8 Sep 2014

Apa Beza PasMa Dengan Tautan Rahmat?


Anggota PAS dilarang sertai PasMa, kata Tuan Ibrahim

Naib Presiden PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata anggota PAS tidak dibenarkan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sekiranya ia merupakan sebuah pertubuhan parti politik.

Beliau juga berkata, PAS tidak menggalakkan sekiranya ahli PAS ingin menyertai pertubuhan itu jika ianya sebuah pertubuhan kebajikan kerana dalam parti Islam itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.

"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.

"Tapi tidak ada keperluan ahli PAS untuk sertai PasMa kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya kepada pemberita selepas program Ijtimak PAS Selangor 2014 di Serdang Selangor hari ini.

Antara lain beliau juga menolak PasMa dilihat sebagai alternatif PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya isu alternatif tersebut bukan merupakan perkara baru dalam sejarah parti Islam seperti mana penubuhan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"Tidak mungkin,‎ isu ini bukan perkara baru dulu pun ada isu penubuhan Berjasa dan Hamim. Ini kerana PasMa mendapat liputan meluas sebab itu ia tersebar dengan cepat," katanya.

PasMa kini menjadi sorotan media berikutan krisis Selangor yang memperlihatkan keretakan ketara dalam PAS.

Penganalisa menganggap PasMa merupakan alternatif memainkan peranan dalam PR.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini.

"Kami akan memperkukuhkan sistem dua parti yang sudah berjalan dengan baik kini."

‎Ketika kepimpinan utamanya dilihat membuat tindakan dan kenyataan provokasi terhadap rakan mereka PKR dan DAP, PasMa pula lebih cenderung mengekalkan persahabatan dalam PR.

Mesyuarat pertama PasMa berlangsung di Kota Baru pada 31 Ogos lepas.

Sementara itu Tuan Ibrahim juga yakin sekiranya PasMa kononnya dapat menggantikan peranan PAS dalam PR ia juga tidak dilihat sebagai satu parti progresif.

"Kalau kata nak tubuh parti sebab tidak puas hati dengan satu isu saya fikir parti itu tidak akan jadi progresif, parti perlu ada satu agenda besar.

"Meskipun itu hak mereka namun Malaysia ini berasaskan sistem dua parti dari segi ruang politik susah hendak bertahan dan saya yakin ahli PAS tetap istiqamah dengan perjuangan parti ini."

Dalam perkembangan berkaitan mengenai isu krisis Selangor, beliau sekali lagi mengulangi pendirian yang diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pagi tadi.

"Kita tetap dengan keputusan iaitu kita tidak mahu kerusi itu dan kita berikan kepada PKR‎," katanya. -TMI

Pasma bukan parti politik baharu


ALOR SETAR - Desas-desus mengatakan Pas berpecah dua apabila wujud parti serpihan dianggotai ahli yang dikatakan kecewa terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) terjawab, apabila disahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pro-PR.

Pasma yang kebelakangan ini disebut-sebut bakal menggantikan Pas dalam PR, dan didakwa dianggotai golongan Anwarinas didaftarkan 10 Ogos lalu, di Kedah sebagai NGO yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.

Presidennya, yang juga Adun Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma berperanan sebagai platform kepada pemimpin PR untuk membincangkan isu-isu politik.

“Pasma ditubuhkan bukan untuk gantikan Pas, itu sekadar andaian pihak luar. Namun jika perbincangan antara pemimpin PR pada masa akan datang menjurus kepada itu, terpulang. Bukan bidang kuasa Pasma untuk bincang aspek itu kerana ia bawah kuasa pemimpin utama PR.

“Jika dalam parti, perbincangan agak terbatas, sebab tertakluk pada peraturan. Pasma memberi ruang untuk bincang isu politik untuk manfaat PR agar terus relevan dalam masyarakat dan jadi parti alternatif terbaik,” katanya.

Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah menegaskan, Pasma tidak akan bertukar menjadi parti politik kerana ia didaftar di bawah NGO, dan sekiranya mahu diubah status, ia perlu didaftar bawah entiti berbeza.

“Kita hanya bergerak atas isu-isu politik kerana itu keutamaan kami. Namun objektif bukan untuk bertanding dalam pilihan raya. Objektif kami untuk wujudkan politik sihat dan demokrasi,” katanya.

Beliau juga bersedia berdepan pelbagai tohmahan dan kritikan ekoran menubuhkan NGO itu di saat PR berdepan saat getir gara-gara isu pemilihan Menteri Besar Selangor.

