5 Jan 2014

[BERGAMBAR] Kemalangan Sampai Enjin Kereta Proton Preve Tercampak Keluar


Kuala Berang - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.

“Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.

“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan. -SH

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ikat enjin tak kukoh......(spt kata shiro dlm maharajalawak)pelik tapi benar...Ialah nama pun Proton...

Tanpa Nama berkata...

itu adalah safety feature utk mengelakkan impak teruk kepada pemandu.. search F430 pun mempunyai feature yg sama..dan enjin pun terpisah dari body sekiranya major accident

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman, enjin kereta ferari jugak akan terpisah drp kerangka utama utk megurangkan impak terhadap kokpit semasa kemalangan

Tanpa Nama berkata...

kalu ikat enjin tak kukoh tentu apabila ianya dihidupkan ianya akan bergegar.

abu bakar berkata...

grand livina-tercabut enjin eksiden atas jambatan-ramai mati

merc eksiden di grik putus dua pemandu mati

skyline aksiden di kl terbakar yg tak leh keluar semua mati

pemandu preve nampak macam hidup aje

wanamir berkata...

Bodoh punya statement anonymous...kalau enjin masuk ke depan bagi impact kpd pemandu lagi teruk. Dan utk makluman ko..Preve kereta Malaysia yg PERTAMA pakai CHASIS Hot Stamping material body...yg boleh terima impact tinggi memenuhi Europe standard. Aku bukan kerja PROTON tapi aku ambik tahu psal automotive. Sebab tu engine tu tak bagi impact pd body. Ko agak2 MyVi ataupun Kia tergolek macam tu boleh selamat ?
Entah pedal brake naik ke muka...fuhhh negative giler pemikiran ko.

Tanpa Nama berkata...

adakah berpunca drp enjin atau pemandu lalai ...........

Tanpa Nama berkata...

Standard eropah...enjin jatuh bila berlaku kemalangan..untuk elak masuk dalam kabin...pemandu cedera ringan je. ..sebab tu dpt ncap 5 star

Tanpa Nama berkata...

Kes driver terlelap tu...

Tanpa Nama berkata...

salam.

maaf ckp la. kadang2 yg komen mcm2 pasal keta proton ke perodua ke ni keta pon xde. ilmu tentang keta apetah lagi. kalau yg mengaku ade keta tu pulak konon2 xmain la pakai proton or perodua semua nk kondem mcm luas pengetahuan. sy setuju kalau kita pertikai sesetgh kualiti yg tak baik pada proton or perodua. tp biarlah komen tu bersifat membina..matang dan berkongsi dgn pemilik/pengguna lain bukannye hentam keromo seolah2 ahli keluarga..kwn2 kita dsbg semuanya pakai maserati..pagani..maybach

Tanpa Nama berkata...

Promosi utk Pr Preve. Lepas ni mcam nak beli Proton Preve aje.

Tanpa Nama berkata...

Safety itu safety juga tapi kalau enjin tercabut keluar dan kebetulan terkena pejalan kaki silap hari maut pejalan kaki akibat terkena enjin yang tercabut. Possiblity kena pejalan kaki tetap ada walaupun keberangkalian dia rendah.

Tanpa Nama berkata...

kalau enjin xterkeluar pun, kalau dah kemalangan namenya akan kena langgar jugak, kalau dah tertulis ajal pejalan kaki tu meninggal kat tepi highway.. aduhh..

Tanpa Nama berkata...

kereta berpusing2 terbalik tu yg nampak engine mcm tercampak. sebenarnya engine jatuh kebawah bila kena impact yg sngat kuat untuk keselamatan pemandu dan penumpang hadapan.

Preve 5 star tahap keselamatn bro, tapi Allah yg menentukan

Tanpa Nama berkata...

terbaeklah Proton Preve.... bukti chasis keras.... kalau Wira nie... x tau lah mcm mane... well ini bukti Proton ingin berubah....Alhamdulillah.... ade usaha adelah jalannya... ape yg pasti kalau safety semua ade bagai... tapi tali pinggang x pakai xde guna jugak... yg duk kondem negetif tu... cube banyakkan cari info ngan tgk you tube pasal car crash test ANCAP ke... bru korang ade ilmu skit pasal chasis kereta nie.... nie pakat hentam kromo aje... npk sangat xde ilmu... buat2 pandai.... phuii.... ha3

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR ENJIN YG TERCABUT BUKAN KEPALA...

APAPUN MALU JG LA PROTON

Diss-illusion berkata...

Yg pi jalan kaki dkt highway tu pehal?

Tanpa Nama berkata...

Anon Jan 13,2014 @ 11.14 AM.
Kalau anda baca CBT (Car, Bike and Truck) hari Ahad 26 Januari, ada penerangan tentang kenapa enjin tercampak keluar dan mengapa mangsa masih hidup.
Kesian rakyat Malaysia tak suka membaca dan buat andaian tanpa sendiri.Malahan Proton juga tidak malu malah berbangga kerana kereta keluaran mereka telah terbukti keselamatannya. Bukan video test mcm Al**a je tau..he..he
Aku walau pun pakai Wira SE je, pun faham kenapa enjin tercabut. Sesekali selain blog politik..cuba baca blog Funtasticko ke..Paul Tan ke..banyak info dalam tu tentang kereta.

Angah76

Fastabiqul Khairat berkata...

Sy pkai preve.eksiden teruk.tp xcedera.mmg tbukti preve sgt mjga keselmtn penumpg.tgk gmbr kt ats,klu keta lain,agknya xthu nk ckp org kt dlm tu cmna.

zaiken berkata...

Malu spenyer. Ni bukti keselamatan yg ade sekiranya terlibat dlm kmalangan mcm ni. Setanding dngan kereta luar yg harga jauh lbih tinggi. Pemandu cme cedera ringan
Bayangkan klu kereta tu bkan preve. Bkan injin je yg tecampak ngan driver skali leh jumpe kat luar. Nasib baik a
ku bli preve bukan honda ke toyota.

Tanpa Nama berkata...

Itu utk kurngkn impak yg lebih teruk waktu kemalngn ..pikir sikit