17 Jun 2014

[VIDEO] Pandikar Amin Arah Fuziah, Surendran Keluar Dewan Rakyat


Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran (Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selepas mengingkari nasihat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Memetik BERNAMA, Fuziah diarah keluar apabila beliau mempersoalkan kewajaran penolakan usul membahaskan isu Lesen Operasi Sementara (TOL) berkenaan projek Lynas.

Ketika Pandikar sedang memberi penjelasan, Surendran pula bangun mencelah dan meminta Speaker Dewan Rakyat itu menjelaskan mengapa usul itu ditolak.

Apabila Surendran mengingkari arahan untuk duduk, Pandikar berkata: “Ahli yang berhormat Padang Serai, saya buat keputusan yang berhormat.

“Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat apabila berdiri berkenaan petisyen terpaksa juga rujuk ‘point of order 14F’.

“Oleh kerana Padang Serai dan Kuantan enggan mematuhi arahan, maka sekarang ini saya arahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan,” katanya.

Arahan Pandikar itu mengakibatkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika.

Ini adalah kali keempat Surendran diusir daripada persidangan Dewan Rakyat dan semalam (17 Jun) hari pertama beliau menghadiri persidangan selepas penggantungan enam bulan, pada November 2013.










IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



4 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Apabila Dewan yang "mulia" di ketuai oleh "beruk", jadi "SARKIS".
Kepentingan dan keselamatan rakyat tidak penting, yang penting ialah sesiapa yang membangkitkan keselamatan dan kepentingan "HARUS" dihapuskan. Inilah MalaysiaKu, ku, ku, ku, ku, .......

Tanpa Nama berkata...

saintis Darwin kata, manusia berasal dari beruk, saya tak setuju, kerana dalam quran kisahkan manusia (Nabi Adam) jadi dari tanah. Tetapi saya setuju manusia sekarang ini dah ramai jadi beruk, antara perangai beruk ialah bila dah kenyang dan simpan lagi makanan dalam mulut dia tak mahu buka mulut = dengan perangai wakil rakyat umno bn (tak berani memperjuangkan hak rakyat) dan antara hakim-hakim di negara ini (yang tidak berlaku adil).

Tanpa Nama berkata...

Kalau usul yg dikemukan kena batang hidung UMNO/BN speaker akan tolak mentah2 usul tersebut mereka tak akan bahas. Dah fahan sangat gelagat pemimpin dan speaker dewan. kalau desak juga keputusan ditangan speaker komfom kena halau atau kena gantong ini lah cara speaker berok dan pemimpin ala berok UMNO/BN

Tanpa Nama berkata...

Demokrasi di M'sia - You can have all the says, but the govt will have their ways no matter what. "Kami langsung tak bimbang tentang apa jua kesalahan yg kami lakukan kerana kami tahu orang2 luar bandar akan tetap undi dan sokong kami dlm PRU nanti".