1 Sep 2014

Benarkah Muktamar PAS Ke 60 Berpindah Lokasi Ke Batu Pahat?


Telah tersebar di media sosial menyatakan lokasi Muktamar PAS Kali Ke 60 yang dijadualkan berlansung di Taman Sutera Utama, Skudai dari 18 hingga 20 September akan terpaksa dipindahkan lokasi ke Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat.

Menurut maklumat yang tersebar itu, UMNO/BN telah memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat

Justeru itu, PAS Johor telah mengumumkan lokasi baru muktamar iaitu di Parit Raja, Batu Pahat dimana tanah berkenaan adalah milik seorang ahli PAS. Lokasi bermpiran dengan UTHM di tepi jalan utama.

Kenyataan itu menyebut, pihak PAS Johor memohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan. PAS Johor juga memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

Setiausaha Agung PAS dikatakan akan membuat pengumuman rasmi perpindahan berkenaan selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.

Oleh kerana maklumat tersebut telah tersebar luas, pimpinan PAS perlu segera untuk memberikan maklumbalas samada berita tersebut benar atau palsu. Untuk menunggu Mesyuarat PAS Pusat pada 7 September sudah terllau lewat kerana ia begitu hampir dengan tarikh muktamar dan akan menyulitkan persiapan perwakilan dan pemerhati yang menghadiri muktamar tersebut.

Media rasmi PAS, harakahdaily/Harakah belum lagi mebuat sebarang laporan atau ulasan mengenainya.


Muktamar PAS ke 60

Salam kepada semua AJK PAS PUSAT, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri danj Ketua-ketua Dewan.

Setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam tadi 30 ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS ke 60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun UMNO bermain wayang. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali serta Tn. Asmuni Awi dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.

1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan utama.

2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua kemudahan khemah telah siap sedia.

3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga. Johor memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba dihalang oleh UMNO/BN akan membawa kemusnahan kepada mereka

5. Dewan Muslimat harap segera hubungi ana untuk final lokasi ini.

Hanya untuk dalaman saja. Pengumuman rasmi perpindahan akan dimaklumkan oleh SUA selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.

JAWAPAN YB PJ JOHOR
- pakat-pakatkalih










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



12 ulasan:

Din berkata...

Mmg betul berpindah.. telah dimaklumkan kpd perwakilan

Tanpa Nama berkata...

SALAM

Inikah layanan umno kpd pas yg pada masa yg sama nampak beria-ia benar nak berkelobarisasi dgn umno di selangor.

sedarlah sikit puak2 pas wey

Tanpa Nama berkata...

Blogger Addin Deen said...
Mmg betul berpindah.. telah dimaklumkan kpd perwakilan

mengapa ya tak keluar dalam harakahdaily sdgkan harakahdaiy yg tlh mewarwarkan seblm ini muktamar berlansung di skudai johor?

Anti Fitnah berkata...

PAS mana mungkin nampak kejahatan dan pengkhianatan oleh UMNO sebab yang sokong UG tu, hatinya bukan untuk PAS, badan saja nampak PAS.
Nak buat macam mana, ahli PAS pun 2 x 5 dengan UMNO. Bukan kena mana pemimpin yang baik dan yang tidak baik.
UMNO tu ibarat anjing paria. Kalau hangpa ada bawa tahi, maka depa dekat dengan hangpa tapi bila depa dah dapat tahi, maka depa akan tinggalkan hangpa.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Pembuka kata: Al Fatihah

Kepada pendokong UG di dalam PAS... ucapanku padan muka, gomol lagi dengan UMNO.... LOL

ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh*

* hanya ulama yang nak bergomol dengan UMNO.

ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,
ABU: Asal Bukan Ulama_Bodoh,

Penutup: Tasbih Kifarah & Surah Al Asr'

Tanpa Nama berkata...

Minta ulama pas yang mulia pergi sekesaikan dengan unmo. Boleh nego kurang satu exco di selangor nanti.

Tanpa Nama berkata...

"UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut"

Nampak macam kesal sahaja geng-geng UG ni bila Umno yang telah dikenali lebih 50 tahun sebagai musuh Pas membatalkan "layanan baiknya" kepada Pas.

Tetapi tidak ada rasa kesal pun bila mengkhianati rakan sepasukan sendiri.

Inilah rupa paras Pas sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Lagi mau berpeluk dgn umno?

Akhir kata... PADAN MUKA KORANG lebai2 bodoh dalam pas.

Pi telan pil kuda banyak2. Kalau tak cukup boleh order dari presiden dan menantu cap ayam. Nik amar pun ada simpan stok.

BaDiN berkata...

Kenapa nak diumumkan pada 7 sept,Perlu umumkan awal sebab akan menyusahkan perwakilan & tetamu.Kenapa lembab sangat PAS nak umukan padahal ini adalah urusan parti bukannya urusan tukar MB Selangor.Sila dapatkan maklumat tepat wahai SUA PAS dan umumkan segera.Urusan rumahtangga sendiri pun nak Lembab Jugak.Jgn jadi Parti Silembab..

Tanpa Nama berkata...

PAS dalam bab nii mmg lembab nk umum...ada harakah pun x gunakan...ha ustaz UG padan muka..nk UMNO sgt kan...baru sewa tanah dah kena kick out

Tanpa Nama berkata...

betul ke UMNO yg buat hal...GB Cari info betul2...

Tanpa Nama berkata...

Ini kes lebai vellfire dan din ayam serama buleh bereskan...kalu x settle jugak panggil nik amar dan mat yakob...kalu x settle jugak panggil su pas selangor gerenti selesai...