25 Jan 2014

[VIDEO & GAMBAR] Air Terjun Niagara Membeku Akibat Cuaca Sejuk Melampau


Cuaca ekstrim di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada telah menyebabkan fenomena yang jarang berlaku di air terjun Niagara. Air d di tempat tunpuan pelancong itu membeku!

Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara membeku akibat cuaca sejuk melampau sejak awal tahun ini.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.

Air Terjun itu terletak di sempadan Kanada dan AS. Suhu yang dicatatkan di kawasan air terjun tersebut ialah bawah 18 darjah Celcius. Kini air terjun setinggi 53 meter itu telah membeku dan airnya menjadi ais yang keras akibat terpaan angin dari kutub. Kini air terjunnya tampak seperti stalaktit dan stalakmit yang biasa dapat ditemui di dalam gua.

Dilaporkan sehingga kini, sudah ada 21 korban jiwa meninggal akibat suhu yang terlalu dingin ini.






2 ulasan:

BaDiN berkata...

Hikmah cuaca sejuk disebalik Kebesaran Allah.Bukannya SEJUK MELAMPAU ini semua Kejadian Yg Maha Agung untuk menyedarkan Manusia yg tak menutup aurat supaya Meutup Aurat sebagai menjunjung TitahNya.Org2 barat sentiasa menghina Umat Islam yg Tutup Auratnya NAH sekarang dgn tanpa sedar Perintah Menutup Aurat telah diamalkan.Allah Maha Mengetahui di sebalik semua Kejadian di Bawah TaklukNya.

Unknown berkata...

Habis org minum arak tak payah berhentilah....sebab alasan utk panadkan badan? Akai la sikit nk komen