Jan 11, 2014

Wajah Peragut Yang Berjaya Ditangkap Orang Awam Di Cheras


Seorang peragut berjaya ditangkap oleh orang ramai ketika meragut seutas rantai emas seorang wanita di Taman Orkid, Batu 9, Cheras pagi semalam. Ketika kejadian berlaku, wanita itu sedang berjalan kaki bersama bayi di dalam kereta sorong. Selepas diragut wanita itu menjerit sehinggakan orang awam yang berada berdekatan bertindak mengejar peragut. Suspek dikatakan cuba melepaskan diri dengan memukul kepala seorang lelaki yang mengejarnya sehingga berdarah. Namun, dengan bantuan beberapa orang ramai, peragut itu berjaya ditangkap. Kaki dan tanganya diikat. Kini, peragut tersebut berada dalam tahanan pihak polis. Sumber - Malaysian Crime Awareness Campaign/kininews

8 comments:

Anonymous said...

Sebab:
1.Tiada didikan agama yg sempurna, kalau ada pun tidak ditarbiah dengan betul.
2. Meningkat kos sara hidup yang mendadak dan memerlukan duit dengan cepat.
3. Dimana letaknya pegawai penguatkuasa sedangkan Taman Orkid adalah kawasan perumahan POLIS? Adakah Polis sibuk melakukam tugasan lain yg kurang menyumbang kepada turunnya kadar jenayah?

Fikir-fikirkan dimana silapnya.

Anonymous said...

Cuba tanya rakan-rakan di Brunei Darussalam, sejak enakmen jenayah syariah atau Hudud dilaksanakan disana, adakah berkurangan kadar jenayah? Jawapannya adalah YA!

Allah yg mencipta dan memiliki seluruh alam ni, maka Allah lebih tahu apa yg baik utk makhluk ciptaanNya.

Memetik kata-kata Sultan Brunei "Siapalah saya utk melawan undang-undang Allah?".

Terbaik wok..... Rempit tu rempit jugak, jom merempit gi masjid wok!

Anonymous said...

Polis sibuk mengintip ustaz

Anonymous said...

Polis sibuk menanggalkan poster/pelekat iklan Ah Long

BaDiN said...

Inilah prodak yg dihasilkan oleh PLKN,Roh Islam tiada dalam perundangan Malaysia MAKA Keberkatan dari ALLAH tidak kesampaian.HUDUD shj yg mampu mendidik manusia jadi baik dan melahirkan Hamba Allah sebenar.
HUDUD MAMPU MENGUBAHNYA.

Anonymous said...

Begitulah bila kurang didikan agama.. harap dapat timbul kesedaran..

Anonymous said...

Melayu ke budak tu ?

kuk gereja said...

Ni salah org Kristian ni,kerana mengunakan "kalimah Allah"....