14 Ogo 2014

Tahniah YB Saari Sungip Kerana Tegas Bersama Pakatan Rakyat


Saari Sungip : Satu Tindakan Luar Biasa

Orang putih kata,’ a friend in need is a friend indeed’. Sesuai untuk ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat keputusan ‘menentang arus’ ketika partinya sedang ‘berkira-kira’ untuk membuat keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat ataupun ‘meninggalkan’ sahabat lama yang sedang ‘nazak’. Tindakan YB Saari Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk terus bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.

Memang wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian memandangkan ‘persahabatan’ yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR telah agak sekian lama terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan semula jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sebagaimana yang dinyatakan beliau bahawa persoalan tentang siapa yang akan menggantikan TS Khalid adalah merupakan ‘perkara kecil’ berbanding dengan isu keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah sekian lama dibina semenjak tahun 1998.

“I would like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a two-party system. …So, why do we want to give up this strength? To rebuild this will take another 20 to 30 years. We have gone through it” (Malaysiakini 12 Ogos 2014)

Dan perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor dilihat melalui perspektif yang sempit. Harus diingat bahawa kelahiran Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar kepada senario politik tanah air. PR yang telah melahirkan sebenar-benarnya Bangsa Malaysia yang sudah mula memahami perasaan dan aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia amat yakin bahawa PR akan memulakan ‘kehidupan baru’ bagi rakyat Malaysia sekiranya berjaya menawan Puterajaya. Bermakna rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat.

Kini nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula ‘goyang’ dengan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam artikel berjodol, Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB’ bertarikh 12 Ogos 2014 (Malaysiakini) menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini’

Apakah ‘muslihat’ pemimpin tertinggi PAS ini sehinggakan sanggup ‘mengenepikan’ hasrat ‘kawan’ yang betul-betul mengharapkan pertolongan dalam keadaan saat-saat yang memerlukan pertolongan. Apakah pemimpin berkenaan ‘mahu menahan lukah di pergentingan?’ atau sedang ‘menangguk di air keruh’. Apakah kepimpinan PAS sudah melupakan ‘falsafah’ yang dipegang selama ini bahawa sebarang masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan ‘akan bersetuju’ dengan isu-isu yang dipersetujukan disamping terus merundingkan isu –isu yang tergantung ( yang belum sesuai untuk diselesaikan’.

Bukan semua pemimpin PAS yang bersikap demikian. Tidak. Ramai yang sudah memahami senario politik Malaysia Kurun ke 21 disamping sedar tentang perkembangan politik di dunia. Sudah ramai pemimpin PAS yang sudah keluar dari ‘bawah tempurung’ dan mula ‘mengenali dunia’ yang penuh dengan reality. Walau bagaimana pun masih terdapat segelintir pemimpin PAS yang masih ‘bergelumang’ dalam ‘cocoon’ mereka yang tersendiri dan seolah-olah menganggap bahawa ‘dunia’ mereka adalah yang paling ideal di dunia ini.

Amat tidak wajar rasanya apabila ada pemipin tertinggi PAS yang menawarkan keahlian PAS kepada TS Khalid Ibrahim, sejurus selepas TS Khalid dipecat daripada PKR. Apakah pemimpin berkenaan tidak tahu ‘adab’ dan tatasusila dalam berparti terutama apabila mengaitkan parti kawan dalam satu pakatan. Apakah pemmpin sedemikian tidak ada ‘empathy’ untuk meletakkan dirinya di pihak yang bertentangan. Yang sedihnya ‘perlakuan’ sebegini dilakukan oleh ‘sekerat-dua’ pemimpin kanan dalam PAS.

Sedikit sebanyak keadaan dan imej Pakatan Rakyat kini, sudah tercalar. Banyak kenyataan-kenyataan yang dihamburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah ‘mengecilkan hati’ banyak pihak. Bak kata pepatah Melayu, ‘ apabila mata berpandangan, maka budi kedapatan’.

Rakyat mula mempersoalkan kejujuran PAS dalam menangani isu kemelut Selangor ini. Apakah kepimpinan PAS (sebahagian pemimpinnya) betul-betul jujur untuk besama-sama dengan DAP dan PKR untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat ataupun hanya menunggu peluang untuk ‘menangguk di air keruh’.

