Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami
Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".
Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.
Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.
Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.
"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.
"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.
Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.
Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.
Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.
Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.
Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.
Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.
Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil. -mk
ULASAN GB
Kenyataan Syarikat Inmarsat di atas yang pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi", memberi implikasi bahawa pesawat MH370 TIDAK SEMESTINYA berakhir di Lautan Hindi, bertentangan dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib sebelum ini.
Menurutnya, Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.
Tepat seperti yang GB nyatakan sebelum ini bahawa GB amat meragui kenyataan yang dikeluarkan Najib. Petikan:
Akhirnya malam tadi Najib menyatakan pesawat MH370 "hilang" di Lautan Hindi. Bererti "terhempas". GB telah menyatakan sebelum ini pesawat berkenaan memang telah terhempas, cuma GB menyatakan ia terhempas di titik di mana ia dikatakan membuat U-turn. PM menyatakan di Lautan Hindi, berdasarkan bukti-bukti yang sedia ada, apa buktinya? Sedangkan Duta Besar Perancis Martine Dorance baru saja membuat kenyataan tiada bukti jelas imej satelit yang dikesan pihak berkuasa negara itu baru-baru ini adalah serpihan pesawat MH370.
Sukar hendak mempercayai cakap Najib kerana isu kononnya pesawat tersebut sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada dalam pesawat pun belum terbukti dan belum selesai. Kini timbul pula kenyataan baru pesawat di tengah Lautan Hindi.
Itu semacam tanda tak mahu kasi orang cari MH370. Takut jika kotak hitam ditemui kerana ia akan mendedahkan banyak perkara(?) Wallahu alam.
Kita tidak tahu apa sebenarnya tujuan Najib membuat kesimpulan dan kenyataan kononnya MH370 berakhir di Lautan Hindi, di lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin. Kemudian semua pihak mengandaikan bahawa semua penumpang dan kru penerbangan tersebut tidak ada yang selamat.
Sehingga ke hari ini, TIDAK ADA apa-apa yang ditemui di Lautan Hindi KECUALI bertaus-ratus imej yang dikhuatiri berupa "sampah-sarap" yang belum satu pun terbukti ia adalah serpihan dari pesawat berkenaan. Baca: Are satellites detecting Malaysia Airlines Flight 370 debris or rubbish?
Sekarang dimana sebenarnya MH370 jika Inmarsat sendiri hari ini menafikan bahawa mereka berkesimpulan MH370 di Lauatan Hindi?
Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat, GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan?
Mungkin telahan GB (bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan) salah, tetapi proses pengesanan MH370 MESTI bermula dari situ kerana di situ tempat ia mula-mula "hilang". Jika tidak peluang untuk mengesan pesawat berkenaan semakin tipis.
Seperti yang GB utarakan sebelum ini berlaku jujurlah terhadap pencarian pesawat MH370. Kasihanilah keluarga mangsa yang telah menunggu lama...
Marilah kita sama-sama terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
seorg munafik tau dia seorg munafik. dajjal juga tau dia adalah dajjal.
BalasPadammunafik & dajjal tahu mereka sebenar, tapi yg kesiannya pengikut mereka.
BalasPadamNajib akan kaitkan Trajedi ini dgn DSAI sebagai langkah keselamatan untuk diri dan kerajaannya.Nescaya persoalan demi persoalan akan dibangkitkan esok dlm Sidang media oleh media2 asing kalau media dalam negeri senang senang dia akan kelentong2 tebarkan temberang2nya.PM patut jawab dan sepatutnya PM yg ambil alih dari Sepupunya masa PC esoknya.Panas punggung PM nampaknya.
BalasPadamMana Penasihat Kanannya si Rosmah tak nampak2 batang hidung.PR akan lanyak Sepupu Najib habis habisan pd selasa ini .
Aku Hingga Saat Ini masih Tidak Percaya dan Curiga yg amat sangat akan nasib MH370 yg dikatakan Najib tempoh hari.Tekanan Demi Tekanan diterima PM & Kerajaannya sebagai gambaran Kemurkaan Allah kepada Kedurjaan Sikap Kerajaan BN selama ini.
the 'problem'here is not 'najib'.....penasihat-penasihat di kanannya....takkan ahli politik tau semo benda?...!....erk ee erk....kalau handphone 'keep ringing' it is something you know....if the' hanphone' is dead....'you know the dead tone'....it is sooo simple....takkan saya sedang bercakap di era 90an kot '1st generation' hanphone...mana yang pakai engineer saja...
BalasPadamSaya setuju dengan GB. Pencarian perlu dilakukan semula di Laut China Selatan dan cari di bahgian dasar nya pula...Kebenaran ini akan terungkap dengan izin Allah. Marilah kita sama sama berdoa.
