keputusan yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat.

Dia tak cerita pulak bagaimana MSU boleh terlibat pulak sedangkan AJK PAS Pusat tak bol3h. Makin pelik nampaknya sekarang...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan tuan menegakkan kebenaran. Tegur pemimpin sendiri yg melakukan kesilapan. Itu ajaran islam. Jgn nampak silap parti lawan saja. Tsk ada lagi org maksum sekarang. Jangsn taksub.

Tanpa Nama berkata...

Kelantan Kedah terangganu majoriti tu Pas boleh mcm tu, APA punya alasan

Tanpa Nama berkata...

Ulamak itu pewaris nabi? Ulamak yg macam mana? Adakah mereka yg menghukum/memfitnah orang yg terlibat dgn pil kuda tanpa bukti kukuh kita nak kata dia tu ulamak? Jangan kita terlampau taksub dgn mereka yg berjubah & berserban.

Tanpa Nama berkata...

Hadilah nyamuk yang bawa denggi dan dengki kepada Pas?

Tanpa Nama berkata...

singkir Hadi dalam muktamar, tapi UMNO memang tak setuju, nanti Utusan akan kempen untuk hadi

Tanpa Nama berkata...

apabila islam disentuh Hadi dah jadi macam mayat, bila nak jadi MB hadi sanggup berpakat UMNO?

BaDiN berkata...

Kritik Bukan Bermakna Melawan.Tegur Bukan Bermakna Bangkang,Bangkang Bukan Bermakna Marah,Marah Bukan Bermakna Tak Suka,Tak Suka Bukan Bermakna Benci,Benci Bukan Bermakna Dengki.Demi Sayangkan Parti PAS.ahli ahli harus berani melahirkan buah fikiran yg membina utk melihat PAS sebuah parti Alternatif kpd Umno.Jgn jadi mcm umno yg buruk di dalam tapi nampak baik di luar.PAS jgn rasa ia sebuah parti yg maksum,Jgn rasa begitu sebab ia akan memakan diri sendiri.Pemimpin akan bertukar ganti Tapi Jamaah tidak akn bertukar ganti SELAGI DI ATAS LANDASAN YG BENAR.MUHASABAH AKAN MEMBAWA BERKAT.

Ibn Sabil berkata...

Copy paste from loyar Zulhazmi At-Takanan
Azizah tak layak jd MB sbb tu kami calonkan Iskandar....
Sebab apa Azizah tak layak?? Azizah tidak pakar..
Azizah tiada pengalaman..
Azizah isteri Anwar..
Azizah boneka Anwar..
Azizah perempuan..
Yang dia tak sedar...
Azizah tu Presiden PKR sama mcm dia Presiden PAS..
Azizah tu bekas Ketua Pembangkang yg dia dulu pun di belakang Azizah..
Apa istimewa Iskandar berbanding Azizah??
Iskandar Pesuruhjaya Pas Selangor..
Iskandar Exco Selangor..
Itu ja?? Rasanya Azizah lbh layak mengikut Perlembagaan Selangor krn Azizah ada sokongan majoriti Adun Selangor tp Iskandar hanya ada sokongan 13 Adun Pas & 12 Adun Umno yg sokong tanpa syarat...
Tp isu asal Azizah tak layak ialah Azizah isteri Anwar & takut Anwar gunakan Azizah ambil duit RM3 bilion & lari ke luar negara... Sapa bg info?? Risikan SB....

Tanpa Nama berkata...

sbb hadi byk pengalaman lah tganu terlePAS ke umno masa dia mb. sampai LA NI tak dpt balik.
sbb hadi byk pengalamanlah Kedah terlePAS ke umno masa dia presideng. sampai LA tak dapat balik.

hadi memang byk pengalaman. pengalamnan jual negeri!!!

DSWA hanyalah seorang DOKTOR dan PRESIDEN pkr.

"she went on to study medicine at the Royal College of Surgeons in Ireland where she was awarded a GOLD medal in obstetrics and gynecology and she later graduated as a qualified ophthalmologist."

orang ada pingat mas diberi oleh kolej perubatan berprestij, hadi ada apa?

jprdsemenyih berkata...

Kepada Adli Zahari yang diketahui umum cukup istimewa hubungannya dengan Timbalan Presiden PAS, kami rakyat negeri Selangor juga terkilan dan bersimpati dengan sebahagian AJK PAS Pusat yang terlebih-lebih meletakkan kasih sayang mereka kepada pihak luar parti, mengelabui sentimen rakyat yang menolak UMNO-BN kepada menolak kepimpinan syura ulama', dan khianat kepada amanah muktamar yang diberikan oleh ahli PAS untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, bukannya untuk setiap masa membabi buta mengikut kehendak politik pihak luar atas nama strategi kononnya. Tatkala tekanan-tekanan yang hebat diberikan kepada Tuan Guru Presiden daripada dalam dan luar parti, maka tidak terbitkah rasa terkilan dan simpati Adli Zahari kepada Tuan Guru Presiden? Kami rakyat negeri Selangor sangat faham titah Sultan negeri kami, yang meminta supaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama calon MB. Ini jelas bermaksud, paling minima tiga nama! Imej PAS bukan semata-mata sebagai gerakan siasah, tetapi juga memikul amanah dakwah yang lebih besar dan berat untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap hukum Islam yang sebenar sebagaimana digariskan di dalam al-Quran. Satu soalan kepada Adly Zahari: jika kita menuduh seseorang korup tanpa mendatangkan bukti yang kukuh dan munasabah, dan hanya semata-mata memenuhi strategi dan muslihat politik, adakah perkara ini tidak mencalarkan imej Islam secara keseluruhannya?