Apakah begitu keadaannya? -abuhassanadam

ULASAN GB

Sekurang-kurangnya dua orang YB PAS yang telah terang-terang menyatakan tetap bersama Pakatan Rakyat.

Jika undi tidak percaya dilakukan di DUN Selangor, dipercayai majoriti ADUN akan mengundi "tidak percaya". DAP 15 + PKR 13 + PAS 2 = 30. Tak tahulah jika ada ADUN DAP & PKR yang belot.. rasanya tiada ...

Khalid Ibrahim sedar hal itu, sebab itu beliau tidak mahu layan tuntutan supaya persidangan DUN dipanggil.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

So apa lagi Saari Sungip, tubuhkan parti Islam baru yang terdiri dari gabungan ulama muda dan golongan profesional dari kalangan orang muda macam dulu parti semangat 46.

We all tak nak parti Islam yang satu ini yang masih nak penggunakan pendekatan zaman batu.

Tanpa Nama berkata...

YB yang berpandangan jauh dan tahu menjaga amanah rakyat yg telah mengamanahkan PR, bukan TSKI.

Tanpa Nama berkata...

MB Selangor bebas kata Selangor bukan k'jaan pakataan nak tunggu apa lagi pas.

Ridd berkata...

Khalid kena register parti gabungan baru as follow below :

PAS + UMNO + KHALID IBRAHIM

Cantum yg rasa sedap bunyinya. Yg pasti tidak mendatangkan lucah bunyinya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB Saari. Kita kena ingat anggota Majlis Syura tu pun manusia biasa yg. tidak terlepas dari membuat kesilapan. Tak kan keputusan Majlis Syura tak boleh disanggah. Berapa kerat org dlm Majlis Syura tu yang pernah masuk ISA dan pernah mengalami peristiwa Mageran di Kelantan. Dia orang tak tahu susah payah perjuangan. Tahniah YB.

Tanpa Nama berkata...

sabar.PAS memang tidak join umno seperti keputusan muktamar.pakatan rakyat diperkukuhkan.keputusan rasmi selepas mesyuarat 17.8.2014 barulah boleh dbuat. tidak boleh pandangan peribadi presiden sahaja.exco terus pun utk selamat keadaan.Percayalah kepada kepimpinan ulama.lebih kepada selesainya proses dan segala pembuktian supaya tidak menzalimi mana-mana pihak.itulah bezanya PAS dibawah ulama' sentiasa bertenang.ahli ikut sahaja keputusan jemaah bukan keputusan individu.Allah bukan melihat kejayaan kita tetapi usaha kita untuk selesaikan sesuatu ujian yang Allah berikan mengikut sunnah atau tidak.Disamping menapis orang yang membuat agenda sendiri tanpa mengikut keputusan jemaah.

Tanpa Nama berkata...

org kapir rela hati letak jawatan utk beri laluan pd melayu islam. tapi melayu islam nak pegang jawatan sampai kiamat. AMAT MEMALUKAN!
org kafir dpt ap dijual utk kegunaan rakyat, tapi melayu islam dpt ap guna beli Porsche. AMAT MEMALUKAN!
org kafir dgn cepat dan tegas membuat kenyataan pegang janji, tapi melayu islam terhegeh2 dan masih berkira2. AMAT MEMALUKAN!
DAP kafir telah melakukan yg terbaik di pulau pinang, tapi melayu islam Selangor jual negeri pada musuh. AMAT MEMALUKAN!

YANG PALING AMAT MEMALUKAN IALAH IANYA DILAKUKAN OLEH PUAK BERJANGGUT BERSERBAN YANG DILIHAT LEBIH ALIM DARI ORANG LAIN!

Tanpa Nama berkata...

Tapi PAS dah beri peluang pd UMNO menyusup ka dlm pemerintahan PR......TSKI wajib di tukar sablum terlambat

aku berkata...

aku rasa ramai pengundi PR lepas ni akan mengundi BN..org PAS jgn rasa confiden sgt..kat selangor ni tak semua rakyat marhaen selalu browse internet/blog/forum nak baca kehebatan anda..yg dia org tahu selangor jadi carca marba di bawah PR...so kurangkan rasa syok sendiri..."amanat rakyat la konon..buka mata, muhasabah diri apa yg pemimpin PR dah buat kat selangor ni..tq

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya kenapa Anwar masih hendakkan Isterinya menjadi menteri Besar ambil selain Isterinya.

