14 Apr 2014

Utusan Meroyan Serang Mkini & Anwar, Hishamuddin Pula Terus Bela Amerika


Hishammuddin tolak teori Utusan Malaysia, kehilangan MH370 tiada kaitan CIA

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan Utusan Malaysia minggu lepas bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, atau CIA, mempunyai kaitan dalam kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau membandingkan dakwaan akhbar itu dengan laporan spekulatif media Barat dan mengatakan mereka bebas untuk untuk berbuat demikian.

"Akhirnya, jika laporan mereka palsu, mereka akan kehilangan kredibiliti," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita semasa lawatan beliau untuk melihat persiapan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.‎

Pada 7 April, Utusan berkata sudah sampai masanya berfikir “di luar kotak” berkenaan insiden itu, berkata ia boleh menjadi satu helah bagi mencemarkan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Membuat teori konspirasi yang diedarkan secara meluas mengenai penglibatan CIA dalam serangan 9/11 pada 2001, lidah rasmi Umno itu berkata tidak semua dakwaan itu ditolak sebagai karut atau teori konspirasi semata-mata.

"Jika CIA boleh mengatur serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001, tidak mustahil untuk mengaitkan insiden MH370 dengan agensi perisikan," tulis penolong pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein.

Hishammuddin bagaimanapun, memberi penekanan terhadap penyertaan bersungguh-sungguh AS di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia, yang bermula esok.

"Jika ada (penglibatan CIA), saya tidak fikir kita akan melihat sebarang kehadiran serius AS di sini," katanya.

Kehilangan misteri penerbangan MH370 membawa kepada pelbagai spekulasi di Internet, termasuk seorang yang mendakwa pesawat penumpang dengan 239 mungkin mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Garcia, terletak di Lautan Hindi.

Seorang jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan kemungkinan itu dengan berkata tidak ada kebenaran terhadap spekulasi itu.

Penafian Hishammuddin hari ini adalah yang kedua dalam masa dua hari berkaitan penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Semalam, beliau mempersoalkan laporan muka depan New Straits Times, yang memetik daripada sumbernya sebagai berkata pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid, membuat panggilan telefon semasa pesawat terbang rendah melalui ruang udara Pulau Pinang.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika ia adalah benar, kita tentu mengetahui mengenainya lebih awal," katanya sebagaimana dipetik Bernama. -TMI


Ku Seman hairan Mkini lapor tulisannya

Seorang editor Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussein berkata beliau hairan dengan laporan Malaysiakini ke atas tulisannya 6 April lalu berhubung teori mengaitkan krisis pesawat MH370 dengan rancangan agensi risikan Amerika Syarikat.

Ku Seman dalam rencananya di Mingguan Malaysia hari ini juga berkata beliau tidak berasa bangga dengan laporan Malaysiakini ke atas tulisannya, berhubung dakwaan mengenai rancangan AS untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dan China itu.

Tanpa mempertahankan fakta dalam tulisan asalnya itu, beliau seterusnya mengambil peluang dalam siaran hari ini untuk mempersoalkan “kewartawan adil” Malaysiakini dan tujuan liputan ke atas tulisannya.

“Walaupun Malaysiakini memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap tulisan saya, tetapi ini bukan sesuatu yang membanggakan.

“Sebaliknya ini sesuatu yang pelik. Malaysiakini yang kononnya mendukung kewartawanan yang adil kerap pula memetik tulisan oleh wartawan yang tidak adil.

“Saya tertanya-tanya apakah untungnya Malaysiakini mempopularkan kewartawanan yang bertentangan dengan idealisme mereka?,” katanya dalam tulisan disiarkan hari ini.

Beliau seterusnya menggelar Malaysiakini sebagai sebuah portal berita yang berlandaskan tahap pemikiran yang rendah dan didakwa memberikan keuntungan politik kepada pihak tertentu.

"Saya berani katakan bahawa tahap pemikiran mereka bukan sahaja rendah tetapi kotor. Bagaimanapun atas nama kebebasan bersuara dan keadilan yang dilambakkan di pasar politik, Malaysiakini menyiarkan isi pemikiran yang kotor," katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana tulisan khusus, beliau juga mempersoalkan tapisan Malaysiakini ke atas komen pembaca yang menurutnya mengandungi kata-kata kesat.

“Kenapa pentas forum itu hanya disertai oleh satu golongan sahaja iaitu yang berfikiran kotor dan penentang kerajaan? Mana pembaca lain yang lebih tinggi, bersih dan waras fikirannya?

“Tidak ada elemn periksa dan imbang, yang ada hanya cerca dan makin hamun. Banyak mempersoalkan adakah Malaysiakini menapis hanya komen yang memaki hamun sahaja disiarkan?

“Saya sekali lagi bersangka baik bahawa Malaysiakini yang bersikap adil dan tidak melakukan kerja kotor memanipulasikan komen itu,” katanya.

Katanya, beliau juga berasa terhina kerananya namanya disebut dalam laporan Malaysiakini kerana akhbar Utusan mempunyai pengikut “lebih bermutu”.

“Utusan sama sekali tidak memerlukan pengikut yang seperti pembahas di Malaysiakini. Maaflah kerana Utusan bukanlah jentera propaganda yang membutakan pemikiran rakyat dengan menjaja kewartawan adil yang palsu.

“Sebab itulah saya rasa terhina apabila nama disebut dalam Malaysiakini,” katanya.

Utusan menggiatkan semula serangan ke atas Malaysiakini, susulan dari laporan ke atas tulisannya bertarikh 6 April itu, dengan tuduhan bahawa portal berita ini mengeluarkan berita tidak beretika dan mengamalkan “kewartawanan zaman batu”.

