13 Ogo 2014

Surat Panjang Dari Zul Sulong Mohon TGNA Campurtangan Isu Selangor

Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi.

Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang.

Tok Guru,

30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan. PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak.

Sebagai pekerja muda yang baru berusia 20 tahun, saya tinggal di bangunan PAS Kelantan di Jalan Tok Pati. Setiap pagi Jumaat saya akan bersama-sama dengan allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub mempersiapkan Dewan Zulkifli Muhamad untuk Tok Guru mengajar.

Di situlah tempat bekerja dan di situlah juga tempat saya tidur. Saya masih ingat lagi bagaimana saya terpaksa makan mi segera selama dua hari ketika Kota Baru dilanda banjir pada tahun itu. Tanyalah Hashim Omar tentang cerita ini.

Kuliah Tok Guru ketika itu tidak ramai orang yang mendengarnya berbanding sekarang, tetapi cukup untuk memenuhi Dewan Zulkifli. Kuliah Tok Guru semakin ramai dari hari ke hari tetapi PAS hanyalah parti pembangkang yang mempunyai Adun tidak seberapa orang ketika itu kerana PAS bersendirian selepas ditendang keluar Barisan Nasional (BN). Tok Guru tentu lebih faham bagaimana ia berlaku.

Husam Musa (kini datuk) adalah bos saya ketika itu. Dia yang baru tamat pengajian dari Universiti Malaya (UM) bertekad tidak mahu bekerja dengan kerajaan kerana mahu berkhidmat sepenuh masa dengan jemaah. Husam pelajar yang cerdik masa di UM. Dia juga adalah pemimpin pelajar. Husam adalah setiausaha Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

Bagi memastikan beliau tidak dipaksa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberikannya biasiswa agar bekerja dengan kerajaan, Husam tidak pergi ke peperiksaan akhir di UM Tok Guru. Akhirnya beliau hanya lulus dengan gred yang rendah dan dibiarkan begitu saja oleh JPA tanpa menawarkan tempat di mana-mana jabatan kerajaan.

Untuk membolehkan PAS mempunyai media, kami terbitkan Gema Pemuda. Mula-mula kami edarkan di Kelantan saja. Tanpa modal yang cukup tetapi dengan semangat tinggi, kami usahakan projek ini untuk jemaah. Kami terbitkan seminggu sekali dan edarkan di tempat kuliah Tok Guru. Apabila masuk keluaran ketiga, kami mula edarkan di negeri lain iaitu Kedah dan Terengganu pula.

Begitulah susahnya PAS ketika itu. Tetapi kami sangat senang bekerja. Tidak ada fitnah memfitnah dan serangan yang bukan-bukan kepada kami di kalangan petugas PAS.

Pada 1990, menerusi kerjasama dengan Semangat 46, kita berjaya merampas Kelantan. Semua kerusi DUN di Kelantan berjaya kita menangi bersama dengan Semangat 46 pimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Tok Guru dilantik sebagai menteri besar. Alhamdulillah melalui kerjasama itu, kerajaan kita di Kelantan kekal sehingga kini.

Kita berjaya menang besar lagi pada 1999 apabila kita bekerjasama dengan Barisan Alternatif (BA) iaitu bersama dengan DAP dan PKR. Bukan saja berjaya mengekalkan Kelantan, kita juga berjaya merampas Terengganu. Kita berjaya menang atas sentimen masyarakat Melayu terhadap penganiayaan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor menubuhkan Gerak ketika itu dan membawa pelbagai pihak bersama dengan PAS melawan BN.

Namun apabila datang isu Dokumen Negara Islam, kita kalah teruk dalam pilihan raya 2004 kerana, DAP mengambil sikap keluar BA selepas tidak senang dengan kita.

Kita kehilangan Terengganu dan hampir kehilangan Kelantan. Beza kita dengan BN hanya tiga kerusi saja di Kelantan. Apabila pilihan raya kecil Pengkalan Pasir diadakan, kita kalah dan menjadikan beza kita dengan BN hanya satu kerusi.

Di era inilah Tok Guru banyak diuji. Pelbagai ujian datang Tok Guru. Yang paling besar dan saya masih ingat adalah Tok Guru diuji dengan menantu Tok Guru yang ketika itu menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pelbagai fitnah yang Tok Guru hadapi.

