1 Jun 2014

Dyana Telah Memenangi Hati Kita


DDyana Sofya,

Anda munkin telah tewas di dalam pilihan raya kecil ini namun anda sebenarnya telah memenangi hati ramai manusia, ramai rakyat Malaysia.

Sekalipun dengan cara hodoh mereka cuba memalukan dan menjatuhkan anda, namun kami gembira anda tidak tenggelam ke tahap mereka yang lansung tidak tahu malu di dalam tingkah laku mereka.

Kami tahu anda berbangsa Melayu, tetapi sepanjang kempen ini adalah jelas pertamanya anda paparkan anda seorang rakyat Malaysia dan berdiri untuk semua rakyat Malaysia. Justeru itu, kita jarang berfikir atau melihat anda sebagai seorang Melayu, tetapi lebih sebagai seorang rakan dan adik perempuan kami dan sebagai seorang Malaysia.

Ia adalah penting untuk kita semua beralih daripada segala bentuk politik etnik, membuat keputusan berdasarkan etnik, kriteria etnik di dalan pemilihan dan lain-lain, kerana ia akan hanya akan terus memecahbelahkan kita. Jadi kami gembira dengan pendirian anda itu.

Kami ingin memberi jaminan bahawa anda tidak kehilangan malah sebenarnya telah memenangi banyak hati.

Dengan sejumlah tekanan, ugutan, fitnah, taburan janji dan lain-lain, yang telah digunakan sepanjang kempen adalah amat sukar untuk dipercayai. Gelagat itu amat tidak beretika di dalam mana-mana negara maju dan beretika.

Jangan berputus asa.

Kita semua berjuang untuk Satu Malaysia yang sebenar, di mana perbezaan etnik kita diraikan dan dihargai, di mana perbezaan agama kita dihormati dan dilindungi, di mana kita tidak lagi perlu mengklasifikasikan diri kita dengan etnik kita tetapi dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Seperti anda, kami merindui satu hari apabila rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat akan berjuang untuk manusia sesama mereka, tanpa mengira warna kulit, kepercayaan atau kedudukan mereka. Terima kasih kerana telah berbuat demikian.

Amar Singh & Lim Swee Im







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lwn tetap lwn.....

rmj berkata...

Kita cuba terapkan rasa kasih syg smue bangsa d Malaysia tpi org Cina (TA) x mau itu berlaku ramai yg x klue mngundi org Melayu sibuk hal agama DDyana x menunjukan ciri2 org Islam sbenar bertudung orang India ikut arus..perkara remeh ini blum dapat di pisah akhir nya KALAH...sdy

Tanpa Nama berkata...

Lawan sampai lebam

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahla...bebual lebih korang ni...DAP tetap dihati...haha

Tanpa Nama berkata...

penuh yakin, yang menang hanya untuk satu penggal.Bijak orang teluk intan .ini hanya PRK. Pastikan dulu janji ditepatikemudian ubah.

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Taniah sekali lagi LKS sungguh menunjukkan kematangan serta ketulusan berpolitik dinegara Malaysia ini

Tanpa Nama berkata...

Kalah tetap kalah dalam sistem demokrasi British Amerika.
Kalah boleh juga ada wakil dalam sistem demokrasi Jerman-Perancis.
Parti yang kalah kerusi tetap ada wakil di parlimen mengikut jumlah undi yang diperolehi. Sama seperti di Indonesia dan Turki.
Bererti anda kalah di kerusi dengan parlimen pengundi besar seperti dalam WPKL anda tetap ada ahli parlimen mengikut jumlah keseluruhan undi yang diperolehi.
Sekarang ini BN menang banyak kerusi dengan pengundi kecil seperti Bakala'an, Padang Besar dan Putrajaya. Lebih separuh kerusi parlimen Sabah dan Sarawak cuma dengan 10% berbanding jumlah pengundi di Seputih, Kota Raja, Shah Alam, Subang dan Batu.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Persekutuan dan Menteri menang 200 lebih kepada pelajar tadika, bangganya BN???

Tanpa Nama berkata...

PRU14, insyaallah Dyana bakal Timbalan Menteri, atau MP.....

Tanpa Nama berkata...

Hai liyana!! PRU14 liyana pasti menang ma. Esok masih ale.
Itu hali undi pun gua tatak balik,manyak2 soli hai cantik punya olang. Gua janji hali undi pru14 gua gelenti balik. Gua kempen sama gua punya kawan ada lebih satu ratut olang. Bye2 liyana!!!