30 Mac 2014

MH370: Bercanggah Lagi, Hishamuddin Kata Ada Harapan Selagi Tiada Bukti Kukuh...

Keluarga puas hati penjelasan Hishammuddin

PUTRAJAYA: Kalangan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 berpuas hati dengan penjelasan diberikan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kehilangan pesawat itu dalam sesi pertemuan di Hotel Everly di sini hari ini.

Sharil Shaari, 36, berkata semua persoalan dan ketidakpuasan hati yang terbuku di hati anggota keluarga rakyat tempatan dan China telah terjawab dalam pertemuan yang berlangsung sejam setengah itu.

"Sebelum ini, kami tidak begitu memahami dengan beberapa pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk pengakhiran pesawat itu di Lautan Hindi tetapi selepas pertemuan ini, semuanya telah selesai," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sharil yang juga sepupu Mohd Razahan Zamani, 23, berkata Hishammuddin juga memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat akan tetap diteruskan selain usaha mencari kotak hitam menjadi keutamaan.

Beliau juga memuji Hishammuddin seorang yang berani menyatakan perkara sebenar, selain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.

Selamat Omar, 60, bapa Mohd Khairul Amri, 29, berkata, beliau percaya kerajaan tidak menyembunyikan sebarang fakta seperti digembar-gemburkan oleh media sosial.

"Mengenai laporan berita ada satelit menjumpai objek, beliau (Hishammuddin) memberitahu perkara berkenaan perlu dianalisis dan kajian terlebih dahulu. Respons mengenainya tidak boleh dibuat melulu atau segera," katanya.

Selamat turut melahirkan rasa terharu kerana Hishammuddin sudi bertemu dan mendengar luahan hati anggota keluarga dan itu membuktikan beliau sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat malang itu.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lalu, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - BERNAMA


MH370: Kerajaan harap penumpang pesawat selamat


PUTRAJAYA 29 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya masih menaruh harapan ada dalam kalangan penumpang pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat ditemui. - UTUSAN ONLINE


ULASAN GB

Dari awal tragedi kita sudah melihat percanggahan kenyataan dari pihak berkuasa. MAS kata lain, DCA kata lain, Polis kata lain, TUDM kata lain.

Sekarang pula Najib kata lain, Hishamuddin kata lain.

Di dalam pengumuman Najib sebelum ini beliau menyatakan "Inmarsat membuat kiraan terbaharu berdasarkan data yang ada. Kiraan terbaharu merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhir pesawat ialah di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. MAS telah memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarga dan waris penumpang MH370. Saya minta pihak media menghormati ruang ahli keluarga dan waris untuk bersendirian pada masa yang sukar ini."

Pengumuman Najib itu disambut dengan raung tangis oleh keluarga mangsa. Para waris telah diberitahu melalui SMS dari MAS "kita tidak dapat menolak lagi kemungkinan bahawa pesawat ini telah terhempas dan tiada penumpang yang terselamat."

Susulan daripada kenyataan Najib itu jua, semua rakyat tersentak dan terpegun. Datuk Seri Hishamuddin dilaporkan menitis air mata tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370.


Di Sarawak, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah ke atas semua keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia, MH370.

Ada negeri yang mengibarkan separuh tiang, ayat Quran diperdengarkan di stesyen radio dan TV kerajaan.

- Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini menitahkan bendera Pahang dan Persekutuan dikibar separuh tiang di negeri itu bagi menghormati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Pahang di sini hari ini, pengibaran bendera separuh tiang itu berkuat kuasa serta-merta meliputi jabatan, agensi kerajaan serta pihak swasta selama tiga hari.

"Titah baginda itu adalah sebagai tanda dukacita dan simpati kepada semua mangsa serta waris mangsa pesawat MH370," kata kenyataan itu. - Bernama


Johor dan Perak mengorak langkah untuk mengibarkan bendera negeri masing-masing separuh tiang bagi menghormati semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Johor menjadi negeri pertama berbuat demikian berikutan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan semua bangunan kerajaan negeri mengibarkan bendera negeri separuh tiang. -astroawani

Selepas bendera dibibar separuh tiang di negeri-negeri tersebut, tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan berita "Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya masih menaruh harapan ada dalam kalangan penumpang pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat ditemui."

Apa hal ni?

BERNAMA pula cuba melakukan COVER-UP mengambil kenyataan seorang waris yang katanya memuji Hishammuddin seorang yang berani menyatakan perkara sebenar, selain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.

Bercanggah sama sekali dengan kenyataan Najib sebelumnya yang lansung tiada memberikan apa-apa harapan terhadap nasib MH370 - almaklum menurutnya MH370 "berakhir di tempat yang jauh dan sunyi".

Pening 1Malaysia. Mabuk 1Dunia diakibatkan oleh pemimpin BN yang sering bercanggah dan sering melakukan U-TURN di negara ini.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana ngan bendera separuh tiang tu? Kena kibar sepenuh tiang pulak ke?

Tanpa Nama berkata...

Tunggu PM buat U TURN pula...

abuamir berkata...

Biasalah menteri mesia hari ni cakap lain esok cakap lain. Hari2 tipu rakyat sendiri sekarang nak tipu satu dunia pula. Nasib baik dia tak kata hilang ke alam gaib atau jin???

Siap kata seluruh dunia puji mesia pandai kendalikan kehilangan MH370, pada hal satu dunia kutuk kebodohan mesia. Malah rakyat china tuduh kita penipu dan akan pulaukan barangan kita.

Apa akan jadi jika china dan negara luar pulau barangan kita? Sekali lagi anwar akan dituduh menghasut negara asing. Hebat sungguh kuasa anwar???

Pemimpin umno/bn maksum dan suci kata penyokong umno totok.

Tanpa Nama berkata...

Hanya UMNO yg pandai memerintah! Kata macai dgn penuh yakin. Sepatutnya China dan USA panggil UMNO jadi kerajaan di sana sb UMNO boleh memajukan lg negara mereka...

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau pemimpin selalu guna lutut utk berfikir bukan otak yakni kurniaan allah swt yg paling bernilai sekali, maka inilah jadi. Automatic dia tidak menghargai kurniaan allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Hari MAS sms keluarga kata "none on boarded survived". So apa macam sekarang???

Tanpa Nama berkata...

hilang @(missing)

mh370 hilang...

maklumat yg tepat hilang...

kedualatan negara hilang...

PM dan TPM pon hilang utk menjawab isu ini...

bila agak2nya umno dan BN serta apco nak hilang dari bumi malaysia nie....

Tanpa Nama berkata...

takut dkt yahudi n amerika...Amerika nak tanggung kos SAR, janji Malaysia tutup mulut...semua bolehjadi kalau iman tiada di hati..

Tanpa Nama berkata...

US dah janji nak kekalkan kuasa najib kat msia. jadi kena ikut arahan lah.

Tanpa Nama berkata...

Buduh punya BN....

Tanpa Nama berkata...

Bengong, dumbno bukan umno!

Tanpa Nama berkata...

kebenaran pasti terbukti.....

Tanpa Nama berkata...

Takbirrr!!...