7 Ogo 2014

Setelah Ditolak PKR, Khalid Ibrahim Mewakili Parti Apa?

Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat

Pemerhati politik, Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.

“Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din xxxx’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.

“Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?” soalnya.

Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.

“Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di (penjara) Kajang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.

“Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”

Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.

“Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.

“Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”
ujarnya.

Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.

“Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,” katanya. -FMT


Surat tunjuk sebab Khalid tiada cacat cela, kata Surendran

Mempertahankan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang dilabel "cacat" oleh menteri besar Selangor itu, Naib Presiden PKR N Surendran berkata ia lengkap mengikut prosedur dan adil.

Katanya, tidak wujud langsung kekaburan atau apa yang didakwa Khalid sebagai tidak spesifik dalam surat tunjuk sebab itu, sebaliknya Khalid diberi peluang mempertahankan dirinya seperti dalam mana-mana proses perundangan biasa.

"Kritikan Khalid tidak berasas langsung. Adil mengikut prosedur hanya bermakna dakwaan atas ahli parti yang bersalah dinyatakan dengan jelas dalam surat tunjuk sebab. Ini yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan.

"Dakwaan surat bertarikh 5 Ogos 2014 menyatakan Khalid melalui satu kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai 2014 mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Bermakna, tiada yang kabur atau kurang spesifik dalam surat itu seperti dakwaan Khalid. Surat itu memberi peluang menerangkan tindakannya, memenuhi kehendak keadilan asasi," kata Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.

Khalid menganggap surat tunjuk sebab itu “cacat” dan meminta notis lebih jelas dan spesifik dikeluarkan kerana ia "tanpa butir relevan serta memadai" bagai membolehkannya menjawab.

Kata menteri besar yang dalam proses penyingkiran itu, beliau tidak akan menjawab surat itu "sehingga menerima notis yang sah" walaupun surat tunjuk sebab itu pada asalnya memintanya menjawab sebelum atau pada 8 Ogos.

Khalid berkata, apabila satu notis tunjuk sebab dikeluarkan, menjadi keperluan utama notis tersebut menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan.

Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelanggaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya.

Surendran berkata tiada keperluan memetik peruntukan khusus di bawah perlembagaan parti seperti diminta Khalid dalam suratnya kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Mengenai kedudukannya sebagai menteri besar, Surendran berkata adalah menakjubkan melihat Khalid bersungguh-sungguh berpegang kepada kerusi itu walaupun parti membuat keputusan menukarnya.

"Tindakan itu bertentangan dengan semua kebiasaan dan amalan terdahulu dalam demokrasi moden berasaskan parti politik. Pendiriannya tidak bermaruah. Beliau mesti terima keputusan parti dan tinggalkan pejabatnya," katanya.
-TMI













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepala hotak kau la.. sedap mulut tuduh org jahat.. tv3 suku bukan puji Khalid.. depa cuma kluarkn berita yg sensasi mnguntungkn BN.. ngape tuduh Khalid mcm tu..? dh ade jugak makhluk mana ntah komen dlm facebook kata 2 org tuan guru Pas adalah ulama us suuk sbb sokong Khalid.. ape kau ingat org Pas bole rilek je..?

Tanpa Nama berkata...

isham, kao mmg jahat, celako...but i like it!

Tanpa Nama berkata...

PKR memang bodoh lah dalam isu ni. Bunuh diri di Selangor. Tak mintak pendapat rakyat atau orangramai langsung. Nak ikut kata pemimpin mereka saja tanpa pentingkan rakyat. Aku yang sebelum ni penyokong kuat PKR pun dah naik jelak DAN TAK AKAN UNDI PKR LAGI. Aoatah lagi orang atas pagar.
Selamat tinggal PKR. RIP.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun x akan sokong pas lagi...ramai geng ug yg suka tikam belakang...puiii...

Tanpa Nama berkata...

Kerja jatuh menjatuh ni akan berterusan apabila tiada di kendali secara adil.

Tanpa Nama berkata...

Sapa no jdi MB beri je TS Khalid tgk apa jdi sapa pandai. Sayabharap kalau dh terjadi elok je TS Khalid masuk Pas mcm belas MB Selangor. Banyak amal sedekah psal dunia ni sementara je Jawatan MB Tu dunia je. Gua tabeknpsal g jumps TGNA

Tanpa Nama berkata...

Aku nak jadi mb Selangor bolehh?...... Awwwwwwwwww

Tanpa Nama berkata...

ADA GROUP DARI pas nak gabung dengan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

300% setuju

Tanpa Nama berkata...

TSKI adalah wakil kepada PKR dalam jawatan MB. Duduklah disitu selagi mana parti suka. Tapi apabila dah parti minta berundur, tak payahlah bengkeng. Nampak sangat dia ini tak faham politik. dan Presiden PAS yang menyokongnya juga sama. Biol.