BalasPadamMr. Najib lu jangan sama rakyat china mcm umat melayu mr. Bean beb. Diaorg selagi tak terima jawapan yg munasabah dan bukti yg jelas selagi itu diaorg akn tidak berpuas hati dgn kerajaan malaysia. Do somethinglah dan apabila bercakap biarlah guna otak bukan guna lutut najib. Sudah rakyat china sudah marah,lu tambahkan minyak petrol ron95 (minyak bila mahu turun najib) keatas rakyat china lagi diaorg marah beb.
BalasPadamJika sistem komunikasi blh ditutup, hilang dr radar. Tak mustahil blh isi minyak kat mna2 antara 1 jam isyarat ping. Kemudian buatkan isyarat ping yg last di lautan hindi. Teruskan penerbangan.
BalasPadamPadan muka najib....ha...ha...ha..tuduh anwar ....Allah balas cash lagi...tolong cari dalam anu sefool kot2 ade mh 370 di sembunyikan oleh jin...aku rasa baik bomoh tu seperong dlm anu sepul juga....
BalasPadamAku bukan nak bela Najib tapi aku ingat Najib nie terlalu hidup dalam kemewahan itulah sebabnya dia tak tau apa yang dia cakap dan apa yang dia nak buat keputusan semuanya di beban kat orang kiri kanan dia saja bila dah silap dan terlepas cakap dia pusing 360darjah pin point kat orang itulah juga terjadi pada kes Antantuya dia telepas juga ha sekarang bala mula turun la ,kita semua le yang ikut tempiasnya,na'uzubillah.
BalasPadamikut sahpaskal, mh370 membawa 'khazanah teramat berharga'. sebab itu lokasi sebenar tidak mahu didedahkan.
BalasPadamSelama ini semua beban & kesilapan najib di lepaskan kpd pmbkang. Skrg giliran orang kiri & kanan dia pula yg dimangsakan, sama2lah kita lihat hukum kebenaran berjalan. Marilah kita sama2 muhasabah & jadikan pengajaran utk anak cucu kita.
BalasPadamAku tak faham perkataan anon 7:47 AM "seperong dlm anu sepul". si sepul ni masih boleh dimanafaat lagi ke? dlm kes begini.
BalasPadamMana nuar ni. cubalah ckp kat mana kau sorok MH 370 ni.
BalasPadamDajal menyediakan skrip manakala munafik hanya baca skrip. Tu pasal lepas habis baca skrip, tak ada press conference.
BalasPadamwakakah padan muka najib dan pengikut pengikutnya. eh mcm cerita firaun dan pengikut-pengikutnya pulak. iu la sibuk nak londeh kain anuar sekali nak malukan Anuar....itu sesama manusia. taklah power sangat. sekali Allah malukan kamu.....itu baru power...ha nak lagi.....ni kes anuar mcm mana? ada skrip lagi?? kesian dekat sapa-sapa yg mengundi BN....terpalit bodohnya kesiannnnnn..............
BalasPadamKerajaan BN hanya bersetuju dgn pendapat orang yg sebulu dgnnya.Teori dan Pengalaman rakyat yg terlibat dalam industri penerbangan di tong sampahkan,Kepercayaan dan harapan bergantung penuh dari pihak luar negeri.Dalam negara sendiri masih ramai yg berkemampuan dalam menilai kes terbesar di dunia ini.Sentimen kepartian hanya yg memerintah shj yg layak menyumbang tenaga dan buah fikiran dlm mencari jalan kearah bergerak dalam satu pasukan masih menebal dan kamu siapa nak ajar aku.Harus segera gerakkan sebuah pasukan yg di dalamnya terdiri semua rakyat Malaysia yg berkelayakan tanpa memilih bulu samada individu berkenaan dari pihak pemerintah dan pihak diluar parti kerajaan.Kerajaan harus berbuat sesuatu agar semua org harus dilibatkan sama tanpa segan silu mengajak orang di pihak pembangkang agar kes rumit ini beres dan tanggungjawab menjaga kredibiliti negara dipikul bersama.Buang jauh jauh Keegoan,berprasangka menjaga tepi kain orang oleh kerajaan Malaysia demi mencari titik persamaan bagaimana kes ini ditangani bersama atas Nama MalaysiaKu Tercinta.Kerajaan Harus Membuka Pintu Kepada Pembangkang untuk duduk bersama Kerajaan Sebagaimana saranan DAP mahu Kerajaan tubuhkan satu Badan Suruhanjaya SAR MH370.
BalasPadamSudah cukup jelas pada saya GB tidak faham apa yang dimaksudkan dengan "handshakes".
BalasPadamNapa tak jumpa sang kapal INI......
BalasPadam