Imej Najib terjejas, Waytha letak jawatan akibat janji tidak ditepati
Kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin goyah dengan peletakan jawatan P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri kerana janji tidak ditepati yang dibuat dengan masyarakat India sebelum Pilihan Raya Umum 2013.
Mereka yang rapat dengan ketua Hindraf itu berkata, beliau berasa perdana menteri tidak boleh dipercayai sama seperti yang berlaku dengan isu penyelesaian 10 perkara berkenaan Bible berbahasa Melayu yang Najib kini mengatakan ia tertakluk kepada undang-undang Islam negeri.
Kedua-dua perjanjian dengan Hindraf dan Kristian yang dibuat sebelum pilihan raya oleh perdana menteri yang pengkritik katakan sebagai tidak komited atau mampu untuk ditepati.
Persoalannya, adakah mana-mana individu atau kumpulan yang akan mempercayai kata-kata Najib selepas ini?
Malah kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu, Perkasa juga tidak gembira dengan Najib kerana kurangnya ketegasan pendirian beliau dalam menangani penganut Kristian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam ibadah mereka.
Pentadbiran Najib juga sedang bergolak selepas pemotongan subsidi yang menyebabkan peningkatan harga dan inflasi tahun ini, lapan bulan selepas kempen pilihan raya di mana perdana menteri berjanji tiada pemotongan atau penarikan subsidi dan memastikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2010.
Kedudukan Najib juga menyusut kepada penurunan paling rendah sejak memegang jawatan pada 2009, menurun kepada 52% pada Disember 2013, daripada 62% pada Ogos 2013, hasil tinjauan Merdeka Center.
Dua bulan selepas menggantika3n Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri, kedudukan Najib sebanyak 65% apabila rakyat bersetuju dengan slogan 1Malaysia dan janji mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat .
Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Najib bertanggungjawab terhadap prestasinya yang buruk terutamanya dalam memenuhi janji dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low harus mengikut jejak langkah Waytha dan meletakkan jawatan daripada Kabinet.
"Nampaknya Waytha Moorthy dan Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) adalah satu-satunya di negara ini yang tidak tahu Najib tidak mempunyai keupayaan politik atau keberanian untuk menunaikan janji dalam MoU .
"Jadi Paul Low akan mengikuti jejak langkah Waytha Moorthy memandangkan tiada siapa yakin dengan keupayaan Najib melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa menteri dan pegawai mereka, " kata ahli politik veteran itu.
Waytha dan Low menyertai pentadbiran Najib selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu, yang dilihat sebagai satu kegagalan bagi perdana menteri berbanding pucuk pimpinan terdahulu, Abdullah.
Najib menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Waytha sebelum pilihan raya tahun lalu yang membolehkan Barisan Nasional (BN) memperoleh semula sokongan kecil masyarakat India yang membentuk 7% daripada 29 juta penduduk negara ini.
Dalam MoU itu, parti kerajaan itu berjanji untuk menyelesaikan masalah sosio -ekonomi kronik yang melanda masyarakat India jika BN kembali berkuasa dengan sokongan Hindraf.
Peguam, R Kengadharan, berkata Waytha adalah "lelaki yang kecewa" kerana kerajaan BN gagal melaksanakan semua janji yang dibuat.
Pemimpin Kristian juga membuat aduan penyelesaian 10 perkara pada 2011 membenarkan kitab Bible berbahasa Melayu kini tidak bermakna selepas perdana menteri berkata undang-undang Islam negeri mengatasinya seperti serbuan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia di Selangor bulan lalu.
Undang-undang digubal oleh kerajaan BN negeri pada 1980-an selepas kerajaan persekutuan BN mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang kira-kira 40 perkataan daripada digunakan oleh agama lain. -TMI
Najib kena penampar – Shahbudin Husin
Sementara ramai tertunggu-tunggu siapakah yang berani menyahut cabaran untuk menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok demi mendapatkan ganjaran wang tunai RM1,200 yang ditawarkan oleh sebuah NGO, secara tiba-tiba keluar berita mengenai peletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 10 Februari.
Meletak jawatan dalam suasana politik tidak menentu sambil menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Putrajaya sebagai pemungkir janji, pedihnya lebih memeritkan berbanding tamparan yang singgah di pipi.
Sebagaimana yang dipetik daripada kenyataan Setiausaha Hindraf, P Ramesh bahawa peletakan jawatan itu adalah kerana kegagalan Putrajaya menunaikan janjinya kepada masyarakat India seperti yang dimeterai antara Najib dengan Waytha, beberapa hari sebelum pilihan raya umum lalu.
