26 Nov 2013

MB Selangor: Bukan Lambat Tapi Berhati-hati Guna Wang Rakyat


MB Selangor: Lambat kerana berhati-hati

SHAH ALAM - Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap Menteri Besar Selangor tentang pergerakannya yang lambat untuk melaksanakan arahan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan tindakan "lambat" itu kerana berhati-hati dalam membuat keputusan.

Abdul Khalid juga berkata, untuk melakukan perubahan sikap daripada "lambat" kepada agresif untuk melaksankan arahan telah terlalu lewat.

"Baguslah (teguran), ia tiada menjadi masalah.

"Tidak, saya sudah terlalu lambat untuk melakukan perubahan.

"Ia bagaimana kita menggunakannya (duit rakyat). Itu adalah duit rakyat, jika kita kehilangan duit rakyat, kesemua perkara yang kita lakukan tidak memberi apa-apa kepada mereka," katanya yang dipetik daripada portal Antarapos, hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan media mengulangi kritikan terhadap Abdul Khalid.

Anwar juga berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.

"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.

"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya. -SH

Anwar akui ‘terlanjur’ tegur pentadbiran Abdul Khalid

Pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor masih cemerlang jika dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tegurannya kepada Abdul Khalid bertujuan penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih mengutamakan golongan yang memerlukan.

“Teguran itu mungkin kerana kita terlanjur dan lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor terdapat pimpinan, kewangan serta pembaziran jauh lebih terkawal. Perbezaannya terlalu jauh kalau diteliti akaun pengurusan ekonomi zaman BN dengan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

anwarAnwar berkata demikian dalam ucapan penggulungannya Kongres Nasional Khas 2013 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kongres berkenaan adalah barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan 885 anggota perwakilan PKR seluruh negara.

Perwakilan yang hadir sebulat suara meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.

Sebelum ini, Anwar memberi teguran kepada Abdul Khalid kerana kerajaan negeri gagal menggunakan rizab negeri bagi membantu golongan yang memerlukan di Selangor.

Anwar berkata, Abdul Khalid antara pemimpin PR yang berfikiran terbuka dan sentiasa mengambil teguran ke atas dirinya.

“Saya tegur sebagai seorang sahabat dengan memuji rekod yang baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki,” katanya.

Katanya, beliau yakin Abdul Khalid adalah pemimpin yang jujur sepanjang menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini. Anwar berkata, Abdul Khalid tidak pernah mengambil tanah atau balak untuk kepentingan peribadi.
-selangorkini

MP UMNO Ambil Kesempatan Serang Mahfuz Kalah Naib Presiden PAS

Kekalahan Mahfuz Kecohkan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Kegagalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti yang diumum semalam, menjadi bahan usikan beberapa penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini sekali gus mencetuskan kekecohan.

Mereka menyifatkan Mahfuz yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, berucap seolah-olah "melepas geram".

Mahfuz yang dalam perbahasannya menganggap kerajaan tidak serius menjaga kebajikan tentera kedengaran berkata: "Walaupun tak ada jawatan, saya datang sini pagi-pagi untuk lawan Umno".

Kenyataannya mendorong Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) bangun mencelah dengan mengatakan walaupun kalah, Mahfuz masih bersemangat dan ternyata anggota PAS silap kerana tidak mengekalkannya sebagai naib presiden parti itu.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang turut bangun mencelah berkata PAS sendiri gagal menguruskan pemilihan parti dengan baik sehingga Mahfuz gagal mempertahankan jawatan itu.

"Saya dengar ucapan Pokok Sena ada bernasnya, tetapi peliknya orang PAS tidak pilih. Dok (Sibuk) cakap pengurusan negara, kewangan dan tanah, yang PAS urus pilihan raya parti pun tak betul pasal apa?

"Jadi, sebab pengurusan parti tidak betullah Yang Berhormat (YB) kalah, mungkin kalau kira kali keempat YB boleh menang," katanya.

Sindiran Noh itu menyebabkan Mahfuz membalas dengan menyasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai "pekak badak" kerana tidak mendengar aduan berhubung proses pilihan raya umum baru-baru ini.

"SPR orang dah beritahu berpuluh kali, tunjuk perasaan pun tak reti, pekak badak...mereka (penunjuk perasaan) kena tangkap, sembur dengan gas pemedih mata pun buat tak reti juga," katanya.

Keputusan pemilihan PAS yang diumum semalam menyaksikan Mahfuz kalah dengan perbezaan 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang meraih tempat ketiga selepas menerima 520 undi.

Dua lagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (917 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849 undi).

