1 Jun 2014

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui


Suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan, ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata mayat dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit masih lengkap berpakaian dengan memakai baju kotak-kotak berwarna merah, berseluar panjang biru gelap, bertali pinggang, tidak berkasut namun tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

"Bagaimanapun, rupa bentuk fizikal dan pakaian adalah bersamaan dengan gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta dari gambaran yang diberikan oleh saksi yang mengejar suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Gan berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan identiti suspek akan dikenal pasti melalui semakan rekod cap jari.

"Dengan penemuan mayat suspek ini, polis yakin kes bunuh membabitkan kanak-kanak ini telah berjaya diselesaikan, bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat seorang lelaki pada kira-kira 2.50 petang.

Beliau berkata jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian dengan enam anggota untuk mengangkat mayat berkenaan.

Khamis lepas, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini.

Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa, dan apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.

Susulan itu, pihak bomba menjalankan misi mencari suspek di sepanjang Sungai Klang sejak semalam.


Kepala kanak-kanak dipenggal hingga putus



KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dipenggal hingga putus dalam kejadian di tepi Sungai Klang, berhampiran Stesen Kereta Api Lama, Jalan Hishamuddin di sini, malam kelmarin.

Penyerangnya dipercayai menghentak kepala mangsa menggunakan seramik dan mengelar lehernya sehingga putus.

Sumber berkata, dua saksi kejadian melihat suspek mendukung mangsa sambil berjalan ke arah tempat kejadian.

“Ketika itu, kanak-kanak tersebut masih hidup dan tidak berbaju,” kata sumber itu.

Menurutnya, saksi kemudian melihat suspek menekap mangsa ke tanah sebelum memukul mangsa dengan seramik.

Selepas melihat kejadian itu, saksi terus menghubungi polis bantuan dekat tempat tersebut.

“Suspek terus terjun ke dalam sungai apabila menyedari kehadiran polis bantuan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 9 malam.

“Polis menemui seramik yang pecah dan sepasang selipar, dipercayai milik suspek,” katanya.

Menurutnya, kepala mangsa terputus dari badan dan tempurung kepalanya juga pecah dipercayai akibat hentakan.

Kong Meng berkata, polis sedang giat memburu suspek dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, berdasarkan keterangan ibu mangsa yang berumur 32 tahun, dia melepak bersama beberapa orang rakannya di Plaza Kota Raya pada petang hari kejadian.

“Dia meminta rakannya menjaga mangsa dan sebaik keluar dari bilik air, ibu mangsa mendapati anaknya tidak bersama rakannya,” katanya.

Kong Meng berkata, ibu mangsa serta rakannya terus mencari kanak-kanak berkenaan di seluruh plaza itu namun gagal ditemui.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-SH






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

mahaguru berkata...

Penafian demi penafian terhadap pelaksanaan hukum Allah akan mendekatkn bumi Malaysia terhadap laknat Allah.apa bezanya "belum melaksanakan hudud"&"menolak hudud"?57tahun memerintah tp langsung takde usaha ke arah mendpt redha Allah.rakyat akan sentiasa dlm ketakutan kerana jenayah makin tak terkawal.

Tanpa Nama berkata...

Dunia akhir zaman apabila manusia berkelakuan umpama binatang. Binatang buas spt harimau singa pun tak makan species sendiri. Binatang pun tahu sayangi jenisnya. Sakit mental sakit jiwa pengambilan dadah mungkin punca manusia jadi iblis. Macamana kita nak kekang. Kasih sayang. Agama. Bermula drpd institusi keluarga yg sihat, mental dan fizikal.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada warga KL yang perihatin dan bertindak cepat Walaupun tak sempat selamatkan nyawa anak ini.
Kepada ibu terutamanya waspada kepada sesiapa saja yang tidak dikenali.
Kita semua perlu membantu agar ibu2 dengan anak kecil tidak menjadi mangsa dengan peka kepada tindak tanduk orang gila macam ini.
Juga terima kasih kerana ramai anggota keselamatan berusaha bersungguh sungguh menyelesaikan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

Didik masyarakat dari mrk lahir lg akan sifat kasihsayang bertanggungjawab, didikan agama, bukan sekadar didikan duniawi. Ibu kanak2 ini tdk terlepas, dia jg salah krn cuai, bawa anak kecil lepak2, kmdn ditinggalkan dgn rakan2..amat tdk bertggjawab. Minta polis siasat apa pekerjaan wanita ini, rakan2 dia, dan apa hubungan dgn pembunuh. Sedih dan gerun sgt krn dunia skrg manusia ramai yg gila dan berpenyakit mental.