17 Jul 2014

[TERKINI] "Kiki" Akhirnya Ditangkap


Kiki kena tangkap

Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan.

"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.

Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya. ~HM


'Kiki' ditahan untuk bantu siasatan khianat dan ugutan jenayah

KUALA LUMPUR: Wanita pemilik kereta Peugeot 208 yang mengamuk dan merosakkan kereta seorang lelaki warga emas menggunakan pengunci stereng di tempat meletak kenderaan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan telah ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan penahanan dan berkata bahawa penahanan wanita berusia 30 tahun tersebut dilakukan pada jam 5 petang tadi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan.

“Wanita itu tampil ke IPD Kuantan untuk membantu siasatan kami dan kami terpaksa menahannya buat sementara dan sama ada akan direman atau tidak akan bergantung kepada hasil siasatan ini,”.

Difahamkan, wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

Semalam, pesara kerajaan, Sim Siok Hong, 67, telah memberi keterangan di IPD Kuantan.

Pada insiden yang berlaku pada Isnin lalu itu, wanita tersebut naik berang apabila seorang pesara kerajaan berumur 67 tahun yang memandu kereta Toyota secara tidak sengaja melanggar keretanya dari belakang.

Wanita itu kemudian bertindak bersemuka dengan lelaki tersebut dengan membuka kereta lelaki warga emas itu dan merampas kunci kereta serta mengambil pengunci stereng milik lelaki warga emas tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.
-astro awani










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa gunanya undang-undang jika setiap jenayah tu boleh minta maaf saja dan lepas? Orang macam Kiki Kamarudin ini ada ramai lagi di luar sana. Mereka ingat mereka hebat, ada duit kereta mewah boleh serang orang maki hamun mungkin juga sampai ke tahap pukul atau bunuh orang lain. Kejadian mcm ini harus dijadikan pengajaran. Pihak polis patut ambil tindakan ke atas mereka ini kerana orang mcm Kiki ni membahayakan orang lain. Klu dibiar lepas boleh menangis minta maaf minta kesian, lain kali kejadian sama mungkin berulang, mungkin sampai mencederakan atau menyebabkan kematian pula. Jenayah tetap jenayah. Jangan sampai undang-undang negara ini jadi undang-undang atas kertas atau dalam buku saja serta menjadi bahan tertawa kpd samseng-samseng mcm cik kak Kiki.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa dia bertindak kasar dan garang lagak 'samseng' itu kerana dia tahu ada orang besar dan berpengaruh akan lindungi dia dpd sebarang tindakan undang2.

BaDiN berkata...

Mesti diajar cukup cukup sebab perempuan ini amat kurang ajar dan langsung tidak hormat kpd org tua yg dibantainya.Nasib baiklah hanya org itu seorang shj jika bersamanya ada anak lelaki besar mungkin perempuan ini akan menikus.Islam tidak mengajar umatnya bersikap demikian.Terima kasih kpd org yg ambil gambar video berkenaan sebab dgn tindakkannya menyedarkan perempuan ini drpd terus ganas.Hilang kesopanan bangsa melayu atas tindakkannya itu.Minta Kaum China jgn balas balik dgn tindakkan serupa.

Tanpa Nama berkata...

minah ni layak dimadukan dgn bini matyo. baru kena gu..

Tanpa Nama berkata...

Mcm mcm ade kat Malaysia ni

Tanpa Nama berkata...

Kalau la apek tua tu yg buat macam yg si kiki tu buat, dah tentu2 si apek tu tido dalam lokap 2,3 malam..

Tanpa Nama berkata...

Kiki tu siapa? Reman dan Sumbat je ke lokap dulu seminggu. Bukti dah jelas, tak ragu2 lagi memang jenis samseng.

Tanpa Nama berkata...

Jangan biarkan Umno, Perkasa dan Isma menjadikan diri kita seperti pemandu peugot CDM25.

Tanpa Nama berkata...

Rupanya si mak cik tension kerana kereta mahal kena langgar oleh kereta tua. Kalau sudah kena langgar memang tak patutlah mengamuk macam orang kena penyakit sawan tahap kronik. Tapi apakan dayanya dah pemerintahnya ajar rakyat jadi kurang ajar maka rakyat lebih - lebih lagi umat melayu mr. Bean ikutlah jadi kurang ajar.

Tanpa Nama berkata...

Kereta peugot 208..je..apa kelas..org kereta merc pun x buat camtu...

mat raub berkata...

Walaupun itu apek cina kafir, aku hormat lagi dia daripada betina haramjadah tu ! Kalau jumpa memanng aku ludah betina tu....khiaggggthuih !