9 Sep 2014

[10 GAMBAR] PASMA: PAS Tak Akan Bergabung Dengan UMNO - Mujahid


Mujahid: Pas, Umno tidak akan bercampur

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sekali lagi menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun terdapat desas-desus mengenai perkara tersebut.

Mujahid berkata, pegangan tersebut terus kekal seperti yang diputuskan oleh Pas sebelum ini.

"Pas hendak bercampur dengan Umno, tapi hendak saya beritahu, Pas tidak pernah berhasrat untuk bercampur dengan Umno," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas sama ada Pas akan menerima kerusi Menteri Besar Selangor, Mujahid berkata, Pas tidak akan menerima jawatan tersebut selaras dengan keputusan Pas Pusat sebelum ini.

"Pas tetap dengan keputusan tidak akan menerima kerusi Menteri Besar tersebut," katanya.

Terdahulu isu ini timbul berikutan kenyataan berbeza dua orang pemimpin tertinggi Pas sebelum ini yang memberi kenyataan berbeza dalam satu sidang media baru-baru ini.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, Pas akan menolak walaupun istana memilih Adun mereka sebagai MB.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan istana.

Jawapan Mujahid itu tetap menjadi tanda tanya, walau ia sedikit sebanyak menjawab persoalan peserta forum tersebut.

Turut hadir dalam forum tersebut adalah Presiden Pasma, Pahrolrazi Zawawi dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Itu hanya pandangan peribadi beliau" memetik kata Mat Sabun...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Pihak UG rasa tersepit sekarang ini sbb the real PAS warriors have emerged...teng..teng..teng....bravo PasMa! Go! Go!

Tanpa Nama berkata...

sy percaya pas tak akan join forces dgn umno.

tp yg sy pertikaikan ialah presideng dan majlis syura. kan majlis syura kat presideng ada kata putus. din ayam dpt jawatan. harong ding dpt rumah. sy nantikan harong ding smn at takanan.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya forum bertajuk 'Halatuju PAS selepas pemecatan TGHH /Mustapa dan kearah pengukuhan PR.

Tanpa Nama berkata...

Majlis PasMa yg ulung diIbu Negara ni merupakan pentas baru untuk bukan sahaja ahli PAS malah orang ramai menegur,memajukan kritik membina dan mengemukakan cadangan-cadangan bernas kepada PAS.Pentas baru ini beinspirasi memulakan politik baru dlm PAS - beralih dari party kampong,party orang beserba,bejubah,berjanggut,jumud kepada party yg lebih maju,terbuka,punya daya-saing yg mampu meredah arus politik semasa sesuai dengan slogan Pas For All.Tahniah PasMa dan selamat berjuang.

Anti Fitnah berkata...

Kadang-kadang aku hairan dan pelik dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS sejak akhir-akhir ni.
Depa kata depa hantar 3 nama kepada Sultan untuk mengelakkan diri mereka daripada mencemar duli dan ingkar. TAPI depa kata depa akan menolak jawatan MB kalau diperkenan oleh Sultan. Bukankah itu juga mencemar duli dan ingkar? Cuba perjelaskan. Aku makin keliru.
Apalah sangat ingkar perintah Sultan berbanding dengan ingkar perintah Allah swt? Kalau kita nak patuh pada Sultan pun setelah Sultan patuh kepada perintah Allah swt. Adakah para Sultan di Tanah Melayu ini patuh kepada perintah Allah swt? Sudahkah para Sultan di Tanah Melayu dah menjalankan kewajipan dan hukum yang disuruh oleh Allah swt? Bukankah depa dah Sultan sejak turun menurun?
Begitu dengan TGHH, kita hanya patuh pada arahannya selepas beliau ..... Faham-faham le. Malas aku nak ulas sebab orang Melayu kata aku kurang ajar. Kurang ajar pada Allah swt, tak pa tapi kalau kurang ajar pada Sultan, silap-silap mati kita dibuat oleh puak "Melayu" ni. Anyway, aku amat percaya kepada RUKUN IMAN yang ke-6.

Tanpa Nama berkata...

