5 Feb 2014

PRK Kajang 23.03.14, Penamaan Calon 11.03.14


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas.

Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau. -mk'

6 ulasan:

  1. saya tak nampak sebarang alasan logik kenapa penamaan calon mengambil masa lebih sebulan dari tarikh mesyuarat SPR. tiada hari cuti perayaan atau event besar sepanjang februari mahupun mac. berbeza sungguh ketika PRK Kuala Besut, penamaan calon hanya seminggu dari tarikh mesyuarat SPR, sedangkan waktu tu bulan Ramadhan. ini tidak lain tidak bukan untuk memberi banyak masa kepada BN untuk berkempen dan menyusun strategi kerana yang akan ditentang mereka ialah Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye tk syak lagi itula tujuannya...tv adalah media utama... dasar parti cap kangkung...

      Padam
  2. Ber jaga jaga lah kamu , bahawa hantu hantu yang telah di kafan kan akan muncul tiba tiba di waktu mentari terik di langit bersama muka muka seposen mereka.

    Kajang sememang nya di kelilingi banyak kubur kubur yang asal nya kubur , dan kubur kubur jadian....

    Ada hantu.......

    Eh!!!!

    Hantu boleh hidup dalam panas matahari ke.....???

    BalasPadam
  3. Khabarnya Umno telah hangar orangnya ke SPR untuk tipu daftar pengundi DUN Kajang, mereka orang BTN?

    BalasPadam
  4. Khabarnya Umno telah hangar orangnya ke SPR untuk tipu daftar pengundi DUN Kajang, mereka orang BTN?

    BalasPadam
  5. solat hajat je sapa yg khianat biar mati dlm apa cara. doa pada Allah kena ckp2 betul apa hajat masing2 baru padan muka dia. Kangkongkan puaktu Solat hajat dari sekarang sapa buat khianat doa org yg dizalimi Allah beri cash bukan subsidi

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.