Tanpa merujuk kepada mana-mana laporan khusus, rencana tulisan seorang editornya Zulkiflee Bakar pada 9 April mendakwa Malaysiakini berpura-pura menyiarkan laporan seimbang.

Beliau juga mendakwa Malaysiakini mengamalkan kewartawanan songsang dan menyiarkan perkara yang didakwa menjejas keharmonian kaum dan agama.
-mk



Anwar guna tumpuan MH370 dengan ‘cara songsang’, kata Utusan Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang kebolehannya menyelesaikan kehilangan pesawat MH370 dilihat sebagai cuba mencuri tumpuan daripada tragedi tersebut dengan cara yang songsang, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat.

Menurut Awang Selamat, Anwar semakin terdesak untuk meningkatkan imejnya selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara, sehingga 'bercakap perkara tidak logik'.

"Ketika diwawancara oleh majalah Southern Weekly, Anwar mendakwa jika beliaulah Perdana Menteri Malaysia, isu kehilangan pesawat itu boleh diselesaikan dalam tempoh sesaat.

"Amboi, perkara yang mustahil jadi permainan bibir. Awang sudah tak larat goyang kepala menyentuh soal reputasi Anwar," tulis Awang Selamat ‎dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Kolumnis tersebut menimbulkan beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan ketua pembangkang itu, termasuk isu pemilihan PKR serta jam tangan Omega yang gagal ditunjukkan kepada media, apatah lagi hendak mengendalikan kes lebih besar seperti MH370.

"Sebagai lanjutan kepada dakwaannya bahawa kerajaan menyembunyikan fakta dalam isu MH370, Anwar berjanji mahu mendedahkan lokasi sebenar pesawat MH370 dijangka Khamis ini.

"Sekiranya benar, beliau tahu, mengapa tidak dedahkan sekarang atau lebih awal," katanya.

Awang Selamat pada masa sama turut menyelar isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR kerana mengatakan kerjasama antara 26 negara dalam krisis MH370 hanya 'terpaksa semata-mata'.

Setakat ini, Malaysia menerima bantuan daripada 26 negara dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, dan masih berjalan hari ini untuk mencari lokasi kotak hitam sebelum kehabisan baterinya.

Pakatan Rakyat (PR) yang beberapa kali ditangguh daripada menerima taklimat tentang MH370 sebelum ini menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat tersebut serta mengkritik cara pengendalian kes tersebut oleh kerajaan.
-TMI


ULASAN GB

Betul-betul takde prinsip. Inilah apa yang dinamakan "kewartawanan longkang". Sekali kena sergah dengan KDN, kecut semuanya, kemudian cuba pula untuk menyalahkan orang lain!

Yang Hishamuddin pula, masih terus membela Amerika kononnya CIA tdak terlibat dengan kehilangan MH370. Penafian Hishamuddin terlalu cepat kerana dakwaan belum lagi disiasat sedanfkan Hishamuddin dan Najib sendiri pernah menyatakan "kita perlu siasat segala kemungkinan dan siasat dari segenap aspek."

Tetapi apa yang jelas, Najib dan Hishamuddin masih nak pertahankan teori kehilangan MH370 dengan juruterbangnya walaupun siasatan polis membuktikan mereka adalah "bersih".

Kita tak tahu kenapa dan apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya hendak mengaitkan jutruterbang berkenaan.

Dan kita tak tahu apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya benar pertahankan kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan Australia, semacam hendak melindungi satu konspirasi yang tersembunyi. Entahlah. Allah Maha Tahu.

Kebenaran akan tetap muncul juga nanti. Masa itu barulah tahu samada kehilangan MH370 ini satu konspirasi atau satu kemalangan.

Kita tetap terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awang Selamat dah tak larat nak goyang kepala, sebab nah banyak sangat ambil pil kuda. Dah immune

BaDiN berkata...

UM tak sesuai dipanggil surat khabar ianya lebih sinonim dgn dipanggil Tisu Tandas.Semakin banyak dibaca semakin kusut fikiran bahkan hampir jadi gila dibuatnya.
Menjadi bahan bakar Api Neraka jika Membaca,Menjual,Mengedar,Mengumpul,Menyimpan,Mengiklan,Mencetak,Menghadiahkan,Mendapatkan faedah daripadanya,Menggunakannya untuk pelbagai maksud,Membeli,Mendermakan,Melelong dan pelbagai yg bersangkutan daripadanya.
Janganlah kamu condong kpd fitnah Kelak akan dihumban ke Neraka.

Sikumbang Jati berkata...

kata Hishammuddin, jika laporan mereka(utusex) palsu, mereka akan kehilangan kredibiliti," memang dah lama tiada kredibiliti, dah byk kali kalah saman berjuta2 malah diedar percuma lagi. Utusex tu kan pro umno, mungkin dah makan tuan agaknya. Balasan Allah.....

Tanpa Nama berkata...

Harap Keje Tu je awang selamat Tu pun ruang kat tepi bendol utusan je

Tanpa Nama berkata...

hanya awang yang selamat...

Tanpa Nama berkata...

Hishamudin oh Hishamuddin, lu takut dengan CIAkah? Come onlah, CIA tu dikendalikan oleh manusia bukan dewa beb itu pun lu nak takutkah? Kita kena takut dengan seksa azab dari Allah S.W.T. bukannya takut dengan CIA yang memang sah pun dikawal oleh Yahudi Laknatullah.

Sebab itulah i tidak ikthiraf orang UMNO sebagai Umat Islam sebalik layak dipanggil Umat Melayu mr. Bean yang bodoh dan lagilah bebal.