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya Pas terima Khalid Ibrahim sebagai ahli,
ternyata Pas tidak islamik lagi.
Sanggup mengkhianati kawan,
dan perjuangan pun sudah tersasar jauh.
Pas patut dibubarkan.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh la ko...x fhm pelembagaan. Kan muktamar dan putuskan sokong pakatan. Patutnya geng ug yg keluar pas buat parti baru..ngok on Tahniah YB Saari Sungip Kerana Tegas Bersama Pakatan Rakyat

in response to So apa lagi Saari Sungip, tubuhkan parti Islam baru yang terdiri dari gabungan ulama muda dan golongan profesional dari kalangan orang muda macam dulu parti semangat 46. We all tak nak parti Islam yang satu ini yang masih nak penggunakan pendekatan zaman batu. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya sape yg buat agenda sendiri. Ug dulu sape buat? Ade minta maaf...akai o

in response to sabar.PAS memang tidak join umno seperti keputusan muktamar.pakatan rakyat diperkukuhkan.keputusan rasmi selepas mesyuarat 17.8.2014 barulah boleh dbuat. tidak boleh pandangan peribadi presiden sahaja.exco terus pun utk selamat keadaan.Percayalah kepada kepimpinan ulama.lebih kepada selesainya proses dan segala pembuktian supaya tidak menzalimi mana-mana pihak.itulah bezanya PAS dibawah ulama' sentiasa bertenang.ahli ikut sahaja keputusan jemaah bukan keputusan individu.Allah bukan melihat kejayaan kita tetapi usaha kita untuk selesaikan sesuatu ujian yang Allah berikan mengikut sunnah atau tidak.Disamping menapis orang yang membuat agenda sendiri tanpa mengikut keputusan jemaah., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Apa masalahnya Wan Azizah sebagai MB? majoriti DAP dan PKR tak bantah, malah sokong sebab Wan Azizah presiden PKR. Tetiba UMNO dan UMNOriyun dalam PAS yang membantah,...

Masalahnya kenapa Anwar masih hendakkan Isterinya menjadi menteri Besar ambil selain Isterinya. on Tahniah YB Saari Sungip Kerana Tegas Bersama Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

melihat pd keadaan hari ini pd sy Pas tak akan kemana pun, tapi sy juga berharap Pas akan memulakan langkah baru. Kalau selama ini rakyat tiada pilihan selain mengundi umno, diharapkan Pas akan menyediakan ruang pilihan bila tiap kali PRU/PRN. Orang melayu islam khasnya akan ada kerajaan baru majority kuasa. Buatkan umno bangun dari tido dan hapuskan Dap dari bumi Malaysia itu matlamat kita seharusnya.

Tanpa Nama berkata...

patutnye pemimpin2 PR sibuk memakmurkan negeri dan rakyat tetapi sebaliknya..siapakah yang memulakan semua ni?? apa motif pemimpin sebegini..bila kerajaan selangor dah ada 3 bilion, semua sibuk nak kuasa. Kalau semua pemimpin begini, bila negara kita nak maju?..Tolong la..jadilah pemimpin yang profesional dan beriman..Kalau tak, korang sama je taraf dengan pemimpin BN

Tanpa Nama berkata...

Tak kisahlah bini dia ke, janda dia ke...asalkan adil jlnkan tugas dan menguntungkan rakyat apa salahnya...belum lg kak wan jd mb korang dah kata mcm2...hebatlah korang ni buleh tau menda yg akan dtg...aku yakin dgn peribadi kak wan jd mb, rakyat selangor lg untung...org yg baik pasti laksanakan kehendak rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Apa sebab PAS tidak boleh menerima Wan Azizah sebagai MB Selangor?

sb dehlawi berkata...

bersedia utk keluar pas beramai-ramai

Tanpa Nama berkata...