“Pasma diwujudkan pada waktu yang sesuai, kerana sekarang wujud pergeseran yang jelas dalam PR terutama isu MB Selangor di mana jelas perbezaan pendapat antara Pas, DAP dan PKR. Pasma berhasrat sediakan platform untuk diadakan perbincangan antara pemimpin PR dalam isu penting,” katanya.

Phahrolrazi turut menafikan Pasma dianggotai golongan Anwarinas dalam Pas, atau mereka yang tidak suka kepada kepimpinan konservatif Abdul Hadi, dan menyifatkan ia sekadar tuduhan liar.

“Pasma ditubuhkan bukan atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermakna tiada kaitan dengan PKR. Cetusan menubuhkan NGO ini adalah daripada beberapa orang pemikir termasuk saya,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, keahlian mencecah 50 orang dan terbuka kepada umum selain mengalu-alukan penyertaan golongan pemikir.

Phahrolrazi turut akur apabila Pasma terpalit dengan pelbagai tohmahan termasuk mengaitkan pertubuhan itu dengan usaha menggantikan Pas dan kempen menjatuhkan Abdul Hadi, serta digelar parti serpihan Pas gara-gara ditubuhkan ketika saat getir PR, namun beliau tetap pertahan perjuangan asal pertubuhan yang diasaskannya itu.

“Mereka yang menjadi ahli Pasma masih ahli Pas. Kami tidak keluar parti jadi tak timbul soal parti baharu,” katanya yang sedia dikritik kerana menubuhkan NGO ini.

Sebelum ini beliau mencetuskan kontroversi dalam Pas Kedah berikutan krisis Exco bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Saya seorang ahli politik yang dinamik. Apa sahaja tafsiran negatif saya bersedia terima. Saya tak kisah apa orang nak kata,” katanya.

Ditanya sama ada NGO itu dimaklumkan kepada Pas Pusat, beliau berkata, ia bukan keperluan kerana peranan mereka tidak bertindih.

“Tak perlu kerana ia di luar kerangka parti. Saya tak maklum secara rasmi tetapi Pusat maklum tentang NGO ini. Ini kerana kami jemput pemimpin-pemimpin pusat dalam program Pasma,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Saya meragui kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man. PASMA adalah sebuah NGO, bukan sebuah parti politik baharu. Tiada siapa dan tiada sebab yang boleh menghalang mana-mana ahli PAS untuk menyertainya.

Saya ingin memetik ulasan dari anakkedah007:

Jika PasMa salah kenapa Tautan Rahmat tidak salah? Sedangkan Matlamat mereka untuk lihat dan menarik sokongan rakyat di bawah sokong PAS & PR...

Jika NGO Tautan Rahmat dipengerusikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree [AJK Kerja Pemuda PAS Pusat] berlandaskan Dakwah dan Kebajikan manakala NGO PasMa diketuai oleh Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi [Adun PAS Pengkalan Kundur] menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini.

Habis apa masalahnya dengan NGO PasMa ini... sedangkan yang satu lagi semua boleh cool sahaja.. Jika kedua-duanya untuk kepentingan parti apa yang perlu dirisaukan..kenapa perlu dicop itu ini kepada mereka yang terlibat dalam NGO tersebut..

Cuba sama-sama bergandingan mencari sokongan untuk kejayaan PAS & PR sudah pasti yang akan yang akan mendapat limpah kerahmatan dari ALLAH ialah RAKYAT dibawah..itu yg sebaik-baiknya...

Kami malas nak bercerita bab anda kumpulan sana.. awak kumpulan ini...ini nak jatuhkan PAS.. ini geng Ustaz sahaja... sudah2lah jangan dilihat kesilapan orang sedangkan ekoq kita pun penu dengan taik....


Apakah kerana Tautan Rahmat itu diasaskan oleh kumpulan UG maka ia dibenarkan manakala PASMA oleh kumpulan profesyenal maka ia dihalang?

Jika ahli PAS tidak dibenarkan sertai PASMA, larang juga ahli PAS untuk sertai Tautan Rahmat. Ada banyak lagi NGO dalam PAS seperti Unit Amal, ANAK felda, Muslim Care, PERAKAN dll. Apakah ahli PAS dilarang menyertai NGO-NGO ini?

Tiada di dalam mana-mana Fasal di dalam Perlembagaan PAS yang menghalang seseorang untuk menyertai NGO. Begitu juga larangan menyertai mana-mana NGO adalah menyalahi hak kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan negara.

Berikut pula BERITA TERKINI dilaporkan Harakahdaily.


PasMa: Kenyataan saya disalah petik - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan media yang memetik kenyataan beliau kononnya PAS melarang ahlinya menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Tuan Ibrahim berkata kenyataan yang dibuat beliau ketika diserbu wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan petang semalam itu telah dipetik secara tidak tepat.