Ingat tak lagi bagaimana Husam pergi menangis di depan Tok Guru memohon agar menantu Tok Guru itu ditamatkan perkhidmatannya? Akhirnya Tok Guru bersetuju dengan pandangan Husam dan selamatlah Tok Guru daripada fitnah itu.

Dengan pelbagai projek yang dibuat olehnya, kerajaan Kelantan berjaya mengharungi zaman cemas apabila bermajoritikan satu kerusi saja di Kelantan. Akhirnya pada pilihan raya umum 2008, kita menang besar di Kelantan dan juga Malaysia. Kita juga berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Selepas itulah terbentuknya Pakatan Rakyat (PR).

Melalui PR juga kita menang besar dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu walaupun kita kehilangan Kedah kerana perpecahan dalaman yang berlaku di dalam parti kita. Tok Guru yang dikasihi,

Kini, buat pertama kalinya PR berada dalam suasana paling runcing sekali. Ini ekoran krisis yang berlaku di Selangor apabila PKR tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka memutuskan untuk menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang akan memutuskan sikap kita, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid. Tok Guru juga kemudiannya menyokong pendirian presiden itu. Majlis Syura Ulama yang diketuai Tok Guru juga membuat keputusan yang sama, menyokong Khalid kekal sebagai MB.

Namun sehari selepas mesyuarat itu, Tok Guru dalam sidang media di Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Kota Baru berkata kepada media, Tok Guru hanya mempengerusikan mesyuarat itu setengah jam saja kerana tidak sihat. Tok Guru juga kata, tidak berminat untuk campur urusan MB Selangor itu dan biarlah orang Selangor menguruskannya.


Daripada kenyataan itu, saya terasa Tok Guru cuba untuk menjarakkan diri Tok Guru dengan keputusan Majlis Syura itu. Apa sebabnya semua orang tidak tahu. Mereka hanya boleh meneka-neka saja.

Saya beranggapan Tok Guru cuba menjadi orang tengah dengan tidak memihak ke mana-mana pihak yang sedang berbeza pendapat ini.

Tok Guru yang disayangi,

Sejak 10 tahun lalu, saya mula merasai kehadiran suasana yang tidak sihat dalam parti dan jemaah kita. Ramai orang muda di kalangan kita yang mudah sangat membuat tuduhan dan fitnah sesama kita, seolah-olah nilai ukhuwah yang ditanam dalam setiap usrah dan tamrin yang kita lalui dulu sudah tidak ada.

Sejak kebelakangan ini Tok Guru, perkara ini semakin menjadi-jadi. Ada-ada saja tuduhan yang dilemparkan sesama kita. Mereka yang paling banyak menjadi mangsa adalah pihak yang mahu mempastikan PR yang kita dapat manafaat maksima daripadanya terus kekal dan utuh.

Saya antara sasaran mereka kerana tugas saya adalah menulis dan premis utama tulisan saya adalah mempertahankan kerjasama yang kita bina melalui PR. Turut diserang adalah beberapa pemimpin PAS. Mereka dituduh lebih wala' kepada pemimpin lain daripada pemimpin parti kita sendiri. Padahal jika itu benar, baik mereka menyertai parti lain bukan menyertai parti Islam PAS ini.

Ada antara kita yang mengeluarkan fatwa golongan yang mempertahankan PR ini sebagai Munafik Haraki.

Ada juga antara kita yang melancarkan Gerak 2 selepas Gerak yang pertama dilancarkan allahyarham Fadzil dulu. Yang peliknya Tok Guru, Ustaz Fadzil menarik seramai mungkin orang perseorangan dan pertubuhan untuk bersama dengan kita dalam membela Anwar yang teraniaya, tetapi Gerak 2 mempunyai tujuan yang lain.

Gerak 2 dilancarkan untuk membela seorang individu yang kononnya teraniaya walaupun terpaksa menghalau sekurang-kurang dua parti yang mempunyai pengikut puluhan ribu yang selama ini berjuang bersama dengan kita.

Kita sekarang dalam dilema Tok Guru. Antara membela seorang individu dengan membela dua parti yang selama ini menjadi rakan kita berkempen untuk mendapatkan mandat dari rakyat.

Tok Guru yang dikasihi,

Saya penuh keyakinan, PAS mendapat manafaat maksima apabila kita bekerjasama dengan pihak lain berbanding dengan kita bersendirian.

Lihatlah apa berlaku kepada kita di tahun 1980-an apabila kita bersendirian dan pada 2004 apabila pihak lain meninggalkan kita.