Pas akan menjadi parti org Melayu yg dinamik dan dihormati oleh org Islam dan bukan Islam kerana adanya sosok2 berjiwa besar spt Saari, Mat Sabu, Dr Hatta, Salahuddin, Khalid Samad dan ramai lagi. Mereka inilah golongan yg tahu erti perjuangan dan bermuafakat dlm gerak kerja berkumpulan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ramai golongan ustaz muda dan professional keluar bergabung membentuk parti baru nnt maka PAS akan tinggal menjadi Parti Lebai Malang.

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak tulis nyahkan mca n mic n gerakan dan parti2 bukan islam yg lain? ingat malaysia ni hak mung ker? ini bumi Allah lah. org cina, india juga makhluk Allah. Allah suruh kite kenal mengenal antara satu sama lain. org bukan islam kena dakwah ajak kepada islam. tunjuk akhlak yg baik...

respon utk >>>
melihat pd keadaan hari ini pd sy Pas tak akan kemana pun, tapi sy juga berharap Pas akan memulakan langkah baru. Kalau selama ini rakyat tiada pilihan selain mengundi umno, diharapkan Pas akan menyediakan ruang pilihan bila tiap kali PRU/PRN. Orang melayu islam khasnya akan ada kerajaan baru majority kuasa. Buatkan umno bangun dari tido dan hapuskan Dap dari bumi Malaysia itu matlamat kita seharusnya.

Tanpa Nama berkata...

GB...dengar khabar di tgn wan azizah skrg ni sudah ada senarai lebih 28 adun selangor yg menyokongnya...

Tanpa Nama berkata...


Masalah pemikiran yg perlu ditangani utk pimpinan PAS ialah untuk keluar daripada mental merendah diri dan tiada keyakinan untuk memerintah negara.

Bagaimana nak ganti UMNO jika isu sepenting ini gagal di buat keputusan dalam tempoh yang pendek.

Tetapi pandai pula marahkan BN kerana lambat bertindak dlm isu MH370 atau Isu Lahat Datu.

Tiada keyakinan diri ini yg menyebabkan PAS lambat buat keputusan dan isu semacam sudah tidak dapat di uruskan dengan baik.

Pimpinan PAS perlu jelas matlamat apabila masuk pilihanraya adalah untuk menang dan menguasai kerajaan. Bukan setakat masuk sahaja macam dahulu. Tak menang pun tidak mengapa .

PRU 13 - PR hilang Kedah akibat daripada sikap tidak berani untuk buat keputusan. Keputusan utk mengekalkan MB menyebabkan PR kalah di Kedah.

PKR mengambil usaha utk tukar MB selepas menganalisis tindakan MB TSKI banyak yg akan membawa kepada hilangnya sokongan dlm PRU14.

Amalan ini juga dibuat oleh UMNO. Dato Ahmad Said di tukar kerana prestasinya tidak menjamin kemenangan BN dalam PRU14.

Perubahan yg dibuat oleh UMNO tidak hanya kerana kerana salah laku jenayah spt pecah amanah dan di buktikan bersalah oleh mahkamah.Tetapi perubahan ini dibuat kerana strategi politik untuk kekal berkuasa.

Inilah ilmu yang perlu dipelajari oleh PAS. Ini kerana tindakan PAS tidak hanya menyebabkan PAS hilang kuasa tetapi kerajaan PR akan runtuh. Itulah semangat hidup bersama.

Inilah kesilapan apabila Majlis Syura Ulamak membuat keputusan untuk mengekalkan Khalid sekiranya tiada dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

Inilah pemimpin rakyat bukan pemimpin UMNO atau Pas vellfire

BaDiN berkata...

PAS mengambil sikap Menarik Rambut Dalam Tepung,rambut tidak putus,tepung tidak berselerak.Rakan Sebantal tapi Tilam Lain Lain.Ini masalah org lain Tapi amat malang PAS kena tempiasnya.mantan MB Md Taib tidak heran MB sekarang dipecat sebab itu kehendak demokrasi.Patuhi akan menyelamatkan keadaan.Tidak mustahil TSKI kekal bebas atau masuk umno setelah PAS membuat keputusan yg tidak berpihak kpdnya dan PAS akan rugi seruginya seandainya kata putus PAS tidak berpihak kpd Sahabat Sebumbung.Memiliki Jiwa Besar TSKI hendaklah undur sebelum PAS memihak kpd DAP & PKR.

Tanpa Nama berkata...