Kalau soltan dah pilih, menolak berarti derhaka?

Tanpa Nama berkata...

melihat dr sambutan yg diberikan menunjukkan org dah nyampah dgn hadi and the yogi bears...

Tanpa Nama berkata...

Hantar 3 nama tetapi dah cakap jika dipilih tak mahu jawatan. Apa Sultan ni TGHH buat macam budak tadika ke. Hormat ke macam ni. Ini yang aku tak faham perangai Haji Hadi. Ni namanya nak perbudak-budakkan Sultan namanya.

in response to Kadang-kadang aku hairan dan pelik dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS sejak akhir-akhir ni. Depa kata depa hantar 3 nama kepada Sultan untuk mengelakkan diri mereka daripada mencemar duli dan ingkar. TAPI depa kata depa akan menolak jawatan MB kalau diperkenan oleh Sultan. Bukankah itu juga mencemar duli dan ingkar? Cuba perjelaskan. Aku makin keliru. Apalah sangat ingkar perintah Sultan berbanding dengan ingkar perintah Allah swt? Kalau kita nak patuh pada Sultan pun setelah Sultan patuh kepada perintah Allah swt. Adakah para Sultan di Tanah Melayu ini patuh kepada perintah Allah swt? Sudahkah para Sultan di Tanah Melayu dah menjalankan kewajipan dan hukum yang disuruh oleh Allah swt? Bukankah depa dah Sultan sejak turun menurun? Begitu dengan TGHH, kita hanya patuh pada arahannya selepas beliau ..... Faham-faham le. Malas aku nak ulas sebab orang Melayu kata aku kurang ajar. Kurang ajar pada Allah swt, tak pa tapi kalau kurang ajar pada Sultan, silap-silap mati kita dibuat oleh, by Anti Fitnah.

Tanpa Nama berkata...

bravo dr mujahid!!!! inilah pemimpin yg kami nak, menyatakan dgn tegas bukan berbelit2. suara dr mewakili kami tegar pas di bwh sini.

mcm nilah pemimpin bermaruah yg menjaga janji, bukankah kita dituntut untuk memegang janji sekalipun dgn bukan Islam.

tahniah pasma, mudah2an Allah memudahkan usaha murni mereka dlm perjuagan dan matlamat.

Tanpa Nama berkata...

Najib & mahyudin kena belajar byk dr TGHH ttg politik. Mudah saja TGHH bagi rakyat berbilang kaum meluat dgn Pas n PR.
PRU14 dah tentu BN dpt kmbali 2/3. Trma ksh TGHH kerna bijakdana n kepintaran TGHH telah memenangkan BN.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadi Parti...Putar Alam Shah......x nak jwtn MB tapi hantar 3 nama

Tanpa Nama berkata...

Anon 9.11am.
Puak UG dlm PAS dan puak-puak ostad sudah boleh sembelih lembu untuk merayakan perpecahan Pakatan Rakyat.Bagai mana penipu dan pembelitnya UMNO tak berjaya menggugat PR tapi dengan kelicikan Hadi Awang,DLM.tempuh yg singkat,PR sudah terggugat.Memang ulamak klas dunia.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB,

Mohon pencerahan..tidakkah wala kpd seseorg itu adalah spt menyekutukan Allah dan hukumnya adalah syirik? Bukankah ianya satu dosa besar yg tidak akan diampun oleh Allah?

Hadi Awang sbg Presiden telah jelas mengkhianati amanah ahli2, penyokong2 Pas dan keputusan tertinggi parti. Dia telah disaman krn memfitnah dgn tuduhan yg tk berasas. Sifat2 ini menunjukkan beliau bukanlah seorg mukmin dan pemimpin yg baik utk diteladani.

Tanpa Nama berkata...