Tanpa Nama berkata...

Anon 1.27am. Memang ada dan benar.Siang-malam mereka bekerja keras pergi keulu- kehilir seluruh negara menagih sokongan untuk tidur sebantal dengan UMNO.Krisis MB Selangor menguatkan azam mereka menyokong Khalid Ibrahim untuk dapat sokongan UMNO Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Kalau PKR dah tak mau Khalid Ibrahim jadi MB,itu adalah perkara biasa.Melondehkan keburukan Khalid Ibrahim dikhalayak ramai itu kurang bijak sebab seolah-olah meludah kelanggit.Menggantikannya pula dengan Wan Azizah,isteri DSAI itu satu lagi kesilapan besar sebab dianggap kronisma.PR menentang kronisma,mengapa PKR nak amalkan kronisma.Belum tentu DYMM Sultan Selangor perkenan negeri Baginda diketuatadbir oleh seorang perempuan yg bukan rakyat Selangor dan tak pernah pulak ada pengalaman pentadbiran yg selayaknya.

Tanpa Nama berkata...

Setuju... waktu kes Ustaz Azizan dan Nizar sbg Mb perak...Pkr dan Anwar hormati pendirian Pas, kini dilihat Pas makin berlagak dan sombong...geng ug yg kantoi langsung tiada tindakan diambil. ...


in response to TSKI adalah wakil kepada PKR dalam jawatan MB. Duduklah disitu selagi mana parti suka. Tapi apabila dah parti minta berundur, tak payahlah bengkeng. Nampak sangat dia ini tak faham politik. dan Presiden PAS yang menyokongnya juga sama. Biol., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Harap Tn GB lebih bersikap adil dalam hal ini. Walau apa pun yang dilakukan oleh TSKI bertentangan dengan kehendak parti, perlu diadili secara adil dan bukan secara semberono begini hingga menimbulkan huru-hara. Bagi saya beliau orang yg berprinsip dan sekiranya beliau akur dgn golongan yang ingin menjatuhkan beliau, itu bermaksud beliau mengiakan tuduhan yg dilemparkan pada beliau. Sekiranya berlaku kecurangan atau salah laku beliau, laporlah kepada pihak berkuasa dan adililah beliau.Hishammuddin Rais bagi saya orang yang penuh dengan kebencian dan cenderung dengan tutur kata yang kotor..Hilang hormat saya pada beliau walaupun antara aktivis sohor..pergilah ke blog beliau..

Tanpa Nama berkata...

Janganlah terperangkap dgn permainan politik. sokongan umno pada TSKI bukan bermakna TSKI sokong umno..jgnlah rigid sangat..Kalau sesuatu yg baik untuk kerjasama, apa salahnya..mgkn mereka sengaja menyokong TSKI supaya pihak pakatan berasa curiga dgn TSKI..
H/Rais aktivis yg sohor ttp saya tidak suka dengan tutur kata yang kotor dan kesat beliau..pergilah ke blog beliau dan anda tahu..biasanya tutur kata kita melambangkan diri kita..ye tak?

Tanpa Nama berkata...

kenapa kita tak lihat kebaikan yang telah dicurahkan oleh TSKI ni sebagai MB Selangor. Kalau ada pun yang belum dilaksana itu mungkin kelemahan beliau. Berilah teguran. Tak perlu tukar MB. Tp kalau nak tengok PKR bungkus, teruskalah. Dan BN akan gelak besar.

Tanpa Nama berkata...

Len kali kena blajak dgn mahafiraun, Barang siapa yg nak jadi MB misti sign surat perletakan jawatan tanpa tarikh sebelum jadi MB.

Tanpa Nama berkata...

Pkr adik beradik umnoooo

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah ok juga. Sapa kata perempuan tak bule memimpin.

Ibu kita kan perempuan.
Bapa cari duit, dia meengajar ngaji, mengasuh, mendidik kita supaya jadi baik.

Yang tak bole, perempuan jadi imam yang makmum nya leleki, dll.
Apa lagi nanti Wan Azizah akan dibantu oleh DSAI, sebab UMNO tak nak DSAI jadi MB atau pemimpin Msia, apa salahnya ini cara DSAI nak tadbir negeri melalui isterinya, yang disekat oleh UMNO.

Jelas dan nyata. Kroni kalau utk kebaikan apa salahnya.

Kalau lepas beerapa tahun tak memuaskan hati, ganti pulak orang lain. Tak de masaalah.


Tanpa Nama berkata...

Khalid boleh pakai serban dan jubah, masuk Pas, bertanding Presiden PAS ada harapan menang, najib buat dah....