Dengan adanya perjanjian itu yang didapati menyaksikan beralihnya sebahagian sokongan pengundi India kepada Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dibuktikan melalui kemenangan MIC yang lebih baik berbanding pilihan raya umum pada 2008 dan juga melalui peti undi di kawasan yang didiami mereka, Waytha kemudian dilantik sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun hanya kira-kira lapan bulan berada dalam kerajaan dan menunggu janji kepada kaum India masih seperti menunggu buah yang tidak gugur, Hindraf akhirnya memutuskan Waytha perlu "mencampakkan" semua jawatan yang diberikan Najib itu berikutan tiada tanda ia akan ditunaikan oleh kerajaan.
Menurut Ramesh lagi, pihaknya melakukan segala yang boleh, menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata untuk kepentingan masyarakat India serta dengan kepercayaan segala janji yang ditandatangani akan menjadi kenyataan.
Malangnya, tambah Ramesh, setelah lapan bulan menanti dan bersabar, Hindraf sudah putus asa dengannya.
Di ketika kepimpinan Najib begitu dipertikaikan sebagai lemah, tidak tegas, gagal menunaikan janji, tidak mengutamakan rakyat sebagaimana yang dijanjikan sebelum pilihan raya, melupakan beberapa akujanjinya sendiri serta banyak lagi, peletakan jawatan pemimpin Hindraf itu bermakna mereka sudah menarik balik sokongan yang pernah diberi sebelum ini, keadaan ini tentunya merupakan tamparan menyakitkan bagi perdana menteri.
Ditambah dalam suasana BN perlu menghadapi pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan, putusnya ikatan kasih antara kerajaan dengan Hindraf ini pastinya juga bakal menyaksikan sebahagian lagi daripada jumlah 10% pengundi India di DUN Kajang tidak akan memberikan undinya kepada BN.
Jika Teresa Kok sedang kerisauan kiranya cabaran menamparnya disambut oleh mana-mana pihak yang pendek akal, lebih-lebih lagi setelah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa ganjaran yang ditawarkan oleh sebuah NGO mengenainya tidak boleh dikira sebagai ugutan serta tidak perlu disiasat polis, tamparan yang dilakukan oleh Hindraf ini jauh lebih menyakitkan Najib.
Dengan adanya serangan terbuka terhadap Najib daripada dalam Umno sendiri, sokongan rakyat secara keseluruhan tidak bertambah baik, pengundi Cina kekal menolak BN, Pakatan Rakyat makin meningkatkan tekanan menghadapi PRU14, dan kini Hindraf pula memutuskan ikatannya lantaran kecewa kerana janji tidak ditunaikan, kedudukan BN atau kerajaan bukan saja dilihat sukar di Kajang, bahkan juga untuk mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya akan datang.
Hindraf pula, melakukan tamparan kepada Najib ini bukannya kerana ada ganjaran terbuka yang ditawarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat tetapi barangkali dengan berbuat demikian, faedah untuk kaum India sudah boleh dibayangkan untuk diperolehi melalui Selangor yang bakal mendapat ketua kerajaan baharu selepas ini, sebelum manfaat selebihnya akan dikutip selepas PRU14 nanti. – shahbudindotcom
cerita tampar menampar ni mengingatkan aku suatu ketika dulu ade menteri yg menghadiahkan penyapu pada pegawainya dan menerima balasan Allah yg tak tercapai dek akalnya..
BalasPadamPatut juga bubar BN ganti dengan pakatan rakyat
BalasPadamAllah jadikan sebab2 yg munasabah punca kehancuran umno/BN. tunggu sajalah.
BalasPadamApa lagi..? Terowong di Putrajaya bakal di lalui...
BalasPadamTahniah kepada nya !!!
BalasPadamBerjaya Hijrah dari Kumpulan jahilliyah kepada umat manusia abad ke 21.
Biar lah kaum jahillilayah hidup sehingga kiamat , menongkat langit.
Lihat lah kebenaran sedang menghapuskan kebathilan..yakin dan percaya lah bahawa manusia tidak bolih di tipu selama nya dan penipuan walau bagaimana pun tetap akan terserlah dengan jangka masa. mungkin hari ini kita berjaya menipu, lambat laun orang akan mengetahui nya juga.
BalasPadamPenampar dari dunia sakit dia sedikit sahaja beb. Tapi kalau penampar dari malaikat yang menjaga pintu neraka. Waallahualam i tak dapat bayangkan sakit dia macam mana beb.
BalasPadamPemimpin Hindraf ni baru kenal Najib.Kalau janji Najib kpd seluruh rakyat Malaysia Najib boleh lupa, ada apa janji Najib kpd Hindraf.Pemimpin-pemimpin MIC sudah lama kenal Najib sebab itu Samy Velu boleh hidup.Pemimpin-pemimpin MIC dan MCA boleh hidup sudah cukup, orang India dan Cina tak penting.50 tahun lebih kena tipu, masih percaya kpd UMNO.
BalasPadam