Aku bersetuju dengan kata Anti Fitnah di atas. Jika PAS tidak mahu terima jawatan MB Selangor walaupun dah dipilih oleh Sultan di pihak mereka, mengapa dihantar nama ADUN PAS kepada Sultan? Kan lebih baik hantar kesemuanya nama ADUN PKR?
Nampak sangat TGHH mahu PAS langgar persetujuan yang dah dibuat bersama PR yang menyatakan MB Selangor diserahkan kepada PKR. Dan disebabkan tindakan TGHH ini, akan menyebabkan krisis makin kritikal yang akhirnya menyebabkan DUN dibubarkan.
Adakah ini yang TGHH mahukan?

Tanpa Nama berkata...

pas ni takut di panggil derhaka. itu sebab dia ikut arus. dia ckp aje org berilmu tapi dgn manusia dia takut. Ujian org UG ni lain. Allah menguji mereka dgn manusia. Iblis dia boleh lawan. Jin aperit no problem. Yahudi no problem sampai boleh pi perang, tapi dgn manusia sorang tu menikus. Moral of the story. Orang UG ni kira gagal jugale. Boleh ke bau surga.

Tanpa Nama berkata...

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. an-Nisa:59

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. (64:12)

“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”. (36:21)

Tanpa Nama berkata...

setakat yang dikenali, haji hadi cukup alim, warak, kami ahli pas yakini bahawa ijtihadnya masih berpandukan alquran dan as sunnah. sebagai pemimpin, ada benda yang boleh diceritakan, anda benda tak boleh diceritakan. mungkin akibat dari perkara yang disimpan membuatkan kamu nampak perkara yang berat dan tidak adil. ataupun yang komen ni memang cybertrooper umno utk memecahbelahkan PR.

Tanpa Nama berkata...

hello anon 2:46

jika haji hadi cukup alim dan cukup warak, beliau tidak akan hinakan dan aibkan presiden parti lain, apatah lagi seorg perempuan.... malu besarlah seorang "ulamak" bersikap demikian....

Tanpa Nama berkata...

pandangan peribadi kumpulan TGNA, kumpulan UG Hadi berbeza?

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa kena saman RM2 juta fitnah pil kuda dan komunis... sampai parti seluruh PAS tercemar ... hebat yek ijtihad ikut Al-Quran dan Sunnah atau ijtihad ikut sang menantu hantu?

in reponse to: hello anon 2:46
jika haji hadi cukup alim dan cukup warak, beliau tidak akan hinakan dan aibkan presiden parti lain, apatah lagi seorg perempuan.... malu besarlah seorang "ulamak" bersikap demikian.... by Anonymous


Tanpa Nama berkata...

Aku cukup hairan dgn sesetengah dng orang kita apa saja yang dsai buat semua salah siap dgn maki hamun ketumlah , peliwatlah dan sbgnya
salahkah dsai membuang 'duri' (khalid) dari parti pkr.duri kalu dibiarkan akan menjadi nanah dan kudis..boleh memudaratkan parti .
pkr buang duri tak boleh pas buang dua duri(hassan ali&nasha) tak apa heran... heran...

Tanpa Nama berkata...

Buat benda yang nampak melanggar perlembagaan PAS, berlawanan dengan ilmu dia yang kita nampak dan lihat kesan depan mata - betullah kata sdra tindakan pemimpin yang tak boleh beritahu kepada orang. Kalau bertahu, awal2 lagi orang dah tentang sebab memang xbetul.

in response to setakat yang dikenali, haji hadi cukup alim, warak, kami ahli pas yakini bahawa ijtihadnya masih berpandukan alquran dan as sunnah. sebagai pemimpin, ada benda yang boleh diceritakan, anda benda tak boleh diceritakan. mungkin akibat dari perkara yang disimpan membuatkan kamu nampak perkara yang berat dan tidak adil. ataupun yang komen ni memang cybertrooper umno utk memecahbelahkan PR., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

PasMa bagus... dr mujahid rawa vs nik abduh.

Tanpa Nama berkata...

Pasma dah ada cwgan di png ka ada sapa2 tau mcmana nak jd ahli...

Tanpa Nama berkata...

Mujahid ni boleh percaya ke???? Presiden pun orang dah tak boleh percaya.....apa punya pas ni..pkr punya pun nak rembat....serban & kopiah letak tepi..bila berjanji x ditepati, amanah di khianati, ....