23 Feb 2014

[PANAS] Filem Anak ROSMAH MANSOR DiSaman USD 25 Juta / RM 82.3 juta


Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai malah berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem tersebut berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.

Menurut laporan Contact Music, beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff.

Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.


Lebih dasyat lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.


Untuk pengetahuan semua, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures. -ohbulan/fb suararakyat

Diantara babak di dalam filem berkenaan




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rosmah kan ada...

Tanpa Nama berkata...

Duit br1m kan ade hehe

Tanpa Nama berkata...

Tak berkat

Tanpa Nama berkata...

DUIT KAK ROS MENABUNG DARI KECIL MASIH LAGI ADA. WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

Padan muka dia....mengaku islam tapi buat filem tiada unsur dakwah yg boleh menambah iman org lain....

Tanpa Nama berkata...

Kupak le duit rakyat malaysia

Tanpa Nama berkata...

Padan muka..mampus gi lah mu

Tanpa Nama berkata...

pak tiri kan ada, mak pulak menabung, ni lah masa nak bantu anak. kebenaran senantiasa menghambat kebathilan hanya masa sahaja yang menentukan nya,.

Tanpa Nama berkata...

No problem, emak ada, bapak tiri pun kayaraya.RM 82 juta - itu kacang aje.

Tanpa Nama berkata...

lain kali kalau buat filem minta kebenaran orang dulu jangan main buat filem begitu sahaja lebih - lebih lagi watak yang lu reka masih hidup lagi. sekarang padan muka lu.