Keputusan majlis Syura bukan mengenai rukun iman atau rukun islam yang tak boleh dipertikaikan, hanya siasah...tidak sampai tahap syarie

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100%...lePASkan.parti ini

Tanpa Nama berkata...

Rumah dah terbakar.. masih nak tunggu tarikh bermesyuarat lagi... haha...hahaha masa nak buat press statement dulu tak pulak bermesyuarat dulu.....

Tanpa Nama berkata...

Lps ni amik wakil 4 adun pas yg bersama PR jadi exco plak, kira sape cepat sokong dia dpt tempat, yg exco sedia ada pecat dr jawatan..abih cite, exco dap atau pkr sblm ni bole dikekalkan atau ganti lain, tarak masalah.. rakyat selangor mau Pakatan Rakyat bukan Pakatan Pas&Umno... faham ?dak?

BaDiN berkata...

Kena walla' kpd pemimpin tapi kenapa ada yg walla' kpd org yg tak walla' kpd pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Majoriti ahli PAS bukan taknak Wan Azizah jadi MB, hanya beberapa kerat dari pucuk pimpinan PAS memang tak mau Kak Wan...kalau boleh depa nak letak Din Ayam kat situ.

Seperkara lagi kalau Sultan Firaun (pinjam dialog Pendekar Bujang lapok)tak mau Wan Azizah atas alasan lanun Bugis takleh jadi raja di Tanah Melayu, susah nanti kau Yeop..........

Tanpa Nama berkata...

Aku pun keciwa dgn pas ni lambat sangat nak buat keputusan.dah runtuh bru buat keputusan.27 ahli pas

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn kata2 anda, waktu isu di kedah, pkr dan dap siap sedia tanpa kompromi utk menyokong pas kedah menyingkirkan mb atas kapasiti Pakatan Muafakat. Tapi akhirnya pihak dalaman Pas sendiri yg gagal mencari jalan penyelesaian. Akhirnya kedah jatuh ke tangan Umno. Takkanlah kerana ada menantu Hadi dan org kuatnya sebagai Pengerusi Perangsang menyebabkan Pas Pusat berdolak dalik utk menyingkirkan TSKI. Tepuk dada tanyalah selera..

in response to Masalah pemikiran yg perlu ditangani utk pimpinan PAS ialah untuk keluar daripada mental merendah diri dan tiada keyakinan untuk memerintah negara. Bagaimana nak ganti UMNO jika isu sepenting ini gagal di buat keputusan dalam tempoh yang pendek. Tetapi pandai pula marahkan BN kerana lambat bertindak dlm isu MH370 atau Isu Lahat Datu. Tiada keyakinan diri ini yg menyebabkan PAS lambat buat keputusan dan isu semacam sudah tidak dapat di uruskan dengan baik. Pimpinan PAS perlu jelas matlamat apabila masuk pilihanraya adalah untuk menang dan menguasai kerajaan. Bukan setakat masuk sahaja macam dahulu. Tak menang pun tidak mengapa . PRU 13 - PR hilang Kedah akibat daripada sikap tidak berani untuk buat keputusan. Keputusan utk mengekalkan MB menyebabkan PR kalah di Kedah. PKR mengambil usaha utk tukar MB selepas menganalisis tindakan MB TSKI banyak yg akan membawa kepada hilangnya sokongan dlm PRU14. Amalan ini juga dibuat oleh UMNO. Dato Ahmad Said di tukar kerana prestasinya, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn kata2 anda, waktu isu di kedah, pkr dan dap siap sedia tanpa kompromi utk menyokong pas kedah menyingkirkan mb atas kapasiti Pakatan Muafakat. Tapi akhirnya pihak dalaman Pas sendiri yg gagal mencari jalan penyelesaian. Akhirnya kedah jatuh ke tangan Umno. Takkanlah kerana ada menantu Hadi dan org kuatnya sebagai Pengerusi Perangsang menyebabkan Pas Pusat berdolak dalik utk menyingkirkan TSKI. Tepuk dada tanyalah selera..

