Mandi bogel di penjara: Timbalan Menteri akui ia memalukan
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju dengan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu banduan mandi berbogel di penjara satu perkara memalukan negara.
Berjanji untuk mengambil perhatian dengan aduan tersebut, Junaidi berkata beliau akan menghubungi pihak penjara, khususnya Penjara Pengkalan Chepa untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut beliau, aduan yang mengatakan banduan diarahkan untuk mandi bogel bersama lebih 100 banduan lain itu akan disiasat, selain menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku.
"Saya ambil perhatian berkenaan aduan tersebut dan akan menghubungi rakan saya iaitu pihak penjara untuk penjelasan lanjut. Saya juga setuju perkara tersebut merupakan satu perkara yang memalukan negara," kata beliau ketika menjawab soalan Marzuk, di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, Marzuk dalam soalan tambahannya memaklumkan kepada dewan bahawa beliau mendapat aduan daripada seorang banduan yang ditempatkan di blok kuarantin diarahkan berbogel di hadapan lebih 100 banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa.
Selain menyatakan peranan penjara sebagai satu pusat untuk memulihkan banduan, Marzuk dalam masa sama mempersoalkan kemudahan solat kepada banduan, selain keperluan Suhakam untuk mengadakan lawatan ke penjara tanpa notis.
Menjawab soalan tersebut, Junaidi berkata kementerian sudah mengambil kira keperluan tersebut, bagaimanapun menetapkan keperluan memberi notis tersebut.
Katanya, notis itu diperlukan bagi memastikan pegawai atasan berada di pusat penjara ketika lawatan dari Suhakam bagi membolehkan dan memudahkan maklumat disalurkan kepada pihak berkenaan.
"Kalau tiada notis, kita bimbang waktu ada lawatan daripada Suhakam, pegawai tiada untuk memberikan maklumat yang sepatutnya," kata beliau. -HD
Parlimen: Penjara Malaysia Diiktiraf Antara Terbaik Di Dunia - Wan Junaidi
Penjara Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia kerana aspek kebajikan dan hak asasi banduan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program pemulihan yang dilaksanakan bukan sahaja dijadikan kursus pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), malah turut digunakan di beberapa negara lain.
"Jabatan Penjara Malaysia amat peka terhadap hak asasi serta kebajikan penghuni, dan memastikan layanan profesional berlandaskan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama.
"Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut standard prosedur tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu sama ada layanan terhadap banduan memenuhi standard peraturan minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSMR).
Wan Junaidi berkata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) juga mengesahkan penjara Malaysia melaksanakan layanan terbaik kepada penghuninya.
Menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar sama ada banduan yang sudah mendaftar dibenarkan mengundi pada pilihan raya, Wan Junaidi berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan.
Mengenai penyakit batuk kering yang dihadapi penghuni dan pegawai penjara, Wan Junaidi berkata, kementerian itu akan bermesyuarat dengan pihak berkaitan bagi membincangkan isu itu.
"Saya sudah mengarahkan Jabatan Penjara mengaturkan mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah itu, khususnya pemberian imunisasi bagi yang dijangkiti dan langkah pencegahan lain," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) terhadap layanan terhadap tahanan wanita, beliau berkata, Jabatan Penjara sentiasa prihatin dengan keperluan golongan itu terutama yang hamil.
"Kita memberi layanan dan rawatan sama seperti yang diberikan kepada wanita luar penjara. Jika memerlukan rawatan setiap minggu, dia akan mendapatnya," katanya. - BERNAMA
8 ulasan:
Penjara yang baik sepatutnya boleh menukar seorang penjenayah menjadi manusia budiman apabila dibebaskan dari penjara kelak.
disarankan menteri dalam negeri dan timbalan menteri dalam negeri cuba duduk di penjara satu malam baru mereka boleh tahu samaada antara yang terbaik ataupun antara yang terburuk
Tahun awal 80an, semasa menuntut di US, semua yg masuk bilik persalinan rilek je bogel. Org Islam je ada sifat malu. Belah perempuan pun begitu....apa nak heran....Malaysia kan nk jd negara maju?
Kalau menteri duduk dlm penjara siap dgn penghawa dingin, astro dll. Taraf 5 bintang punya penjara sebab itulah penjara terbaik dlm donia. Penjaralah tempat sepatutnya merubah org yg bermasalah kpd manusia yg berguna tetapi sebaliknya.
Mentakbir negara tak ikut Islam inilah jadinya. Islam dihina oleh penganutnya sendiri spt tak sesuai dgn zaman dll. Islam kolot dll. Macam mana nak maju itu haram, ini haram. Jadilah semuanya halam, judi, arak, maksiat halam bukan haram............
saya seorg penghuni penhuni penjara woodland spore utk stahun..bebeza sungguh dgn mlysia...jauh mcm langit dgn bumi..
Lagi terbaik kalau dpt tempatkan menteri2 dan kroni2 BN dlm penjara lpas pru 14.....
Lawan tetap lawan
mana2 penjara di dunia pun mandi bogel.. rosak nya manuisa bermula dari rumah dari mula lahir dan didikan ibubapa pergaulan dan institusi penddikan. penjara adalah pengansingan mereka yang melakukan kesalahan oleh mahkamah dengan ehsan penjara terpaksa lakukan pemulihan .. kalau hudud hukum Allah semua ini x berlaku .. semua ni ajaran barat yg kita ceduk mentah2.. ada paham
Dah hukuman kpd banduan tidak menepati syarak yg ditetapi oleh islam, maka nilah jadinya. Hukuman hudud takkan sesekali menghukum orang dengan menelanjangkan orang biarpun ianya nampak zalim dimata UMAT MELAYU MR. BEAN kerana hukum islam tidak sesekali mengaibkan orang.
Terbaik kerana hanya boleh penjarakan pembangkang saja, seleweng macam najib dan mahathir mana boleh masuk
Catat Ulasan