Bandingkan dengan apa yang kita dapat apabila kita bersama dengan Semangat 46 pada 1990 dan apabila bersama Pakatan Rakyat pada 2008 dan 2013.

Kini Tok Guru, ada semacam satu kecenderungan kita hendak diajak agar bersendirian semula. Semua keputusan, ucapan, tulisan melalui media sosial dan sebagainya menjurus ke arah kita bersendirian.

Saya dengan rendah hati memohon Tok Guru agar campur tangan segera. Jangan dibiarkan jemaah kita ini terpaksa berundur ke belakang iaitu zaman 30 tahun lalu. Jika itu berlaku saya yakin, kita akan memerlukan 30 tahun lagi untuk membina semula jemaah kita ini untuk mencapai tahap yang ada sekarang.

Sekian Tok Guru. Terima kasih kerana sudi membaca coretan panjang saya ini. Saya sanggup bersengkang mata untuk menulisnya kerana hanya Tok Guru harapan saya untuk menyelesaikan kemelut ini.

ZULKIPLY SULONG
13 August 2014










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Well saya harap ada campur tangan dari TGNA dan diharapkan TGNA dapat berikan keyakinan untuk sokong PAS dan juga PR. Kalau TGNA gagal nak yakin juga well solution tubuh pari baru sahajalah dari kalangan orang muda.

Tanpa Nama berkata...

PASS 4 All jangan cakap tak srupa bikin!

Tanpa Nama berkata...

Dulu bila TGNA lepas PRU12 bersuara pengasas UG TGHH di Luar negara menjaja UG terduduk diam dan timbalan nasa di pecat, kini TGHH buat hal lagi......

Tanpa Nama berkata...

TGNA cuba di manipulasi suaranya oleh kumpulan UG al putar alam

Tanpa Nama berkata...

Walau pun sorang individu yg terinaya harus kita bela .dari segi akal apakah makwan lebih pandai drpd khalid dlm urusan pentakbiran negeri? Malah cuba tegk apa kah najib pernah tukar mb dan masokan rosmah.bukan tak blh tukar.tukar lah tp carilah yg lebih baik dari yg sdia ada.dlm kes ini kita tgk ada aginda yg tersembunyi yg org semia tahu tp buat2 x tahu

Tanpa Nama berkata...

kalau tak silap akulah PAS ni dah di beri peluang untuk memerintah 4 buah negeri kan. Terengganu, Perak Kedah,dan kelantan yang 3 tu dah telungkup tinggal kelantan saja ..DAP baru 1 pulau pinang,PKR baru 1 selangor.kawan-kawan lain hanya dapat 1 peluang...PAS dah deberi 4 peluang apa lagi yang PAS nak..?

Tanpa Nama berkata...

Ini saja hujjah UMNOrinas.. kononnya Khalid dianiaya sdgkan Khaldi menganiaya diri sendiri tak nampak ker?

Dah hak kerusi MB tu hak PKR, terpulanglah kepada PKR untuk lantik siapa. Apatah lagi Wan Azizah itu adalah Presiden PKR sendiri. Apa salahnya?

Dengan Anwar UMNO takut, dengan bini UMNO pun tkaut jugak ker?

in response to Anonymous Anonymous said...
Walau pun sorang individu yg terinaya harus kita bela .dari segi akal apakah makwan lebih pandai drpd khalid dlm urusan pentakbiran negeri? Malah cuba tegk apa kah najib pernah tukar mb dan masokan rosmah.bukan tak blh tukar.tukar lah tp carilah yg lebih baik dari yg sdia ada.dlm kes ini kita tgk ada aginda yg tersembunyi yg org semia tahu tp buat2 x tahu by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

WAHAI PRESIDEN PAS DAN KONCO-KONCONYA TOLONG JGN JADIKAN PARTI PAS MILIK INDIVIDU DAN SEGELINTIR ULAMAK YG GILA KUASA.

BILA BERADA DLM JEMAAH WAJIBLAH MENGAMBIL KIRA KEPUTUSAN MUKTAMAR DAN MAJORITI AHLI2 PAS.

TAHU TAK ERTI GOLONGAN MUNAFIK WAHAI PAK USTAZ2 BERSERBAN? BILA BERJANJI MEREKA MUNGKIRI. NANTI MATI TERSEKSA BOLEH MASUK NERAKA.

Tanpa Nama berkata...

ya, kita semua nampak ada aginda disebalik penukaran mb

Tanpa Nama berkata...