in response to Masalah pemikiran yg perlu ditangani utk pimpinan PAS ialah untuk keluar daripada mental merendah diri dan tiada keyakinan untuk memerintah negara. Bagaimana nak ganti UMNO jika isu sepenting ini gagal di buat keputusan dalam tempoh yang pendek. Tetapi pandai pula marahkan BN kerana lambat bertindak dlm isu MH370 atau Isu Lahat Datu. Tiada keyakinan diri ini yg menyebabkan PAS lambat buat keputusan dan isu semacam sudah tidak dapat di uruskan dengan baik. Pimpinan PAS perlu jelas matlamat apabila masuk pilihanraya adalah untuk menang dan menguasai kerajaan. Bukan setakat masuk sahaja macam dahulu. Tak menang pun tidak mengapa . PRU 13 - PR hilang Kedah akibat daripada sikap tidak berani untuk buat keputusan. Keputusan utk mengekalkan MB menyebabkan PR kalah di Kedah. PKR mengambil usaha utk tukar MB selepas menganalisis tindakan MB TSKI banyak yg akan membawa kepada hilangnya sokongan dlm PRU14. Amalan ini juga dibuat oleh UMNO. Dato Ahmad Said di tukar kerana prestasinya, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan keperibadian Wan Azizah, aku yakin dia boleh menjadi MB Selangor yang lebih baik drp Khalid dan Khir Toyo...
Tak kiralah dia bini Anwar ke, janda Anwar ke, yang penting dia bantu rakyat Selangor dan laksanakan semua manifesto yg telah dijanjikan oleh pr sebelum ni yg masih tertangguh dek dolak dalik si Khalid tu...

Tanpa Nama berkata...

X perlu bos... melainkan PAS mengumumkan Keluar PR.. kalau x lg susah.. PAS akn berpecah..mcmna mahu sama2 dlm PR.. tp klau PAS kluar PR wajib kita bgkit tubuh jemaah Islam bru.. Allahuakbar

in response to So apa lagi Saari Sungip, tubuhkan parti Islam baru yang terdiri dari gabungan ulama muda dan golongan profesional dari kalangan orang muda macam dulu parti semangat 46. We all tak nak parti Islam yang satu ini yang masih nak penggunakan pendekatan zaman batu. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

X perlu bos... melainkan PAS mengumumkan Keluar PR.. kalau x lg susah.. PAS akn berpecah..mcmna mahu sama2 dlm PR.. tp klau PAS kluar PR wajib kita bgkit tubuh jemaah Islam bru.. Allahuakbar

in response to So apa lagi Saari Sungip, tubuhkan parti Islam baru yang terdiri dari gabungan ulama muda dan golongan profesional dari kalangan orang muda macam dulu parti semangat 46. We all tak nak parti Islam yang satu ini yang masih nak penggunakan pendekatan zaman batu. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Ni nak tanya sikit...hj hadi masa jadi mb tganu tu dulu bagus sgt ke? Ada hati nak kata org x bagus...tengok dulu diri sendirilah...yg boleh aku puji setakat ni mb dari pas...tgna jea...

Tanpa Nama berkata...

Pas seperti sudah lupa siang kawan dan siapa lawan dalam perjuangan..sepatutnya pas mengukuhkan lagi ikrar setia dlm pakatan disaat-saat ianya amat diperlukan..tindakan pas sekarang seolah2 seperti kawan hanya masa senang...bila kawan dalam kesusahan dia lari menyelamatkan diri sendiri..tindakan pas hanya akan memakan diri sendiri..kerana mereka sedang dinilai sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

inilah yg dikatakan Prinsip Perjuangan dalam berpolitik.biar apa pn akan berlaku namun demi prinsip x akan mudah beralih arah dan dijual beli untk keuntungan peribadi. Tapi brapa ramai yg mempunyai prinsip sperti 2 Adun Pas ini. mugkin yg lain sedg berkira kira dgn tawar menawar untk melompat parti kerana wang habuan telah menanti didepan mata.

Tanpa Nama berkata...

PAS jadi camni sebab dia ada 15 kerusi di selangor..jadi lagak musti kena tinggi.. bayangkan klu mereka setakat ada 5 kerusi? Adakah mereka akan bersikap camni? Bila bole buat keputusan yg menguntungkan diri..mulalah nak khianat rakan sendiri. Ramai pemimpin dlm Pas yg berkaliber dan berjiwa rakyat marhen dan bole bertolak ansur dgn rakan parti lain tapi ramai juga yg berjiwa Lebai Malang dan taksub membuta tuli.