Persidangan Dewan bersambung esok.- BERNAMA

ULASAN GB

Pertama, melucukan kerana yang menghentam Mahfuz kononnya Mahfuz kalah bertanding kerusi Naib Presiden PAS adalah Shamsul Anuar Nasarah dan Noh Omar, kedua-duanya kalah tertonggeng di dalam pemilihan UMNO 2013 yang lalu untuk jawatan MT UMNO.

Kedua yang dihentam juga ialah pemilihan PAS yang tidak lancar kerana pengundian semula tetapi tidak mahu menyebut bahawa Pengerusi J/K Pemilihan PAS telah meletakkan jawatan ekoran insiden tersebut. Sedangkan SPR yang telah dibuktikan tidak menjalankan pilihanraya dengan besih dan telus serta kes lampu padam (ada laporan polis terhadap kes ini) lansung tidak mahu meletak jawatan malah cuba mempertahankan jawatan mereka masing-masing. Najib buat selamba enggan menukarkan mereka kerana bersekongkol dengan mereka.

Memang dah betul kata Mahfuz, PEKAK BADAK!

[VIDEO] Kritikan Jamaluddin Jarjis Terhadap Selangor Memakan Diri

Jamaluddin Jarjis dimalukan oleh wakil rakyat pembangkang bila Jamaluddin Jarjis cuba mempersoalkan apa guna PR ada rizab banyak-banyak di Selangor kalau tidak digunakan untuk kebajikan rakyat..

----------- Speaker : Rompin sudah berdiri.. itulah cari pasal.. **speaker cuba backup Jamaluddin Jarjis..

Jamaluddin Jarjis : Bila jem yang berhormat minta buat highway.. bila buat highway.. dah takde jem marah tentang tol pula.. kenapa tidak kerajaan negeri Selangor bantu.. amek alih tol neh gunakan wang kerajaan negeri Selangor.. apa peranan kerajaan negeri Selangor..

Tony Pua : Bila kerajaan pusat nak buat highway dia buat highway lepas tue dia siksa pada rakyat, dia buat tol.. bagi kerajaan negeri Selangor.. kita jimat wang, sekarang kita ada rizab.. bila ada wang..kita bina jambatan.. yang telah dijanji oleh kerajaan barisan nasional di Klang dan tidak kutip tol daripada rakyat.. -FB


Kudeta Mesir Kepanasan, Khuatir Diheret Ke Mahkamah Antarabangsa

Ketika ini sedang berlaku polemik di kalangan elit penguasa di Mesir ekoran wujudnya beberapa sidang konferens di luar negera berkaitan dengan usaha membawa mereka ke pengadilan antarabangsa.

Pada awalnya berlakunya satu sidang konferens di London yang diadakan oleh beberapa pihak hak asasi manusia. Dalam konferensi tersebut, mereka menuduh As-Sisi telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan. Ditambah dengan rakan-rakan kudetanya, diantaranya termasuklah presiden sementara (Adly Mansur), perdana menteri (Hazim Beblawi), menteri dalam negeri (Muhammad Ibrahim).

Untuk kali keduanya, konferensi diadakan di Istanbul. Di sanalah dicanangkan upasa praktis dan serius membawa para tertuduh itu ke pengadilan antarabangsa.

Banyak tokoh dan pakar memberikan komentar hal tersebut.

Beberapa pakar undang-undang menyebutkan bahawa proses tuduhan adalah satu usaha undang-undang yang sah dan hak rakyat yang mengalami penindasan dari kalangan pengkudeta. Ketika didukung oleh lembaga hak asasi antarabangsa dan pemerintah Turki, proses tersebut diharapkan akan berjalan lebih cepat.

Ada pula pengamat yang berkomentar bahawa usaha ini tidak sesuai dengan undang-undang, bahkan terkesan mempermainkannya. Selain itu, juga merendahkan martabat tokoh-tokoh yang merupakan simbol negara.

Namun menurut, Ibrahim Yusri, mantan duta besar Mesir di Algeria dan seorang peguam dunia, menyatakan bahwa proses pengajuan seseorang dalam pengadilan dunia banyak dikendalikan dan dipengaruhi negara-negara besar dan Majlis keselamatan PBB. Misalnya ia boleh menangguhkan priosiding hingga satu tahun atau lebih. Majlis Keselamatan juga sangat menentukan apakah hukuman yang dijatuhkan itu mengikat atau tidak.

Yusri menilai, pengajuan para pelaku kudeta di Mesir sudah bersesuaian dengan undang-undang. Apalagi ketika didukung oleh Turki dan Britain, hal ini akan menambah cepat prosesnya.

Perlu diketahui, di antara aktivis Hak Asasi Manusia adalah Ken MacDonald (mantan Ketua Hakim England), Richard Falk (mantan utusan kas PBB), dan Michael Mansfield (penasihat Ratu Elizabeth)