18 Mei 2014

PRK Teluk Intan: GERAKAN-BN Tertekan Bila DAP Umum Dyana Sebagai Calon


DAP mahu cipta sejarah melalui Dyana

Dyana Sofya Mohd. Daud akan menjadi Ahli Parlimen wanita keturunan Melayu yang pertama dari DAP jika peguam muda tersebut berjaya menewaskan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, DAP pernah meletakkan wanita Melayu pada 1974 tetapi calon tersebut ditewaskan dalam pilihan raya.

Kor Ming berkata, kemenangan Dyana di Teluk Intan sekaligus akan menjadi peristiwa bersejarah dalam DAP.

"DAP pada kali ini mewujudkan kejutan dengan meletakkan seorang wanita Melayu untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan," katanya.

Menurutnya lagi, pelantikan Dyana sebagai calon DAP semestinya merupakan sesuatu yang `gempak' di mana keadaannya tidak lain seperti Pas meletakkan calon keturunan Cina unuk bertanding.

"Sebelum ini, ramai yang mengatakan bahawa PRK Teluk Intan sebagai pilihan raya yang biasa. Dengan meletakkan Dyana, PRK Teluk Intan akan menjadi PRK luar biasa," katanya.

Sementara itu China Press melaporkan, keputusan DAP meletakkan Dyana sebagai calon telah memberi tekanan kepada Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber BN, keadaan itu akan menyebabkan persaingan sengit untuk undi Melayu yang menjadi perebutan BN dan DAP dalam PRK Teluk Intan.


"Pemimpin BN dijangka menambah kekuatan untuk berkempen di kawasan Melayu di Teluk Intan." -CHinaPress/malaysiagazette


Ibu restui Dyana dan puji keberanian DAP bawa perubahan

TELUK INTAN, 17 MEI: Pencalonan Dyana Sofya membuktikan DAP berpegang teguh pada prinsip kepelbagaian untuk semua, kata Puan Yammy Samat, ibu kepada calon DAP untuk Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan.

“Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.

“Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Saya juga memuji tindakan berani DAP meletakkan calon muda yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka untuk dibawa ke Parlimen dalam menegakkan keadilan serta perubahan kepada rakyat, terutama kepada rakyat Teluk Intan,” katanya ketika ditemui di pusat operasi pilihanraya DAP disini.

Beliau turut menyeru warga Teluk Intan terutama golongan veteran supaya berfikir berulang-kali sebelum mengundi.

“Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi semuanya terletak di tangan para pengundi.

“Jadi saya berharap pengundi di sini (Teluk Intan) membuat pilihan sewajarnya dengan memberi peluang kepada golongan muda yang lebih berdaya saing, demi menjayakan politiik baru untuk Malaysia,” ujarnya.

Dyana Sofya, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang telah diumumkan sebagai calon DAP-Pakatan Rakyat tengahari tadi untuk menghadapi PRK Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei nanti berikutan kematian wakil rakyat sebelum ini, Seah Leong Peng, pada 1 Mei lalu.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAP "Dyana Aspirasi Pengundi"

Amuraria berkata...

syabas wanita Melayu pertama dari DAP untuk lawan sekutu gerombolan 'kangkung' tapi penyangak besar & kuat kelentong@seleweng ! ABU !

GEBU berkata...

Dalam menegakan kebenaran dan keadilan, DAP dilihat lebih relevan dari UMNO dan GERAKAN. Syabas kepada DAP dan PR. Sudah sampai masanya perompak harta rakyat dan penipu rakyat dikuburkan dari bumiTeluk Intan untuk selama2nya.

Tanpa Nama berkata...

We love Dyna and Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Ada orang persoal, orang Melayu PAS nak sokong mana. Dyana tak pakai tudung.

Saya pakai kaedah fekah, ambil mudarat kecil, elak mudarat besar. Kalau X BN, dalam kekalutan semua naik harga termasuk nak naikkan tarif letrik, tup tup BN dok menang jugak,.... jangan terkejut berok lepas ni basikal pun kena roadtax. Yalah buat masa ni kempen dulu naik basikal. Awas wahai umat Melayu....

Tetapi jika semua orang X Dyana parti DAP dan BN hilang wang pertaruhan, besar kemungkinan kenaikkan tarif eletrik yg PM warwarkan di tarik balik maka hilanglah Mudarat yg besar.

Inilah akibat ketegak tak caya janji orang yang beriman musim PRU lepas....haaa ambik kau.






Tetapi bila

Tanpa Nama berkata...

Wanita pun BN nak lawan, tarik diri sajalah, lelaki dijelutung BN tak berani, spesis pondan dalam BN agaknya?

Tanpa Nama berkata...

Strategi terbaik Pakatan Rakyat, mana PERKASA, mana JATI, mana ISMA, barua-barua UMNO....

Tanpa Nama berkata...

Syabas, ini baru lulusan UITM berwawasan, tak macam TNCnya yang kaki basuh punggung UMNO

Tanpa Nama berkata...

Melayukah atau tidak. Kalau dia berjaya masuk ke parlimen maka ini juga petanda kejayaan terbesar bagi kita sebagai golongon muda, dan juga sebagai petanda dah tibanya masa giliran kita orang muda untuk memerintah.