Buat malu dgn org kafir jer kalau begini parti yg membawa imej Islam. Korang semua telah meletakkan persepsi Islam itu level terbawah sekali. Bangsa lain non muslim dalam dan luar negara mula memandang rendah ttg Islam disebabkab sikap Pak Lebai malang yg kemaruk kuasa.

Islam apa yg hendak ditonjolkan oleh Pas golongan ulamak ini yg buat kami keliru. Islam tak ajar umatnya mengkhianati sahabat dan perjanjian persepakatan.

Tanpa Nama berkata...

well done mr.zul satu tulisan yg bagus utk difikirkan bersama...

penyakit keras kepala.. besar diri dan yakin hebat...

adalah kelemahan peminpin dunia islam sekarang...

apa pas yakin akan hebat dgn sendirian atau ada laba yg menanti

lihat ler gaya peminpin pas sekarang begitu mewah...

baik dari pimpinan muda dan yg lama..

kehancuran wadah politik islam yg di bawa pas jelas kelihatan

menanti hari untuk di bungkus dan di jadikan kain buruk oleh musuh utk melapkan najis...

rakyat juga cerdik menilai peminpin yg terbaik

tunggu dan lihat aje nasib parti berteraskan islam ditumbangkan..

kuasa rakyat kuasa keramat...

siapa pas bukan kerana rakyat...

ingat duit tabung derma yg di minta utk parti...

parti munafik adalah parti yg tercela baik di dunia dan ahkirat..

see and look...

Tanpa Nama berkata...

Harap ada campurtgn drp TGNA segera... x perlu tunggu lagi...masa semakin suntuk, keadaan semakin bergolak...semakin lama ditangguh, semakin merudum kredibiliti Pas di mata umum...

Tanpa Nama berkata...

boring betul, asyik cerita pasal khalid x habis2...oit dia tu pemangsa le, bukannya mangsa

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah TGNA kami penyokong Pas malu dgn gelaran kerajaan campurang Pas + Umno + Khalid Ibrahim = P.U.K.I

Tanpa Nama berkata...

ingatlah duit2 derma yg disalurkan oleh penyokong2 Pas demi perjuangan dalam Pakatan telah dikhianat oleh Pak Lebai dan sekutunya yg pentingkan diri sendiri.

Perangai serupa Yahudi!! Buanglah serban dan perkataan Islam dlm parti tu. Telah mencemarkan imej Islam di mata dunia.

Kalo lembab masih boleh diajar tapi kalau dah bodoh sombong, habis terpalit najis imej parti Islam.

Tanpa Nama berkata...

Isu dia panjang. Bukan setakat isu Khalid saja. Penghinaan DAP/PKR terhadap PAS dah lama berlaku. Walaupun mereka dibantu oleh jentera PAS tetapi tanpa segan silu memperlekehkan PAS dah lama berjalan. PAS jadi parti ketiga bersama PR ini walaupun mempunyai ahli paling ramai.

pak maun berkata...

Nampak sgt ini adalah percaturan ameno tp Pas yang x nampak. Kenapa anwar sibuk nak bertanding di Kajang? Pada aku ini adalah kerana TSKI sedang kena main dgn ameno. Kita perlu ingat ameno dah buat gerak kerja skrg utk result PRU seterusnya. TSKI ni hanya mementingkan urustadbir sahaja. Bagus tp bahaya utk jangkamasa panjang. Yang terjadinya DSWA calon utk ialah rentetan drpd ketidaklayakan DSAI utk bertanding. Pasal apa x layak? Ameno telah mengguna sistem kehakiman iaitu mempercepatkan perbicaraan kes liwat. Jadi skrg ni, nampak tak permainan ameno? Ameno ni dah menyerang saraf Pas dan PKR. Kedah diorang dah berjaya. Selangor in progress. Cara ini sahaja yang diorang mampu dan pakar. PKR dah sedar, sebab itu lah skrg ni bertindak. Ini sahajalah option yang ada bg PKR.

Tanpa Nama berkata...

Satu pandangan saya. Dalam situasi begini sekiranya MSU masih tetap dengan keputusan menyokong TSKI saya mencadang ahli2 dlm AJK PAS Pusat harus berani dan tegas dgn keyakinan masing-masing samada menyokong DSWA atau akur dgn TSKI. Kalau sokong DSWA bantahlah keputusan MSU tersebut. Adakah berdosa hanya membantah keputusan MSU sedangkan ahli-ahli nya bukan orang-orang yg maksum.