"Kenyataan saya tentang penyertaan ahli parti dalam PasMa telah dilaporkan secara tidak tepat.

"Ahli PAS tidak dilarang menyertai mana-mana NGO, bahkan dalam PAS pun terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan.

"Namun, 'sekiranya NGO tersebut bertukar menjadi sebuah parti politik', maka ahli PAS dilarang menyertainya, melainkan ia bukan lagi ahli PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau mengingatkan ahli PAS agar terus istiqamah dengan parti dan mengawasi usaha musuh untuk memecah-belahkan jamaah.

Beliau juga memohon jasa baik media yang tersalah tafsir kenyataannya untuk memperbetulkan laporan mereka.
-HD


Dengan berpandangan baik, saya anggap kenyataan Tuan Ibrahim itu tersalah petik walaupun hampir kesemua media melaporkan perkara yang sama, iaitu "PAS Larang Ahlinya Serta PasMA. Wallahu alam.


DAN MALAM INI


Forum anjuran PasMa diteruskan malam ini,
medan jelaskan serangan PAS

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan meneruskan forum "PAS campur Umno: Ke Mana Hala Tuju" malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, walaupun 2 ahli panel asalnya menarik diri.

Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad berkata berikutan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyerang badan bukan kerajaan (NGO) itu, pihaknya akan menjelaskan fungsi dan barisan kepimpinannya kepada umum.

"PasMa juga akan menjawab semua tohmahan dan laporan songsang berkenaan badan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Forum itu pada awalnya dijadualkan menampilkan 3 ahli panel daripada pemimpin tertinggi PAS, iaitu bekas Ahli Majlis Syura PAS Ahmad Awang, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun semalam dilaporkan PasMa berhasrat mahu menangguhkan majlis itu ekoran 2 daripada ahli panelnya tarik diri pada saat akhir.

Mohd Taib ketika dihubungi berkata, Husam menarik diri pada saat akhir tanpa memberikan sebarang alasan, manakala Ahmad berada di luar negara.

"Kita akan teruskan forum. Mereka akan digantikan dengan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan seorang ahli akademik.

"Manakala Mujahid akan hadir sebagai ahli panel," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tuan Ibrahim semalam melarang ahlinya menyertai PasMa atas alasan dalam PAS itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.

"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.

"Tetapi tidak ada keperluan ahli PAS untuk sertai PasMa kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya kepada pemberita selepas program Ijtimak PAS Selangor 2014 di Serdang Selangor.

Beliau juga menolak persepsi PasMa dilihat sebagai alternatif PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya isu alternatif tersebut bukan perkara baru dalam sejarah parti Islam seperti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"Tidak mungkin, isu ini bukan perkara baru dulu pun ada isu penubuhan Berjasa dan Hamim. Ini kerana PasMa mendapat liputan meluas sebab itu ia tersebar dengan cepat," katanya.

Katanya, PasMa jiga tidak akan mampu bertahan lama jika penubuhannya kononnya dapat menggantikan peranan PAS dalam PR.

"Kalau kata hendak tubuh parti sebab tidak puas hati dengan satu isu saya fikir parti itu tidak akan jadi progresif, parti perlu ada satu agenda besar.

"Meskipun itu hak mereka namun Malaysia berasaskan sistem 2 parti daripada segi ruang politik susah hendak bertahan dan saya yakin ahli PAS tetap istiqamah dengan perjuangan parti ini," katanya. – 8 September, 2014.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



19 ulasan:

air gunung berkata...

Aku bersangka baik dgn us tuan Man.akhir2 mkin ramai yg tersasul nmpaknya.org skrg ckup faham beza antara ahli politik dan bkn politik.bersilat lidah tu mainan jer bg politician.x kira sarabanan,janggutan,jubahan,kopiyahan,songkokan etc.jgn sampai rakyat panggey mat temberang sudahlah.

Tanpa Nama berkata...

inilah kesan dari kelemahan pimpinan parti. Sepatutnya parti memberi hak yg sama rata kpd ahli.

Tanpa Nama berkata...

pro Pakatan vs pro UmnoBN

Tanpa Nama berkata...

skrg kita lihat betapa kuat cengkaman puak umno dlm pas. yg peliknya mereka ini secara luaran nampak alim berkopiah, berjubah, berseban, berjanggut, berelysion, bervelfire, berporche dsb.
mula2 buat kenyataan. bila kena hentam terus U-turn konar baring cecah telinga kata disalah tafsir. harap2 ada rakaman video untuk menunjukkan kebenaran.

bat8 berkata...