Amuraria berkata...

SELAMATKAN PARTI ISLAM ! SELAMATKAN PARTI ISLAM ! SETUJU DENGAN SDR ZUL SULONG BUANG JARUM-JARUM YANG ADA HASRAT 'UNITY GOVERMENT' & PEMFITNAH/PENGADU DOMBA ! JIKA TIDAK PARTI ISLAM AKAN UNDUR &AKHIRTNYA TINGGAL NAMA ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Ada ulama Sini cakap dap cina hina pas. Tiada bukti. Yang Ada bukti tu pru2013 pas dapat banyak undi cina.

Semua orang jahat terutama cina dap, ulama pas mulia Tahap tinggi Tak akan buat Silap

Tanpa Nama berkata...

Kalau katak politic 2-3 orang, mereka yang jahat.

Kalau satu party katak macam itu, satu party jahat.

Apa lagi Nama party sepatunya mulia?

abuamir berkata...

Terimakasih kpd saudara Zulkifli, harapan kita TGNA dpt mengambil tindakan sewajarnya demi menyelamatkan PAS dari berpecah. Golongan yg mengambil kesempatan ini ada disekeliling pemimpin dan ada yg baik, ada yg tak baiknya. Wajarkah kita berpecah PAS & PR disebabkan khalid seorg?

Teringat kata2 TGNA: PAS tak akan bersama umno selagi umno tolak Islam.

Tanpa Nama berkata...

Aku tetap sokong tan sri khalid agar din ayam, din vellfire dan isnasikandar akan kekal di singgahsana.. puuiii...

Tanpa Nama berkata...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Hujuraat : 6
“Janganlah kamu menjadi lemah dan bersedih, sedangkan kamulah yang paling tinggi jika kamu beriman” Ali Amran : 139
Allah telah berjanji untuk menjadikan umat Islam lebih tinggi dalam segala-galanya.
Tetapi apa yang berlaku sekarang pada umat Islam bangsa melayu yang kebanyaknya memenuhi pusat serenti, nombor wahid dalam kes pembuangan bayi dan dengan pelbagai-bagai lagi kedurjanaan.
Di pundak siapakah nak diletakkan kesalahan-kesalahan ini?? Dato Najib ??? Jauh sekali sebab dia pun tak tau apa itu dosa. Pada UMNO… (sama kut macam Najib) mungkin pada Lim Kit Siang kut …… bebal sungguh. Mungkin kita boleh tanya pada bapak REFORMASI? tapi dia cakap adakah dengan melaksanakan Hudud adakah akan boleh menyelesaikan masaalah ini. Maaf saya mungkin tak berapa faham dengan firman ALLAH : “Wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.” Muhammad : 7
Soalnya sekarang di manakah bantuan Allah untuk umat Islam? Sedangkan Allah MAHA Berkuasa keatas sesuatu dengan “KUN” nya.
Tapi sebelum itu satu soalan besar untuk dijawab… layak kah kita mendapat nusrah (bantuan) ALLAH …….layak ke kita???

Mari kita musahabah diri kita dari bermula kita bergabung didalam Pakatan Rakyat berapa banyak perintah-perintah yang ALLAH yang telah kita tunaikan untuk kita mendapat bantuan ALLAH. Melainkan kita akan sentiasa akan mendapat jawapan “Kita mesti dapat persetujuan bersama”.

Maka tak hairan lah bantuan ALLAH nun jauh entah dimana.

Untuk diwajab para pemimpin PAS yang mana akan SOAL di yaumul mahsyar

aku berkata...

tiba2 terdengar PAS boleh bersuara, itupun bila dah mula terasa hebat sikit kat Selangor(dengan izin Allah)..tunggu dan lihat..ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

Dgn rasa rendah hati saya merayu TGHH selepas ini letaklah jawatan sbg Presiden parti. Dikhuatiri Tok Guru akan meninggalkan legasi yg paling buruk dlm sejarah Pas terutama dlm PRU14.


Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt...sebelum letak jawatan, pastikan buang dulu geng ug yg bersarang dalam parti spt din vellfire...puiii...

in response to Dgn rasa rendah hati saya merayu TGHH selepas ini letaklah jawatan sbg Presiden parti. Dikhuatiri Tok Guru akan meninggalkan legasi yg paling buruk dlm sejarah Pas terutama dlm PRU14. , by Anonymous.