Tak timbul soal pro pakatan vs pro UMNO.

Kita tahu keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi dalam PAS. MSU, JKKP, Dewan Ulamak, Pemuda PAS dan Muslimat pun berada dibawah keputusan muktamar dan tidak boleh membatalkan keputusan muktamar. Hanya keputusan muktamar yang baru dapat mengubah keputusan muktamar sebelumnya. Setiap keputusan muktamar menjadi dasar tertinggi parti sehingga diubah didalam mana muktamar selepasnya.INI AMAT PENTING DIFAHAMI.

Dalam cerita PAS dengan Pakatan atau hendak dengan UMNO, kita kena check keputusan nuktamar.Keputusan Muktamar di Ipoh tahun 2008 menetapkan 2 perkara. Pertama, menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua, menegaskan bahaw PAS akan tetap berada didalam PR dan berusaha untuk memperkasakan PR.

SEHINGGA HARI INI,KEPUTUSAN MUKTAMAR IPOH 2008 BELUM DIUBAH. JADI IA MENJADI DASAR TERTINGGI PAS YANG MESTI DILAKSANAKAN OLEH SEMUA ORGAN PAS TERMASUK MSU, JKKP, DEWAN ULAMAK,PEMUDA DAN MUSLIMAT PAS!

Kalau kita faham ini kita tak keliru dengan tindakan TGHH dan geng UGnya. Kalau TGHH dan geng UGnya nak ubah kerana hendak bekerjasam dengan UMNO, TGHH dan geng UGnya kena panggil satu MUKTAMAR KHAS. Usul pertama, membatalkan keputusan Muktamar Ipoh 2008. Usul kedua, mencadangkan kerjasama dengan UMNO secara rasmi untuk diputuskan oleh Muktamar Khas ini.MENGAPA TGHH DAN UGNYA TAK BUAT? MENGAPA DOK MAIN WAYANG CINA SEKARANG?

Kalau kita faham ini, kita boleh nilai apakah tindakan2 TGHH dan geng UGnya sekarang tindakan2 untuk berada didalam PR dan memperkasakan PR atau tidak?

Jika kita boleh cari jawapan kepada soalan2 diatas, kita takkan keliru dengan tindakan TGHH dan geng UGnya, nak sokong ke tidak?

Kalau kita jumpa jawapan yang tindakan TGHH dan geng UGnya melanggar keputusan Muktamar Ipoh 2008 - ini kes berat. Ini kes tak wala kepada jamaah. Jadi masih bolehkah kita berwala dengan TGHH dan geng UGnya?

Tanpa Nama berkata...

Gb Ada Tak cara lawan keputusan president dan Msu? Kalau Tak apa guna tulis panjang?

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim Tuan Man sama dengan bossnya kaki U-Turn.Inilah idola puak ostad yang konon akan menggantikan TGHA until jadi Presiden PAS.Bayangkan jika jenis ni jadi presiden,kemana pulak PAS nak dibawanya.

Tanpa Nama berkata...

20 tahun yg lepas aku pernah beli kaset tuan ibrahim, memang berkesan ceramah beliau yang tak dapat aku lupakan ialah bila ia tanya apa makna GOLF ?...golongan orang lemah fikiran... sekarang, dia cube halang orang keluar orang keluar part PAS disebabkan berseliseh pendapat, kesian....nak wat camna...orang sekarang dah matang berfikir...sampai bila dok takuk lama lagi..perubahan utk masa depan cucu cicit kita...

Tanpa Nama berkata...

Semua pemimpin yg pro UG dah pening dan takut maka keluar arahan yg tidak sepatutnya. Kalau kena batang hidung sendiri dan takut kedudukkan tergugat maka inilah jadinya. Sepatutnya mereka ni kena ingat sokongan pada PR dlm pru 13 lalu adalah ABU. Jadi kalau PAS pun nak campur UBN maka dia akan jadi nasib yg samalah. Org muda tak pandang mana-mana parti skrg, mana yg menindas rakyat tetap ditentang dlm setiap PRU.

maae berkata...

Kepada bat8

1. Berfikiran dan memikirkan satu perkara di tuntut dalam Islam. Saya lihat anda bersikap begitu dan agak rasional.

2. Cerita sedikit dari perspektif PasMa. Saya lihat anda tidak menegur mereka. Untuk apa PasMa ini ? Sebagai Melayu Islam, golongan ini umpama minyak yang ingin bercampur air. Dalam sejarah Nabi SAW, golongan serupa juga wujud. Apa tindakan Nabi. Saya tidak perlekehkan mereka tetapi karakter individu terlibat menyonsang arus perdana tuntutan Islam.

3. Umpama Majlis tertinggi Umno, MSU dalam hireraki PAS memegang fungsi yang sama. Mata dan telinga dari cawangan2 yang di tubuhkan. Khilaf dalam kemusykilan dan masaalah, kenapa mesti di bakar semua nya ! Keputusan dalam menangani keadaan semasa, hanya budibicara saf tertinggi berhak menentukan tanpa merujuk. Jika semua nya memerlukan campurtangan, apa kesudahan dan kebaikan nya secara umum ?

Ok, bat8, jangan melatah. Bincang cara ilimiah dalam visi politik. Umpama : Halatuju gabungan PAS-UMNO ? Boleh tidak saya tanya : Halatuju gabungan PAS-DAP ? PAS-PKR ?

Jangan mengutuk, menghina dan memfitnah terutama terhadap se Islam ( jika betul-betul faham istilah ini) Berfikiran waras, guna akal dan ilmu dalam haq nya dapat membuka jalan yang sempit. Luahkan pendapat anda.

Tanpa Nama berkata...

Ada. Pertama JKPP boleh gantung jawatan Presiden. Buat siasatan dan buat keputusan nak buat macamana. Muktamar 60 kat Batu Pahat ni bangkitkan tindakan2 individu yang melanggar perlembagaan. Biar depa berpeluh menjawap. Tahun depan tahun pemilihan. Buang geng-geng UG dalam JKPP, Dewan Ulamak. Bila dah bersih peringkat ini, senang nak bersihkan MSU. Sebabnya JKPP,Dewan ulamak masing2 calonkan 4 orang masing2 untuk jadi ahli MSU. Pastikan takde geng UG. Kalau ada,pastikan mereka majoriti kerana mereka tidak dapat menentu jawatan SU. Disini tempat hantu raya duduk.Dia yang urus MSU.

in response to Gb Ada Tak cara lawan keputusan president dan Msu? Kalau Tak apa guna tulis panjang?, by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Siapa di jkpp berani gantung ulama pas mulia? Siapa di Muktamar dapat buat bangkit? Sekaran nak pernah NGO pun dah taj boleh mungkin kena pecat? Siapa boleh Tak sokong ulama pas mulia?

Yang penting, demage has been done, that kind of demage cannot be undo. Pas akan 0 di selangor dan Pantai barat. Salah siapa? Ahli pas yang nak sokong ulama pas mulia.

Siapa lagi?

Tanpa Nama berkata...

Paas selalui cakap fitnah kata dap komunis, sekarang president mulia paass telah mengaku diri sendiri dictator macam president komunis negara cina. Memang mulia.

bat8 berkata...

Maae,

Saya tak terlibat dengan PasMa. M3ngapa saya mesti ulas.

Soalan saya buat apa orang UMNO begitu aktif menjadi ahli PAS yang membela TGHH? Bila masuk PAS? Bila keluaq UMNO?

Bro kita kenal each other dalam blog aspan alias, scribe - I know u, you know me. So bila plak join PAS? Pe jadi dgn UMNO u?

hehehehe.. Argue points l raised dah le....no cheap shot plse.

bat8 berkata...

Anon 9:19

Dun be despair. Allah' Will thère will be ways...ways my fren.

After who will after Allah's Deen other than Himself. Constitutionally the president can be suspended by JKPP . Read Zulhazmi at-takanan fb. He's a lawyer.

Tanpa Nama berkata...

Parti cakap pusing, minta tukar Nama parti kpd PCP

Tanpa Nama berkata...

Sudah i cakap dah tak ada harapan dah. Tubuhkan shj parti islam yg baru. Yg mempunyai gabungan mantap golongan ulama dan profesional. Bukan parti pas yg mengamalkan dasar pecah perintah asingkan golongan profesional dgn ulama tak jauh beza apa yg penjajah british buat dulu.

lan44646 berkata...

Sifat2 umno dah lekat,
Dia boleh , org lain tak boleh,
Satu lagi kesesatan yg nyata ditonjolkan segelintir pepimpin
Tertinggi Pas ,
Ugut , paksa . Tamak, bongkak , sombong,dengki,tak amanah,
Mengaibkan org lain,kepentingan dunia mengatasi amanah Allah,
Semua diatas telah ada pada pimpinan Pas.
Islam agama mudah ! Kpd Pemimpin Pas jgn cuba2 menyusahkan kelak tak selamat dunia dan akhirat,

Tanpa Nama berkata...

Ala.. maae...pencacai umno nak masuk jarum...poie la kek blog umngok dapek jugak ungek2...